Sunday 26 June 2011

Lambat Sebab...

Gambar Ihsan Dari Atok Google..:)

Hari ni nak buat entri pendek sahaja.. Nampak tak gambar di atas? Itu hanyalah gambar dari atok google je tau..! Bangun je pagi tadi, dengar macam bunyi hujan.. tapi masih buat tak tahu lagi. Sambil-sambil panaskan bekalan tu, buka lah tingkap dapur, sekali rasa angin sejuk je.. rupanya memang hujan..Ouchh!! Ni yang lemah ni bila hujan diwaktu pagi.. Bukan sebab apa, Bila ke tempat kerja dengan 'merempit' ni, agak susah juga nak keluar seawal pagi bila hujan.. Maka hari ni saya dan En Hubby agak lewat sampai di tempat kerja..
Nak buat macamana lagi kan..Memang basah juga.. kena pulak ada setengah tempat tu hujan.. ada tu yang sudah reda..

Kalau macam inilah gayanya, memang susah la saya nak baik demam.. Dari hari Jumaat saya demam sehingga hari ni.. Tekak pn semakin perit..:( Esok dah nak ke Cherating.. Ada kursus pula.. Nasib saya lah.. berkursus dalam keadaan demam.. 

p/s: * Saya terpaksa tinggalkan En Hubby di rumah..Untuk En Hubby, jaga diri bebaik yee.. Kita akan jumpa pada Jumaat petang.. InsyaAllah.. 

Thursday 23 June 2011

Not Feeling Well!

Macam ni ke kalau demam?? Monyok je kann..

Nak tau tak, semalam petang kan hujan dengan selebat-lebatnyaa.. Maklumlah bila ke tempat kerja dengan 'merempit' ni,bila hujan mulalah rasa risau.. Kena pula memang tak bawa baju hujan.. Hujannya sampai ke pukul 5ptg.. waktu nak balik kerja..Mula teringat pada En Hubby.. Ingatkan beliau tunggu sampai hujan reda, rupanya beliau redah jugaaa!! Sampai tempat saya, beliau dah basah kuyup.. MasyaAllah.. kesiannye kat En Hubby.. Saya pun sanggup jela redah hujan tuu.. Basah pun basah lah.. En Hubby sanggup basah kuyup kerana nak ambil saya pulang dari tempat kerja, takkan saya tak sanggup basah pula kan??

Akibat dari redah hujan semalam, kami suami isteri hari ni kurang sihat.. Mulalah selesema, sakit kepala dan ada simptom-simptom demam.. Mengada-ngada betul 'body' ni.. tak boleh nak kena hujan sikit.. Mesti ada sahaja penyakitnyaa..Maka mood arini kurang baiklah berbanding hari-hari sebelum ini..

p/s* En Hubby, nanti petang kita ke kliniklah ambil ubat lagi.. Walaupun ubat masih ada, nak juga ke klinik.. 

Wednesday 22 June 2011

Ratatouille!!!

Arghh!! kawan-kawan, nampak tak gambar diatas?? Makhluk ini sudah menyusahkan saya semalam! Semalam, pulang dari kerja saya terus kemas-kemas rumah.. al- maklumlah saya ni tak boleh nak tengok serabut sikit.. Nanti saya pun jadi serabut juga.. Lepas selesai mengemas,sambil menunggu ayam beku untuk cair, saya pun layan tv  bersama En Hubby.. Tengah kusyuk melayan tv, tiba-tiba terasa macam nampak sesuatu sedang berlari-lari di tepi peti sejuk!!

Apa lagi, En Hubby terus pandang saya, tanya saya... 'b nampak tak macam ada sesuatu lah'.. saya terus menjerit cakap' sayang, tu cencurut'!!!.. Saya ni memang geli-geliman la dengan makhluk ni!!! terus berdiri atas kusyen.. En Hubby yang beriya mengejar dengan batang penyapu. Aduyai.. dahla besar! boleh pula sesat dalam rumah ni. Adik perempuan yang berada dalam bilik dah mula pelik bila dengar En Hubby macam mengejar sesuatu.. dia pun keluar dari bilik.. Rupanya makhluk kecil ini! Punyalah payah nak kejar.. siap masuk dalam laci, bawah peti sejuk.. Akhirnya setelah penat berhempas pulas mengejarnya, En Hubby berjaya juga menawan Makhluk Kecil ini!!!Alhamdulillah..Tapi hasil dari itu, rumah saya bersepah semulaaaa.. dan.. saya perlu mengemasnya kembali! Sampai ke tengah malam baru selesai sesi mengemas, mengemop, memasak, mesin baju, ampai baju, lipat baju dan seangkatan dengannya.. 

