Friday 27 April 2012

Berjalan Sakan dan Akhirnyaaa...

Assalamualaikum..

Salam Jumaat.. dah petang pun.. Sejak kebelakangan ni, kesibukkan semakin menjadi-jadi. Nak mengarang entri pun tak sempat.. inikan pula untuk blogwalking. Ditambahkan pula dengan melayan kesihatan yang agak kurang memuaskan tika ini..

Walaupun kesihatan kurang memuaskan buat masa ini, saya tetap bersyukur kerana kini saya sudah mampu ke tempat kerja.. Banyak lagi kerja-kerja yang tertangguh.. tapi takpe, buat setakat yang mampu dulula kan..
Kali ni penyakitnya datang sekaligus. Pakej demam + athma + sakit tekak + sakit kepala = tak boleh bangun seharian..aduhai.. dugaan betul. Demamnya pula sudah sebeban ubat makan, masih lagi tak baik-baik. Tak mampu nak telan lagi sebenarnya. Tapi oleh kerana nak sembuh dengan segera, gagahkan juga telan ubat-ubat tuu.. Bila sakit ni, selera makan pun takde. Agak mendadak juga berat turun. 

Tapi harini, sudah nampak perkembangan yang positif.. suara pun dah ada semula.. selera juga sudah semakin baik. sudah boleh makan tapi deria rasa tu masih kurang memuaskan.. Hanya tinggal demam yang sikit-sikit ni + batuk yang mungkin agak lambat baik + pening kepala..Agaknya kerana kesan ubat kot.. 

Sepanjang sakit, En Kanda yang menjaga sehingga terpaksa ambil Emergency Leave.. bukan sengaja mengada-ngada tak boleh bangun, tapi memang kali ni tragis benar sakitku.. Satu benda pun tak mampu nak buat.. Apapun terima kasih pada En Kanda kerana menjaga saya dengan baik sepanjang dua hari dirumah yee... :)

Sebelum saya mengalami demam yang tragis ni, pada ujung minggu tuu saya ada keluar berjalan sakan ke Bukit Tinggi.. Pada keesokkannya pula ke Pavilion.. layan Battleship! agaknya kerana berjalan sakan tak hengat dunia, demamku yang lama kembali semula... 

Kali ni nak review movie Battleship dulu.. next entry baru cerita Bukit Tinggi pula..

Agaknya saya yang ketinggalan..baru je dapat tengok movie ni.. bila tanya sana sini memang mereka kata bes.. bila tengok sendiri, mula-mula tu agak bosan tapi bila dah sampai pertengahan cerita, makin bes.. memang betul movie ni best.. suka jalan ceritanya..kalau boleh nak tengok sekali lagi..Tapi, dari tengok dua tiga kali baik saya tengok movie Avengers pulaa.. Dah keluar panggung pun kan.. kepada yang nak tengok movie Battleship ni, silakan tengok... :)

Wednesday 25 April 2012

Athma kembali..

Assalamualaikum...

p/s* athma menyerang kembali.. tak bes betul..:(

Sunday 15 April 2012

Mencari atau menjadi?

Assalamualaikum..

“Saya sedar saya tidaklah sehebat Fatimah, sebab itu saya perlukan suami yang soleh seperti Ali untuk membimbing saya”, 

“Saya memang tidak sebagus Ali, sebab itu saya kena pilih isteri yang sempurna macam Fatimah. Saya tak mampu nak mem-Fatimahkan seorang yang tidak Fatimah!”, 
Semua sibuk mencari. Mudahkah untuk mendapatnya?

Semua sibuk mencari. Jika jumpa, mudahkah untuk mengekalkannya?

Mampukah kebahagiaan dan kesempurnaan rumahtangga dipertahankan, jika suami meletakkan kesempurnaan itu ialah pada apa yang isteri buat dan tidak buat, jadi atau tidak jadi?

Kita mahu mencari pasangan hidup yang soleh, dan kita menemuinya di dalam suasana semua lelaki nampak sempurna. Semasa bercinta, dialah Ultraman, dialah Gaban. Tetapi siapa sangka, selepas berumahtangga, Ultraman berubah menjadi raksasa!

Jika bahagia dan sempurnanya rumahtangga ialah pada apa yang suami buat atau apa yang isteri buat, kita akan hidup dan mati dalam pencarian. Pencarian yang tidak berkesudahan.

Maka jika mahu mendapatkan yang soleh, kurangkan sedikit agenda men-CARI si Soleh, tetapi berusahalah men-JADI yang solehah. Jika inginkan yang solehah, janganlah cerewet sangat men-CARI yang solehah, tetapi berusahalah men-JADI yang soleh.

