Monday, 30 May 2011

Berbulan Madu Yang Romantikkk...

Sempena cuti sekolah ni, apa kata bagi pasangan yang baru mendirikan rumahtangga dan merancang untuk berbulan madu lakukanlah sesuatu yang romantik dan menarik di saat ketika berduaa..Sebenarnya bukan yang baru sahaja, yang dah lama mendirikan rumahtangga pun bolehh.. Lupakan dulu tentang masalah kerja. Nikmatilah saat-saat berdua dengan lebih bermakna..

Apa kata kita dan pasangan melakukan urutan sesama sendiri. Sapukan losyen ataupun minyak Lavender, Jasmine secara lembut kepada pasangan. Selain dapat mengeratkan hubungan suami isteri, urutan juga dapat menghilangkan rasa penat dan lesu semasa perjalanan ataupun akibat bebanan kerja..

Jangan dilupakan juga tentang muzik kegemaran. Lebih baik jika lagu itu merupakan lagu tema kita berdua. mainkan perlahan alunan muzik di bilik.. Dengan cara ini pasangan boleh tahu mood kita pada masa itu..

Letakkanlah lilin di bilik dan gelapkan bilik..Biarkan cahaya lilin menerangi suasana malam..Pasti lebih romantik..Sebenarnya kat rumah pun boleh kann...

waktu inilah masa untuk makan malam berdua di balkoni.Sambil tu, tengok-tengoklah bulan dan bintang sambil berbicara tentang hubungan kita..Gunakanlah kesempatan pada masa ini untuk mengenali dan mendekati pasangan..Yerla kan..kalau kita duduk sebumbung bertahun-tahun pun belum tentu kita kenal pasangan kita kann..

Kalau boleh, bangunlah pagi untuk melihat matahari terbit. Sambil berpimpin tangan, berjalan disisi pantai untuk menikmati ciptaan Yang Maha Esa. Mesti ada pasangan lain yang cemburu melihat kemesraan itu. Aww!! romantik sangat..

p/s* Seronoknya sekiranya apa yang dirancang tu semuanya menjadiii..:) Saya sangat sukakan suasana yang ala-ala romantik gituu..

12 comments:

Aku Ibu Muda said...

hurm...dah ada 2 'extra handbag ni' payah dah nak berdua-duaan...huhu

Farah Shamsudin said...

AIM: yerlah.. memang pn.. kalau boleh hantar anak ke famly jap ke.. ok juga.. kadang2 kita perlu mantapkan lagi hubungan suami isteri tuu..maklumlah selama ni bz dgn anak2 je kan..

MissNadh said...

bestnyee sape dah kawen..hehe

Kak Aya said...

betul la, bila ada bodyguard kecil , kita dah mula tersepit dlm pembahagian masa untuk diri sendiri dan pasangan.

Farah Shamsudin said...

MissNadh: Tu yang kena kawin tuu..:)

Kak Aya: itulahh.. dah mula sibuk dengan anak kan.. Sesekali, cuba ambil masa untuk berdua jee.. anak2 tu hantar rumah famly jap ke.. ala,bukan selalu kan kak..

Tina Othman said...

waaaaa nak honeymoon jugak, tapi askar2 takde org jaga, anta umah farah lah boleh hehehe

Farah Shamsudin said...

Tina: bolehh jee.. meh la hantarr..:)

Ummi Alesya Sofea said...

wahhhhh...romantik gilerrr,hihihi.Liza suka dgn mood2 romantik cam tu tp kkdang x ckup ms nk bt smua tu. :(

Anonymous said...

huhu..alahai..dah lama akak tak beromantik ngan hubby..hehe

Anonymous said...

huhu..akaklah cik anon tu farah..
kak sarah najwan ni..

Redbloodsnow said...

psstt..baca entry ni zie jd magin lak nk berbulan madu kat sekian sekian tempat next year karang...hikss :P

Farah Shamsudin said...

Liza: memang pun.. somtimes tak sempat nak buat semua tuu.. tapi kena jugak curi masa..

kak Sarah: hehehee.. farah tak pandai nak buang pop up tu kak.. carilah masa berdua dgn en hubby..

Zie: hehehe.. tak lama lagi zie la pulakk..:)