Tuesday 29 March 2011

SEGMEN DECO DECO BENG BENG BOONG !

Assalamualaikum.. Ni 1st time tau nak join segmen En Ben ni..
Tetiba je rasa macam nak join.. Selama ni tengok je orang lain join..
Segmen ni khas untuk blogger baru.. macam saya! hehehe..
so, kepada otai-otai lama silalah beri komen yang membina..

thanx olllss.. :)

Apa Yang Suami Takutkan Ek?

Di sebalik tubuh TEGAP lagi sasa ITU, lelaki sebenarnya mempunyai ketakutan tersendiri tau! Walau pun tidak diakui secara terangan oleh kaum ADAM ini TAPI itulah hakikatnya..

Suami ni akan merasa rendah diri sekiranya pendapatan yang diperoleh kurang dari isterinya.. biarpun si suami mempunyai pekerjaan yang baik, tapi kalau wang yang dibawanya ke rumah kurang dari isterinya, besar kemungkinan dia akn berasa rendah diri.

Lelaki selalunya lah akan mengalami kesukaran memisahkan dirinya dari kariernya. Kehilangan pekerjaan bagi lelaki adalah seperti kehilangan dirinya! keadaan ini menyebabkan dia kadangkala tidak tahu apa yang harus dilakukan. Begitu dekatnya pekerjaan dengan diri lelaki.. Oleh sebab itulah ramai suami sanggup berada di pejabat sehingga lewat malam semata-mata untuk menghabiskan kerjanya.

Selain itu, memang satu pukulan yang kuat bagi lelaki jika isterinya berkata bahawa hasil pekerjaannya kurang memuaskan. Kritikan bagi seorang isteri akan membuatkan dirinya berasa gagal menjadi seorang suami. Sampai satu tahap, suami berasa tidak lagi dicintai isterinya.. so, beware dengan kata-kata anda wahai isteri di luar sana.

Hampir semua lelaki akan berasa takut bila mengalami situasi ghairah seksual yang menurun. Mereka bimbang tidak mampu memberi nafkah batin pada isterinya. Lelaki merasakan tanpa ada ghairah seks kehidupan berumah tangga seakan tiada maknanya...

Seperti tidak percaya, tapi inilah kebenarannya.. Biar secara luarannya nampak kuat namun ada sebahagian lelaki yang berasa takut untuk mendampingi isteri yang bakal melahirkan baby. Mereka takut untuk melihat darah yang banyak dan proses kelahiran meskipun anaknya sendiri. Ada kan suami yang macam ni?

Selain itu, sejak kecil lagi lelaki diberi peranan sebagai pelindung dan pemimpin. Akibat terlalu menjaga peranan itu, timbul pula satu masalah lain dalam menyatakan dirinya salah.  Jika seorang lelaki mengakui kesalahannya mereka bimbang tentang kewibawaannya sebagai ketua rumah tangga akan dipertikaikan.. Tapi, bukan semua lelaki susah untuk meminta maaf terlebih dahulu kan??

Ini adalah serba sedikit tentang perkara tang ditakuti oleh kaum ADAM ini.. Tapi bukan semua kaum adam takut perkara yang sama kan?

Thursday 24 March 2011

En Suami Kena Tinggal..

Adess!! dah nama pun kerja.. kena pula keja dengan gomen.. memangla tak habis-habis dengan kursus!
Isk! kalau tak pergi tak boleh ke ek? kalau setakat kursus dekat ni, tak kisahla kalau nak pergi kan.. ni sampai ke Port Dickson pulak. Memangla dekat PD tu.. tapi, bila hubby kena tinggal ni terus jadi macam jauh la.. kursus sampai tiga hari.. Dari 25-27 Mac 2011.. Selalu orang cakap masa tu cepat berlalu.. memang tidak dapat dinafikan. TAPI, bila dah jauh dengan hubby masa terasa lambat sangat berlalu! Erm.. Sebelum ke kursus tu, saya bekerja keras membersihkan rumah dulu.. dah biase rumah kena cantik dulu baru boleh pergi kursus dengan tenang. Hubby memang boleh mengemas, tapi saya yang rase macam nak kena juga selesaikan semua kerja rumah..

Selama ni memang tak boleh nak jauh langsung dengan hubby. Nak melekat aje..macam belangkas gitu!
Sebelum ni pergi kursus pun, pada hari kedua kursus mesti hubby jejak sampai ke situ. Jadualnya tak padat sangat, so takpela kan.. Ni tengok jadual kali ni sangat padat! dah macam kena pergi BTN la.. Tapi takpela kan.. dah nama pun kursus.. terpaksalah pergi juga.. : (

p/s * untuk hubby yang menjadi silent reader blog wife die ni.. " jaga diri ye, miss and  ♡ u a lots!"

Suami Ringan Tulang?? Best kan ! ♥

Bagi pasangan yang baru mendirikan rumahtangga pasti mengambil masa untuk menyesuaikan diri antara satu sama lain. walaupun dah bercinta dalam tempoh yang lama sekali pun, bukan mudah tau bila masing-masing mula bersatu di bawah satu bumbung.. Dua individu yang berbeza pandangan, perangai, latar belakang kena belajar suaikan diri hidup bersama, Waktu nilah baru nak terkeluar segala macam perangai sebenar pasangan.

Dalam pada itu, yang akan menjadi masalah juga bila timbul kesulitan tentang pembahagian urusan rumah tangga atau kerja rumah. Banyak urusan yang perlu diselesaikan di rumah walaupun hidup berdua kan..kena pulak isteri pun seorang yang bekerjaya.. Kalau seorang je yang lakukan kerja ni, memangla tak menang tangan.. itu baru hidup berdua.. belum lagi kalau dah ada anak tu..

Oleh itu kenalah bawa berbincang. Tapi ada juga lelaki yang memang EGO, mereka ni menolak untuk melakukan kerja rumah tangga ni. Hal ni boleh menyebabkan pertengkaran. Mana taknya, masing-masing pun bekerja cari rezeki, tapi bab rumah taknak pula bantu membantu kan.. Susah kan bila dah jadi macam ni.. Tapikan alhamdulillah suami saya memang sejak dari awal perkahwinan memang rajin tolong saya.. kiranya ringan tulang lah! bukan nak memuji lebih-lebih.. tapi nak minta tolong beliau tu pn kena la ada cara dan gayanya.. Biasa lah orang lelaki ni kan..kena pandai pujuk ni.. nak tahu tak macamana cara saya selalu buat supaya suami saya ni ringan tulang??ha! kot korang boleh try and error..

