Assalamualaikum..
PERNIKAHAN ATAU PERKAHWINAN
Buat Calon Suami..
Menyingkap tabir rahsia isteri yang kamu nikahi
Tidaklah semulia Khadijah
Tidaklah setaqwa Aisyah, juga tidak setabah Fatimah
Justeru wanita adalah akhir zaman
Yang punya cita-cita menjadi solehah..
Mengajar kita kewajipan bersama
Isteri menjadi tanah, kamu langit penaungnya
Isteri ladang tanaman, kamu pemagarnya
Isteri kiasan ternakan, kamu gembalanya
Isteri adalah murid, kamu pembimbingnya
Isteri bagaikan anak kecil, kamu tempat bermanjanya..
Saat isteri menjadi madu, kamu teguklah sepuasnya
Seketika isteri menjadi racun, kamulah penawar bisanya
Seandainya isteri tulang yang bengkok, berhati-hatilah luruskannya..
Menginsafkan kita perlunya iman dan taqwa
Untuk belajar meniti sabar dan redha
Kerana memiliki isteri yang tidak sehebat mana
Justeru kamu akan tersentak dari alpa
Kamu bukanlah Muhammad Rasulullah atau Isa a.s
Pun bukanlah Sayyidina Ali Karamaullahhuwajhah
Cuma suami akhir zaman yang berusaha menjadi soleh...
Buat Calon Isteri..
Membuka tabir rahsia suami yang menikahi kamu
Tidaklah semulia Muhammad, tidaklah setaqwa Ibrahim
Juga tidak setabah Isa atau Ayub atau segagah Musa
Apalagi setampan Yusuf
Justeru suamimu hanyalah pria akhir zaman
Yang punya cita-cita membangun keturunan yang soleh solehah..
Mengajar kita kewajipan bersama
Suami penjadi pelindung, kamu penghuninya
Suami adalah nakhoda kapal, kamu navigatornya
Suami bagaikan anak yang kecil, kamulah penonton kenakalannya..
Saat suami menjadi Raja, kamu nikmati anggur singgahsananya
Seketika suami menjadi bisa, kamulah ubat penawarnya
Seandainya suami berkata yang lancang, sabarlah memperingatkannya...
Mengajarkan kita perlunya iman dan taqwa
Untuk belajar meniti sabar dan redha
Kerana memiliki suami yang tidak segagah mana
Justeru kamu akan tersentak dari alpa
Kamu bukanlah Khadijah yang begitu sempurna di dalam menjaga
Pun bukanlah Hajar ataupun Mariam yang begitu setia dalam sengsara
Cuma wanita akhir zaman yang berusaha menjadi solehah...