Tuesday, 31 May 2011

Mandi Mandaaaaaa..I lIke!

Ini sepatutnya entri lama. Tapi oleh kerana gambar tak juga dapat-dapat, maka jadi lambatlah nak posting entri ni.. takpelah kan. Kejadian ini pada Hari Wesak.. Mak ada telefon En Hubby ajak saya dan En Hubby pergi berkelah.. tapi bukan dengan keluarga sahaja malah dengan besan mak..:) Saya tak kisahlah.Asalkan dapat mandi.. Kebetulan memang tiada plan nak kemana-mana pun! Seperti yang dijanjikan, Saya dan En Hubby pun berkumpul di rumah mak sementara tunggu kakak datang. Yang best tu pasangan adik pun datang.. So riuhla juga!!Banyak juga juadah yang dibawa oleh mak dan besannya..Abah pula memang tak ikut.. kalau dah dapat memancing tu, memang taknak ikut punya! Nak tahu Saya ke mana?? Saya ke Ulu Yam!! Punyalah lama tak datang situ. Memang teruja lah bila dapat mandi tuu... Berendam sampai tak ingat.. Habis kecut-kecut kulit dibuatnyaaa.

Bayangkan pagi memang lah tak sarapan. Tapi bila dapat berendam ni, terus tak lapar.. makan pun macam nak taknak aja.. hehehee.. Agaknya seronok sangat!! Tapi yang tak best tu, nak masuk situ memang dah kena bayar.. tu tak kisahla kan.. Patutnya sediakan air di bilik air!! masuk-masuk sahaja bilik air, konon-konon nak tukar baju, sekali air tiada la pulakkk!!Terus saya dan En Hubby tak jadi tukar baju..balik dalam keadaan basahhh..Nasib kerusi kereta tu leather.. Saya pulang pun dah petangggg... Memang best!

Tengoklah En Hubby tu! Apalah yang dibuat dengan kayu tuuuu..

Ni kakak & abg ipar.. Pasangan pengantin baru lagi.. Baru sebulan mendirikan rumahtangga..:)

Haaa!! Saya dan En Hubby..

p/s* Saya Enjoy!! Entah bila lagi dapat mandi manda macam ni lagi..

lelaki pun nak SEGAK juga kannn..

Pinjam lah gambar nii...:) Sebab saya rasa dia segakk..

Tidak dinafikan, setiap manusia mengimpikan diri menjadi perhatian tak kiralah lelaki mahupun perempuan. Namun ada ketikanya kita bimbang untuk mencuba atau berkorban untuk merealisasikan impian tuu..
kaum Adam juga seperti itu. Hakikatnya, mereka juga cemburu melihat kaum yang sama 'diterima' malah senang mendampingi si Hawa. Apa rahsia ekk?perlu ke bijak berkata-kata atau sekadar berpuas hati dengan aset wajah yang dimiliki sahaja.. Jawapannya... mudah je.. segak sewaktu berada di luar dan kemas bila beristirehat di rumah. Penampilan yang segak secara tidak langsung melambangkan keperibadian diri kerana pandangan pertama penting bagi menjalin sebuah hubungan yang mungkin berkekalan..

Usahla kedekut berbelanja bagi mendapatkan pakaian baru. Paling tidak pun, kunjungilah kedai pakaian sekurang-kurangnya lima bulan sekali untuk sesuai dengan peredaran semasa. Jangan jadi katak di bawah tempurung yang tidak tau apa-apa atau Haji Bakhil yang sentiasa berkira.

Produk penjagaan diri juga penting. Janganlah terlalu berkira sampaikan bedak pun tidak guna. Paling tidak pun pastikan pencuci muka, gel rambut, deodorant serta minyak wangi menjadi senarai yang perlu ada dalam simpanan.

Sekiranya tubuh sedikit gempal, elakkan daripada kenakan baju berjalur melintang. Ini hanya akan mendedahkan lagi kelemahan bentuk badan yang berisi. Sebaliknya pilihlah baju berjalur menegak bagi menampakkan tubuh sedikit kecil dan 'macho'..rasanya semua orang pun tahu hal ni kan..