Selalunya saya akan pastikan suami saya tidaklah terlalu penat. Janganlah bila suami baru je sampai rumah dah mintak suami pergi angkat baju dekat ampaian.. wanita lain.. lelaki lain..memangla masing-masing pun kerja tapi macam saya katalah kudrat wanita lain sikit.. balik je boleh terus buat semua tu.. bagilah dulu suami tu rehat kejap kan..

Lepas tu berikanlah alasan yang logik bila nak mintak tolong tu. Lelaki ni manusia yang mementingkan akal fikiran. Sebab tu kena tepikan emosi( marah, merajuk, sedih ) ketika minta bantuan darinya. beritahu la kenapa perlukan pertolongannya.. kalau saya lah saya selalu kemukakan alasan yang saya terlampau penat atau ada tugas di rumah yang bagi saya elok hasilnya jika dilakukan olehnya..( suami tu senyum je sampai telinga tau bila kata macam tu )

Apa kata tawarkan suami tu tugas yang agak berat yang memerlukan tenaga ekstra gitu! Selalunya lelaki ni sangat sangat sangat suka wanita yang hargai tenaganya..nak tau apa tugas berat tu? sebenarnya tidakla berat sangat pun.. seperti cuci kereta, potong rumput.. ha! takdela berat sangat pun kan.. bukan ke selalu memang lelaki yang buat kerja-kerja ni kan??

Suami sangat mencintai isteri tau.. suami pun ingin isteri bahagia. Oleh itu,cubalah "merayu" dengan cara menyentuh perasaannya.. tapi bukanlah dengan cara" kalau abang sayangkan saya, abang mesti tolong saya buat kerja rumah"..Cara ni tak kena gayanya!  Pastikan suami tu faham kenapa memerlukan bantuan darinya.  Misalnya lah hujung minggu dah bersihkan seluruh rumah, masak lagi.. cuba katakan padanya yang korang penat untuk kemas meja makan. Kalau caranya cepat dan menyentuh hatinya, korang pasti dapat buat suami tu terus tawarkan diri untuk membantu SEBAB..... suami tu mencintai korang! suami pun ada perasaan kesian bila tengok isteri tu penat sebenarnya!

Bila suami tu dah bantu apa kata masaklah makanan kesukannnya. tak pun lakukan hobi bersama.. Selain tu ucapan terima kasih tu SANGATLAH penting.. Ucapan ni akan membuatkan suami merasa cukup berharga kerana dapat meringankan beban isteri tercinta.. Bagilah pujian setiap kali suami selesai membantu.. InsyaALLAH lebih senang suami ni bantu di kemudian hari.. : )

Minta suami bantu tu pun kenalah pada masa yang sesuai. Paling elok masa suami tu sedang enak bersantai tengok tv, masa makan bersama atau sebelum tidur..
 Maka, buatlah komitmen dalam hati tu untuk tidak bergaduh dan tidak terpancing dengan emosi.. Elakkan juga mengomel, membentak dan menyindir kerana ini akan membuatkan suami makin menjadi KERAS KEPALA!!

Cara inilah yang selalu saya lakukan untuk minta bantuan suami.. alhamdulillah.. saya BERJAYA!! oleh kerana saya berjaya, saya kongsikanlah dengan kawan-kawan..Seronokkan bila suami ni ringan tulang.. hati tu bertambah berbunga-bunga je kan? takdela istilah sakit hati dengan suami tentang urusan rumah tangga ni kan.. Bila dah dapat buat kerja sama-sama, hati pun rasa bahagia.. : ) Sharing is Caring..

Tuesday 22 March 2011

♡ Berbulan Madu buat Kali kedua..Penting ke?? ♡

Bulan Madu seharusnya bukan untuk pasangan yang baru mendirikan rumah tangga sahaja. Untuk suami isteri yang sudah lama melayari bahtera perkahwinan juga sememangnya amat diperlukan. Ia boleh menyegarkan kembali hubungan yang mungkin semakin hambar disebabkan rutin harian yang memenatkan. Detik bersama tentu ia akan memperkuatkan ikatan cinta. TETAPI, sebelum menempuhi detik manis perlulah melakukan beberapa persiapan agar bulan madu ini akan menjadi lebih INDAH!

Perkara pertama adalah menghantar anak di bawah jagaan individu yang dipercayai. Contohnya ibu bapa, mertua atau pun adik beradik.. Pastikan juga membawa kesemua keperluan anak seperti susu, ubat, mainan, serta no telefon yang boleh dihubungi sekiranya ada kecemasan.. macam kitorang yang belum ada anak ni.. memang takda masalah la kalau nak pergi tu..

Inilah masanya untuk berbulan madu ke tempat yang benar ingin di kunjungi/masih tidak terlaksana kerana sibuk atau faktor kewangan yg belum mencukupi. Dapatkanlah tawaran pakej bulan madu yang disediakan. Mintalah pihak hotel menyediakan bilik yang ala-ala romantik gitu lengkap dengan makan sekali.

Rancanglah aktiviti bersama, contohnya berehat di pantai, berpelukan sambil menunggu matahari terbenam
(romantik ape),atau menghabiskan masa di bilik sambil menonton rakaman perkahwinan korang.. Kalau nakkan aktiviti lasak  cubalah mendaki bukit, ataupun selam skuba ke, snorkelling ke.... aktiviti ni paling saya suka buat.. best!

Selain tu, sediakanlah kamera dan kamera video untuk merakam perjalanan bulan madu. Rakamlah segala aktiviti bersama.. bukan senang nak dapat detik indah yang jarang sekali dapat dilakukan macam ni tau!

