Tuesday, 9 August 2011

Apabila Hujan...

Gambar Ihsan Atok Google..

Sekarang setiap hari saya pergi dan pulang kerja dengan 'merempit'.. Tambah lagi sejak bulan Ramadhan ni, jalan semakin sesak. Bukan setakat sesak yang biasa-biasa, tapi amat luar biasa! Dahlah saya masuk kerja pukul 8pagi dan semestinya pulang pada pukul 5petang.. Begitu juga dengan En Hubby. Bila tengok jam pukul 5petang sahaja, jalan sudah pun sesak.. Dalam hati berkata 'mesti mereka semua ni balik pukul 4.30petang'.. Sebab itu jalan sudah semakin sesak bila jam menunjukkan pukul 5petang kan?

Semalam pula, sedang menunggu En Hubby untuk pulang, tiba-tiba hujan turun.. Mula-mula tu ok je.. Lama-kelamaan semakin lebat. Saya sudah mulai risaukan En Hubby.. maklumlah bila menaiki motorsikal dalam keadaan hujan, dengan jalan yang licin buatkan saya takut sekiranya terjadi apa-apa.. Saya ingatkan En Hubby tunggu sehingga hujan reda baru datang ke tempat saya, rupa-rupanya En Hubby redah jugaa! Sampai sahaja memang sudah basah kuyup.. Takkan lah saya nak biarkan sahaja kan? Saya pun dengan rela hati redah hujan jugaa.. Tak kisahlah, nak balik je pun kan?

Sampai rumah sahaja, memang sudah hampir pukul 7malam.. Saya hanya sempat masak satu jenis makanan sahaja, tomyam ayam.. En Hubby gagahkan diri juga pergi ke bazar untuk membeli makanan yang lain.. Takkan nak makan tomyam je kan? Alhamdulillah.. sempat juga berbuka dengan sempurna..

p/s* Sekarang ni memang musim hujan.. Nak tak nak kena redah jugaa..

Sepanjang Ramadhan..

Assalamualaikum semuaa...

Sudah dua hari saya tidak dapat mengupadate blog. Bukan apa, sejak sembuh dari sakit minggu lepas, masuk sahaja kerja, saya perlu menyiapkan tugasan yang tertangguh sepanjang ketiadaan saya. Banyak lagi rupanya kerja yang masih pending! huh..sangat memenatkan.. Bila pulang dari kerja pula, memang sudah sibuk dengan urusan di rumah pula. Maka untuk mengupdate blog dari hari ke sehari tu tidak juga tercapai..Baru hari ini itupun di sebelah petang hanya tunggu masa untuk pulang, barulah saya sempat mengetuk keyboard..:)

Hari ni sudah genap hari yang ke-9 umat Islam berpuasa kan. Alhamdulillah saya masih boleh berpuasa dengan jayanya..Harapnya tiada yang tertinggal untuk tahun ini seperti tahun yang lepas. Sepanjang berpuasa ni, saya seperti tiada nafsu untuk makan..tak tahulahmengapa..Selalunya sayalah yang akan beriya nak makan itu dan ini. Tapi sejak dari hari pertama berpuasa, selera saya seakan putus. Pergi ke bazar pun, saya hanya mahukan Murtabak! tak kisahlah murtabak apapun, asalkan namanya adalah MURTABAK memang saya akan beli. Setiap hari, okeh?? Mungkin ada yang bertanya, tak jemu ke hari-hari pun murtabak? ntah! memang langsung tiada rasa jemu.. Hanya itu yang betul mampu menggugat selera saya! Makanan selainnya, akan En Hubby yang pilih ikut pada seleranya..Saya ok sahaja.. Pelik kan?? Dimanakah selera saya untuk kali ini??