Dalam berpakaian, harus pandai memadankan antara baju dan seluar atau kemeja. Begitu jua dengan aksesori tambahan seperti jam, dompet atau kaca mata hitam. Lihatlah dulu cermin sebelum keluar rumah sama ada penampilan sesuai atau tidak. Jangan ingat bercermin utu hanya untuk wanita sahaja yeee..

Tidakkah bangga menjadi lelaki yang arif tentang fesyen masa kini?

En Hubby lagi segakkk..:) hehehee..

Monday, 30 May 2011

Berbulan Madu Yang Romantikkk...

Sempena cuti sekolah ni, apa kata bagi pasangan yang baru mendirikan rumahtangga dan merancang untuk berbulan madu lakukanlah sesuatu yang romantik dan menarik di saat ketika berduaa..Sebenarnya bukan yang baru sahaja, yang dah lama mendirikan rumahtangga pun bolehh.. Lupakan dulu tentang masalah kerja. Nikmatilah saat-saat berdua dengan lebih bermakna..

Apa kata kita dan pasangan melakukan urutan sesama sendiri. Sapukan losyen ataupun minyak Lavender, Jasmine secara lembut kepada pasangan. Selain dapat mengeratkan hubungan suami isteri, urutan juga dapat menghilangkan rasa penat dan lesu semasa perjalanan ataupun akibat bebanan kerja..

Jangan dilupakan juga tentang muzik kegemaran. Lebih baik jika lagu itu merupakan lagu tema kita berdua. mainkan perlahan alunan muzik di bilik.. Dengan cara ini pasangan boleh tahu mood kita pada masa itu..

Letakkanlah lilin di bilik dan gelapkan bilik..Biarkan cahaya lilin menerangi suasana malam..Pasti lebih romantik..Sebenarnya kat rumah pun boleh kann...

waktu inilah masa untuk makan malam berdua di balkoni.Sambil tu, tengok-tengoklah bulan dan bintang sambil berbicara tentang hubungan kita..Gunakanlah kesempatan pada masa ini untuk mengenali dan mendekati pasangan..Yerla kan..kalau kita duduk sebumbung bertahun-tahun pun belum tentu kita kenal pasangan kita kann..

Kalau boleh, bangunlah pagi untuk melihat matahari terbit. Sambil berpimpin tangan, berjalan disisi pantai untuk menikmati ciptaan Yang Maha Esa. Mesti ada pasangan lain yang cemburu melihat kemesraan itu. Aww!! romantik sangat..

p/s* Seronoknya sekiranya apa yang dirancang tu semuanya menjadiii..:) Saya sangat sukakan suasana yang ala-ala romantik gituu..

Sunday, 29 May 2011

Masakan En Hubby.. Terima Kasih En Bom Bom..:)

Semalam (Sabtu) saya kena kerja seharian di Hari Belia.. memang tak dapat dinafikan penat sangat.. Kebetulan sebelah malam pula adik-adik saya bertandang ke rumah..Walaupun penat, seronok sangat bila dapat berkumpul tuu...:) Terasa la jugak hilang penat bila dapat bergelak ketawa tuu..

Hari ni pula, oleh kerana kepenatan semalam pun tak habis lagi, maka En Hubby minta saya berehat sahaja di rumah.. saya diberi cuti dari memasak.. Alhamdulillah! Saya ingatkan En Hubby nak beli makanan di luar sahaja, tapi rupanya nak masakk untuk saya.. Waaaahh! Saya bersyukur sangat sebab En Hubby memahami kepenatan saya..

Fillet ayam yang dipotong kecil2..

Bahan yang ditumbuk..

Sayur-sayuran..

Tadaaa!! Inilah hasilnyaaa...:)

p/s* Terima kasih untuk En Hubby.. Masakkan untuk saya..Walaupun ianya sangat simple, tapi bermakna buat saya.. Nanti boleh masak lagi ekk.. Sebab sedap sampai tak cukupp..

Thursday, 26 May 2011

Sedih Lah...