Percutian bulan madu ini perlu dirancang bagi mengelakkan kemarahan pasangan.. saya pulak, memang suka rancang last minute.. kalau rancang selalu tak menjadi.. tu yang taknak rancang.. lain orang lain gayanya kan..:)  Isilah masa santai korang tu dengan bicarakan harapan atau impian perkahwinan korang.. masa nilah kalau nak romantik pun.. takda gangguan kan.. saya seronok tau keadaan macam ni.. kalau bolehla kan, setiap bulan saya nak bulan madu.. boleh rehatkan minda yang memang dah penat ni..

pesanan untuk encik suami..
p/s* Sayang, bila lagi kita nak honeymoon ekk.. heheheee.. :)

Monday 21 March 2011

Suami, Isteri Saling MEMERLUKAN...

Pasangan adalah kawan "sahabat"yang paling rapat dan setia. Tidak kira sewaktu suka ataupun duka, pasti sentiasa di sisi. Begitulah di ibaratkan pasangan suami isteri.. Bagi seorang suami, ia memerlukan isteri di sisi bukan sahaja untuk menyokongnya, malah sebagai kawan dan juga penasihat kepada suami. Isteri yang solehah akan bertindak sebagai kawan rapat kepada suami tidak kira dalam apa jua keadaan..

Isteri juga sebenarnya mempunyai perspektif terhadap kehidupan suaminya yang tidak dimiliki oleh orang lain. Sebagai isteri yang prihatin, jangan tambah permasalahan dengan rungutan dan sindiran kepada suami SEBALIKNYA jadilah kawan dan pendengar yang terbaik. Hanya sesekali berilah pendapat supaya komunikasi yang berlaku menjadi dua hala. Berilah kebebasan padanya unytuk menyelesaikan masalah  dengan cara tersendiri. Isteri sebenarnya mempunyai tanggungjawab yang lebih besar terhadap kelakuan suami, sebab itu sebagai isteri jangan sesekali melukakan egonya, sebaliknya jadilah penyelamat kepada suami pada saat dia menghadapi masalah. 

Sesungguhnya isteri itu sangat penting dalam hidup seorang suami. Bagi seorang lelaki pula,apabila harga dirinya telah dilukai berulang kali dia akan membina tembok pemisah di sekelilingnya yang menjadi masalah besar dalam perkahwinannya..

Bagi saya, dalam sesuatu perkahwinan yang bahagia, tidak sepatutnya ada tembok antara suami dan isteri. Seharusnya suami dapat meluahkan perasaannya dengan bebas tanpa risau disakiti hatinya...:)

Sunday 20 March 2011

Anak Gadis Malaysia VS Pemuda Lombok??

Hishhhh!! lagi-lagi cerita cinta pemuda LOMBOK!!! Banyak sangat cerita yang kurang enak di dengar tentang pemuda Lombok ni. Gadis Malaysia cepat cair dan senang sangat terpedaya dengan janji manis mereka. Pemuda-pemuda ni pandai pulak dengan memilih gadis yang muda cantik jelita..

Kisah anak gadis Malaysia lari ke Lombok, sudah cukup mejemukan dan memualkan saya! Tidakkah kes yang lama menjadikan iktibar pada mereka?? Bila bercinta tak ingat dunia.. umpama dunia ni mereka lah yang punya.. tapi akhirnya.... memalukan diri sendiri dan keluarga juga!

Adakah nafsu tidak masuk akal?? adakah CINTA itu sememangnya BUTA? sampai sanggup meninggalkan keluarga kononnya demi cinta mereka?? Bukankah pemuda Lombok juga tidak cukup makan? kerana itulah mereka ke Malaysia untuk mencari sesuap nasi.. TAPI, gadis Malaysia ni pulak yang rela hati sanggup hidup di Lombok? Bila menyesal, Kerajaan Malaysia juga yang datang kutip untuk dibawa pulang..
Akhirnya, Pemuda Lombok ni yang cuci tangan dan hidup bebas untuk mangsa seterusnya....

Saturday 19 March 2011

Perceraian Meningkat Angkara FACEBOOK?

Benarkah kadar penceraian di Malaysia ini meningkat gara-gara laman sosial terbesar iaitu Facebook??
memang tiada kajian yang menunjukkan Facebook adalah angkaranya.. TAPI, ternyata boleh mendatangkan mudarat kepada keharmonian rumahtangga sekiranya tuan punya tanah mempunyai niat yang salah.

Punca utamanya adalah pasangan gagal menjalankan tanggungkawab masing-masing. Walaupun memang tidak diperincikan bentuk kegagalan, sedikit sebanyak jelaslah pengabaian tanggungjawab memang ada hubung kait dengan "ketagihan" laman web ini..Itu belum lagi masuk tentang cemburu akibat laman web ini..

Menurut maklumat Jabatan Kemajuan Islam Malaysia ( JAKIM ) sebanyak 27100, kes perceraian telah direkodkan. Di Amerika Syarikat pula, hasil kajian mereka menemukan bukti jumlah perceraian meningkat gara-gara aktiviti suami atau isteri di Facebook. Maka tidak hairanlah beberapa ulama Mesir, mengeluarkan fatwa mengharamkan Facebook!

Kalau nak aktif Facebook, kalau dengan niat yang salah memang boleh meruntuhkan rumahtangga.. Mula-mula join facebook, lepas tu kebetulan terjumpa semula girlfriend/boyfriend lama.. konon-kononya nak berkawan biasa lah..Tapi bila dah berkawan tu, secara tidak sengaja menimbulkan semula nostalgia lama.
Kena pulak hubungan suami isteri dalam keadaan tegang, mulalah mereka jadi tempat untuk mengadu.. Akhirnya?? segalanya musnah.. terjadilah perceraian yang tidak disangka..

Banyak kali perkara begini terjadi.. Yang penting niat tu sebenarnya. Yang menjadi persoalah, MENGAPAKAH BER-FACEBOOK?

Besarnya KETAM ni!! Ouchhh..

