Sunday 28 July 2013

Perginya Muhammad Hafeey..

Assalamualaikum Semuaa.

Lamanya tak menjenguk kat sini. Dah lama sangat tak mengetuk keyboard. Nak mengarang pun dah macam takde skills dah.. Takpela, mari mulakan semula. Sudah berbulan-bulan meninggalkan blog ni.. haih, nak mula dari mana pun dah tak tahu.

Pada tahun ni rasanya banyak benda yang berlaku dalam hidup. Dari segi dugaan, rezeki, kegembiraan dan tidak lupa juga kesedihan. Tapi fara dan suami tetap menerima dengan hati yang terbuka. Bermulanya penulisan ini semula bermakna emosi fara dan suami sudah kembali stabil dan kini hanya berfikiran positif sahaja.

Terakhir penulisan disini adalah mengenai anniversary dan banyak juga mengenai perkembangan baby dalam tummy. Sememangnya kehadirannya tanpa disangka. Tapi apakan daya, semua yang ada didunia ini adalah pinjaman. Bebila masa Allah boleh ambil HAKNYA kembali. 

Sehingga membawa baby 39minggu 5hari baby disahkan tiada lagi di dalam tummy. Bermulanya dengan subuh 25/06/2013, terasa seperti tiada pergerakan dan fara juga alami muntah juga pening kepala. Pagi tu juga ke klinik panel untuk buat check up untuk fara. Doktor check dan terus buat report transfer ke emergency Hospital Selayang. Disitulah, doktor pakar jumpa suami sekali dan bagitau bahawa baby sudah tiada. Perasaan? waktu tuu sambil berbaring atas katil tu hanya mampu memandang suami yang hampir jatuh setelah mengetahui berita itu. Rasa kosong sangat fikiran waktu tuu. Tiada setitis pun air mata yang gugur ketika itu. TAPI, apabila keluar je dari bilik check up tu, ternampak saja ibu terus air mata jatuh umpama air sungai yang derass.. Tika itu, luluhnya hati. Hati seorang ibu yang tahu baby dalam tummy kini sudah tiada. Hanya Allah yang tahu perasaan  waktu itu.

Sepanjang nurse bawak ke klinik untuk scan baby, nak tahu kebesaran terkini, air mata tidak henti-henti mengalir. Puas ibu ingatkan zikir dalam hati tapi tetap juga mengalir, mengalir dan mengalir. Allah, ketika itu rasanya besar benar dugaan yang fara alami. Hasil dari doktor pakar scan, baby memang sangat besar. Hampir 10kali scan berat baby semuanya atas 4kg. Dalam hati patutla orang tengok tummy fara macam nak meletup..Akhirnya doktor pakar  decide baby perlu dkeluarkan dengan cara czer. Pada hari itu juga perlu admitted ward. Alhamdulillah dapat bilik untuk seorang sahaja maka ahli keluarga memang boleh berkampung disitu..

Pada malam 25/06/2013, tinggal suami sahaja yang menemani kerana ibu dan ahli keluarga yang lain perlu uruskan apa yang patut dahulu. Malam tersebut doktor pakar bius datang untuk ambil tandatangan dan sebagainya. Katanya keesokkan harinya pada 26/06/2013, 12tengahari turn fara untuk masuk bilik OT.Bila dah tahu nak kena czer tuu, perlulah berpuasa bermula pukul 12tgh mlm.

Pada keesokkannya 26/06/2013 sehingga ke 12tengahari masih jua belum dipanggil.. pukul 3ptg juga masih tidak dipanggil. Terasa seperti mau pitam akibat berpuasa terlalu lama. ( Ada cerita disebaliknya, nanti next entri baru cerita ). Akhirnya pada pukul 440ptg, nurse masuk bilik kelam kabut minta tukar baju dan masukkan tiub kencing pada fara. Allah, sakitnya  masuk tiub kencing tuu tak terkata. Semuanya serba tak kena. selesai je, nurse tolak katil sambil berlari takut terlambat. Macam tak percaya badan nurse tu sangat kecik tapi punyela laju tolak katil. Dari bilik ke bilik OT agak jauh.

