Thursday 2 August 2012

HUKUM MEMAKAI GELANG TANGAN BAGI LELAKI

Assalamualaikum..

Perkongsian di hari Jumaat ini,

Kejahilan dan kedangkalan untuk tidak mendalami ilmu agama boleh menyebabkan seseorang itu terikut – ikut dengan tindakan,penampilan cara hidup orang kafir.

Musuh Islam merancang termasuk dalam bidang perubatan agar orang Islam terjebak untuk menerima cara yang diperkenalkan.Sebagai contoh mereka menciptakan alat yang dikatakan dapat mengurangkan tekanan darah dalam bentuk gelang tangan, dan rantai.Bagi orang Islam yang tipis imannya akan menerimanya sebagai satu kaedah perubatan terkini.

Hakikatnya banyak cara lain yang boleh digunakan,tetapi kerana memakai gelang dan rantai itu adalah dilarang untuk dipakai oleh lelaki Muslim,maka itulah cara terbaik diperkenalkan oleh musuh agar Muslim dilaknat oleh Allah s.w.t. apabila dilaknat mereka tidak akan menjadi umat yang kuat untuk menghadapi kemaraan musuh mereka.

Larangan memakai gelang tangan dan rantai walaupun untuk tujuan kesihatan,telah ditegaskan oleh Rasullulah s.a.w Hadis Imran bin Hussein r.a,bahawasanya Rasulullah s.a.w. telah melihat pergelangan tangan seorang lelaki yang memakai gelang yang diperbuat daripada tembaga,maka baginda bertanya kepada lelaki berkenaan.

“Apakah bendanya ini?” Lelaki itu berkata: “Ia adalah gelang perubatan.” Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesungguhnya benda itu tidak memberi apa-apa faedah walaupun utk tujuan perubatan, buangkan benda itu daripada diri anda, jika sekiranya anda mati dan benda itu ada pada diri anda,maka anda tidak akan berjaya (selamat) untuk selama-lamanya.” Hadis Sahih yg ke-19,885 Riwayat Imam Ahmad.

Pemakaian gelang pada hari ini,melibatkan ustaz2,pegawai2 kerajaan, menteri2 bahkan perdana menteri sekali pun…sesungguhnya mereka semua telah tertipu dengan perancangan musuh yang mahu menghancurkan pegangan akidah umat Islam.

Di Malaysia trend ini bermula dimana gelang hitam diberikan sebagai hadiah orang yang baru balik dari Mekah.Sekarang ini dibenarkan oleh Tabung Haji kepada jemaah haji apabila berada di Tanah Suci supaya faktor mudah dikenali atau sebarang kes hilang,kemalangan dsb.

Jenis2 gelang yang diharuskan:-

1) Gelang pesakit semasa berada di hospital (di tanda nama pesakit dan wad)

2) Gelang pesalah/penjenayah (dipakai oleh penjenayah yg telah di tangkap polis)

3) Gelang kaki bagi pesakit gila/jiwa.

Sekiranya ada yang hendak pakai sangat,maka dia hendaklah berusaha menjadi salah satu daripada 3 golongan ini.

p/s * Terima kasih sudi singgah sini ye *

12 comments:

Izwa Kamaruddin said...

haahaha..berusaha menjadi salah satu dari 3 golongan?jgn laaa... :)

Farah Shamsudin said...

Mrs Eady: hahaha...:)

LD said...

salam ramadhan sis =)

thanx sbb share things like this. moga bertemu malam lailatul qadar.

singgah and follow sini

Cikgu Ma said...

gelang tu kan perhiasan perempuan...cuma yg diharuskan je la.. =_=

Farah Shamsudin said...

Jenny: thanx dear singgah sini.

Cikgu Mia: Yup, Tp ade yang masih pakai lai perhiasan wanita nii..

Rina Rahamat said...

tetiba teringat gelang AC mizal :)))

Hanis MY said...

Nauzubillah 3 golongan yg tu huhu

Farah Shamsudin said...

kak Rina: ha.. kan..

Hanis dear: kan dear..

Puan Kutu said...

ayat last tu mmg menusuk kalbu.hehe

IntaNBerliaN said...

kalu pempuan pakai gelang nampak gak cantik.. :-)

duniaanita74.blogspot.com said...

bagus imfo ne farah..nasib baik hubby tak suka pakai gelang atau jam..