Bebaru ni, ada pergi makan dekat area Ampang.. Kalau ikutkan memang la sangat malas nak keluar bila dah malam.. tapi bila seseorang nak sangat makan kat situ. then ajak kami hubby & wifey.. jadinya pergila jugak.. tak tahula kot seseorang tu mengidam ke kan.. Memula tu.. waktu sampai macam tak percaya.. bia betul kedai makan ni.. memang totally nampak cina punya kedai.. sekali masuk, punyela ramai orang.. Islam pun ramai.. kiranya masakan ala-ala chinese la.. saya masuk kedai tu, dah jadi macam orang pelik! hahahaa... yerla, pertama kali datang makan kat situ.. memang la pelik.. tengok pulak punyela ramai sangat orang..heheheeee...

Elok je masuk, terus pelayan dia datang.. ambil order.. memang tak tahu nak makan apa.. hentam jela labu! selalu kalau ramai orang service pun lambat kan?? tapi tak disangka sekejap je order dah sampai.. memang salute la service dia!!makanan dia pun sangat sedap.. yang paling mengejutkan..ketam tuu..BESARNYA!!. bila dah dapat makan.. punye la senyap.. masing-masing sibuk layan ketam tu..:) dah tak ingat nama kedai tu.. lepas makan kat situ.. tetiba rasa nak makan ais cream pulak dah! so, sebelum balik rumah tuu, dekat area rumah ada "ice room".. so, makan la pulakk kat situ.. walaupun jam sudah menunjukkan hampir tengah malam.. tetap jugak makan ice cream.. memang superb!! sangat kenyang ok.. :)

huhu! memang besar ketam ni..

baru buka dekat area rumah..

memang superb la!! i like..

sesiapa yang belum pergi ice room ni, bolehla la kalau ada masa pergi situ.. memang best!

Friday 18 March 2011

Insan Seni Terulung Yang Tiada Pengganti..

Sesungguhnya tiada siapa yang tidak mengenali beliau. Pengenalan kepada seniman agung Allahyarham Tan Sri Teuku Zakaria bin Teuku Nyak Putih..Lebih dikenali dengan nama P.Ramlee..Amat sukar untuk mencari insan yang boleh menandingi kehebatan beliau. Apatah lagi yang boleh menggantikan beliau..

Walaupun beliau tidak sempat saya kenali, tapi saya sangat suka dengan kesemua filem yang dilakonkan oleh beliau.. Antaranya seperti : Laksamana Do Re Mi, Enam Jahanam, Ahmad Albab, Anak Bapak, Tiga Abdul, Madu Tiga, Nasib Si Labu Labi, Ibu Mertuaku, Ali Baba Bujang Lapok, Nujum Pak Belalang dan banyak lagi.. Kalau nak tuliskan semuanya memang tak cukup tangan..

Tahun berganti tahun, kini sudah hampir 38 tahun beliau meninggalkan dunia.. P.Ramlee jika masih hidup kini pasti beliau tidak menyangka karyanya masih kuat disanjung dan ditatap peminatnya, malah berjaya menghimpun peminat generasi baru.. siapa sangkakan?? Memang beliau Insan Seni Yang Tiada Pengganti Lagi.. Bersyukurlah kerana beliau dilahirkan di Tanah Air ini.. Karyanya pasti akan disanjung sehingga 100 tahun lagi..:) Al Fatihah untuk Allahyarham P.Ramlee...

Di Kala Sendirian...

Hari ni saya keja amik half day.. sebenarnya bukan ada apa nak buat pun.. memang sesaja amik half day.. seronok dapat ada kat rumah.. Elok lepas lunch je, terus hubby jemput bawak balik rumah.. hubby pulak terus ke sembahyang Jumaat..  lepas tu hubby memang terus ke tempat kerja.. tinggal la saya sendirian di rumah..
Yerla bila kat rumah ni macam-macam boleh buat kan.. dengan baju yang banyak belum berlipat lagi.. baju kat ampaian pun nak kena angkat.. sambil-sambil buat segala kerja rumah tu, layan la tv skali..cerita " Street Fighter" di Star Movies! rasa macam rugi pun ada jugak.. bayar astro mahal-mahal tapi ceritanya ulang entah berapa kali sehari.. tapi oleh kerana dah tak tahu nak tengok cerita apa, layan jela apa yang ada..

Bila sendirian ni.. mula la nak pikir kalaula saya ada baby.. mesti seronok sangat.. saya dengan hubby memang suka sangat dengan baby.. hubby lagilah! kadang-kadang sedih pun ada.. orang lain semua dah ada baby.. saya tanda-tanda pun belum ada lagi.. tapi bila pikir balik, lain orang lain rezeki  yang ALLAH bagi.. takpelah nak buat cemana kan.. masih belum ada rezeki lagi.. saya pasti apa yang terjadi ni mesti ada hikmahnya.. manalah tau kan nant sekali dapat baby terus kembar..heheheeee.. saya tak kisah.. saya masih ada anak buah yang sangat comel.. dah anggap macam anak sendiri pun ada.. Selain tu, saya ada seorang kawan baik, dengan anaknya pun hubby saya dah anggap anak angkat..seronok bila tengok baby-baby yang comel ni.. hilang stresss...

Nak tahu tak bila duduk-duduk macam sekarang ni.. ( mood relax ).. saya paling suka menikmati soya & roti krim.. memang kegemaran.. tak lapar pun masih boleh nak mengunyah dua makanan ni.. Soya ni saya baru je beli dekat Carrefour semalam.. murah sangat.. nak tahu berapa harganya? must tak percaya la.. RM1.00! kotak besar pulak tu!!..memang masing-masing pakat borong la soya ni.. kalau saya yang minum sekejap je boleh habis...hehehehee...

Roti Krim Koko..

memang sedap sangat!! Tanpa Kolestrol...

Thursday 17 March 2011

GIVEAWAY SHOPPE OPENING!!

Assalamualaikum.. 
Tadi dok membelek blog Tina .. tak sangka pulak die tag.. so, saya pun berminat nak join GA ni..

Nak tahu syarat-syaratnya? Bolehla KLIK KAT SINI ..
Saya nak tag tiga orang teman.. Mereka adalah:

Gud Luck ollss..
Hope saya adalah chance nak menang..:)

Wednesday 16 March 2011

GA izdiharshoppe

Kali ini saya kena tag dengan Eja Razak.. Manalah tahu saya ada rezeki kan..
GA ini dibuat smpena pembukaan blog :http://izdiharshoppe.blogspot.com ..
Untuk syarat-syaratnya sila KLIK kat sini ye..

