Sunday, 3 June 2012

Pagi Yang Sibuk!

Assalamualaikum...

Happy Monday To All Readers! Hari ni bersemangat ke tempat kerja. Mungkin sebab cukup rehat agaknya kan. Banyak urusan pagi-pagi perlu diselesaikan dengan En Kanda. Pagi-pagi lagi, makan sarapan dulu dengan En Kanda then baru ke tempat yang dituju.

Mula-mula ke Tm Point. Nak settlekan urusan internet ni. Tak settle juga lagi.. aish! Operator telefon cakap lain, Tm Point staff pula cakap lain. Ntah mana nak percaya pun tak pasti. Lain-lain info yang diberikan..Hai la En Kanda.. Lepas ni urus sendiri lah ye. pening dah dinda nii..

Selepas gedebuk gedebak kat Tm Point, sikit punya lama mengadap staff dia, terus lari ke Bank area Selayang. Ada sesuatu urusan yang perlu diselesaikan. Nasib sekejap je dah settle. Dah hampir ke tengahari baru la settle semuanya. Nampaknya bulan ini adalah bulan sibuk bagi saya dan En Kanda. Harapnya segala dipermudahkan..Amin...

Semalam, saya kerja. Separuh hari je. Balik je program, MIL ajak ke kenduri kawannya. Mula-mula tu pikir macam taknak je, tapi bila pikir semula, wahhhhh, dapat makan nasi beriyani nanti. Terus bagitau En Kanda, jomla ikut. Macam dah lama tak makan nasi beriyani. Kena pulak, majlis tu adalah majlis kepada anak tokeh Restoran mamak kat Sri Gombak ni.. memang kaw la nasi beriyani die. Sedap sangat! Saya makan sampai macam tak boleh berhenti lah.. sedap sangat nasinya dgn kurma kambingnya! 

Sempat lagi snap untuk instagram...

Ada juga kenduri yang saya tidak dapat hadirkan diri. Apapun, kepada yang baru mendirikan rumahtangga tu, Selamat Pengantin Baru, Semoga Kekal Sehingga Ke Syurga.. Amin..

6 comments:

anitadiana said...

bezy betul farah ne..sedapnya nasi tu..tapi kak ita tak makan kambing...

Farah Shamsudin said...

kak Ita: yerla kak.. bz mengalahkan PM kan.. ramai dah org cakap gitu. nasib lum ada baby lagi.. nape kak tak makan kambing?

Hanis MY said...

Mmg busy day tp best jgk dpt pekena nasi briyani

Farah Shamsudin said...

Hanis: Kan.. busy.. busy juge. Tapi nasi beriyani dah pekena dah..:)

aizamia3 said...

bila dah selesai urusan tu rasa lega kan.. ;)

Farah Shamsudin said...

Aizamia: yup.. lega je rasa..