Maka hari ini, mood saya dilanda garuda..Sudah mula merasa tidak sihat kembali.. :( Kepenatan semalam pun belum habis lagi..Harapnya selepas ini tiada lagi makhluk ini di dalam rumah..

p/s* En Hubby pun sudah mula tak sihat seperti saya.. wahai makhluk kecil, janganlah kembali lagi!

Tuesday 21 June 2011

Nasi Ayam Yang memenuhi Tekak!

Baru-baru ni, saya kerap teringin nak makan nasi ayam tau.. Tapi tak dinyatakan pada En Hubby. Agaknya sebab dah lama sangat teringin tu, sampailah ke kemuncaknya.. Semasa pulang dari kerja, saya nyatakan padanya yang saya nak sangat makan nasi ayam.. bukan sebarang nasi ayam yang saya nak. bukan boleh dibeli di pasar malam atau dimana-mana.. saya hanya nak di 'Nasi Ayam Mancongkam' sahaja!(mengada-ngada sangat kan!) memang nasi ayamnya memenuhi tekak saya..

Agaknya sebab En Hubby pun simpati dengan riak muka yang dibuat-buat oleh saya, En Hubby pun setujulah bawa saya kesitu..YESS!! Saya seronok sangat lah.. Ada orang yang tak suka nasi ayamnya, tapi tidak saya.. Bagi saya sedap je.(ala, kalau bab makan, memang saya sedap je kann)..Jom tengok gambar..

Nasi Goreng Ayam Garing!! Sedap sampai rasa tak cukup..:)

p/s* Tapikan,supnya rasa macam masin sikitlahh.. apapun saya puas hatilah dapat makan.. tiadalah lemak-lemak saya ni meragam lagi kan..:)

Monday 20 June 2011

Apalah Yang Dibuat Tuu??

Apa yang dibuat tu sayang??

Buat-buat tak nampak sahaja yang bersepah tu ye kawan-kawan.. Kejadian ini adalah sehari sebelum ibu&abah ke umrah..:)Tapi baru sekarang terasa nak update.. Hampir seminggu ibu beritahu En Hubby yang komputer beliau tu rosak.. Tapi oleh kerana tidak berkesempatan nak datang ke rumah ibu, jadi lambatlah juga nak selesaikan masalah komputer tu.. Tengoklah! En Hubby sibuk mencari apa masalah yang dihadapi oleh komputer tersebut.. Siap boleh telefon kawan seangkatan bertanyakan itu dan ini..:)

p/s* Maaflah sayang.. ambil gambar curi nie.. En Hubby tak perasan pun yang gambarnya diambil..:) Tekun sangat!

Sunday 19 June 2011

Enjoy Timee...:)

Huk! Selamat menjalani rutin pada hari Isnin ye kawan-kawan.. Aish! Sebut je hari Isnin, memang hari malas bagi saya.. Rasa macam nak cuti je lagi nii..Maklumlah, cuti hujung minggu penuh dengan aktiviti bersama En Hubby dan adik perempuan saya.. Abah & Ibu kan ke Umrah.. Jadinya, saya sebagai kakak kenalah melayan karenah adik perempuan saya ni..

Adik perempuan saya ni, sibuk ajak saya & En Hubby ke Uptown Danau Kota.. Ada sahaja barang yang perlu dicari... Tak pernah nak habis-habis duit.. Pelik betul. Nak tak nak bawa juga lah.. Maka, itu adalah hari berjimba bersama adik perempuan pulakk!Oleh kerana sekarang sudah masuk pertengahan bulan, takdalah sesak dengan orang. Dapatlah berjalan sambil menjamu mata..:)

Nasib baiklah adik perempuan saya ni bukan jenis yang cerewet sangat nak cari barangnya.. sekejap sahaja beliau memilih barang.. Tak perlulah saya & En Hubby nak tawaf satu Uptown tu kann.. selesai urusan membeli belah beliau, En Hubby dengan penuh kerelaan hati nak belanja makan di Bunga Raya..Aww! Itu kegemaran saya tu. Selama ni datang situ, sentiasa lah penuh dengan orang.. Nak beli makan pun, beratur sikit punya panjang, selalulah tak menjadi nak makan disitu.. Tapi pada hari tersebut, agaknya sebab dah tengah pagi, orang pun tak ramai macam selalu.. Dengan senang hati saya pun beratur untuk mendapatkan Char Kuey Teow yang sedap itu!!