 Kini saya nak tag :

Gud Luck!

Contest Photo Anakku Ceria

Hari ni saya join GA ni.. saya telah di tag oleh Yanie Ali ..
Syarat-syaratnya boleh KLIK disini ye..

Oleh kerana saya masih belum dikurniakan rezeki untuk mendapat cahaya mata lagi, maka saya pertaruhkan pitcha anak buah saya ni..:) Tengokla gaya ceria nye tu...
Tarikh tutup penyertaan pada 10th April 2011..

Nama : Nusaybah binti Mohd Arif
Umur : Sudah genap 4 tahun
Nama mama : Nur Farhah binti Zainan Nazri

Saya nak tag tiga orang kawan.. Mereka adalah :

Gud Luck ollsss..

Tuesday 15 March 2011

GA COOL WIF SUNGLASS!

Assalamualaikum.. hari ni saya di tag oleh Mama Likha untuk join contest ni..
mana la tahu kan ada rezeki..:)

Kepada sesiapa yang nak join dialu-alukan ..:)
Nak tahu syarat-syaratnya sila klik di gambar tersebut, ok!
Hadiahnya something yang "kawaii" kata pn penganjur..

Saya akan mempertaruhkan gambar yang konon-kononya cool ni.. 
hentam jerk la labu..:)

Kena tag dua orang rakan yang lain.. Mereka adalah:

Gud Luck ollss..

Monday 14 March 2011

Sejauh Mana Efektifnya IPAD? Perlukah saya memilikinya??

Ipad diperkenalkan pertama kali oleh Steve Jobs, CEO dari Apple Inc. dalam Apple Special Event bertempat di Yerba Buence Centre The Arts, San Francisco pada 27 Januari 2010. Produk ini dirancang sebagai sebuah produk digital yang berada di antara telefon pintar (smartphone) dan komputer riba (laptop).

Sebut sahaja IPAD, pasti terbayangkan kecanggihan teknologi yang telah menerjah arus kemodenan sekarang.  Mana-mana pun semua orang memperkatakan tentang produk keluaran APPLE ini.. Namun di sebalik gah nya sesuatu produk, pasti ada juga kelemahan yang tersembunyi. 

Kebanyakan orang zaman sekarang bekerja dengan menggunakan Iphone OS 3.2 dan alat komunikasi lain yang mempunyai aplikasi yang boleh menembusi Internet. Tetapi dalam hal ini, Ipad hanya mampu berfungsi secara "one trick at a time ".Walaupun tidak dinafikan APPLE cube memperbaharui dan mengembangkan lagi ciri yang ada pada sistem. Perlu jua diakui bahawa " multi-tasking "masih menjadi perkara yang sangat penting bagi pengguna komputer.

Proses sinkronisasi antara iWork dan Apple Mac pada Ipad boleh dikatakan tidak mesra pengguna. Pengguna harus lakukan dua kerja iaitu import dan eksport fail, kemudian barulah fail tersebut dibuka dan kemudiannya digunakan. Namun bahaya terjadi, ketika pengguna mengimport dokumen dari Mac untuk Ipad.

Ipad merupakan papan kekunci maya pada skrin tetapi pengguna tidak benar tahu menggunakannya secara efektif. Pengguna mungkin tahu bagaimana cara untuk menulis mesej tetapi tidak benar tahu fugsi yang ada pada papan kekunci.

Apabila bercakap tentang storan sama ada 16GB ,32GB, atau 64GB maka itulah yang akan kita dapat.  Kelemahan yang ada ialah Ipad tidak mempunyai sambungan USB atau SD' card reader.

Di era definisi tinggi seperti sekarang, semua orang memerlukan kepuasan menonton dengan teknologi tersebut.Walaupun skrin yang berdimensi 9.7 inci sudah cukup untuk memutar video ukuran 720 piksel, namun kenyataan yang cukup mengganggu adalah ukuran video yang kini banyak terdapat di internet adalah video yang berdimensi 1080 piksel. Oleh itu, pengguna perlu menukarkan saiz video tersebut terlebih dahulu, barulah ditonton di Ipad...

Setelah meneliti segala kelebihan dan juga kelemahan Ipad ini, maka saya hilangkan rasa untuk memiliki Ipad. Apabila berfikir secara logikalnya, saya telah memiliki computer rumah, dan juga notebook.. Tidak perlulah lagi untuk saya membeli yang baru. Akan ada pembaziran sekiranya saya membelinya juga. Walaupun saya sangat meminati produk APPLE ini, buat masa ini dan dalam masa terdekat ini saya pasti saya tidak akan membeli Ipad ini.. : )

Apa Kelebihan Isteri Sekiranya TAAT Pada Suami??

Siapa yang tidak kenal dengan ustaz ini? rasanya semua rakyat Malaysia kenal sangat.. tambahan lagi dengan ceramah-ceramahnya yang selalunya boleh dikategorikan lawak.. Dalam lawak-lawak beliau pun banyak terselit info yang sangat berguna untuk kita. Saya sangat suka mendengar ceramah beliau.. Pada mulanya hubby yang suka mendengar tapi lama kelamaan saya juga sudah jatuh hati untuk mendengar segala info yang beliau kongsikan..
kali ini saya ingin kongsikan tentang Kelebihan Isteri Taat Pada Suami.. dengar segala kelebihan tu macam senang je nak lakukan.. TAPI, sebenarnya agak susah.. Yerla saya ni bukannya manusia yang sempurna.. " Nobody Perfect Right ?"  Tapi tidak salahnya sekiranya mencuba lakukan yang terbaik kan..: ) Dari tidak tahu langsung tentang kelebihan ini, kini sudah tahu kan.. Kadang-kadang bukan tidak tahu tapi lupa! Betul tak?? Marilah sama-sama mendengarnya..

