Friday 9 November 2012

KISAH CINTA NABI SAW

Assalamualaikum uollss!

Sebenarnya nak di posting pada hari Jumaat, tapi dah terbawa ke hari ni.. Jom baca,

MENEMANI ISTERI DALAM PERJALANAN...

Isteri yang disayangi adalah isteri yang selalu dijaga keselamatannya oleh suami, juga sering dirisaukan oleh suaminya dikala berada di luar rumah, mahupun di rumah.

Sebagai isteri, mereka tidak seharusnya rasa ”tersepit” atau terganggu dikala sering ditanya suami dengan soalan-soalan seperti, dimana mereka berada, apakah waktu mereka tiada dirumah itu sesuai atau tidak?? Ini kerana, soalan-soalan sebegini menggambarkan kebimbangan suami terhadap mereka, yang sudah pasti semuanya terlahir daripada perasaan sayang suami terhadap mereka.

Jika dilihat dalam beberapa hadis yang lain, kita akan dapati bahawa Sofiyyah binti Huyay bin Akhtab bukanlah seorang perempuan yang cantik, bahkan mempunyai badan yang gempal dan pendek, lebih-lebih lagi, bapa beliau adalah antara orang yang memusuhi Islam dan beragama yahudi, juga merupakan pembesar utama Yahudi Bani Nadhir yang terlalu memusuhi Nabi SAW dan pernah melancarkan provokasi jahat untuk memurtadkan sebilangan Sahabat[2].

Ekoran dari itu, menyebabkan Aisyah dan Hafsah yang satu kali memerli bahawa mereka berdua lebih mulia disisi Nabi SAW berbanding Sofiyyah. Perlian dua isteri nabi itu menyebabkan hati Sofiyyah agak terguris, lalu melaporkannya kepada Nabi SAW.

Dalam keadaan Sofiyyah bukan isteri yang cantik pun, Baginda SAW amat menyayanginya. Sentiasa memberikannya semangat bagi berhadapan dengan kerenah-kerenah isteri yang lain, sehinggakan Baginda SAW amat menjaga keselamatan dirinya.

 Amat nyata dan jelas bahawa betapa Nabi SAW amat mengambil perhatian terhadap isterinya yang bernama Sofiyyah ini. Perhatian yang diberikan itu amat besar sehingga baginda SAW sendiri yang menghantar Sofiyyah pulang walaupun ketika itu Baginda sedang beriktikaf.

Tindakan yang dilakukan oleh Nabi ini, sedikit sebanyak akan melahirkan perasaan “diambil tahu” dalam hati Sofiyyah, yang sudah pasti akan lahirnya perasaan cinta yang membara terhadap suaminya yang merupakan Nabi akhir zaman itu.

Kepada para suami, hadis ini selayaknya dijadikan tauladan bagi melahirkan perasaan cinta yang membara antara kedua suami dan isteri. Isteri mana yang tidak mahu dijaga keselamatan dan sering diambil tahu oleh suaminya, ini kerana, apabila ini dilakukan oleh suaminya, pasti dari hati kecil mereka akan terlintas satu perasaan bahawa mereka akan rasa terselamat jika berada dibawah naungan suaminya, justeru itu, mereka akan rasa bahawa mereka benar-benar dicintai oleh suami.

Oleh itu, adalah satu tindakan yang kurang tepat jika ada sebilangan suami yang bertindak membiarkan isterinya pulang ke kampung dengan membiarkan mereka menaiki bas bersama dengan anak-anak, tanpa kehadiran suami menemani dalam perjalanan. Ini kerana, keadaan ini akan melahirkan banyak persepsi yang kurang sihat, sama ada dalam hati isteri, keluarga mertua malahan pada pandangan masyarakat umum.

Mudah-mudahan hadis ini menjadi panduan bagi suami bertindak dengan yang lebih baik dalam melahirkan perasaan kasih sayang antara suami isteri, demi mencapai kebahagiaan dalam mengharungi kehidupan rumah tangga yang diredhai oleh Allah SWT.

Sekian

Wallahu ‘Alam..

p/s * terima kasih kerana sudi singgah sini ye kawan-kawan.. *

5 comments:

Cik Fie said...

subhanallah :)

http://mynameishafizah.blogspot.com/2012/11/musibah-mak-ikan-simpan-3-pemuda.html

NM02 said...

hi...salam kenal

singgah sini terus tinggal jejak

jom, kalu sudi singgah teratak kite plak

psstt... kalu sudi follow la skali eh

maceh

:)

emarieys said...

nice entry

Azian Elias said...

thqnks for sharing.. nicce one.

ajax85 said...

Bgs2..tq for info..hehe