Tuesday, 31 May 2011

Mandi Mandaaaaaa..I lIke!

Ini sepatutnya entri lama. Tapi oleh kerana gambar tak juga dapat-dapat, maka jadi lambatlah nak posting entri ni.. takpelah kan. Kejadian ini pada Hari Wesak.. Mak ada telefon En Hubby ajak saya dan En Hubby pergi berkelah.. tapi bukan dengan keluarga sahaja malah dengan besan mak..:) Saya tak kisahlah.Asalkan dapat mandi.. Kebetulan memang tiada plan nak kemana-mana pun! Seperti yang dijanjikan, Saya dan En Hubby pun berkumpul di rumah mak sementara tunggu kakak datang. Yang best tu pasangan adik pun datang.. So riuhla juga!!Banyak juga juadah yang dibawa oleh mak dan besannya..Abah pula memang tak ikut.. kalau dah dapat memancing tu, memang taknak ikut punya! Nak tahu Saya ke mana?? Saya ke Ulu Yam!! Punyalah lama tak datang situ. Memang teruja lah bila dapat mandi tuu... Berendam sampai tak ingat.. Habis kecut-kecut kulit dibuatnyaaa.

Bayangkan pagi memang lah tak sarapan. Tapi bila dapat berendam ni, terus tak lapar.. makan pun macam nak taknak aja.. hehehee.. Agaknya seronok sangat!! Tapi yang tak best tu, nak masuk situ memang dah kena bayar.. tu tak kisahla kan.. Patutnya sediakan air di bilik air!! masuk-masuk sahaja bilik air, konon-konon nak tukar baju, sekali air tiada la pulakkk!!Terus saya dan En Hubby tak jadi tukar baju..balik dalam keadaan basahhh..Nasib kerusi kereta tu leather.. Saya pulang pun dah petangggg... Memang best!

Tengoklah En Hubby tu! Apalah yang dibuat dengan kayu tuuuu..

Ni kakak & abg ipar.. Pasangan pengantin baru lagi.. Baru sebulan mendirikan rumahtangga..:)

Haaa!! Saya dan En Hubby..

p/s* Saya Enjoy!! Entah bila lagi dapat mandi manda macam ni lagi..

lelaki pun nak SEGAK juga kannn..

Pinjam lah gambar nii...:) Sebab saya rasa dia segakk..

Tidak dinafikan, setiap manusia mengimpikan diri menjadi perhatian tak kiralah lelaki mahupun perempuan. Namun ada ketikanya kita bimbang untuk mencuba atau berkorban untuk merealisasikan impian tuu..
kaum Adam juga seperti itu. Hakikatnya, mereka juga cemburu melihat kaum yang sama 'diterima' malah senang mendampingi si Hawa. Apa rahsia ekk?perlu ke bijak berkata-kata atau sekadar berpuas hati dengan aset wajah yang dimiliki sahaja.. Jawapannya... mudah je.. segak sewaktu berada di luar dan kemas bila beristirehat di rumah. Penampilan yang segak secara tidak langsung melambangkan keperibadian diri kerana pandangan pertama penting bagi menjalin sebuah hubungan yang mungkin berkekalan..

Usahla kedekut berbelanja bagi mendapatkan pakaian baru. Paling tidak pun, kunjungilah kedai pakaian sekurang-kurangnya lima bulan sekali untuk sesuai dengan peredaran semasa. Jangan jadi katak di bawah tempurung yang tidak tau apa-apa atau Haji Bakhil yang sentiasa berkira.

Produk penjagaan diri juga penting. Janganlah terlalu berkira sampaikan bedak pun tidak guna. Paling tidak pun pastikan pencuci muka, gel rambut, deodorant serta minyak wangi menjadi senarai yang perlu ada dalam simpanan.

Sekiranya tubuh sedikit gempal, elakkan daripada kenakan baju berjalur melintang. Ini hanya akan mendedahkan lagi kelemahan bentuk badan yang berisi. Sebaliknya pilihlah baju berjalur menegak bagi menampakkan tubuh sedikit kecil dan 'macho'..rasanya semua orang pun tahu hal ni kan..

