Tuesday, 3 April 2012

Dengarlah Cerita Isterimu...

Assalamualaikum...

UNTUK TATAPAN SUAMI…

Biasanya balik ke rumah selepas kesibukan kerja di pejabat dengan niat untuk berehat melepaskan penat jerih.

Ada juga yang berniat balik ke rumah sekejap untuk mengambil pakaian sukan dan kemudian terus ke gelanggang permainan bersama-sama dengan rakan-rakan sepejabat atau sepersatuan.

Tidak kurang pula yang sampai di rumah terus mengerjakan solat 'Asar dan kemudian ke halaman rumah meneruskan kerja-kerja menanam pokok bunga kesayangan.

Apabila sampai ke rumah, hanya anak-anak sahaja yang menyambut di pintu. Isteri yang "full-time-house-wife" tu, meneruskan pekerjaan biasanya seperti melipat kain, gosok baju atau menyapu halaman rumah petang-petang.

Kita pun mencium anak-anak dan terus ke bilik tidur dan membuat kerja-kerja seperti di atas tadi. Tidak ada senerio drama tv seperti isteri menyambut dan menyediakan minuman untuk suaminya, sambil suaminya pula merebahkan badannya di sofa empuk "italian set" nya itu.

Bagi isteri yang balik bersama-sama satu kereta pula, sepanjang perjalanan dia lelapkan matanya menghala keluar hinggalah sampai ke rumah. Tiba di rumah, masing-masing dengan urusan sendirian, sibuk macam di pejabat tadi.

Alangkah ruginya menpunyai pasangan yang halal tetapi hubungan seperti "bukan muhrim". Sudahlah berpisah lebih lapan jam sehari dengannya kerana bertugas di pejabat, ditambah pula dengan hubungan yang hambar apabila bersama di rumah. Dengan ini, ramailah dikalangan kita yang tidak dapat menikmati cogan kata yang popular masa kini, "Rumahku Syurgaku".

Mengapa boleh terjadi demikian? Semasa baru-baru kahwin, biasanya isteri tu lah yang menyambut di pintu dengan senyum manisnya dan memimpin ke kerusi atau ke dalam bilik tidur. Dan di situ jugalah dia akan bercerita mengadu hal peristiwa-peristiwa yang berlaku sepanjang ketiadaan di rumah.

Macam-macamlah tajuknya hingga kadang-kadang naik meluat mendengarnya. Tetapi, pada masa itu memang pendengar yang amat baik sekali dan bersungguh-sungguh melayan cerita dan emosinya. Baru kahwinlah katakan. Tetapi sekarang semuanya itu hanya tinggal kenangan.

Wahai suami-suami yang dimuliakan,

Memang kita lebih sibuk dari dia. Memang kita lebih banyak memikirkan masalah masyarakat dan negara. Memang minat kita berbeza. Memang kita malas mendengar cakap dia. Tetapi, pernah tak kita fikirkan hasilnya jika kita mendengar sekejap ceritanya bila sampai di rumah setiap petang?

Jika kita boleh meneruskan tabiat seperti baru-baru kahwin dulu tu; menjadi pendengar yang baik, meluangkan masa dalam lima minit mendengar ceritanya sebaik sahaja kita tiba di rumah, mengangguk-anggukkan kepala dan bersetuju dengan pandangan-pandangannya, menegur ceritanya apabila dia mula nak mengumpat dengan cara yang baik - yakinlah, hasilnya nanti, dia akan rasa terhibur dan merasakan dialah orang yang paling gembira sekali pada hari itu.

Cintanya rasa berbalas apabila aduannya itu dilayan dengan belaian kasih mesra. Kusut masai semasa dia memerahkan otaknya membersih, mengindahkan rumah dan memasak masakan kegemaran, akan terurai kerana kesanggupan kita mendengarnya sembangnya itu. Tak lama wahai suami-suami, hanya lima minit sahaja yang perlu kita luangkan untuknya. Tetapi kesan boleh menceriakannya selama 24 jam untuk hari yang berikutnya.

Niatkan di hati untuk mendengar ceritanya sama ada dirumah atau di dalam kereta sebaik sahaja melangkah keluar dari pejabat. Jangan amalkan singgah dulu di kafetaria untuk minum petang dengan rakan-rakan sepejabat, ini akan menyebabkan kita merasakan isteri tidak perlu lagi melayan kita di rumah nanti. Sebab kita sudah kenyang.

Sampai di rumah mulakan dengan soalan, "Ada berita baik hari ini ke?" atau yang serupa dengannya. Yakinlah, sebulan  amalkan, pasti isteri  akan bersama-sama dengan anak-anak menyambut di muka pintu dengan senyuman meleret hingga ke telinganya.  

10 comments:

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty said...

ya betul sgt..kita pompuan ni suka bercerita benda remeh..x salah kalau lelaki dgr je cerita isteri..x rugi pon kan :)

MamaEma said...

saya selalu cerita apa yg berlaku kat opis dengan suami bila balik rumah

Farah Shamsudin said...

Kak rina: betul tu kak.. tapi selalunya jarang suami nk dengar kan?

MamaEma: elokla macam tu dear..kalau suami lupe nk tanye, kita je yg buka ceritakn?

PinKy MoMMa said...

sebab kan perempuan pegang prinsip sharing is caring hehehe..kalau dia layan pun apa salahnyer kan kan..

hi farahhhh..miss u dear ^^
baru aktif berblogging skrg ni hehe

shark said...

sangat mulia menjadi seorang isteri dan ibu :)

Farah Shamsudin said...

Pinky: tuela.. layankan pun ok je kan? lepas ni pasti farah selalu singgah sana..

Shark:betul tu dearr..

Puan Kutu said...

kita nie byk membebel..pastu semua benda nak bercerita,tp bg lelaki benda nie semua remeh.so kadang2 belajar gak la cerita benda yg agak penting..janji suami nak dengar cerita kita.haha..(kena faham gak naluri lelaki)

Farah Shamsudin said...

Pn Kutu: huhu.. kalau saya lah kak, memang dari jumpe hubby tu.. sampai le ke rumah.. ade je nak cerita.. tapi ikut juge laa.. kadang2 takde hal, saya senyap je.. hehehe..

Mama Likha said...

bestnyer baca ni... tp so far wpun zte full time hsewife, tiap kali asben balik, zte akan cuba utk mnyambut dan bersama dia dlm 5-10 mnt terawal tu.. wpun ada kerja lain, tp time tu gunakan utk sambut dan bcakap hal2 yg simple tu... kemudian bru zte tinggalkan dia dgn anak.... :)

arap2 kita suami isteri saling memahami dan melengkapikan sayang.... :)

Farah Shamsudin said...

Mama Likha: bagus cara ztee tuu.. :)
barulah isteri yang sentiasa disayangi kan? dok gitu?