Fara adalah kes yang terakhir masuk bilik OT. Dengan rasa tidak bermaya, rasa nak pitam alhamdulillah tekanan darah sangat normal tika itu. Sebelum ditolak ke bilik OT, sempatla tatap wajah ibu dan suami yang tika itu sedang menadah tangan mendoakan agar pembedahan berjalan lancar. Ini kerana doktor pakar berkata, beliau berharap segalanya lancar kerana rahim fara kembang dan risau akan bleeding sepanjang pembedahan. Fara serahkan diri sepenuhnya pada Allah, bibir tak habis-habis membaca doa Nabi Yunus iaitu:

لا إِلهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحانَكَ إِنّى‏ كُنْتُ مِنَ الظَّالِمينَ
“ La ilaha illa anta subhaanaka inni kuntu minazzholimiin.”
(Tidak ada tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau. Sungguh aku termasuk  orang-orang yang zalim.)

Itulah pertama kali dalam hidup ini, masuk bilik OT. Mata pusing sana, pusing sini. Dalam hati, Oh takdalah gerun sangat. Sebelum ni pikir meesti nampak peralatan untuk pembedahan rupanya biliknya biasa je,agak besar. Terus perasaan takut tuu hilang. Di dalam bilik OT tuu, doktor pakar bius dah terangkan semuanya dan fara ambil bius separuh badan. Sekelip mata je, epidural tuu mengalir dan terus kaki dan separuh anggota badan terasa berat. Bermula la episod tummy ditoreh-toreh. Memang terasa juga pergerakan di tummy tu, terasa seperti ombak, badan ni dikerjakan oleh doktor. Taknak melayan sangat rasa tu, fara pun ajak nurse disitu berborak. nasib mereka melayan. tangan kiri berbotol-botol air masuk,belum lagi dengan antibiotik cecair tu mengalir dalam badan. Sakit betul rasanya, tangan kanan pula dengan pantau tekanan darah pula..Secara tiba-tiba dengar doktor berkata  ' ha , dah nampak baby,perlu guna forcep, forcep please'. dalam beberapa saat, terasa lega bila doktor menarik baby keluar dari tummy. Bibir sempat berkata 'Allah'. Terasa sangat baby ditarik keluar.

Sekejap je selesai pembedahan. Lebih kurang sejam dalam bilik OT. Sebelum nurse menolak fara keluar ke bilik recover, doktor bagi fara tatap baby buat kali terakhir. Memang baby besar. 4.36kg. Tak sangka baby boleh naik seberat itu. fara tatap, fara dakap, fara cium baby. Sayunya hati. Baby sangat sempurna. Fizikalnya memang mix fara dan suami. Fara dan suami menamakannya Muhammad Hafeey b. Muhamad Hafiz. Dari pregnant selepas tahu jantinanya terus bagi nama dan panggilnya dengan nama itu.

Pada malam itu juga Muhammad Hafeey dikebumikan di Tanah Perkuburan Taman Permata,Taman Sri Gombak.

Kini sudah sebulan lebih berlalu, Muhammad Hafeey meninggalkan fara dan suami. kami suami isteri sentiasa merindui Muhammad Hafeey.  Pada mulanya memang terasa berat sungguh dugaan yang Allah bagi pada fara dan suami. Tapi bila difikirkan semula, penantian fara dan suami selama 5tahun untuk menimang cahaya mata ini sangat berbaloi. Ini kerana dugaan demi dugaan Allah bagi, rupanya Allah SWT nak bagi pelangi yang indah. Dengan adanya Muhammad Hafeey menunggu fara dan suami di Pintu Syurga. Ganjaran yang sangat besar Allah bagi. Allahuakbar!

* Terima kasih kepada keluarga, kawan-kawan yang sentiasa memberi sokongan moral untuk fara dan suami. InsyaAllah fara dan suami bertambah kuat dengan adanya korang semua. * 

24 comments:

whitecappuccino said...

tersentuh baca entri ini.semoga fara dan suami tabah hadapi dugaan ini.moga Allah akan kurniakan rezeki lagi nanti.sabar ya fara. :(

Shafiza said...

Ya Allah. Sedihnya baca nak menangis :'( Innalillah...

Ibu Yusuf Maryam said...

Allahu Rabbi, tabahnya fara dan suami. Takziah fara.. Sesungguhnya ada insan yg menunggu fara di syurga kelak.

Farah Shamsudin said...

white: terima kasih ye.. alhamdulillah, emosi dah ok. doakan fara yee..

Shafiza: jangan nangis yee. Doakan fara sentiasa kuat.

kak Zefa: terima kasih kak. doakan fara ye kak.

Unknown said...

takziahh~ ada hikmah semua nie.. sy tumpang simpati :(

Invisible Me said...

Takziah.
al-Fatihah.
InsyaAllah, dia menunggu di sana.

cikji said...

