Thursday, 29 November 2012

Sharing, KISAH CINTA NABI SAW..

Assalamualaikum uollss,

Seperti biase, setiap hari Jumaat akan saya sharing something yang saya rase berguna untuk kite semua..

TIDAK JIJIK DENGAN MAKANAN LEBIHAN ISTERI

Kesetiaan dan keteguhan antara suami isteri amat susah untuk ditafsirkan. Pun begitu, apabila suami dan isteri mampu makan dari satu bekas, ataupun suami makan lebihan makanan isteri, atau isteri makan lebihan makanan suami, seakan-akan tergambar satu watak bahawa antara suami dan isteri itu tidak wujud perasaan jijik sesama mereka.

Nah !!! betapa romantiknya Nabi SAW dengan isteri. Lebihan makanan mereka tidak dijadikan sebagai sesuatu yang menghalang nabi untuk makan dari makanan tersebut.

Tindakan sebegini juga sebenarnya telah melahirkan perasaan cinta yang teguh. Berjaya meremajakan dan memperhangatkan lagi perasaan sayang, lebih-lebih lagi dalam mengharungi kehidupan rumah tangga yang penuh dengan ujian.

Disamping itu juga, tindakan sebegini sebenarnya dapat melahirkan kesetiaan dan keyakinan yang penuh antara kedua suami dan isteri. Ini kerana, ia tergambar melalui perasaan tidak berkira atau tidak merasa jijik dan keji terhadap lebihan makanan dan minuman antara pasangan sehingga menganggap ianya seperti lebihan makanan sendiri.

Jika keadaan ini sering berlaku, ia menunjukkan betapa kukuh dan teguhnya perasaan cinta antara dua suami isteri, dan ini juga menjadi bukti nyata bahawa cinta dan sayang yang lahir dari kedua-dua suami dan isteri tersebut adalah cinta yang ikhlas dan sejati.

Oleh itu, suami dan isteri sepatutnya menjadikan tindakan Nabi SAW ini sebagai tauladan demi melahirkan perasaan cinta yang tidak hipokrit, lebih-lebih lagi bagi mencari redha Allah SWT.

Sekian

Wallahu ’Alam..

p/s * terima kasih sudi singgah sini ye *

7 comments:

Izwa Kamaruddin said...

biase mkn selambe je k punyer ke aku punyer ke..hehehehe...

NJihe.am said...

nice entry, done follow sis. http://studioous.blogspot.com/

fizalinolie said...

Wah! Info yang menarik. Hehe... Fiza ngan hubby pun, kalau tak habis pasti ada diantara kami yang akan habiskan. Hehehe...

Sekiranya Farah ada kelapangan dan sudi... Jemputlah singgah di blog Fiza, ada entri terbaru : 100 TEMPAT UNTUK PING ENTRI

Keep in touch :)

Anonymous said...

takde istilah geli pun kalau nak share, takde membazir, pastu rasa penah terbaca nasi minum air dlm cawan yg tang bekas bibir isteri dia minum, kalau tak silap lah

www.akma81.blogspot.com said...

good sharing i loike ;)

salam kenal. i follow....

Amy Hilmirda Daud said...

Yang penting tak membazir.

emarieys said...

selalu ema habiskan yg suami punya...hehehe