Hepi Monday! Seharian cuaca hujan, kemain sejuk lagi ni. Dah macam kat London.. Tak payah nak ke London pun. Cuaca di Malaysia ni pun dah merasa kesejukkannya..:)) Harini badan agak letih akibat semalam bekerja pulang malam.. Sampai rumah je sibuk memasak pulee.. tido pun dah lambat. Layan Ombak Rindu. Oleh kerana dah tengok takdela rase macam over excited nak tengok lagi. Tapi yang pasti record tetap record.. Tunggula ambil mood nak tengok semula nanti..
Dah lame juga tak mula dengan shopping barang online. Tapi bebaru ni terjebak juge.. Tak minat shopping baju bajan dalam online, tapi kalau takat untuk dalaman diri, memang sanggup sangat. Takde mase nak ke kedai jamu atau seumpama dengannya. Bila ade mase free sikit bolela cuci mata dengan ape yang kawan-kawan dah tag kat facebook. Ada untungnya juge ade facebook. sekarang semuanya mudah.. :))
Bila dah beli barang online tu macam biasela, mesti akan melibatkan pos laju.. Oucchh! memang bebetul sakit hati dengan perkhidmatan mereka. Sebelum ni pun menggunakan perkhidmatan mereka juge, takde permasalahan pun, tapi kali ni puleee.. pfftt! Mane dengan makluk yang menjaga kaunter collect item yang sesuka hati menjawab soalan umpama kite ni tak pernah menggunakan khidmat pos laju. Ouchh! Plizz warga Pos.. Perbaiki la pengurusan khidmat anda.
Barang tersadai lebih kurang seminggu juge.. Finally En Hubby dapat juga collect item saya tuu. Kesian kat En Hubby.. berape kali nak buat call, berapa kali perlu ke pejabat serahan bagai.. Kalau dikenang memang sakit ati. Tapi takpe yang penting barang tu sudah diambil dan saya sudah menerimanya..
Barang ape ek yang saya beli? hihi.. seperti saya katelaa.. barang dalaman. Biasela wanita kan. Sape taknak cantik, sape taknak jaga dalaman diri kan? Kebetulan sister in law menjadi agen produk tersebut, laju je la survey. Memang sebelum ni pernah dengar tentang keberkesanan produk tersebut. So, terbuka la hati nak try test jugela kan.. So far, sangat oke..:))
Entah bila orangnya datang pun tak pasti..
Inilah barang yang saya beli..:))so far oke je..
Akan datang nak beli ni pulee,nak buang segala angin..
Search dalam google produk ni paling menjadi tumpuan. Ranking paling atas. Mesti baguskan? kalau tak, takkan ramai yang nakkan produk ni. Apepun, tak kira ape produk yang kite gune pun, yang penting elok untuk diri.
p/s* terima kasih kawan-kawan sudi singgah sini *
5 comments:
bagus ye fara, ramai gak org ceta kan tapi tak berani nak try, makan wsr je la ni
tina: banyakkan produk die. farah try yang ni dulu la sayang..
produk ni mmg tgh hangat kat pasaran.. ramai org dok promot kat FB.
tak pernah cuba..
kalernya cantik..
Post a Comment