Tengok harga tuu..

Hidangan saya & Adik perempuan..

Hidangan En Hubby..

En Hubby saya memang tak makan Kuay Teow.. Oleh itu beliau makan Nasi Lemak sahaja lah..:)
Terima kasih En Hubby kerana melayan karenah adik saya.. Sayang En Hubby ketat-ketatlah..hehehe..

Saturday 18 June 2011

Selamat Hari Abah!

Erm.. Sempena hari abah ni, saya nak menceritakan serba sikit tentang abah saya..Abah saya ni seorang yang sangat garang.. Maklumlah guru disiplin di sekolah..Kalau tengok wajah abah pun memang garang.. belum tengok abah semasa bermisai..:) Abah juga seorang yang sangat tegass! Agaknya mungkin sebab atok pun poliss.. Abah pula anak kedua dari lapan adik beradik.. Dari segi pendidikan kot yang buat abah jadi garang macam ni..

Tapi bila abah sudah ke umrah, membuat Haji..abah dah tak garang sangat macam sebelum nii..Kalau dulu pantang silap sikit, bersiap sedia lah.. Memang semua anak-anak pun takut dengan abah.. Apa-apa yang berlaku pun memang takkan cerita pada abah.. Ibu jela tempat kami adik beradik mengadu.. Tapikan, memang abah saya ni bertuah tau! maksudnya ada 'luck'.. Abah dinaikkan pangkat dari seorang guru displin ke Guru Besar..Baru ni, abah saya sudah mengakhirkan zaman bekerjanya.. abah bersara pilihan.. Dapat hadiah punya la banyak.. lebih dari hadiah kahwin saya dulu.. aduyai! Saya sangat jeles tau!! Kemana saja abah pergi, abah memang murah rezeki.. Mungkin kerana abah seorang yang sangat pemurahh.. :)

Walaupun abah sangat garang, tapi abah sangat menjaga kebajikan anak-anaknyaa.. Apa sahaja yang diminta, memang selalu dapat.. Selain menjadi seorang guru, abah juga menjadi jurulatih bola sepak FAM-Kuala Lumpur..berpanas, berhujan semata-mata untuk mencari rezeki untuk kesenangan keluarga..Kini abah boleh berpuas hati dengan apa yang dimilikinya sekarang..

Terima kasih abah kerana membesarkan saya sehingga saya menjadi diri saya sekarang.. Segala pengorbanan abah, memang susah untuk saya balas.. terlalu besar! Semoga abah akan sentiasa dimurahkan rezeki, memperolehi kesihatan yang baik..Saya sayang abah!!

En Hubby & Abah..

p/s*garang tak wajah ayah saya??

Thursday 16 June 2011

Merempit?? Best Apaaa....

Haa! Tengoklah helmet nii..

Nak tau kenapa saya letak gambar ni? Nak cerita la nii.. Dah hampir sebulan tau saya ke tempat kerja dengan menaiki motor.. Dengan erti kata lain 'merempit'.. Saya memang suka sangat bila dapat naik motor ni..dari anak dara lagi zaman bercinta dengan En Hubby, memang dengan motor sahaja.. bila dah kawin ni je, nak kemana semua naik kereta...

Oleh kerana kereta masih di bengkel, saya dan En Hubby pun perlulah ke tempat kerja atau kemana-mana jua dengan menaiki motor.. teringat pula zaman dulu-dulu.. ceewaahh!! dulu nak peluk ketat-ketat pun tak boleh, tapi sekarang dah boleh sangat! Jadi rugilah kann kalau tak buat tuu..hehehehee..

p/s* Saya suka sangat naik motor niee.. Segala macam senang.. dengan keadaan KL yang sentiasa sesakk.. Lagi satu, boleh menambahkan lagi kasih sayang antara saya dan En hubby!!seronok apa...:)

Wednesday 15 June 2011

Selamat Pergi dan Selamat Pulang Wahai Ibu, Abah & Adikku..:)

Beg merekaaa...Ade lagi tapi tak letak setempat..