Baru-baru ni, saya ke rumah anak yatim Nur Salam di Chow Kit. Saya ke sana atas sebab tugass.. Memang ada program dengan rumah anak yatim tuu.. Bila saya sampai sana, saya terus sahaja rasa sebak sebab memikirkan mereka sudah tiada ibu atau bapa lagi.. Mereka semua masih kecil-kecil.. Disana saya ada program kaunseling dengan mereka.. maklumlah mereka ni kan nak ambil periksa besar nanti.. Saya dapat melihat cara pemikiran mereka ni berbeza dari kanak-kanak yang mempunyai ibu dan bapa..Saya suka melihat gelagat merekaa.. Ada tu yang memang agak nakal.. ada tu yang sangat pendiamm..Walaupun saya ke sana dalam masa yang singkat, tapi sempatlah saya bermesra dengan merekaa.. ada sedikit gambar yang boleh saya kongsikan disini..

 Ni kanak-kanak perempuan..

 Ini sesi pekenalan diri

Ni dah mula sesi..

 p/s*Erm.. memang saya rasa sebak bila tengok merekaa.. Tetiba rasa bersyukur sangat sebab saya masih mempunyai ibu dan abah..

Terima kasih buat Sha yang bagi kerongsang nii..Cantik sangat..

Wednesday, 25 May 2011

Romantik Keeeee?

Alangkah bahagianya hidupp jika diri dilayan bagaikan puteri dari kayangan kann.. Atas sebab itulah mengapa kebanyakan wanita mengimpikan pasangan yang berjiwa romantik dan manjaa.. Sudah naluri wanita inginkan belaian dari seorang lelaki. TAPI ia bukanlah satu perkara yang dibuat-buat tetapi akan lahir dari kehebatan cinta terhadap pasangan.. Adakah suami kita ni tergolong dalam kategori lelaki yang dimaksudkann??

Sentiasa ungkapkan rasa cinta seperti I Love U, I Need U dan I Miss U..- Sesibuk mana sekalipun di pejabat, ambillah sedikit masa walaupun cuma 10 saat untuk menelefon atau sms kepada pasangan. Mungkin ramai lelaki merasakan bahawa ianya satu yang tidak perlu dilafazkan selalu.  Hakikatnya, wanita ni sentiasa tertunggu-tunggu untuk mendengarnya berulang kali tanpa rasa jemu..

Keluar makan bersama..-Selagi ada masa, luangkanlah masa untuk makan tengahari berdua. Jika tidak sempat, malam pun masih ada. 

Sentiasalah menghiburkannya-Usikan manja dan lawak jenaka dapat mengeratkan lagi kemesraan.

Panggilan manja-Panggilan manja seperti sayang, darling, baby dan yang seangkatan dengannya memamg romantik kan..namun harus diingat wanita ni tak suka lelaki bermulut manis.

Kejutan kecil- Kejutan tak semestinya perlu dilakukan waktu harijadi atau ulangtahun perkahwinan sahaja..Ianya boleh lakukan bila-bila masa pun. Tambah lagi kebelakangan ni sibuk je. Tak perlulah hadiah mahal-mahal..

Berjalan seiring dan berpegangan tangan-Sentiasalah menggengam erat tangan pasangan sewaktu berjalan.

Simpanlah gambarnya-Selain di dalam dompet, gambar boleh dijadikan sebagai wallpaper di komputer atau di skrin telefon..Dengan itu dimana pun berada, umpamanya pasangan sentiasa berada disisi..

Pujian dan penghargaan-Ringankanlah mulut untuk memberi pujian ikhlas samada dari segi penampilannya, kecantikan semulajadinya, mahupun layanan baik yang diberikan. "Sesungguhnya menyintai seseorang itu bukanlah kerana kesempurnaannya, tetapi kerana menerima ketidaksempurnaannya"..

Tuesday, 24 May 2011

Terima Kasih Makkk..

Pada 23 Mei yang lepas, baru-baru ni jelaahh.. Elok sahaja saya dan En Hubby dalam perjalanan pulang dari kerja, adik ipar ada hantar mesej pada En Hubby.. Katanya " abang, mak suruh datang rumah, mak masak ikan siakap".. Aww!! saya yang sememangnya penat, terus tersenyum panjang dan teruja..Yelah, rezeki datang bergolek-golekk.. Takkan saya nak tolak kan.. terus saya setuju jee..Saya dan En Hubby memang suka ikan siakap.. tak kisahlah masak apa pun.. memang licin punyaa..(memang kaki pelahap kan).. 