Hadiah Ulang Tahun Kelahiran Saya..:)

Hari ini saya menjadi suri rumah.. hanya untuk hari ini sahaja..:) Selesai sesi menjalankan tugas sebagai suri rumah, maka sekarang saya nak hapdate blog pulak.. terasa macam dah lama saya tak hapdate.. sebelum ni sibuk join contest.. teruja dengan contest!! tak tahula kenapa.. mungkin sebab bila ada masa terluang.. Tak tahu sebenarnya nak hapdate apa kat blog ni.. tapi rasa hanya nak kongsikan tentang " Hadiah Ulangtahun Kelahiran Saya"..

Sebenarnya memang dari era kanak-kanak ibu & abah tak pernah pun nak bagi hadiah-hadiah ni.. Bagi mereka tanpa hadiah pun umur tetap juga meningkat.. Selalunya ibu akan belikan kek sahaja.. rasanya adalah sekali kot ibu & abah bawak saya pergi bercuti ke Cameron Highlands untuk sambut hari ulangtahun saya.. itu pun dah memadai.. memang ibu & abah tak nak ajar anak-anak dengan pemberian hadiah.. memang mereka tak nak ajar dengan kemewahan..Saya pun memang dah terbiasa..:) Apabila saya sudah dewasa & berkahwin, hubby pulak selalu manja kan saya.. setiap kali hari istimewa seperti ulangtahun kelahiran atau ulangtahun perkahwinan, mesti saya akan dapat something la dari hubby.. saya amat hargai segala pemberiannya..saya memang tak kisah pun sekiranya hubby tidak memberikan apa-apa tapi cukupla sekadar mengingati tarikh tersebut..

Beberapa hari sebelum hari saya, hubby bawak saya dengan adik yang kebetulan harinya juga awal beberapa hari sahaja dari saya ke " Garden The Curve ".. Sambut di sana.. memang sebelum ni pernah ke situ.. tempat yang sangat romantik..:) saya memang suka! Apapun terima kasih untuk hubby..:)

Memang sedap!! harga pun berpatutan..

Jam tangan memang dah ada.. hubby bagi lagi.. tak pelah.. tambah koleksi yang sedia ada..:)
hadiah ni saya dapat bila dah habis makan-makan.. bila dah masuk kereta dalam perjalanan pulang baru hubby bagi..

Note book & Iphone ni saya dapat sebelum hari ulangtahun saya.. Kebetulan lappy lama saya hilang di bulan Ramadhan semasa saya dekat Bazar.. kiranya hubby belikan note book ni sebagai ganti.. senang untuk saya buat kerja katanya.. Tentang Iphone ni, tak sangka hubby nak bagi kerana saya memang tak pandai pakai touch screen..Tapi bila dah pakai, best pulak.. Saya ingat hubby beli untuk dirinya sebab memang hubby nak beli Iphone.. Tak sangka hubby beli skali untuk saya..Hubby beli Iphone di Singapore.. Waktu ni Iphone masih belum di lancarkan lagi di Malaysia..Saya amat hargai segala pemberiannya..Pesanan saya untuk hubby, tak perlulah nak belikan hadiah yang sebegini kerana saya tidak perlukan apa-apa tambah lagi untuk meminta...Cukupla sekadar mendapat kasih sayang yang tidak berbelah bagi untuk saya.. Terima kasih untuk segalanya..

Sunday 13 March 2011

"GIVEAWAY PERTAMA PEONY PINKY"

Semasa saya blog walking saya ternampak peony pinky buat contest ni.. Kebetulan sekarang ni ada masa terluang, saya pun nak join jugalah contest ni..

Syarat-syarat penyertaan adalah :

1. Mestlah menjadi follower Peony Pinky ..( done )
2. Buat entry bertajuk "GIVEAWAY PERTAMA PEONY PINKY "( done )
3. Sila letak banner seperti di atas ini dan bahagian side bar.. ( done )
4. Link kan post entry di bahagian komen bawah entry.. ( done )
5. Tag tiga orang rakan dan pastikan mereka tau.. ( done )
Rakan yang bertuah untuk di tag adalah:

Tarikh tutup penyertaan adalah pada : 30 April 2011 ( 12.00 tengah malam )
Gud Luck babe..:)

Smiley Baggy GiveAway

Kali ini saya join GA Cheqppjoy ... Saya telah di tag oleh Yatie & Eja Razak... Thank you dearr..
Sekiranya ingin join dan ingin tau syarat-syaratnya, sila lah KLIK DI SINI ...

Saya akan tag empat orang.. Mereka adalah :

p/s : Semoga berjaya kawan-kawan.. sesiapa nak join dialu-alukan..:)

Saturday 12 March 2011

Hikayat Merong Mahawangsa!

Pada 10 Mac 2011 yang lepas, hubby ada ajak ke Pavilion untuk tengok filem ni.. Sebenarnya saya tak minat sangat, tapi bila hubby beriya ajak.. so, saya ok je la.. saya dapat tengok tayangan tersebut pada pukul 10.00 malam.. memang panggung penuh dari atas sampai la ke bawah.. takda seat yang kosong pun.. nasib baik hubby memang dah beli tiket online..

Kebanyakan preview yang mengatakan movie ni best sangat.. bagi saya pula bolehla nak kira best.. sebab filem ni amik masa sampai lebih kurang dua jam.. so, bila sesuatu filem tu lama sangat mula la rasa ada sikit kebosanan.. tapi memang boleh dibanggakan kerana ada rakyat Malaysia yang mampu buat filem macam tu! No wonder la pembikinan filem sampai cecah RM8juta. Apa pun saya layan je filem  tu..

Antara barisan pelakon yang membintangi filem ini adalah Stephen Rahman Hudges, Jing Lu, Gaven Stenhouse, Hendrik Norman, Dato Rahim Razali, Wan Hanafi Su, Ummi Nazeera, Khir Rahman, Craig Fong. Pelakon-pelakon tempatan yang lain termasuk Nell Ng, Keith Chong, Jehan Miskin, Deborah Hendry, Ravi Sunderlingam, Kuswadinata, Mano Maniam dan Faiz Aizuddin ( pemenang drama sebabak ERRA ).
Filem ini sebenarnya cukup rasa. Ada tawa di dalam duka, ada cinta di dalam sengketa dan ada jenakan di dalam cerita. Watak yang dibawa oleh Ummi Nazeera sebagai Embok penuh dengan emosi. Embok berjaya meneutralkan rasa pahlawan sejati yang ganas, kasar dan gagah perkasa itu.
Sekiranya nak tau jalan cerita dan kesudahannya kena la pergi tengok sendiri..:)

p/s: Sekalung tahniah diucapkan pada KRU ....

