Bulan Madu seharusnya bukan untuk pasangan yang baru mendirikan rumah tangga sahaja. Untuk suami isteri yang sudah lama melayari bahtera perkahwinan juga sememangnya amat diperlukan. Ia boleh menyegarkan kembali hubungan yang mungkin semakin hambar disebabkan rutin harian yang memenatkan. Detik bersama tentu ia akan memperkuatkan ikatan cinta.
TETAPI, sebelum menempuhi detik manis perlulah melakukan beberapa persiapan agar bulan madu ini akan menjadi lebih
INDAH!
Perkara pertama adalah menghantar anak di bawah jagaan individu yang dipercayai. Contohnya ibu bapa, mertua atau pun adik beradik.. Pastikan juga membawa kesemua keperluan anak seperti susu, ubat, mainan, serta no telefon yang boleh dihubungi sekiranya ada kecemasan.. macam kitorang yang belum ada anak ni.. memang takda masalah la kalau nak pergi tu..
Inilah masanya untuk berbulan madu ke tempat yang benar ingin di kunjungi/masih tidak terlaksana kerana sibuk atau faktor kewangan yg belum mencukupi. Dapatkanlah tawaran pakej bulan madu yang disediakan. Mintalah pihak hotel menyediakan bilik yang
ala-ala romantik gitu lengkap dengan makan sekali.
Rancanglah aktiviti bersama, contohnya berehat di pantai, berpelukan sambil menunggu matahari terbenam
(romantik ape),atau menghabiskan masa di bilik sambil menonton rakaman perkahwinan korang.. Kalau nakkan aktiviti lasak cubalah mendaki bukit, ataupun selam skuba ke, snorkelling ke.... aktiviti ni paling saya suka buat.. best!
Selain tu, sediakanlah kamera dan kamera video untuk merakam perjalanan bulan madu. Rakamlah segala aktiviti bersama.. bukan senang nak dapat detik indah yang jarang sekali dapat dilakukan macam ni tau!
Percutian bulan madu ini perlu dirancang bagi mengelakkan kemarahan pasangan.. saya pulak, memang suka rancang
last minute.. kalau rancang selalu tak menjadi.. tu yang taknak rancang.. lain orang lain gayanya kan..:) Isilah masa santai korang tu dengan bicarakan harapan atau impian perkahwinan korang.. masa nilah kalau nak romantik pun.. takda gangguan kan.. saya seronok tau keadaan macam ni.. kalau bolehla kan, setiap bulan saya nak bulan madu.. boleh rehatkan minda yang memang dah penat ni..
pesanan untuk encik suami..
p/s*
Sayang, bila lagi kita nak honeymoon ekk.. heheheee.. :)
2 comments:
suke ayat last...rancang LAST MINUTE...betul3...lau rancang betul2 ade jek benda yg xbetul..haihhhh....hehe
itula kan.. saya memang kena rancang last minit.. awak pn same ke?
Post a Comment