Elok sahaja sampai rumah mak, mak terus ajak makan je.. macam tau-tau je saya ni lapar.. Saya pun apa lagi.. terus la mengadap ikan tuu.. mak masak kari ikan siakap!! Siap ada ikan siakap goreng lagi..Sedappnya hingga menjilat jari!! mak memang terror bab masak memasak ni.. tak dapat dinafikan lagi!bertambah-tambah saya dan En hubby makan sampaikan dah terlampau kenyang!!  Sebelum pulang ke rumah sendiri, mak adalah bagi seekor ikan siakap untuk dimasak di rumah pulaa.. Terima kasih mak!! Masakan mak memang sedapp.. lepas ni ajak lagi ye makkk...

Ni gambar ehsan makcik googlee.. 

p/s* memang tak sempat nak snap masakan mak tuuu.. terus makan.. makan sampai tak ingat diet dahh..hehehe..

Monday, 23 May 2011

Anak Gementarr?

"Mama, minggu depan kakak kena masuk pertandingan cerita, takutlah mama, ada orang ramai datang tengok kakak nanti"

Perasaan sebegini seringkali timbul apabila anak telah melangkah ke sekolah. Mereka akan mula berkenalan dengan kawan-kawan baru. Sesetengah kanak-kanak amat teruja untuk mengenal dunia baru. Tapi tidak kurangnya yang merasakan ia satu beban yang sangat berat. Kanak-kanak ini memerlukan sokongan dari ibu bapa dan guru, jika dibiarkan mereka akan terus terperangkap dalam dunia negatif ciptaan mereka. Apatah lagi jika diminta berdiri seorang tanpa kehadiran orang yang dikenali. Apabila berlaku begini sebagai ibu bapa, harusss...

BERIKAN PUJIAN KEPADA ANAK
Ucapkanlah pada mereka kata-kata perangsang contoh "Bagus anak mama ni, sebab itu cikgu pilih untuk masuk pertandingan". Ucapan yang baik ini akan terus suburkan semangatnya..

PERSIAPKAN MENTAL DAN EMOSI
Perlu diberitahu pada mereka yang memasuki pertandingan itu adalah sesuatu yang baik dan membanggakan kepada ibu bapa. kalah ke.. menang ke tidak menjadi masalah, yang penting buat yang terbaik. Bila anak memahami dengan jelas mereka akan lebih bersedia untuk menghadapi apa saja keadaan..

IBU BAPA PERLU LIBATKAN DIRI
Libatkan diri dalam pemilihan cerita, pakaian dan peralatan..Berikan cadangan yang bersesuaian dan jangan lupa meminta pendapat dan persetujuan daripadanya. Luangkan masa untuk mendengar latihan mereka.

AJAR MEREKA UNTUK BERTENANG
Dengan cara berselawat ke atas Nabi S.A.W dan meyebut nama Allah..Bukan sahaja menenteramkan emosi si kecil malah kita mendidik jiwanya untuk mengingati Allah dan Rasul. Latih mereka bernafas dalam-dalam.. Bayangkanlah audiens yang ramai, bila perasaan gemuruh datang..cuba bertenang, selawat, tarik nafas dalam-dalam dan ulangi sehingga bayangkan ramai audiens sudah tiada lagi.. Kemudian, janganlah lupa bisikkan di telinga mereka "anak mama boleh"!

Dengan cara ini kita dapat membantu si kecil ini lebih pandai mengawal perasaan takut dan gementar tuu..Tak percaya? cubalah lakukan.. :)

Sunday, 22 May 2011

Perjumpaan Yang Sangat Bermakna..:)

Pada 22 Mei 2011 bersamaan hari Ahad.. Kiranya semalam lah kan.. memang saya dah berjanji dengan Mama Likha dan Mama Kyra untuk hadirkan diri pada perjumpaan Geng Hot Mama Blogger..Perjumpaan ni kiranya pot luck lah.. masing-masing kena bawa makanan atau minuman.. kena pulak saya tidak dapat hadirkan diri pada Majlis Hari Jadi Kyra baru-baru ini..