Friday 11 March 2011

1st Giveway Vaithis

Ini adalah GA yang ketiga untuk hari ini.. terlebih rajin pulakk..
Saya join GA Vaithis ...

 Syarat-syarat penyertaan:

1. Mestilah menjadi follower saya ( done )
2. Buat entry pasal GA ini dengan tajuk " 1st Giveway Vaithis " ( done )
3. Anda perlu tag sekurang-kurangnya tiga orang kawan. Mereka adalah:

4. Pastikan letak gambar ini di sebelah side bar dan tinggalkan link di comment entry ni yer.. ( done )
5. Lepas dah siap bagi comment dan link pada entry ini

Tarikh tutup penyertaan ini adalah pada 1st May 2011..
Gud Luck all!

♡ 1st Contest Kasih Ibu Arif ♡

Assalamualaikum semua.. Harini saya join contest Darna.
Cara-caranya mudah sahaja..

1. Sila follow dua blog di atas ini:
   - Blog Utama  iaitu Kasih Ibu Arif ( sudah saya follow )
   - Blog Galeri Buku Ibu ( sudah follow )

2. Like Page Galeri Buku Ibu di Facebook ( selesai )

3. Letak banner contest kat atas ni dalam entri & sidebar then link kan ke blog saya ni..
( selesai )

4. Buat satu entri mengenai .:: 1st CONTEST KASIH IBU ARIF ::.  ( selesai )

5..Lengkapkan ayat ini "Saya suka membaca kerana.........." (tidak melebihi 50patah perkataan/ringkas & kreatif lagi bagus)

Saya suka membaca kerana dengan membaca saya boleh menambahkan ilmu pengetahuan. Tidak kira lah samada bacaan buku ilmiah atau novel. Saya suka membaca jalan cerita sesuatu buku itu sehingga habis. Saya sanggup membaca sesuatu buku itu dari pagi sehingga lah ke malam kerana apabila saya sudah mula membaca saya memang tidak boleh berhenti. Oleh kerana itulah di rumah saya penuh dengan bahan bacaan. Dengan bacaan juga saya boleh gunakan untuk sumber rujukan saya malah saya juga sanggup bertukar-tukar buku dengan rakan seperjuangan atau ke perpustakaan semata-mata untuk mendapatkan buku yang saya inginkan. Saya juga suka membaca kerana ia selaras dengan tugas saya..

Apabila membaca saya boleh terus melupakan segala permasalahan &  tekanan di pejabat.
Ia juga boleh merehatkan minda saya dan kadang-kadang saya rasa terhibur dengan sesuatu bacaan.. :)

6. Sila tag tiga orang kawan dan pastikan mereka tahu

Alhamdulillah.. selesai semuanya.. Selamat Berjaya..

HABIB NAK BAGI FM KAT ACIK2 SUME!!!

Assalamualaikum..hari ini saya banyak join contest.. kebetulan ada masa free.
Kali ini saya join contest Zura Habib

Contest ini bermula pada 11 Mac 2011 dan akan berakhir pada 30 Mac 2011.
Syarat-syarat penyertaan adalah seperti berikut:
  • Mestilah menjadi follower blog INI ...( done! )
  • Kalau nakkan dua kali undian rajin-rajinkanlah diri follow blog "YANG INI JUGAKK!! "( done! )
  • Buat entry dengan tajuk " Habib Nak Bagi FM Kat Achik2 Sume!!!.. ( done ! )
  • Copy then letakkan Banner Habib kat atas tu kat entry..( done !)
  • Linkkan semula ke blog "INI" .. di bahagian comment sila namakan id follower, link entry anda dan tuliskan samada anda follow blog ini sahaja atau" blog inijuga.. ( done jugak ! )
Pesanan ringkas untuk Habib:

Hai habib Cute..Acik nak FM tu yerrrr..
id follower : Farah Shamsudin
Link entry : http://ran-farah-mouri.blogspot.com/
Acik sudah follow kedua-dua blog sekali tau..:)

Tsunami di Japan!! Nauzubillah..

Sebuah gempa bumi telah memukul timur-laut Jepun, mencetuskan tsunami yang mengakibatkan kerosakan besar. Televisyen Jepun menunjukkan, kereta, kapal bahkan bangunan yang tersapu oleh dinding besar air selepas  gempa bumi 8,9 skala ritcher.

Gempa mencetuskan kebakaran di beberapa daerah termasuk Tokyo dengan sekurang-kurangnya 15 orang dilaporkan mati.Sebuah peringatan tsunami dilanjutkan di Pasifik termasuk, Filipina, Indonesia, Taiwan, Hawaii, Pantai Pasifik Russia dan Amerika-Utara Selatan.

Marilah kita mendoakan rakyat Malaysia yang berada disana dalam keadaan baik dan terpelihara.. Bersama-sama kita menunaikan solat hajat untuk mereka.. Amin..

{Lucky Draw Little Cute Animal 2011}

Kali ni saya telah di tag oleh pn ztee..thanx babe!

Tarikh tutup penyertaan pada 11 March 2011 bersamaan hari Jumaat iaitu harini la..
Kepada mereka yang nak join dialu-alukan..

kena tag tiga orang rakan..Saya tag:

Semoga Berjaya semua..

Monday 7 March 2011

♡ Nasi goreng yang sangat pedassss! ♡

Adussss.. Selama ni memang kalau bab masak memasak mesti diserahkan pd sy.. hubby hanya makan je..
Tapi kali ni hubby pulakkk yang nak masak.. nak tau masak ape?? masak NASI GORENG! perghh.. mmg cam xpercaye jerk. Tapi oleh kerna hubby beriya nak masak.. sy pun xkisahla.. itu pn da kira bersyukur sbb suami bg sy rest kan.. Bagi sy, xkisahla hubby nak msk ape pn.. sy makan jerk.. 