Bertemu yang solehah, solehahnya dia belum tentu kekal. Bertemu yang soleh, solehnya boleh berubah… kerana si solehah dan si soleh adalah insan biasa.

Tetapi jika semua orang fokus kepada JADI dan bukannya CARI, maka ramailah calon, dan mudahlah sedikit kehidupan. Dan kita sendiri tidak bimbang untuk berumahtangga dengan pasangan itu walaupun mungkin tidak 100% (30% pun belum tentu) mengenalinya.

Kita berkahwin sebagai sebahagian daripada proses untuk MENJADI, bukan MENCARI.

Thursday 12 April 2012

Nafkah Bukan Kemewahan

Assalamualaikum..

Salam Jumaat untuk semua.. Semoga hari ini membawa seribu keberkatan untuk kita semua. Sedang saya sibuk mencari info, saya ternampak tajuk Nafkah ni... Saya fikir eloklah juga saya kongsikan juga disini kan?mana yang tak tahu tuu, terus dapat tahu kan?

Nafkah yang menjadi tanggungjawab suami ialah untuk memberi isteri dan anak-anaknya makan minum, pakaian, tempat tinggal dan segala keperluan isteri dan anak-anak yang munasabah dan tidak bercanggah dengan syarak.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Kaum lelaki itu adalah pemimpin yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan kerana Allah telah melebihkan orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) berbanding kaum wanita dan juga kerana orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari 
harta mereka.” – surah al-Nisa’ ayat 34.

Melihat kepada definisi sendiri iaitu KEPERLUAN ISTERI DAN ANAK-ANAK, maka terkeluarlah segala bentuk kemewahan. Sebagai contoh, seorang suami mampu menyediakan makan minum yang mengenyangkan untuk isteri dan anak-anak berupa nasi dan lauk yang sesuai, itu dikira telah menyediakan nafkah yang cukup walaupun hari-hari makan ikan dan sayur dan hanya sekali dalam sebulan makan daging atau ayam. Apabila suami telah menyediakan rumah yang sesuai dan munasabah, menyediakan pakaian yang sesuai dan menutup aurat, memberikan pendidikan kepada anak-anak atau secara mudahnya, segala keperluan harian telah disediakan dan tidak mengganggu perkembangan hidup isteri serta pembesaran anak-anak, bererti si suami telah menjalankan kewajipan nafkah yang patut dan munasabah dari hukum syarak. 

Suami tak diwajibkan untuk menyediakan hidangan ayam goreng setiap hari atau hidangan ayam rending setiap kali waktu makan. Sama juga jika seorang suami memberikan isterinya telefon bimbit yang boleh digunakan untuk menelefon atau mengirimkan SMS, maka sekiranya si isteri berkehendakkan telefon bimbit yang boleh kirimkan MMS atau 3G, ia bukan lagi tanggungjawab suami dan suami boleh untuk tidak menunaikan kehendak tersebut walaupun suami berkemampuan. Sama dengan kes yang saya utarakan di awal tadi. Suami dah sediakan segalanya termasuk berikan duit poket untuk isteri bererti suami dah pun jalankan tanggungjawab yang patut dan perlu kepada isteri dan anak-anak.

Wang poket walaupun tidak termasuk di dalam kewajipan nafkah tetapi tetap perlu diberikan kepada isteri dalam kadar yang sesuai dan munasabah untuk tabungan dan simpanan bagi menghadapi kes-kes kecemasan. Seorang suami yang tidak memberikan duit poket yang sesuai dan munasabah adalah dikira telah melakukan keganasan kewangan kepada si isteri sekiranya si isteri adalah seorang suri rumah yang tidak mempunyai apa-apa hasil pendapatan selain daripada wang yang diberikan oleh si suami. Sekiranya si isteri bekerja atau pun suri rumah yang mempunyai pendapatan dari hasil kerja sampingan seperti menjahit, menjaga anak orang atau apa sahaja, suami boleh tidak berikan wang poket kepada isteri dengan syarat segala keperluan isteri dan anak-anak telah disediakan sepenuhnya oleh si suami.

