Tuesday, 9 August 2011

Apabila Hujan...

Gambar Ihsan Atok Google..

Sekarang setiap hari saya pergi dan pulang kerja dengan 'merempit'.. Tambah lagi sejak bulan Ramadhan ni, jalan semakin sesak. Bukan setakat sesak yang biasa-biasa, tapi amat luar biasa! Dahlah saya masuk kerja pukul 8pagi dan semestinya pulang pada pukul 5petang.. Begitu juga dengan En Hubby. Bila tengok jam pukul 5petang sahaja, jalan sudah pun sesak.. Dalam hati berkata 'mesti mereka semua ni balik pukul 4.30petang'.. Sebab itu jalan sudah semakin sesak bila jam menunjukkan pukul 5petang kan?

Semalam pula, sedang menunggu En Hubby untuk pulang, tiba-tiba hujan turun.. Mula-mula tu ok je.. Lama-kelamaan semakin lebat. Saya sudah mulai risaukan En Hubby.. maklumlah bila menaiki motorsikal dalam keadaan hujan, dengan jalan yang licin buatkan saya takut sekiranya terjadi apa-apa.. Saya ingatkan En Hubby tunggu sehingga hujan reda baru datang ke tempat saya, rupa-rupanya En Hubby redah jugaa! Sampai sahaja memang sudah basah kuyup.. Takkan lah saya nak biarkan sahaja kan? Saya pun dengan rela hati redah hujan jugaa.. Tak kisahlah, nak balik je pun kan?

Sampai rumah sahaja, memang sudah hampir pukul 7malam.. Saya hanya sempat masak satu jenis makanan sahaja, tomyam ayam.. En Hubby gagahkan diri juga pergi ke bazar untuk membeli makanan yang lain.. Takkan nak makan tomyam je kan? Alhamdulillah.. sempat juga berbuka dengan sempurna..

p/s* Sekarang ni memang musim hujan.. Nak tak nak kena redah jugaa..

11 comments:

Far8 budak baik said...

hahaha..akak ni sempi lahhh..
tapi kan..mmg sweet kot
naik moto ngan hubby time2 hujan..
sebijik mcm dalam cite industan tu..
hihi..=)..terharu ar..hehe

PinKy MoMMa said...

yang bestnye hujan..sini panas tau..
farah jaga diri baik2 ya..baru je nak baik demam kan..

Farah Shamsudin said...

Far8: aishh! takkan masa bercinta je kot boleh nek motor time hujan? huhu..

Diya syg: Dekat sini macam selang seli pula.. Kalau hari ni dah panas terik, pasti esoknya akan lebat selebat2nya laa..Itula.. baru nak baik. Janganlah demam lagi.. tak sanggup!

Ku Azhar said...

dmam2!! T_T

cik najihah said...

jangan main hujan sangat kak..nanti demam hee

Farah Shamsudin said...

Ku Azhar: taknaklah demam..

Najihah: hahaha.. bukan main hujan, tapi mmg kena redah juga..

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty said...

kesian farah..rsnya dh bnyk kali baca cerita kena hujan ni..jgn smpi demam dahla ya..

Puan Kutu said...

ala kesian..klu agak2 nak hujan tu naik la kereta.walaupun jam berbuka je kt dalam kereta.lg sadis kan?hehe..

ct N honey said...

sekarang ni kat seremban hujan lebat,ok gak sejuk sikit...

missina said...

ni memori daun pisg la ni,,hehe,,bezanya sbb nek moto,,,kat sini hujn gk,,hujan rahmat penyejuk alam,,jd takdelh letih sgt pose kan,,,

Kak Aya said...

dulu masa anak sorang, memang ke pejabat naik motor, basah lenjun tu dha perkara biasa, sampai rumah mesti menggigil-gigil kesejukan.

nostalgia.....itu mengeratka lagi hubungan sebenarnya...kita susah sama2.