Seperti yang telah dijanjikan, saya tetap menghadirkan diri... Tapi agak lambat sampai di destinasi.. Maklumlah dengan jalan yang sesak nak ke Shah Alam. Itulah pertama kali saya jumpa dengan merekaa.. Sangat happening!! Walaupun masing-masing baru pertama kali jumpa.. tapi rasanya macam dah bertahun-tahun kenal.. :)

Seronok sangat terutamanya dapat jumpa Mama Likha dengan Mama Kyra.. Selama ni kami hanya berchatiing dan berkomen dalam facebook.. memang kami bertiga rapat..Selalu bertanya khabar antara satu sama lain.. Selain tu, saya dapat jumpa kak Shiela, Ibu Darwisy, Kak El, Kak Noura, Nordalina dan Neena.. Mereka jua sangat sporting..!! Lepas ni boleh jumpa lagi laaahh! Love u all !!

Mama Kyra buat..:)

Mama Kyra buat jugaa ..Sedap! 

 Ni Kak El punyaa..

Rasanya ni Kak Noura yang bawa..

Ibu Darwisy tempah khas untuk perjumpaan nii..

 Kami Semua.. Tapi Kak Shiela takda pulaa..

kami Bertigaa... Semoga Persahabatan Kita Berkekalan..Love U All!

Sedap Sangat! Terima Kasih Buat Mama Kyra.

p/s: Banyak lagi bekalan yang tak sempat nak snap..apa pun saya sangat enjoy!! Lepas ni kita boleh jumpa lagi laaah..

Friday, 20 May 2011

Apabila Suami...

Melihat suami rakan bersikap romantik, kita juga kepingin pasangan melayani kita sedemikian. Hakikatnya suami seorang yang pemalu, pendiam dan lebih senang memendam rasa. Oleh itu, kita pun minta dia berubah. Tentunya payah untuk pasangan melakukannya kan? Tambah lagi kita ni mendesak dia..Biarpun untuk sesuatu yang baik namun mengubah diri pasangan memang cukup susah. Adalah lebih baik jika kita menyempurnakan dirinya atau membantu memperbaiki sikap pasangan yang kita kurang sukai..Tau tak apa yang takkan mampu kita ubah?? Antaranya..

RASA HATI
Kita tidak mampu untuk ubah hatinya untuk mengasihi orang yang ada di sekelilingnya.. Sebabnya nilai seperti ini sudah ada dalam dirinya sejak kecil dan telah ditanamkan oleh ibu bapanyaa..

KERJAYA
Biarpun kita sudah berusaha keras menyarankan kepadanya untuk memilih karier yang jauh lebih tinggi gajinya, tapi jika dia taknak, usaha kita tetap juga tidak mendatangkan hasil..

HOBI
Jika kita memang suka melancong tapi tidak bermakna pasangan juga mempunyai minat yang sama. Jangan memaksanya untuk menyukai apa yang kita suka. Tapi kan tidak ada salahnya pun jika kita mengajak pergi bercuti di hujung minggu. Paling penting kita mampu menikmati kegembiraan bersama..:)

Tapi kan, ada beberapa sikap pasangan yang kita mungkin boleh ubah tau.. Contohnya..

PENAMPILAN
Kita mampu mengubah penampilannya jika kita tak suka..Berikanlah pujian dan pandangan. Sebagai contoh dia gemar mengenakan baju lusuh ketika keluar, kita cakaplah kat dia "abang ni hensem tapi kalau abang pakai baju yang elok sikit mesti lagi segak tau"..ha! mesti suami terfikir ada benarnya kata kita nii..

TABIAT BURUK
Boleh jadi pasangan suka tengok tv dengan volume yang kuat atau gemar sungguh meyepahkan surat khabar yang dia baca. Kita boleh cakap terus terang dengan dia.. Kadang-kadang pasangan tidak sedar pun bahawa sikapnya itu tidak disenangi.

