Hari ini sudah harii Khamis.. Hari berbaju batik sedunia bagi kakitangan kerajaan. Bukan nak cerita tentang baju batik TAPI nak cerita tentang HRMIS.. Aduhai, mengapalah sekarang ni semua pun nak online... Bukan apa, rasanya semua jabatan kerajaan mengunakan sistem ini. Tapi yang paling tak best, sangat perlahan bila nak buka web ni.
Sekarang pula ramai yang sibuk nak mengisi SKT ( Sasaran Kerja Tahunan ). Seperti biasa, sistem ini akan menjadi sangat perlahan dan yang paling rasa sakit jiwa bila ianya "hang" terus!Bila dah jadi macamtu, mood pun terus "hang" kejap lah..Nak menunggu sekian lama.. Aduhaiii..
Diharap sistem HRMIS ni diperbaiki lagilah mutu kelajuannya.. Memang senang kalau semua pun pakai online, tapi yang sakit jiwa tu bila kelajuannya umpama mengalahkan Si Kura-kura..
Sekian, Laporan Untuk Hari Ini..:)