Hukum juga menetapkan, kadar pemberian nafkah adalah mengikut kemampuan seorang suami dan suami tidak wajar membebankan dirinya melebihi dari kemampuannya yang sebenar. Maksud membebankan diri di sini ialah melakukan sesuatu yang melebihi kemampuan atau di luar upaya suami. Sebagai contoh berhutang dengan mana-mana pihak bagi merealisasikan kehendak isteri yang melampau.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Orang yang mampu memberi nafkah hendaklah menurut kemampuannya; dan sesiapa yang disempitkan rezekinya, maka dia hendaklah memberi nafkah dari apa yang diberikan Allah kepadanya (sekadar yang mampu). Allah tidak memberati seseorang melainkan (sekadar kemampuan) yang diberikan Allah kepadanya. (Orang-orang yang dalam kesempitan hendaklah ingat bahawa) Allah akan memberikan kesenangan sesudah berlakunya kesusahan.” – surah al-Talaq ayat 7.

Kemampuan juga bererti atas segala daya dan usaha suami, bukannya sekadar usaha setapak mengharapkan rezeki sebukit. Paling penting, tanggungjawab ditunaikan secara sedaya upaya sebab setiap suami akan disoal di akhirat nanti atas kegagalannya menyediakan segala keperluan tersebut. 

p/s* Copy and Paste...

Wednesday 11 April 2012

Kuseru Rindu Itu.

Assalamualaikum..

Jalan ceritanya sangat best.. Touching!

Tuesday 10 April 2012

Kesibukkan Melanda..

Assalamualaikum...

Hampir seminggu tak update blog ni.. ade habuk sikit-sikit dah ni.. Kesibukkan kini membuatkan saya memang tak sempat nak fikir atau lebih tepat lagi mengarang cerita terkini..

Pada hujung minggu yang lepas pun, saya tak dapat menghabiskan masa bersama hubby tersayang. Nak buat macamana kini hidup saya penuh dengan jadual kerja yang sangat padat..Pagi-pagi lagi dah keluar untuk kerja luar.. hanya pulang hampir petang... Kesian pada En Hubby.. Nasiblah beliau sudi nak menghantar dan mengambil saya sepanjang kerja pada hari minggu..

Bila hampir setiap hari bekerja tanpa cuti, itu bermakna PRU sudah hampir.. memang beginilah setiap kali menjelang PRU.. tak terkejar dengan program-program luar yang melibatkan masyarakat ni..Istilah "Utamakan Keluarga"kini lebih kepada kepada "Utamakan Keluarga Orang Lain".. Sudah biasa dengan kerja yang sebegini, takdalah En Hubby merungut.. Alhamdulillah.. kerana beliau sentiasa memahami.. Siapa kata kerja Kerajaan bersenang lenang? kepada mereka yang tak tahu mungkin boleh berkata begitu..:) 

Semalam kesihatan En Hubby agak kurang elok.. Beliau demam. Agak tinggi suhu badannya. Kesian pada En Hubby, Dah lama sangat beliau tak demam ni.. Sekali demam terok juga.. Oleh kerana beliau demam, maka saya pun ambil Off Day. Tak sampai hati saya nak ke tempat kerja sedangkan beliau demam.Semoga En Hubby sembuh seperti sediakala..

Ubat-ubatan yang perlu En Hubby makan..

p/s* Terima kasih pada En Hubby sentiasa memahami kerja saya...*

Tuesday 3 April 2012

Makan Lagi..

Assalamualaikum..

Dengarlah Cerita Isterimu...

Assalamualaikum...

UNTUK TATAPAN SUAMI…

Biasanya balik ke rumah selepas kesibukan kerja di pejabat dengan niat untuk berehat melepaskan penat jerih.

Ada juga yang berniat balik ke rumah sekejap untuk mengambil pakaian sukan dan kemudian terus ke gelanggang permainan bersama-sama dengan rakan-rakan sepejabat atau sepersatuan.

Tidak kurang pula yang sampai di rumah terus mengerjakan solat 'Asar dan kemudian ke halaman rumah meneruskan kerja-kerja menanam pokok bunga kesayangan.

Apabila sampai ke rumah, hanya anak-anak sahaja yang menyambut di pintu. Isteri yang "full-time-house-wife" tu, meneruskan pekerjaan biasanya seperti melipat kain, gosok baju atau menyapu halaman rumah petang-petang.

Kita pun mencium anak-anak dan terus ke bilik tidur dan membuat kerja-kerja seperti di atas tadi. Tidak ada senerio drama tv seperti isteri menyambut dan menyediakan minuman untuk suaminya, sambil suaminya pula merebahkan badannya di sofa empuk "italian set" nya itu.

Bagi isteri yang balik bersama-sama satu kereta pula, sepanjang perjalanan dia lelapkan matanya menghala keluar hinggalah sampai ke rumah. Tiba di rumah, masing-masing dengan urusan sendirian, sibuk macam di pejabat tadi.