TIDAK PRIHATIN
kita ni mungkin akan merasa sedih bila suami kurang romantik, tidak pandai merayu, atau selalu lupa hari ulang tahun perkahwinan. Bagi lelaki ni semua perkara yang remeh dan tidak perlu dibesar-besarkan. Sedangkan bagi kita ia cukup penting. Janganlah terus makan hati,ok.. Apa kata kita set dalam hp nya tentang hari lahir atau ulang tahun perkahwinan atau tandakan je lah besar-besar dalam kalendar kat rumah..:)

p/s*Saya sangatlah bernasib baik kerana walaupun En Hubby saya luaran nampak macam tak sporting, susah didekati, tak romantik.. tapi sebenarnya En Hubby sangat romantik, sangat prihatin.. Alhamdulillah..Teruskan sikap yang sebegitu ye En Hubby..:)

Thursday, 19 May 2011

Lelaki minat Hindustannn??

Haissshh.. Nak tahu tak saya ni memang dari zaman dulu lagi minat sangat cerita hindustan nii.. Lebih-lebih kalau ada Shah Rukh Han, Kajol, Salman Khan dan yang seangkatan dengan mereka.. Tapi sekarang ni macam dah tak minat, bukan sebab apa..dah terlalu ramai pelakon baru yang tak sehebat Shah Rukh Khan.. Jalan cerita pun macam dah tak best.. Oleh itu, saya memang dah tak layan lah..

Tapi nak dijadikan cerita, baru kini saya tahu En Hubby saya ni, minat cerita ni..Itulah orang katakan tak semestinya perkenalan tu lama kita tau semua tentang beliau kan.. memang sudah terbukti kebenaran kata-kata itu.. Satu hari tu sedang saya melayan tv Chanel Star Movies, tiba-tiba En Hubby dengan selambanya ambil remote tv terus tukar Chanel 108.. kebetulan ada cerita "Dhadkan"..tak pasal-pasal terus je layan cerita nii.. cerita ni cerita lama kan.. memang bestla.. siap tersentuh hati tengok cerita ni..yang lagi tak tahan tu siap record lagi.. Pelakonnya pun tidak kurang hebat.. Antaranya seperti Akshay Kumar, Kiran Kumar, Parmeet dan ada lagi lah yang lain kann..

Kiranya bagi saya tak sangka la En Hubby pun minat lebih kurang saya juga.. Lepas ni bolehla saya layan cerita Hindustan dengan En Hubby.. Boleh kan En Hubby? : )

Wednesday, 18 May 2011

Kalau CINTA, Jangan EGO!!!

Sifat ego boleh dihapuskan dengan satu perkataan mudah iaitu "terpaksa". Contohnya terpaksa mengambil dan menghantar anak ke sekolah, terpaksa makan ala kadar setiap hari kerana tidak mungkin masak apabila keletihan, terpaksa menghadkan masa melepak bersama rakan atas arahan raja/permaisuri di rumah..:)

Sebenarnya perkataan terpaksa begitu menolong kita dalam kehidupan seharian sebagai suami isteri. Bukan ke kadang-kadang kita terpaksa menerima kedatangan ibu mertua yang sakit sementara kita kebetulan sibuk sangat dengan tugasan di pejabat. Terpaksa bermanis muka dengan ipar duai yang selalu buat hal..Atau terpaksa mengurut suami yang mahu bermanja sedangkan kita begitu keletihan dengan kerja rumah.. Kalaulah perkataan terpaksa tidak ada dalam kamus hidup kita, pastinya huru hara rumah tangga yang dibina dan kekuasaan EGO akan bertahta di hati. Buat apa susah berkorban untuk suami, kalau suami pun tak mahu tunjukkan kasih sayang dan pengorbanan?? buat apa bermanis muka dengan keluarga suami kalau keluarga kita pun dia tak hormat??Suami pula berkata dalam hati "Buat apa aku berjimat sedangkan isteri sesuka hati buang duit lampiaskan nafsu shopping???" Wahh!! sungguh berbahaya kalau sifat ego dibiarkan menjadi-jadi!

Mengapa suami isteri mesti memelihara rasa terpaksa dalam hati, bukankah dia seolah-olah tidak ikhlas? Sebenarnya perkataan terpaksa itu adalah permulaan daripada sifat ikhlass... Awalnya memang terpaksa, tapi lama kelamaan hati akan terbiasa berbuat baik kepada pasangan. Ada banyak cara untuk melemahkan sifat ego ini.. Antaranya, kita harus....

