Saturday, 7 January 2012

Penangan Durian...

Assalamualaikum..

Nak kata sekarang musim durian, tak tahulah kan.. tapi kalau nak makan durian ni, tak kira musim dah sekarang ni kan.. Kalau terasa nak makan, sentiasa ada je dekat area rumah ni.. Cuma pilih je mana yang berkenan..Oleh kerana saya ni boleh dikira hantu durian juga, pantang ada yang offer, confirm saya setuju je kalau bab-bab durian ni.. Kebetulan, mak ada datang rumah, sebelum balik tu sempat lah tanya saya nak ke durian,.. kalau nak, memang die belikan. So, makan dekat rumah mak sahaja nanti.. Isk!! memula tu, rasa macam taknak, tapi secara tiba-tiba saya bertukar fikiran, nak pulak..Malam tu, saya makan durian macam lah tak pernah makan kan..

Akibat makan terlalu banyak durian, aww! saya kini sudah sakit tekak, dah selesema..badan pun dah mula panas.. dalam erti kata lain demam..makan tak ingat dunia kan.. berlaga pulak dengan minum ais batu selepas makan durian. memang terbaikk! Nak salahkan siapa kan.. salah diri sendiri jugaaa.. maka, terima jelah kan..

Thursday, 5 January 2012

Tiada Jodoh ITU Bukan Kehendak Kita.

Assalamualaikum..

Selamat hari Jumaat untuk semuaa.. Entri kali ini saya ingin kongsikan untuk sama-sama jadikan iktibar. Mari kita renungkan sedalam-dalamnya..Tiada Jodoh ini Tiada Kaitan dengan Keturunan..Hanya belum sampai masanya. Ianya seperti menanti jambatan untuk ke seberang sana..Sekiranya panjang jambatannya maka jauhlah perjalanan itu. Ada juga orang yang jodohnya cepat kerana perjalanannya singkat..

Wanita baik untuk lelaki baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat juga. Biar lambat jodoh asalkan mendapat 'right person'. Kita selalu sangka kita pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya apabila kita benar-benar mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga datang bersama masalah..Bukan semua apa yang kita sangkakan membahagiakan itu benar-benar membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi derita juga datangnya sama. Semua benda pun ada baik dan buruknya...

Demikian juga dengan perkahwinan..Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama, sunnah nabi sebagai saluran yang betul untuk melepaskan syahwat di samping membina sahsiah dan sebagainya..Tetapi ia menjadi sebaliknya apabila ramai orang yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus. Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing-masing sedangkan dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk kasih malah ada yang sanggup berkorban asalkan impian menjadi nyata??

Jika tidak sanggup untuk bergelar suami atau isteri jangan berkahwin dahulu.
Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu atau ayah, belajarlah dahulu.
Jika rasa-rasa belum bersedia untuk bersabar dengan karenah anak-anak, carilah dahulu kesabaran itu.

Perkahwinan itu indah bagi yang benar-benar mengerti tuntutannya..Perkahwinan itu menjanjikan pahala yang tidak putus-putus bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman..Jodoh usah terlalu dirisaukan, kerana ia pasti akan datang..

"Kadang-kadang Allah sembunyikan matahari,
DIA datangkan petir dan kilat,
Kita menangis dan tertanya-tanya,
Kemana hilangnya sinar..
Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi"

Lelaki kacak...

Sudah menjadi lumrah manusia inginkan pasangan yang sedap mata memandang.. Biar tak kacak dimata orang lain tetapi kacak dimata kita kan.. Tapi tahukah lelaki ini akan lebih kacak apabila....
  • Lelaki solat lima waktu sehari semalam
  • Lelaki menghulurkan sedekah kepada yang memerlukan
  • Lelaki memakai pakaian yang sopan dan kemas
  • Lelaki yang menghormati ibu bapa dan sanak saudara
  • Lelaki mampu menepis godaan zina dan maksiat
  • Lelaki menjalankan tanggungjawab kepada adik beradik dan keluarga
  • Lelaki memberi ruang duduk untuk wanita atau golongan uzur di tempat awam
  • Lelaki berjaya mengawal perasaan marah dengan ucapan zikrullah
  • Lelaki bertutur dengan penuh sopan dengan penuh hemah pada orang lain
  • Lelaki melaungkan azan dan menjadi imam ketika menunaikan solat
  • Lelaki menyediakan nafkah zahir dan batin pada isterinya (sudah berumahtangga)
  • Lelaki berjaya mengawal perasaan cemburu buta terhadap isterinya
  • Lelaki melayan isteri seperti seorang bidadari
  • Lelaki mampu bangun dari tidurnya pada malam hari untuk melakukan ibadah sunat
  • Lelaki mudah dibawa berbincang dan bertolak ansur
  • Lelaki mampu berdikari dan bersungguh untuk sesuatu yang diinginkan

Senangkan untuk menjadi lelaki yang kacak? well, outer beauty is temporary while the inner beauty will last forever... Dala erti kata yang lain, Lelaki yang Soleh adalah Lelaki yang Kacak....

Tuesday, 3 January 2012

2012 Please Be Nice To Me...

Assalamualaikum..

Cepat sungguh masa berlalu.. dah masuk tahun 2012 kan.. Harapnya tahun ini akan membawa seribu kebahagiaan, kemanisan, kejayaan dalam tahun ini untuk saya. Selamat tinggal tahun 2011.. Terlalu banyak suka dan duka sepanjang tahun itu.. Yang duka tu ingin saya lupakan sepenuhnyaa.. Tapi ada juga yang tidak boleh dilupakan. Bukan mudah nak melupakan semuanyaa..

Pada malam tahun tahun baru itu, saya hanya ke Shah Alam.. memang tiada nak celebrate.. Cuma nak tengok bunga api sahaja.. memang cantik! Nak ke Shah Alam pun memang jalan sangat sesak. Nasib keluar rumah awal juga. Sempat tengok bunga api yang cantik tuu.. 

Lepas sahaja sesi bunga api ni, saya hanya makan-makan sambil tengok bolaa.. nak tahu pukul berapa saya balik rumah? lebih kurang pukul 330pagi. Sepanjang perjalanan balik tu, memang jalan sangat clear, seronok je balik.. takde sesak2 macam mula-mula pergi..

( Selesai cerita tentang malam tahun baru )

Oh!! memang cepat masa.. dalam diam dah setahun saya menghuni rumah saya kini.. Macam Tak percaya. Terasa lagi kepenatan mencuci rumah, mengangkat barang-barang rumah.. memang masih teringat-ingat lagi kesusahan berpindah rumah ni.. Saya harap tiada la lagi adegan berpindah rumah lagi.. tak sanggup rasanya dah.. biarlah selamanya di rumah ini...

p/s* Semoga tahun 2012 ini baik-baik sahaja untuk saya...