Al fatihah dear. Fara 5tahun mnanti. Cikji yg baru 2tahun lbh ni pn kkdg2 ada rs putus asa jgk bila fikirkan soal anak. Byk sgguh ujian yg Tuhan turunkn utk kamu dear.tp yg pastinya ada sesorg yg tlh mnggu kamu di sana.

iyka syafika said...

akak...sedih..seyes menangis bace entry ni..tabah ye akak..bila iyka bce entry ni.kisah akak sama mcm kesah kakak iyka.dye pun tggu selama 4thun smpai la masa kandungan dye nak msk 9bln,bby meninggal dlm kandungan sbb kakak iyka kne darah tggi secara mengejut smpai satu tahap baby tu terputus tali pusat n mnggal.tpi bezanya kakak iyka nazak time tu.mse operate tu dye koma n hanya 50-50 je utk hdup n alhamdulillah dye selamat. ag 5 hri dye nk smbut ulangthu pkhwinan ke 9thn n skrg ada ank angkat seorg. untuk kak fara...kakfara tabah ye sbb nanti baby hafeey akan tggu akak di pintu syurga.menanti ibubapa dye.=) selamat berpuasa akak.

diba said...

Ujisn yg sangat hebat....

Z said...
This comment has been removed by the author.
Z said...

Takziah akak..akak kena kuat,berfikiran positif,insyaAllah ada hikmah di sebaliknya..Allah tahu akak mampu hadapi dugaan tuh..Allah takkan uji hambanya melebihi kemampuannya :D

Mama Damia said...

sedih...hopefully farah dgn apis tabah hadapi semua ni..insyaallah arwah akn tgu mummy n daddy dia disana

Ibu Siti said...

takziah farah...menitik air mata pagi2 baca cerita nie...sabar ye...mesti ada rezeki lain Allah akan bagi kat kamu berdua...

Mrs. Simplicity said...

i like the way you handle all the situation. hanya Allah je yang tau apa yang farah rasa. be strong my dear. Allah nak bagi rezeki yang lebih lagi. mudah- mudahan. take care :)

Anonymous said...

takziah buat awak dan suami..insyaAllah ade rezeki Allah tak ke mana..cuma msa je kita tak tahu..sy harap awak tabah dengan semua ni..

Hanani Hamid ( Ticer Nani ) said...

Farah, sorry baru tau..takziah ye..i know u're strong

SemuaTentangKita said...

Sabar ye fara. Allah beri ujian pada hambaNya tidak melebihi kemampuan kita. Insyaallah lepas ni ada rezeki fara dan hubby lagi. Amin

teratai said...

Seperti kata farah, Allah beri pelangi kepada farah n suami...inilah kelebihan yg Allah janjikan pada mereka yg redha dengan ujian NYA.

emarieys said...

Salam Farah, dah lama Ema tak jenguk blog Farah...Ya Allah, terkejut dengar perkhabaran ini... Takziah yer Farah... anakmu menanti dipintu syurga...InsyaALLAH...

Puan Kutu said...

bert mata memandang berat lagi bahu memikul..semoga farah dan suami terus diberi kekuatan dan berfikiran positif

Zai Zamree said...

Ya Allah...sedihnya...byk2 bsabar...

Ztee_Azwanis said...

farah... kuat ye sayang. Allah menduga atas kemampuan makhluk... sedih sgt baca kisah fara.. rasa tersiat2 hati ni.. zte bru berkesempatan buka blog.... rasa nak peluk cium farah.. wpun bnda ni dh lebih dr 2 bln, tp rasa mcm teringat2 lg... zte sentiasa doakan farah dan suami dimurahkan rezeki anak selepas ni...
jgn bersedih ye syg.. muhammad hafeey dijaga elok dan gembira DISANA.. allahukbar.. :(

Sheila Salim said...

Assalamualaikum awak.. Ya Allah, menangis sheila baca ni.. awak, semoga dikurniakan ketabahan.. in shaa Allah ada rezeki lain buat kalian.. be strong ya...

Anonymous said...

tabah dah menerima ketentuan drinya,,,nasib kita serupa slma 5 thn berusaha utk mndpt zuriat masuk 23 mggu usia kandungan,baby lahir tanpa d duga,,malahan dktr pkr sendiri x dpt mgenalpasti puncanya... Baby yg kami namakan mohd sollahoden andreas yg tlh pergi pd 9/11/2013..sedih yg x terucap gan kata2,namun redha... Mudah2an kita ada rezki lg slps ni amin....