FAHAMI SITUASI SEMASA
Tak mugkin seorang suami enggan menghargai isterinya jika isteri betul mengambil berat. Sebagai isteri mesti faham suami juga manusia sama seperti orang lain, kalau ada masalah atau tertekan, pasti layanan terhadap pasangan akan terganggu, kan??Maknanya jangan kerana suami tak balas kebaikan kita lalu kita pun bawa diri dan mementingkan ego. Suami yang ego, memanglah senang nak dilawan dengan ego, tetapi sampai bila kita mahu terbelenggu dengan situasi yang sama?

TUNJUK PADA TUHAN
Orang yang ego sentiasa mahu menunjuk dirinya benar dan orang lain salah. Kita akan menjadi lebih tenang jika kita tidak peduli dengan sikap ego manusia yang menganggu kita kerana Allah sentiasa menjadi sandaran dan rujukan hati.

KALAU CINTA, EGO JADI NIKMAT
Pelikkkan?? tapi benar! kalau sedang jatuh cinta manusia takkan peduli dibuli kekasih. Ingat tak masa-masa kita bercinta, pasti dengan senang hati dan bangganya kita jadi mangsa ego. Disuruh apa pun kita sanggup buat, buat apa pun kita akan beri, marah seteruk mana pun hati kita tetap berbunga bila berjumpaa.. kan?Betapa senangnya nak hapuskan sifat ego di hadapan suami, cukuplah dengan USAHA untuk jatuh cinta lagi padanya berkali-kali..

Bagaimana nak dapatkan mood jatuh cinta?? mahu menyuburkan rasa romantik? kita mesti mencintai diri sendiri dulu.. Cintai hati sendiri yang mahu berbuat baik, wajah kita yang sentiasa senyum, tangan dan kaki yang mahu berkorban untuk orang yang dicintai. Bercerminlah dan katakan " Hai Si Cantik " pada wajah kita yang berseri ni, barulah aura itu menyentap hati suami untuk jatuh cinta lagi dan lagiii... :)

Ego tak ego, kehidupan berumah tangga mesti diteruskan. jangan biarkan kaki kita berhenti melangkah ke matlamat bahagia kerana sakit hati dengan ego suami. Ego sifatnya datang dan pergi, tapi cinta sejati yang menentukan apakah kita suami isteri dapat bertahan dalam suasana penuh toleransi..

Bukan Best Mana Pun!!

Pada Hari Wesak Day semalam, banyak lah aktiviti kekeluargaan yang saya lakukan.. Maklumlah Hari Cuti Sedunia kann.. Tapi hari ni saya taknak cerita apakah aktiviti yang saya lakukan pada hari tersebut.. Saya nak kongsikan tentang movie ni " Lu Langsi Lu Mati". 

Pada sebelah malamnya, memang tak jangka pun nak ke Pavilion. Seperti biasalah dah lama sangat tak tengok movie kann.. so, layanlah movie ni.. Sebelum ni En Hubby selalu dengar kawan-kawan beliau kata movie ni tiada jalan cerita dan banyak kelemahannya. Tapi, takpalah kan.. Itu pendapat orang.. Tidak semestinya sama kan??

Sekali pergi tengok, aiseh! macam apa lah jalan ceritanya!! memang benar pendapat yang lain! tak best langsung! boring sangat!!!!Saya rasa kalau movie ni boleh dapat kutipan yang bagus pun, semuanya sebab adanya Shaheizy Sam.( aura dia sekarang semakin menjadi-jadi kan) Memang kusut betul tengok moviee nii.. Bukanlah taknak support pengarah baru seperti Farid kamil tu, Tapiiii... memang totally out! Im Sorry..

Tak tahulah bagi orang lain kan.. pendapat lain-lain.. betul takkk??

Tuesday, 17 May 2011

Apabila tidur terganggu..