Alangkah ruginya menpunyai pasangan yang halal tetapi hubungan seperti "bukan muhrim". Sudahlah berpisah lebih lapan jam sehari dengannya kerana bertugas di pejabat, ditambah pula dengan hubungan yang hambar apabila bersama di rumah. Dengan ini, ramailah dikalangan kita yang tidak dapat menikmati cogan kata yang popular masa kini, "Rumahku Syurgaku".

Mengapa boleh terjadi demikian? Semasa baru-baru kahwin, biasanya isteri tu lah yang menyambut di pintu dengan senyum manisnya dan memimpin ke kerusi atau ke dalam bilik tidur. Dan di situ jugalah dia akan bercerita mengadu hal peristiwa-peristiwa yang berlaku sepanjang ketiadaan di rumah.

Macam-macamlah tajuknya hingga kadang-kadang naik meluat mendengarnya. Tetapi, pada masa itu memang pendengar yang amat baik sekali dan bersungguh-sungguh melayan cerita dan emosinya. Baru kahwinlah katakan. Tetapi sekarang semuanya itu hanya tinggal kenangan.

Wahai suami-suami yang dimuliakan,

Memang kita lebih sibuk dari dia. Memang kita lebih banyak memikirkan masalah masyarakat dan negara. Memang minat kita berbeza. Memang kita malas mendengar cakap dia. Tetapi, pernah tak kita fikirkan hasilnya jika kita mendengar sekejap ceritanya bila sampai di rumah setiap petang?

Jika kita boleh meneruskan tabiat seperti baru-baru kahwin dulu tu; menjadi pendengar yang baik, meluangkan masa dalam lima minit mendengar ceritanya sebaik sahaja kita tiba di rumah, mengangguk-anggukkan kepala dan bersetuju dengan pandangan-pandangannya, menegur ceritanya apabila dia mula nak mengumpat dengan cara yang baik - yakinlah, hasilnya nanti, dia akan rasa terhibur dan merasakan dialah orang yang paling gembira sekali pada hari itu.

Cintanya rasa berbalas apabila aduannya itu dilayan dengan belaian kasih mesra. Kusut masai semasa dia memerahkan otaknya membersih, mengindahkan rumah dan memasak masakan kegemaran, akan terurai kerana kesanggupan kita mendengarnya sembangnya itu. Tak lama wahai suami-suami, hanya lima minit sahaja yang perlu kita luangkan untuknya. Tetapi kesan boleh menceriakannya selama 24 jam untuk hari yang berikutnya.

Niatkan di hati untuk mendengar ceritanya sama ada dirumah atau di dalam kereta sebaik sahaja melangkah keluar dari pejabat. Jangan amalkan singgah dulu di kafetaria untuk minum petang dengan rakan-rakan sepejabat, ini akan menyebabkan kita merasakan isteri tidak perlu lagi melayan kita di rumah nanti. Sebab kita sudah kenyang.

Sampai di rumah mulakan dengan soalan, "Ada berita baik hari ini ke?" atau yang serupa dengannya. Yakinlah, sebulan  amalkan, pasti isteri  akan bersama-sama dengan anak-anak menyambut di muka pintu dengan senyuman meleret hingga ke telinganya.  

Sunday 1 April 2012

Selamat Datang April...

Assalamualaikum...

Macam tidak percaya sahaja sekarang sudah pun masuk bulan April.. Selamat tinggal Mac yang sangat sibuk dan selamat datang untuk April.. Harapnya April ni akan baik-baik sahaja untuk saya..

Setiap kali masuk sahaja bulan April, pasti saya akan terfikir-fikir.. Nak tahu sebab apa? Sebab pada bulan April saya perlu keluarkan duit lebih dari biasa..masih lagi terfikir-fikir apa hadiah yang perlu dibeli untuk ulangtahun kelahiran En Hubby juga anniversary kami..Dalam kesibukkan dengan kerja sekarang, masih tak boleh nak fikir sesuatu yang best untuk hari-hari itu..

Pejam celik pejam celik, hari tu pasti tiba.. tapi, satu apapun tak rancang lagi.. agaknya memang idea tu akan dapat last minute kot..agak-agaknya apa lah yang boleh dibeli untuk En Hubby ni..Kalau ditanya pada En Hubby, sudah tentu katanya tak perlu apa-apapun.. Itu adalah ayat standard nyaa...:) Tak kisahla apa pun jawapan En Hubby, yang penting saya tetap nak bagi sesuatu juga.. bukan selalu kan...

p/s* Harapnya dapat idea last minute..:)