Slalu kalau sy yg msk mmg pedas.. tak kisah msk apepun.. mmg xboleh tak letak cili api banyak2..
Rupanya hubby pn same.. Skali makan, fuhyoo! samp terkeluar la ayat sy ni" syg pedasnya!!" hahahaaaa..
en hubby boleh gelakk je.. mmg sgt pedas.. tak terkata.. ntah bape banyak cili padi hubby letak nii.. tapikan mmg SEDAP! xkisahla pedas pn asalkan sedap.. hubby pn pandai masak ghupenya..:)
Apepun, mekacih kat hubby.. ade jugak inisiatif nak msk.. dapat juge sy ni buat keja lain.. Pesanan untuk hubby, lain kali bolehla tolong masak lagik yerrr.. syg msk sedaplah..:)

Inilah hasilnya..:)

Sunday 6 March 2011

Kerja .. Kerja!!

Nak cakap tentang kerja ni, mmg la tak pernah nak habiss.. rasa letih je bila cakap tentang kerjaaa..
Kena pulak sy ni bidang psikologi.. kalau nak cakap tentang psikologi pulakkk.. memang panjang..
tapi kan, ramai orang di luar sane berfikir bahawa bl berjump dgn psikologi ni must org tu bermasalah.. sebenarnya bukan macam tu!! lainlah kalo pakar psikiatri.. ha! tu mmg untuk mereka2 yang
SAKIT JIWA..Maka perlu la pandai bezakan antara psikologi & psikiatri..

Selalu sangat bila di ajak jumpa psikologi, ade je alasan cakap xd masalah la.. bermacam2 alasan.. sebenarnya ramai diantara kita, tidak kiralah lelaki, perempuan, suri rumah mahupun yang  bekerjaya, semuanya mmg ad masalah.. antara besar atau kecik sahaja.. Sekiranya, rasa perlukan pendapat atau nak meluahkan ap yang tersirat di hati, just go! xperlulah nak pendam dalam hati.. kerana peratusan mereka yang memiliki tahap KEMURUNGAN ni, semakin tinggi.. tidak kira dikalangan lelaki ataupun perempuan.. Jangan fikir apa orang lain nak kata. Yang penting kita tau kita berjump dia ats sebab ape.. kena ingat psikologi/ kaunselor ni bukan bermakna hanya untuk mereka yang bermasalah.. tapi untuk minta pendapat pn boleh.. tidak kira samada tntang anak., keluarga dsbnya... Banyak skang ni jabatan2 kerajaan tubuhkan unit psikologi.. kalau nak pergi ke swasta mmgla perlu berbayar..

Oklah.. baru2 ni sy ade ke SK Puteri Pandan.. Banyak aktiviti dilakukan disana untuk pelajar2 darjah 6.. Antaranya Kaunseling Ekspresif.. Objektifnya adalah untuk mengenal pasti setakat mana kemampuan pelajar2 tersebut dalam menghadapi peperiksaan yang akn datang..Apepun, pelajar2 sekolah itu ada potensi untuk mendapat kecemerlangan..:)

Sesi suai kenal..

Pelajar sedang mengisi soalan Penghargaan Kendiri

Pelajar sedang memilih card untuk dibuat cerita..

Pelajar sukarela nak bercerita..

Bukan senang nak buat mereka semua untuk bercerita..Tapi, alhamdulillah.. mereka semua memang ada potensi untuk berjaya..:)

Tuesday 1 March 2011

Jalan-Jalan Genting & Bukit Tinggi

Phewww!! sy rasa sy ni sgt addicted dgn travell.. xkisahla dekat or jauh.. yang penting dpt jalan2..en hubby xdla kuat berjalan tp oleh kerna si isteri yg suke sgt berjalan, jd die pn ikut jerkla.. kali ni ke Bukit Tinggi.. mmg spt biase xd plan nak g pn.. tp bl da smp tghr tu br terpikir nak naik situ..sy hany pegi balik je.. sblm ni mmg xprnh g.. slalu tgk gamba kawan2 dkt situ cantik je.. so, sy pn amikla kptsn nak g juge. Jalan nak ke situ xdla elok sgt.. pastu jarang ade keta.. memula tu takut jugak.. betul ke jalan ni..tp alhamdulillah smp juga ke ats tu..mmg nampak cantik tp agak bosan la.. sy rs cukupla sekali je kot naik situ..kalo bab snap ni mmg bes.. sbb kat area tu cantik jugak la..( sbnrny sy mmg hantu gamba ) sempat la sy g sume tempat.. bl g bedua je dgn en hubby, so agk susah jugakla nak bergamba.. so, xdla banyak sgt gamba yang mnjd collection kami..nak kate sejuk kat ats tu, bolela kotttt.. sejuk lagik Genting.. konon nak situ nak test la makan sushi tp... mmg xlh nak masukla.. mmg tekak ni bukan untuk makanan Jepun! so, x habis la gamaknye..sy kat Bukit Tinggi smp ptg.. then bl da on da way turun tu, ttb je nak ajak en hubby g Genting.. xsgka plak en hubby setuju.. sbnrny xdla ap yg mnrik sgt kat Genting tu kan.. sbb da slalu g sgt.. maklumlah blakang rumah je.. tp rs sejuk tu yg membuatkan sy nak jugakkkkk g situ.. sbnrny g situ nak shopping! kebetulan ade BIG SALES.. biasela org pempuan ni kan.. bl ade duet lebih, mula lar nak shopping itu ini.. maka bl da sibuk dgn shopping, jadiny nak balik rumah tu lambatla..bg sy, xsesia la sy naik atas tuu.. dapat shopping.. dapat dating dgn hubby skali..:) papepun, thanx to my hubby sbb ikutkan aje karenah isteri die ni..

Peluk tiang pun jadik larrr..

Ni kat rumah Jepun tu.. 

Terkejut la konon tu kan.. tantek bunga kat sini..

waaaa.... mmg xleh masuk la sushi nie...

Ntah ape gaya ntah..hahahaaa..

senyummm...

Love u muchukkkk

Banyak tau tempat makan..

Cantik kannnn..

Hotel..

Ni da smp Genting..

Makan dl.. Lapar seyh!

Shopping time...