Enakkan dapat tidur nyenyak macam ni.. Pernah tak korang hadapi masalah sukar tidur ni? Saya selalu juga alami.. Selalunya masalah sukar tidur ini disebabkan gaya hidup seharian.. Terdapat beberapa rutin yang mungkin kita semua amalkan setiap hari sampai menganggu tidur ni..

Stress
Tekanan di tempat kerja seperti timbunan kerja atau saingan yang tidak sihat sering menyebabkan stress Tak kurang jugalah masalah keluarga atau masalah lain.

Tidur yang tidak teratur
Disebabkan terlalu mengejar masa untuk menyiapkan tugasan, ramai yang sanggup bersengkang mata sehingga mengabaikan tidur. Pola tidur sebegini, sebenarnya akan menggangu kesihatan.

Keadaan kesihatan
Kadang-kadang rasa cemas atau gangguan bipolar serta kekurangan kalium boleh menyebabkan gangguan tidur. Dalam keadaan ini, penting untuk mendapatkan waktu tidur & rehat yang mencukupi.

Oleh itu, mulai hari ini lebih baik kita menjaga waktu tidur dengan sebaiknya.. :)

Monday, 16 May 2011

Kejelitaan Wajah Bermula Dari Alam..

Selain menyihatkan badan, buah-buahan juga boleh mencantikkan wajah. Lebih-lebih lagi beberapa jenis buah-buahan ini..Jom tengok buah-buahan yang mana tu boleh mencantikkan wajah..:)

Epal 
Boleh meneutralkan kulit yang berminyak dengan cara menghancurkan setengah biji epal sehingga halus. Kemudian sapukan rata pada wajah yang telah dibersihkan selama 20 minit. Bersihkan wajah dengan air suam dan bilas dengan air sejuk bertujuan menutup pori-pori yang terbuka.. Lakukan seminggu sekali..

Lemon
Mencerah kulit yang kusam. Rendam kulit lemon dalam air panas, dalam masa yang sama cucuk kulit lemon dengan garfu. Biarkan sehingga airnya menjadi suam dan cuci wajah dengan air tersebut. 

Strawberi
Untuk kulit cerah & lembap. Hancurkan tiga biji strawberi dengan satu sudu teh madu.. Sapukan pada wajah dan biarkan selama 30 minit. Setelah agak kering, gosok dengan gerakan melingkar untuk menanggalkan sel kulit mati & melancarkan peredaran darah. Lakukanlah seminggu sekali. Vitamin C pada buah ini baik untuk mencerahkan kulit & madu pula melembapkan kulit.

Tembikai
Boleh kurangkan surn burn..tembikai boleh menyejukkan kulit yang terbakar akibat matahari. Caranya sangat mudah.. hiris tembikai nipis-nipis, lekapkan pada wajah & biarkan selama 20 minit. Selepas itu bersihkan. Buah ini mengandungi zat astringent yang berkhasiat sebagai tonik & mampu menyejukkan wajah.

Tomato
Lembutkan kulit  dengan perahan sebiji tomato. Campurkan dengan satu sudu teh perahan lemon & sapukan pada wajah. Biar selama 20minit.

Timun
Putihkan wajah dengan campuran sebiji timun yang dihancurkan bersama susu segar. Lakukanlah setiap malam.. 

Limau Nipis
Dapat mengatasi masalah JERAWAT. Caranya.. campur satu sudu makan air perahan limau nipis dengan satu sudu makan madu yang telah dipanaskan. Setelah sejuk, sapukan pada wajah & biar selama 30 minit. Madu mengandungi zat antiseptik yang mampu membunuh kuman penyebab jerawat, manakala limau nipis mampu mengurangkan kadar minyak berlebihan pada kulit.

Pisang
Kulit kering?? mampu melembapkan.. campurkan setengah biji pisang dengan satu sudu teh serbuk tawar & satu sudu teh madu. Sapukan pada wajah. Biarkan selama setengah jam, lalu bersihkan dengan air suam.

Betikk
Boleh mencegah kedutan..hancurkan betik yang masak, & campurkan dengan satu sudu teh madu. Biarkan 20 minit. Betik mengandungi estrogen yang mampu meremajakan kulit dengan cara menanggalkan sel kulit mati.

Cubalah.. Tengoklah hasilnya nanti..:)