Semalam, saya langsung tak sempat nak update entri.. Nak jenguk pun tak sempat! Sibuk sangat kerana kerja luar.. Walaupun terasa penat, pada sebelah malamnya saya sempat melawat ibu..Kalau ikutkan mata, memang lepas Isyak tu nak terus lelapp.. Tapi, bila terfikir semula yang hari ini ibu, abah dan adik akan ke Makkah, maka saya dan En Hubby gagahkan diri juga..

Semalam sempat la borak lama dengan ibu dan abah.. hari ini ikutkan En Hubby kena hantar mereka ke KL Sentral tapi oleh kerana cousie dengan rela hati untuk menghantar mereka, maka En Hubby tak perlulah menghantar.. Terima kasih untuk dear cousie Jannah dan Abg Nizam.. Bukan pertama kali ibu dan abah ke Tanah Suci Makkah, sudah berkali-kali namun saya tetap rasa sedih dihati..Maklumlah, hari ini saya dan En Hubby tak menghantar mereka.. Selalu selama ni, kamilah yang akan menghantar..

Apapun, Selamat menunaikan ibadah umrah untuk ibu, abah dan adik lelaki saya..Semoga mereka dalam kesihatan yang baik selama berada disana..:)

Monday 13 June 2011

Aktiviti Hujung Minggu..

Sampailah masanya untuk berhujung minggu.. Seronoknyee! Tapi yang peliknya, cuti dua hari pun tak cukup. Kalau boleh nak lebih dari itu. Mengada-ngadakan!!takde kemana sangat hujung minggu.. Cume pergi berdating dengan kawan seorang ni.. memang sangat selesa berkawan dengannya.. Pertama kali jumpa, dah rasa macam kenal bertahun-tahun lamanya. Agaknya sebab satu kepala kot! Saya kenal beliau pun atas En Hubby yang kenalkan.. Isteri kepada kawan baiknyaa.. Saya tak sangka, saya boleh serapat ini dengannya.. Tahu tak, ini entri yang sudah dibuat tapi lupe nak publish..

Hok Aloh! Sempat snap tau sebelum keluar date tuu..

Haa!! Inilah orangnyaa!! Cumilkann?

Saya date dengan beliau pun kat kedai mamak je.. hehehe.. Seronok dapat sembang-sembang..Macam-macam isu masuk (gosip takde ek)..Sebenarnya date kat kedai mamak tu bukan sebab apa, saya belum makan malam lagi. Tu yang ajak ke kedai mamak tuu..Nasiblah beliau pun tak kisah kan..Selepas sembang-sembang, dalam pukul 2am, saya dan En Hubby, beliau dan Hubbynya terus ke Uptown Danau Kota.. Kononnya hanya nak teman beliau cari tudung je.. Tulah orang katakan, takde maknanya nak teman sahaja, saya pun terlibat dengan membeli belah ni.. En Hubby saya pun tergeleng-geleng kepalanya.. hehehe.. Nak tau apa yang saya beli?? tak banyak pun.. 

Ini sahaja yang saya beli tau.. Bukannya banyak pun..:)

p/s*Dear Nurul, saya suka tau kawan dengan awak.. Saya harap persahabatan kita akan berkekalan sehingga hujung nyawa.. Walaupun sibuk dengan kerja, harapnya masih ada masa untuk kita bertemu..:)
Dear En Hubby pula, terima kasih kerana sudi mengeluarkan keping-keping RM untuk saya yee...

Nak Yang NI!!

Cheese Cake..

Dah lamanya tak makan cheese cake nii.. Itu bermakna saya dah lama tak ke Chilis. Saya suka sangat Chilis di Mid Valley.. agaknya happening kot.. Nak tengok artis pun, kat situ jugalah.. hehehe.. Bila saya kesana, nak tau apa yang saya order? Salah satunya Cheese Cake seperti diatas.. Nampak tak cake tu dah tinggal separuh? Sedap sangat sampai saya terlupa nak snap! Dah tinggal separuh barulah teringat.. Nasib sempat juga kann??

