Sunday, 15 April 2012

Mencari atau menjadi?

Assalamualaikum..

“Saya sedar saya tidaklah sehebat Fatimah, sebab itu saya perlukan suami yang soleh seperti Ali untuk membimbing saya”, 

“Saya memang tidak sebagus Ali, sebab itu saya kena pilih isteri yang sempurna macam Fatimah. Saya tak mampu nak mem-Fatimahkan seorang yang tidak Fatimah!”, 
Semua sibuk mencari. Mudahkah untuk mendapatnya?

Semua sibuk mencari. Jika jumpa, mudahkah untuk mengekalkannya?

Mampukah kebahagiaan dan kesempurnaan rumahtangga dipertahankan, jika suami meletakkan kesempurnaan itu ialah pada apa yang isteri buat dan tidak buat, jadi atau tidak jadi?

Kita mahu mencari pasangan hidup yang soleh, dan kita menemuinya di dalam suasana semua lelaki nampak sempurna. Semasa bercinta, dialah Ultraman, dialah Gaban. Tetapi siapa sangka, selepas berumahtangga, Ultraman berubah menjadi raksasa!

Jika bahagia dan sempurnanya rumahtangga ialah pada apa yang suami buat atau apa yang isteri buat, kita akan hidup dan mati dalam pencarian. Pencarian yang tidak berkesudahan.

Maka jika mahu mendapatkan yang soleh, kurangkan sedikit agenda men-CARI si Soleh, tetapi berusahalah men-JADI yang solehah. Jika inginkan yang solehah, janganlah cerewet sangat men-CARI yang solehah, tetapi berusahalah men-JADI yang soleh.

Bertemu yang solehah, solehahnya dia belum tentu kekal. Bertemu yang soleh, solehnya boleh berubah… kerana si solehah dan si soleh adalah insan biasa.

Tetapi jika semua orang fokus kepada JADI dan bukannya CARI, maka ramailah calon, dan mudahlah sedikit kehidupan. Dan kita sendiri tidak bimbang untuk berumahtangga dengan pasangan itu walaupun mungkin tidak 100% (30% pun belum tentu) mengenalinya.

Kita berkahwin sebagai sebahagian daripada proses untuk MENJADI, bukan MENCARI.

8 comments:

blogtilldrop said...

menarik entry ni...:)

shark said...

alhamdulillah..saya bersyukur dengan apa yg saya ada..

saya juga tahu bahawa semua org tidak dilahirkan sempurna :)

berusahalah jadi yg terbaik :)

Farah Shamsudin said...

blogtilldrop: :)

Shark: betul.. marilah kite berusaha menjadi yang terbaik.

Mama Likha said...

betul jugak tu dear.... kan ?? kite tk mampu nk jd mcm tokoh2 kita yg dulu, tp kita harus cba utk mjadi...

**waaaa header baru :)

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty said...

bila setiap orang menjadi dah tentu x perlu mencari lagi kan :)

Farah Shamsudin said...

Mama Likha: yup.. kite cube menjadi yang terbaik kan.. tapi bukan senang.. yang penting mencuba kan?

kak Rina:betul tu kak..:)

MamaEma said...

tahu dan nilai keburukan dan kebaikan seseorang suami.. dan kita pasti boleh mengubahnya

anitadiana said...

berusaha ke arah kebaikan ..betul tu farah...