Monday 23 May 2011

Anak Gementarr?

"Mama, minggu depan kakak kena masuk pertandingan cerita, takutlah mama, ada orang ramai datang tengok kakak nanti"

Perasaan sebegini seringkali timbul apabila anak telah melangkah ke sekolah. Mereka akan mula berkenalan dengan kawan-kawan baru. Sesetengah kanak-kanak amat teruja untuk mengenal dunia baru. Tapi tidak kurangnya yang merasakan ia satu beban yang sangat berat. Kanak-kanak ini memerlukan sokongan dari ibu bapa dan guru, jika dibiarkan mereka akan terus terperangkap dalam dunia negatif ciptaan mereka. Apatah lagi jika diminta berdiri seorang tanpa kehadiran orang yang dikenali. Apabila berlaku begini sebagai ibu bapa, harusss...

BERIKAN PUJIAN KEPADA ANAK
Ucapkanlah pada mereka kata-kata perangsang contoh "Bagus anak mama ni, sebab itu cikgu pilih untuk masuk pertandingan". Ucapan yang baik ini akan terus suburkan semangatnya..

PERSIAPKAN MENTAL DAN EMOSI
Perlu diberitahu pada mereka yang memasuki pertandingan itu adalah sesuatu yang baik dan membanggakan kepada ibu bapa. kalah ke.. menang ke tidak menjadi masalah, yang penting buat yang terbaik. Bila anak memahami dengan jelas mereka akan lebih bersedia untuk menghadapi apa saja keadaan..

IBU BAPA PERLU LIBATKAN DIRI
Libatkan diri dalam pemilihan cerita, pakaian dan peralatan..Berikan cadangan yang bersesuaian dan jangan lupa meminta pendapat dan persetujuan daripadanya. Luangkan masa untuk mendengar latihan mereka.

AJAR MEREKA UNTUK BERTENANG
Dengan cara berselawat ke atas Nabi S.A.W dan meyebut nama Allah..Bukan sahaja menenteramkan emosi si kecil malah kita mendidik jiwanya untuk mengingati Allah dan Rasul. Latih mereka bernafas dalam-dalam.. Bayangkanlah audiens yang ramai, bila perasaan gemuruh datang..cuba bertenang, selawat, tarik nafas dalam-dalam dan ulangi sehingga bayangkan ramai audiens sudah tiada lagi.. Kemudian, janganlah lupa bisikkan di telinga mereka "anak mama boleh"!

Dengan cara ini kita dapat membantu si kecil ini lebih pandai mengawal perasaan takut dan gementar tuu..Tak percaya? cubalah lakukan.. :)

6 comments:

Alan Rizque said...

Ya, tip keempat tu pun berkesan kat orang tua..hehe..

gadis kepastian said...

wah bgus nie...nak amik untuk masa hadapan..

Farah Shamsudin said...

Alan: Betul tuu..

GK: bolehh.. ambil la untuk masa depann..

whitecappuccino said...

teringat waktu anak masuk pertandingan bercerita hingga ke peringkat kebangsaan pada 2003, tuk nenek semua pergi kat perlis masa tu..walau hanya dpt saguhati tapi pengalaman yg mahal buat dia

Farah Shamsudin said...

itula kan.. pengalaman tu yg penting..

Zie Madini said...

haaaa...kesemua list ni akak zie praktikkan nnti bila dh berkahwin n ada anak sendiri..hiksss