Kini saya dah mengidam sangat nak cake ni.. macam dah terasa-rasa sahaja.. tak dapat yang ni pun, ala-ala macam ni pun boleh kot.. hehehe..sedangkan cake coklat moist masih ada dalam peti sejuk di rumah.. belom habis dimakan..tamakkan saya ni? nak pula kek ni.. nanti mesti En Hubby babap saya.. Tapikan nak buat cemana lagi dah tiba-tiba teringat cake ni..

p/s* En Hubby jangan babap saya yee.. lemak-lemak di anggota badan saya yang teringin..Nanti boleh la kita pergi beli yee..

Sunday 12 June 2011

Sangat Selesa Tau.. Jomlah Mencuba Sesuatu Yang Baru..:)

Entri kali ni bukan entri lucah yee.. Saya secara tiba-tiba bila tengok iklan si Yuna & Adibah Noor ni terus tergerak hati nak buat entri ni..

Siapa yang sudah pernah cuba Libresse ni? Sebelum ni saya tak pernah nak mencuba sesuatu yang baru.. Saya selalu guna brand seperti kotek, whisper.. Tapi pernah satu hari ada rakan pejabat yang rekemen pada saya. Katanya bagus, selesa.. Wah! kalau selesa tu yang saya nak dengar kan.. Saya pun try la..

Hermm!! memang selesa sangat lahh! tak pernah saya pakai brand lain yang selesa macam ni.. Maka sekarang ni saya secara rasmi telah bertukar kepada Libresse..tak kisahlah samada pad atau pantiliners memang selesa habis.. Samada ianya warna ungu, biru, merah jambu atau hijau..asalkan ianya brand Libresse, apapun ok je..

Tentang harga pula, memang berpatutan. tak mahal pun. Sesiapa pun boleh beli.. Senang didapati jugaa.. Asalkan pasaraya memang ada brand nii...Bukan nak promosi lebih ye, tapi bila sesuatu tu bagus, selesa mesti saya akan war warkan pada yang lain.. :)

p/s* Saya sudah mencuba sesuatu yang baru, Cubalah yee...

Saturday 11 June 2011

En Hubby Yang Sangat Rajin!

Ni saya nak cerita sikit.. Bukan nak gosip yee.. tak mainlah gosip-gosip ni kan.. ( konon je tuu )..Nak tahu, kebelakangan ni En Bom Bom saya sangat lah rajin. Kerajinannya mengalahkan saya sekarang ni.. Nak tahu rajin apa? Jeng Jeng Jeng... Rajin memasak! Ouchh! Sepatutnya saya kena lah bersyukurkan En Bom Bom saya telah mengambil alih tugas di dapur.. Tapi itu hanya apabila kesihatan saya tidak mengizinkan..:) baru-baru ni saya kurang sihat, maka En Bom Bom telah merajinkan diri untuk ke dapur. 

Saya tak kisah En Bom Bom nak masak apa pun, saya makan sahaja. Yelah, dalam keadaan yang kurang sihat ni, manalah nak ada selera kan.. Apa je En Bom Bom masak, saya makanlah. tak boleh fikir pun nak makan apa.. Nak tahu lagi En Bom Bom saya masak apa? hehehe.. salah satu kegemaran saya.. Jom tengok gambar..:)

Nampak tak? Mee Goreng Basah!! Sedap sehingga menjilat sudu tau. Nampak macam sikit je kan, saya dah bagi banyak kat En Bom Bom.. Jadi yang ni sahaja yang saya makan..:)

p/s* Kalau saya tak sakit pun, mesti En Bom Bom rajin jugaa kann..:) heheheee..Sesekali merasa air tangan En Bom Bom, itu yang rasa sedap tu..

Thursday 9 June 2011

I Love Astro Beyond PVR..:)

 Gambar Ihsan dari makcik goggle..

Ha!Tengok sahaja gambar makcik google ni mesti kawan-kawan dah faham kan? hari ni nak cerita sikit tentang Beyond PVR ni..Dulu, saya tidak tahu menahu langsung la tentang ni.. Tapi sekarang dah tahu sikitlah.. Saya mula terpengaruh dengan PVR ni sejak dari rumah Ibu lagi.. Mula-mula keluar dulu, ibu adalah salah seorang yang berminat nak tukar dari astro biasa ke Astro Beyond PVR ni.. Agak teruja bila dapat tahu banyak kelebihannya.. Sehinggalah saya nak berpindah rumah awal tahun yang lalu, En Hubby mula bertanyakan tentang Beyond ni..