Dalam berpakaian, harus pandai memadankan antara baju dan seluar atau kemeja. Begitu jua dengan aksesori tambahan seperti jam, dompet atau kaca mata hitam. Lihatlah dulu cermin sebelum keluar rumah sama ada penampilan sesuai atau tidak. Jangan ingat bercermin utu hanya untuk wanita sahaja yeee..

Tidakkah bangga menjadi lelaki yang arif tentang fesyen masa kini?

En Hubby lagi segakkk..:) hehehee..

Monday, 30 May 2011

Berbulan Madu Yang Romantikkk...

Sempena cuti sekolah ni, apa kata bagi pasangan yang baru mendirikan rumahtangga dan merancang untuk berbulan madu lakukanlah sesuatu yang romantik dan menarik di saat ketika berduaa..Sebenarnya bukan yang baru sahaja, yang dah lama mendirikan rumahtangga pun bolehh.. Lupakan dulu tentang masalah kerja. Nikmatilah saat-saat berdua dengan lebih bermakna..

Apa kata kita dan pasangan melakukan urutan sesama sendiri. Sapukan losyen ataupun minyak Lavender, Jasmine secara lembut kepada pasangan. Selain dapat mengeratkan hubungan suami isteri, urutan juga dapat menghilangkan rasa penat dan lesu semasa perjalanan ataupun akibat bebanan kerja..

Jangan dilupakan juga tentang muzik kegemaran. Lebih baik jika lagu itu merupakan lagu tema kita berdua. mainkan perlahan alunan muzik di bilik.. Dengan cara ini pasangan boleh tahu mood kita pada masa itu..

Letakkanlah lilin di bilik dan gelapkan bilik..Biarkan cahaya lilin menerangi suasana malam..Pasti lebih romantik..Sebenarnya kat rumah pun boleh kann...

waktu inilah masa untuk makan malam berdua di balkoni.Sambil tu, tengok-tengoklah bulan dan bintang sambil berbicara tentang hubungan kita..Gunakanlah kesempatan pada masa ini untuk mengenali dan mendekati pasangan..Yerla kan..kalau kita duduk sebumbung bertahun-tahun pun belum tentu kita kenal pasangan kita kann..

Kalau boleh, bangunlah pagi untuk melihat matahari terbit. Sambil berpimpin tangan, berjalan disisi pantai untuk menikmati ciptaan Yang Maha Esa. Mesti ada pasangan lain yang cemburu melihat kemesraan itu. Aww!! romantik sangat..

p/s* Seronoknya sekiranya apa yang dirancang tu semuanya menjadiii..:) Saya sangat sukakan suasana yang ala-ala romantik gituu..

Sunday, 29 May 2011

Masakan En Hubby.. Terima Kasih En Bom Bom..:)

Semalam (Sabtu) saya kena kerja seharian di Hari Belia.. memang tak dapat dinafikan penat sangat.. Kebetulan sebelah malam pula adik-adik saya bertandang ke rumah..Walaupun penat, seronok sangat bila dapat berkumpul tuu...:) Terasa la jugak hilang penat bila dapat bergelak ketawa tuu..

Hari ni pula, oleh kerana kepenatan semalam pun tak habis lagi, maka En Hubby minta saya berehat sahaja di rumah.. saya diberi cuti dari memasak.. Alhamdulillah! Saya ingatkan En Hubby nak beli makanan di luar sahaja, tapi rupanya nak masakk untuk saya.. Waaaahh! Saya bersyukur sangat sebab En Hubby memahami kepenatan saya..

Fillet ayam yang dipotong kecil2..

Bahan yang ditumbuk..

Sayur-sayuran..

Tadaaa!! Inilah hasilnyaaa...:)

p/s* Terima kasih untuk En Hubby.. Masakkan untuk saya..Walaupun ianya sangat simple, tapi bermakna buat saya.. Nanti boleh masak lagi ekk.. Sebab sedap sampai tak cukupp..