Jika masak pula, saya sendiri sudah kehabisan idea untuk memikirkan apa yang perlu dimasak..Aishh! Tapikan, sepanjang berpuasa ini, boleh dikira berapa kali yang saya masak. Nak tahu kenapa??Bila hari bekerja saya memang tak sempat kerana sampai sahaja di rumah memang sudah lambat..Maka saya hanya singgah di bazar sahaja.. Selain itu, mak mertua dan ibu saya sendiri,kerap memberi makanan untuk berbuka..Oleh kerana hanya saya berdua bersama En Hubby maka peratusan untuk memasak itu adalah sangat sedikit! Takut makanan tak habis.. satu kerugian kan?? 

Saturday, 6 August 2011

Happy Birthday Auliyaa..:)

Genap Ramadhan yang ke-6 jatuh pada hari Ulangtahun Kelahiran si kecil lagi cumil Auliya.. Yuhuu.. Genap sudah dua tahun pada 06 Ogos 2011..Oleh kerana jatuh pada bulan Ramadhan , maka Abah dan Mamanya hanya menyambut dengan cara Berbuka Puasa bersama ahli keluarga yang terdekat sahaja...Saya & En Hubby tidak dapat hadirkan diri kerana kesihatan saya juga masih belum pulih lagi sepenuhnya..

Inilah dia Kanak-kanak riang...

Apapun, saya harap Auliya akan membesar dengan lebih pintar dan menjadi anak yang solehah pada abah dan mamanya..:) Amin...

p/s* Si Kecik ini sangat pintar dan suka sangat tersenyum.. Cumil sangat!!

Untuk Tatapan Si Suami...

Ada aku peduli isteri dan anak2ku sudah makan atau belum...

Ada aku peduli jika isteriku tak sempat makan kerana sibuk melayan anak-anak....

Ada aku peduli jika isteriku masih di dapur menyediakan keperluan pagi esok ketika aku sedang berdengkur...

Ada aku peduli siapa yang membelikan sabun mandi, ubat gigi dan meletakkannya di dalam bilik aku bersiram....

Ada aku peduli dah berapa lama isteri aku begitu setia menggosok kain bajuku...

Ada aku peduli bagaimana layanan yg isteriku dambakan dari aku seorang suami...

Ada aku peduli apa perasaan isteriku bila aku pulang kerumah dengan wajah kusam dan masam....

Ada aku peduli adakah wang yang masih bersisa utk isteri dan anakku ketika aku hendak kepergian....

Ada aku peduli apa perasaan isteriku bila aku tidak pernah menelefonnya ketika aku bertugas di luar.....

Ada aku peduli berapa harga gincu jika isteriku ingin memerahkan bibir yang pudar ditelan masa....

Ada aku peduli bilakah kali terakhir aku menghadiahkan minyak wangi kepada isteriku...

Ada aku peduli bila kali terakhir aku membelikan pakaian utk wanita yg rela menjadi isteriku..menjadi ibu anak-anakku

Ada aku peduli kenapa isteriku terlelap bersama linangan airmata....

Ada aku peduli jika isteriku terjaga di tengah malam kerana dengkurku......dan aku terus nyenyak tidur dibuai mimpi indah seorang lelaki....

Tiba-tiba aku MENJADI PEDULI dan MENGAMBIL PEDULI

Ketika telefon isteriku berdering di malam hari...

Ketika isteriku mula belajar ber sms..dan berchatting...

Ketika isteriku kembali berhias seperti ketika aku mula jatuh hati padanya...

Ketika isteriku sanggup tidak makan malam kerana mahu menjaga badan

Ketika isteriku tidak meminta lagi aku menjadi imamnya....

Ketika isteriku memilih tidur bersama anak-anakku.....

Ketika dia tidak lagi mencium tanganku ketika aku hendak pergi ...

Kini,aku baru ingin bertanya kenapa isteri aku dah tak peduli kat aku?

p/s* Tidak ada manusia yang sempurna baik suami ataupun isteri.Jangan mengharap dilayan seperti raja jika kita tidak pernah anggap isteri itu permaisuri hati kita. Jangan diharap bunga yang indah jika kita tidak pernah membajanya. Dan selalulah ingat,bila hati seorang wanita telah retak, dia boleh menjadi lebih keras daripada seorang lelaki.... 