Bagi yang ada dan pernah guna mesti tahu apa kelebihannya kan..Tapi pada yang tak tahu.. ada bezanya antara beyond PVR dan Beyond kosong sahaja..:) Apa yang menarik ek tentang fungsi rekod Astro Beyond PVR? Saya percaya bagi yang tak pernah guna mesti akan kata...."Ala bukan best pun, setakat tambah function rekod sahaja. Nak buat apa??Astro kan selalu ulang tayang cerita yang sama".. atau dengan kata..."Mahal lah..Aku bukan tengok astro sangat. Banyak lagi tv lain yang ada cerita best"...

Bagi saya, bila dah ada Beyond ni dari awal dulu, banyak kelebihannya.. Kalau hujan takdelah jadi macam astro lama tu atau Astro Beyond biasa tu..masih berfungsi macam biasa.. Saya sebagai wanita, bila tengah layan rancangan tu, selalu mesti nak ke dapur kejap, jadi saya boleh merekod sambil menonton rancangan tersebut, sebaliknya fungsi multirecording padanya membolehkan saya merekod dua rancangan serentak tau! tu yang saya sukaaa!

Bagaimana ye ia berfungsi?

Sekiranya kita merekod channel C, anda boleh menonton Channel D atau dalam masa yang sama merekod Channel C dan Merekod channel D sambil menonton Channel D atau sebaliknya

Dimanakah Rancangan Tersebut Disimpan?
Ia disimpan ke dalam hard disk yang disediakan samada jenis built atau external (bergantung pada pakej yang diambil)

Berapa Jumlah Rancangan Yang Boleh Disimpan?
Jumlah rancangan yang boleh disimpan bergantung kepada saiz Hard Disk. Untuk pakej yang bersertakan Hard Disk Built-in 500gigabyte, jumalah rancangan yang boleh disimpan ialah 290jam untuk kualiti video yang normal manakala untuk kualiti HD bersamaan 100jam.

Dan Berapa Lama Ia Akan Disimpan?
Sehingga kita membuangnya. 

p/s* Sepanjang saya gunakannya, tidak pernah ada masalah yang timbul lagi.. Alhamdulillah..:) Banyakkan kegunaanyaa...hehehee..Terpulang pada persepsi individu sendiri samada ianya bagus atau sebaliknya.. Bagi saya, ianya sangat bagus..

Wednesday 8 June 2011

Gemukla macam Ni....

Hari ni saya baru memulakan kerja selepas beberapa hari MC akibat kurang sihat.. Itu bermakna baru ada selera makan macam selalu.. Bila dah sakit, selera makan pun dah tiada.. Walaupun selera kurang ada, saya telah dipaksa makan oleh En Hubby.. Katanya nanti sakit lain pula yang datang.. Kerana mendengar kata, saya pun masak lah juga semalam untuk makan malam.. Masak yang simple2 sahaja.. En Hubby sampai lambat dari pejabat.. Kesian En Hubby.. Basah kuyup akibat hujan yang lebat..Nasib hari ni En Hubby tak demam..hehehe..

Nak jadikan cerita, Ingatkan dah kenyang la bila dah makan malam tu, rupanya tengah malam En Hubby ajak saya makan McD pulaaa...Aiseh!!Saya memang dah penuh perut tambah lagi dengan selera yang kurang ada, tapi saya order juga..kesian pula biarkan En Hubby makan sorang-sorang kann..( sedangkan memang nak jugaa) Nak tahu apa yang saya makan?? Jeng Jeng Jeng..

Bubur Ayam tu saya punya, ayam goreng tu En Hubby yang punyaaa...

Tengoklah.. Orang lain dah lama kumpul, tapi saya baru nak mulaa.. dah ketinggalan kan..

McFlurry & Sundae Ice Creamm..Tak padan dengan tak sihat kann.. Belasah semacam..

p/s*Terima kasih la En Hubby belanja saya makan McD walaupun saya makan tak habis.. :) Selera masih belum pulih sepenuhnyaa..Agak-agak saya boleh jadi semakin gemuk tak kalau makan macam ni??

