Sunday, 26 June 2011

Lambat Sebab...

Gambar Ihsan Dari Atok Google..:)

Hari ni nak buat entri pendek sahaja.. Nampak tak gambar di atas? Itu hanyalah gambar dari atok google je tau..! Bangun je pagi tadi, dengar macam bunyi hujan.. tapi masih buat tak tahu lagi. Sambil-sambil panaskan bekalan tu, buka lah tingkap dapur, sekali rasa angin sejuk je.. rupanya memang hujan..Ouchh!! Ni yang lemah ni bila hujan diwaktu pagi.. Bukan sebab apa, Bila ke tempat kerja dengan 'merempit' ni, agak susah juga nak keluar seawal pagi bila hujan.. Maka hari ni saya dan En Hubby agak lewat sampai di tempat kerja..
Nak buat macamana lagi kan..Memang basah juga.. kena pulak ada setengah tempat tu hujan.. ada tu yang sudah reda..

Kalau macam inilah gayanya, memang susah la saya nak baik demam.. Dari hari Jumaat saya demam sehingga hari ni.. Tekak pn semakin perit..:( Esok dah nak ke Cherating.. Ada kursus pula.. Nasib saya lah.. berkursus dalam keadaan demam.. 

p/s: * Saya terpaksa tinggalkan En Hubby di rumah..Untuk En Hubby, jaga diri bebaik yee.. Kita akan jumpa pada Jumaat petang.. InsyaAllah.. 

Thursday, 23 June 2011

Not Feeling Well!

Macam ni ke kalau demam?? Monyok je kann..

Nak tau tak, semalam petang kan hujan dengan selebat-lebatnyaa.. Maklumlah bila ke tempat kerja dengan 'merempit' ni,bila hujan mulalah rasa risau.. Kena pula memang tak bawa baju hujan.. Hujannya sampai ke pukul 5ptg.. waktu nak balik kerja..Mula teringat pada En Hubby.. Ingatkan beliau tunggu sampai hujan reda, rupanya beliau redah jugaaa!! Sampai tempat saya, beliau dah basah kuyup.. MasyaAllah.. kesiannye kat En Hubby.. Saya pun sanggup jela redah hujan tuu.. Basah pun basah lah.. En Hubby sanggup basah kuyup kerana nak ambil saya pulang dari tempat kerja, takkan saya tak sanggup basah pula kan??

Akibat dari redah hujan semalam, kami suami isteri hari ni kurang sihat.. Mulalah selesema, sakit kepala dan ada simptom-simptom demam.. Mengada-ngada betul 'body' ni.. tak boleh nak kena hujan sikit.. Mesti ada sahaja penyakitnyaa..Maka mood arini kurang baiklah berbanding hari-hari sebelum ini..

p/s* En Hubby, nanti petang kita ke kliniklah ambil ubat lagi.. Walaupun ubat masih ada, nak juga ke klinik.. 

Wednesday, 22 June 2011

Ratatouille!!!

Arghh!! kawan-kawan, nampak tak gambar diatas?? Makhluk ini sudah menyusahkan saya semalam! Semalam, pulang dari kerja saya terus kemas-kemas rumah.. al- maklumlah saya ni tak boleh nak tengok serabut sikit.. Nanti saya pun jadi serabut juga.. Lepas selesai mengemas,sambil menunggu ayam beku untuk cair, saya pun layan tv  bersama En Hubby.. Tengah kusyuk melayan tv, tiba-tiba terasa macam nampak sesuatu sedang berlari-lari di tepi peti sejuk!!

Apa lagi, En Hubby terus pandang saya, tanya saya... 'b nampak tak macam ada sesuatu lah'.. saya terus menjerit cakap' sayang, tu cencurut'!!!.. Saya ni memang geli-geliman la dengan makhluk ni!!! terus berdiri atas kusyen.. En Hubby yang beriya mengejar dengan batang penyapu. Aduyai.. dahla besar! boleh pula sesat dalam rumah ni. Adik perempuan yang berada dalam bilik dah mula pelik bila dengar En Hubby macam mengejar sesuatu.. dia pun keluar dari bilik.. Rupanya makhluk kecil ini! Punyalah payah nak kejar.. siap masuk dalam laci, bawah peti sejuk.. Akhirnya setelah penat berhempas pulas mengejarnya, En Hubby berjaya juga menawan Makhluk Kecil ini!!!Alhamdulillah..Tapi hasil dari itu, rumah saya bersepah semulaaaa.. dan.. saya perlu mengemasnya kembali! Sampai ke tengah malam baru selesai sesi mengemas, mengemop, memasak, mesin baju, ampai baju, lipat baju dan seangkatan dengannya.. 

Maka hari ini, mood saya dilanda garuda..Sudah mula merasa tidak sihat kembali.. :( Kepenatan semalam pun belum habis lagi..Harapnya selepas ini tiada lagi makhluk ini di dalam rumah..

p/s* En Hubby pun sudah mula tak sihat seperti saya.. wahai makhluk kecil, janganlah kembali lagi!

Tuesday, 21 June 2011

Nasi Ayam Yang memenuhi Tekak!

Baru-baru ni, saya kerap teringin nak makan nasi ayam tau.. Tapi tak dinyatakan pada En Hubby. Agaknya sebab dah lama sangat teringin tu, sampailah ke kemuncaknya.. Semasa pulang dari kerja, saya nyatakan padanya yang saya nak sangat makan nasi ayam.. bukan sebarang nasi ayam yang saya nak. bukan boleh dibeli di pasar malam atau dimana-mana.. saya hanya nak di 'Nasi Ayam Mancongkam' sahaja!(mengada-ngada sangat kan!) memang nasi ayamnya memenuhi tekak saya..

Agaknya sebab En Hubby pun simpati dengan riak muka yang dibuat-buat oleh saya, En Hubby pun setujulah bawa saya kesitu..YESS!! Saya seronok sangat lah.. Ada orang yang tak suka nasi ayamnya, tapi tidak saya.. Bagi saya sedap je.(ala, kalau bab makan, memang saya sedap je kann)..Jom tengok gambar..

Nasi Goreng Ayam Garing!! Sedap sampai rasa tak cukup..:)

p/s* Tapikan,supnya rasa macam masin sikitlahh.. apapun saya puas hatilah dapat makan.. tiadalah lemak-lemak saya ni meragam lagi kan..:)