Thursday, 7 June 2012

Mengungkit tanda tidak bersyukur

Assalamualaikum..

Perkongsian di Hari Jumaat ini,

Kadang-kadang kita berkata bahawa kita sering bersyukur kepada-Nya tetapi kerap juga dalam kata-kata itu, kita masih kufur nikmat. Anehkah? Ya, mungkin jika ini pertama kali kita mendengarnya, tetapi tidak aneh seandainya kita sudah tahu apa yang dimaksudkan. Allah SWT memberi kita rezeki dan daripada rezeki itu, kita pula wajib menunaikan tanggungjawab kita terhadap keluarga. Misalan yang mudah untuk kita fahami adalah, apabila kita mendapat gaji ketika hujung bulan, maka selepas itu kita menunaikan tanggungjawab terhadap keluarga dengan membeli keperluan keluarga. 

Masalah timbul adalah ketika berlaku perselisihan dalam keluarga, maka mungkin ada di antara kita tanpa sedar mengungkit setiap duit yang dikeluarkan. Walhal mungkin mereka lupa yang duit itu merupakan satu tanggungjawab yang TIDAK BOLEH diungkit. Mengungkit tanggungjawab merupakan satu perkara JELIK yang perlu dijauhi dalam keluarga kerana yang mendengar mungkin diam, namun hatinya seperti ditusuk duri yang tajam. Menunaikan tanggungjawab memang indah ibarat sekuntum mawar yang sering mendapat perhatian dan pujian tetapi awas durinya juga tajam dan mengungkit adalah duri yang tajam yang sering kali meninggalkan bekas. 

Apabila kita mengungkit sesuatu yang sebenarnya tanggungjawab kita, ini bermakna, tanpa kita sedari, sebenarnya kita tidak mensyukuri nikmat yang dikurniakan Allah SWT. Mengapa dikatakan begitu? Kerana Allah SWT mengurniakan rezeki untuk memudahkan kita menunaikan tanggungjawab akan tetapi jika kita mengungkit tanggungjawab kita di kemudian hari, bukankah kita juga secara tidak langsung mempertikaikan keberadaan rezeki yang kita miliki? 

Orang tua-tua selalu berpesan, “Orang yang suka mengungkit, lambat laun rezekinya sempit”. Jika kita perhatikan carta kehidupan manusia, memang ungkapan ini ada kebenarannya. Rezeki bukan hanya bermaksud wang ringgit, boleh jadi kehidupannya sempit akibat pelbagai permasalahan lain. 

JANGAN MENGUNGKIT walaupun di dalam kesusahan apatah lagi jika kita bermewahan. Mengungkit memberikan kesan jangka masa panjang yang cukup buruk dan ia sering menjadi pemacu kepada kemarahan. Mengungkit merupakan perbuatan yang tercela dalam Islam. Allah SWT sendiri membenci perbuatan tersebut seperti dalam firman-Nya, “Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu sekali-kali membatalkan sedekahmu dengan mengungkit-ungkit dan menyakitkan hati.” (Surah al-Baqarah : 264) 
Allah SWT akan menghilangkan pahala orang yang suka mengungkit-ungkit seperti pesan Rasulullah SAW, Jauhilah olehmu akan mengungkit-ungkit pemberian kerana yang demikian itu dapat menggagalkan kesyukuran dan menghilangkan pahala.” (Hadis riwayat Muslim)

Jadi, berilah dengan penuh KEIKHLASAN, jangan memberi kerana mengharapkan balasan. Cubalah mulai hari ini kita sentiasa bersedekah kepada keluarga kerana Allah SWT, biarlah dalam apa bentuk sekalipun, sama ada kudrat mahupun wang ringgit. Insya Allah tiada lagi duri yang tajam di bunga nan indah... 

Renung-renungkan! 

11 comments:

emarieys said...

INSYAALLAH...tahnks for sharing this entry

Izwa Kamaruddin said...

insya Allah ~

Hanis MY said...

Ya Allah nauzubillah dr sifat mengungkit ni, how r u my dear slmt berhujung minggu esok n lusa

Rina Rahamat said...

bagusnya perkongsian ini..kdg-kdg tanpa sedar kita terbuat perkara ungkit-mengungkit ni kan

whitecappuccino said...

bila mengungkit tandanya tak ikhlas..

Anonymous said...

kadang-kadang terlupa kan, tu yg jadi mengungkit tu

aizamia3 said...

bila ter terlupa tu yang mengungkit tapi lepas tu cuba calm down balik.. ish.. tak balik mengungkit.. :(

IntaNBerliaN said...

jgnlah mengungkit... sy xsk betoi kalu org mengungkit ni.. nmpk sgt x ikhlas...

duniaanita74.blogspot.com said...

biar ikhlas lah kan...

Anonymous said...

Suami sy ungkit pasal makan. Sedangkan dia yg ajak makan makanan yg mahal.. Sgt sedih

Anonymous said...

suami sy suka mgungkit..ape smua bila gado smua pon dia u mgungkit xkire la mknan ke pkaian atau kereta..sedih memikirkn nsb..smpai bila harua bsabar..pdhl sy lbih bjwtn dr dia.sy trima dia seadanya.dia seoalah2 sperti tdk bsyukur.