Tuesday 7 June 2011

Selamat Pengantin Baru Cousieee..:)

Pada 5 Jun 2011 yang lepas bersamaan hari Ahad, saya telah menghadiri majlis perkahwinan di antara Zaidatul Shiela Bt.Dato' Kamarulzaman & Azmir B.Abdullah Sani..Majlis yang sangat meriah ini diadakan di Grand Ballroom, MITC Melaka.. Setibanya saya disana, saya sangat teruja kerana tema majlis tersebut berwarna pink dan putih.. hiasannya juga sangat cantik.. Dipenuhi dengan bunga-bunga hidup..:) Sememangnya saya sangat sukakan PINK!! Apapun, Selamat Pengantin Baru buat pasangan yang secocok Shiela & Azmir. Semoga hubungan yang indah ini akan  berkekalan sehingga ke syurga.. Amin..

Adik Bongsu.. Credit untuknyaa...Semua gambar darinya..

Grand Ballroom, MITC..

Cantik..:)

Sedap suaranya...

Hamboii Sayang..:P

Keduanya Kesayangan saya..

Kedua pasangan sangat cantik pada hari itu..

Bersilat tuu..

Datuk Seri Liow Tiong Lai

Sempat lagi posing kan..:)

p/s* Gambar tak boleh nak masuk banyak.. Kalau nak tengok selebihnya bolehlah ke facebook ye...Sekian untuk kali ini..

Thursday 2 June 2011

Berjimba Bersama..

Semalam pada sebelah malamnya, En Hubby ada program bersama-sama rakan seangkatan..Nak ke Low Yat.. Konon saya malas nak sertai.. Tapi bila En Hubby sudah bertanya berkali-kali pada saya samada nak sertai beliau ke tidak, maka saya pun ubah la fikiran.. Layan kan aja..tak salah kalau sertai sekali mereka.. Kebetulan rakan-rakan yang lain pun bawa isteri masing-masing.. Saya memang dah kenal rapat pun dengan mereka tuu..

Maka berangkatlah ke Low Yat.. Seronok bila dah jumpa kaum-kaum hawa nii.. banyaklah yang nak di gosippkan. En Hubby dan seangkatan uruskan urusan mereka.. kira tak lama la urusannya tuu.. belum sempat pun kami bergosip panjang urusan mereka sudah selesaii.. Selepas itu saya dan yang lain, apa lagi berjalan-jalan sambil melihat gadget yang agak canggih di situ..hehehee... Dah penat layan mata, terus ke Coffee Bean. Memang niat di hati, nak sangat makan cheese cake tau.. tapi kat situ takde, maka cake fudge choc pun jadilahh.. asalkan ada! sambil minum Ice Blended Choc.. Sangat kenyang!!!

Cake biasa je.. tapi Ice Blended best!!

Kami berdua di Coffee Bean.. Sempat lagi kami posing.. :)

p/s*tak rugi saya sertai En Hubby.. Saya sangat enjoy dengan adanya Pn Nurul nii.. Memang sekepala.. Kepala ting tong.. hahaha..Semoga persahabatan kita berkekalan ye dearrie Nurul..

Wednesday 1 June 2011

Rejab Sudah Tibaaaa...:)

Sabda Nabi s.a.w.: Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab,nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat.

Sabda Nabi s.a.w
.:
Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Sya'aban bulanku & bulan Ramadhan bulan umatku.

Kemuliaan Rejab dengan malam
ISRAK MIKRAJnya, Sya'aban dengan malam NISFUnya Ramadhan dengan LAILATUL-QADARnya.

Malam awal Rejab mustajab do'anya.(Dalam Kitab Raudhoh Iman Nawawi)

* Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga tertinggi (Firdaus).

* Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.

* Puasa tiga hari pada bulan Rejab dijadikan parit yang panjang, yang menghalangkan dia keneraka (panjangnya setahun perjalanan).

* Puasa empat hari pada bulan Rejab diafiatkan daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar dan daripada fitnah Dajal di hari kiamat.

* Puasa lima hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur.

* Puasa enam hari pada bulan Rejab, keluar kubur bercahaya muka.

* Puasa tujuh hari pada bulan Rejab, ditutup daripada tujuh pintu neraka.

* Puasa lapan hari pada bulan Rejab, dibuka baginya lapan pintu syurga.

* Puasa sembilan hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu, MENGUCAP DUA KALIMAH SHAHADAH tidak ditolak dia masuk syurga.

* Puasa 10 hari pada bulan Rejab Allah jadikan baginya hamparan perhentian di Titi Sirotolmustaqim pada tiap-tiap satu batu di hari kiamat.

* Puasa 16 belas hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang yang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.

* Puasa 19 belas hari pada bulan Rejab, dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim a.s dan Nabi Allah Adam a.s.

* Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu. Maka mulailah beramal barang yang tinggi daripada umurnya (pembaharuan umur).

Berkata Saidina Ali
:

* Puasa Rejab 13 hari seperti puasa tiga ribu tahun.
* Puasa Rejab 14 hari seperti puasa sepuluh ribu tahun.
* Puasa Rejab 15 hari seperti puasa seratus ribu tahun.

Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan seperti kelebihan Qur'an atas segala Qalam.

Puasa sehari pada bulan Rejab seperti puasa empat puluh tahun dan diberi minum air dari Syurga.

Puasa 10 hari pada bulan Rejab dijadikan dua sayap, terbang seperti kilat di atas Titi Sirotalmustaqim di hari kiamat.

Puasa sehari pada bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumurnya.

Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan akhirnya seperti puasa sebulan pahalanya.

Bulan Rejab Syahrullah (Bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah. Puasa Bulan Rejab wajib baginya:

* Diampunkan dosanya yang lalu.
* Dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal.
* Terlepas dari dahaga di hari kiamat.

Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebiji roti. Sasiapa bersedekah pada
bulan Rejab seperti sedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya tiap sehelai bulu ruma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat, dihapus seribu
kejahatan.

Tiap sehari puasanya pada bulan Rejab dan sedekahnya pada bulan Rejab seperti ibadat seribu Haji dan Umrah. Dibina mahligai seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada atahari seribu kali.

Bulan Rejab bulan Allah. Bersedekah pada bulan Rejab dijauhkan Allah daripada api neraka kerana kemuliaan bulan Rejab, Bulan Allah. Allah jadikan di belakang bukit Jabal Qar bumi, yang putih yang penuh dengan
Malaikat dengan panji-panji berhimpun pada tiap malam Rejab meminta ampun oleh mereka kepada Umat Muhammad.

Allah menjawap: Telah aku ampunkan mereka! Barangsiapa meminta ampun (bersitighfar) kepada Allah pagi dan petang 70 kali atau 100 kali, pada bulan
Rejab di haramkan tubuhnya daripada api neraka.

Sesiapa berpuasa sebulan pada bulan Rejab, Allah berseru kepadanya:
"Telah wajib hakmu atasKu, maka mintalah olehmu kepadaKu. Demi ketinggian Ku dankebesaranKu, tidak Aku tolakkan hajatmu. Engkau adalah jiranKu dibawah `arasyKu, engkau kekasihKu daripada segala makhlukKu,
engkau terlebih mulia atasKu. Sukakanlah kamu, tiada dinding antaraKu dan antarakau
".(dari kitab Raudatul Ifkar)

Puasa pada 27 bulan Rejab seperti berpuasa enam puluh bulan pahalanya. Jika disertai dengan sedekah seperti puasa seribu tahun, kerana kebesaran hari ISRAK-MIKRAJ.

Siapa melapangkan kekeruhan, kesusahan, kesempitan orang mukmin pada bulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya Mahligai yang besar di dalam syurga Firdaus.

Siapa berpuasa tiga hari pada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya(berjaga), seperti dia berpuasa tiga ribu tahun.

Diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya, 70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Qur'an dinaik ketika berlalu di Titi Sirotalmustaqim.

Rejab ertinya ta'zim (kebesaran, keagungan, kemuliaan). (Rahmat, pemurah, kebajikan). Kerana kebesaran, keagungan dan kemuliaan bulan Rejab itu
maka Allah limpahkan rahmatNya, kemurahanNya dan terhadap hamba-hambaNya yang beriman dan beramal solih pada bulan Rejab, dengan berpuasa pada siangnya dan beribadat pada malamnya.

Demikianlah peri keistimewaannya keagungan bulan Rejab itu yang dinamakan dengan BULAN ALLAH.

REJAB menyucikan badannya.
SYA'ABAN menyucikan hatinya.
RAMADHAN menyucikan rohnya.

REJAB bulan taubat.
SYA'ABAN bulan muhibbah.
RAMADHAN dilimpahi pahala amalan. 

p/s* Marilah kita sama-manfaatkan kehadiran Bulan Rejab ni..:)