Saturday, 31 August 2013

Anak Itu adalah amanah, anugerah juga ujian dari Allah..

Assalamualaikum Semua.

" Ketahuilah bahawa harta benda kamu & anak-anak kamu itu hanyalah ujian, dan sesungguhnya disisi Allah jualah pahala yang besar " ( Al Anfaal:28 )

Terima kasih buat keluarga & sahabat kerana sehingga kini memberi farah kata-kata semangat. Farah bersyukur dianugerahkan OlehNYA Muhammad Hafeey, zuriat farah & suami. Walaupun kami hanya diberi peluang merasa secebis rasa kasih & sayang padanya tapi kami bersyukur. Dari dalam perut lagi Muhammad Hafeey tidak pernah menyusahkan farah. Dari mula wujudnya dia sehingga perginya Muhammad Hafeey buat selamanya.Tiada langsung menyusahkan farah. Allah, Muhammad Hafeey sememangnya tidak banyak ragam. Malah Muhammad Hafeey banyak mengajar farah erti sabar. Istimewanya Muhammad Hafeey sentiasa akan ingatkan farah tentang solat terutamanya ketika subuh. 

Sehingga kini pantang pun hampir selesai, setiap kali pegang perut terasa-rasa seperti adanya Muhammad Hafeey. Setiap orang ujiannYA berbeza-beza kan. Anak juga adalah ujian dariNYA. Farah pula, Allah menguji dengan "mengambil semula" PinjamanNYA. Farah & suami percaya setiap yang berlaku ada hikmahNya. Sentiasa bersangka baik PadaNYA. Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyanyang. Semoga farah & suami diberi kesabaran & ketabahan untuk menghadapi hari mendatang. 

Harini genap 68 hari Muhammad Hafeey meninggalkan farah & suami. Al Fatihah..

Monday, 5 August 2013

Allah knows..:)) InsyaAllah..

Assalamualaikum Semua.

Wah wah! Jalanraya sekitar KL ni dah sentiasa sesak siang malam. Penuh dengan orang yang shopping last minit. Nak masuk KL pun macam tak lalu. Bersempit sana sini. Bila dah jadi begini, ini bermakna syawal semakin menghampiri. Tinggal lagi dua hari je kan? Ramadhan juga bakal melabuhkan tirainya. Tahun ni fara tak berpuasa selama sebulan. InsyaAllah akan diganti sepenuhnya sebelum memulakan kerja akhir Septemper ini. 

Sekarang ni dengar lagu raya pun takde feeeling. Eh? kenapa jadi gini? ntahlaa.. agaknya sebab tak berpuasa kot.. Bila tengok sana sini shopping baju untuk baby masing-masing, ingatan pada Muhammad Hafeey terus ada. Kawan-kawan selalu berkata " fara, you are strong", kalau jadi pada mereka entah apa la jadi. Ouch! fara tidakla sekuat mana, tidakla juga setabah mana. Mungkin kerana itu fara & en suami adalah orang yang terpilih untuk menerima ini semua. Bukan tiada sebak, bukan tiada ingatan pada  Muhamma Hafeey, tapi mungkin semua under control. Kadang-kadang terbayang juga, kalau Muhammad Hafeey masih ada, mesti fara & en suami orang yang paling sibuk kott.. Yela, tahun ni tahun bertiga..:)

Mula-mula dulu selalu juga menatap gambar Muhammad Hafeey. Tapi kini tidak lagi. Nak tahu kenapa? kerana wajah Muhammad Hafeey sentiasa dihati. Tak perlu untuk menatap selalu. Bila rindu, sentiasa berzikir.. video-video Muhammad  Hafeey di dalam perut pun masih disimpan rapi. Owh, kenangan itu sentiasa terpahat. Rindu nak bagi Muhammad Hafeey adik. Tak sabar nak tunjuk kepada bakal adiknya yang abangnya sangat sempurna. 

Fara & en suami mohon pada ahli keluarga, kawan-kawan yang sempat menatap wajah Muhammad Hafeey tu, bila teringatkan Muhammad Hafeey, sedekahkan Al Fatihah padanya. Tak perlu bersedih, meratap pemergiannya kerana fara & en suami sentiasa dalam keadaan tenang. Malahan kini kami sangat bersyukur kami diberi ganjaran ini. Alhamdulillah.:))

My life may not be going the way I Planned It, but it is going Exactly the way Allah planned it.

Friday, 2 August 2013

Berpantang Cara Kampung.. :) Terima kasih ibu..

Assalamualaikum Semua.

Salam Jumaat. Dah nak rayakan? lagi beberapa hari je. fara? memang takda mood raya. Shopping pun ala kadar. Cukuplah apa yang ada. Langsir raya, kuih raya jua takda. Ini kerana masih lagi berada di rumah ibu. Hanya akan pulang ke rumah sendiri akhir bulan Ogos, InsyaAllah.. Baju raya? baju raya fara pun memang dah sedia ada tinggal En Suami je kena beli lain untuk mengikut tema fara. owhhh! memang tak terasa nak beraya.. nak tahu tahun ni tema apa? kena tunggu raya laaa. Baru boleh upload kat facebook & insta.. :))

Ada juga yang bertanya pada fara di insta & facebook nampak fara kurus sekarang ni. Memang fara akui berat fara turun sangat. Lagi ringan dari fara yang sebelum preggy. Fara sendiri pun bila tengok diri kat cermin, Allah nampak macam cengkung.. baju2 lama pun dah longgar benar. Tula, dulu sebelum preggy sibuk sangat nak kurus, memang Allah makbulkan. Kurus dari sebelum ni..

Ada juga yang pm di facebook tips dari fara untuk kurus. Erkk? terus terang disini fara mana ada tips. Pantang macam orang lain juga. owh, yela pantang ikut cara masing-masingkan?
nak tahu cara fara berpantang? hurm, selepas czer, dapat je discharge memang terus berpantang cara kampung. 100% tradisional,okeh! Setiap hari dalam masa  seminggu tuu, ibu & En Suami yang uruskan fara. Fara minum pati haruan ( tak banyak pun ), mandi setiap pagi dengan air serai wangi,Habis je serai wangi, mandi pula dengan air mengkudu. Segar sangat rasanya, bertungku menggunakan batu sungai dibalut bersama daun mengkudu, hanya makan bubur sepanjang seminggu, makan ikan haruan fresh, makan sunkist sebanyak yang boleh ( memang feberet sunkist, oleh itu tiada masalah ). Untuk mengecutkan rahim fara guna kapur + perahan air limau. Memang sentiasa letak kat perut. Berhasil! 

Tungku dikaki dulu..

Selain tu, selepas mandi fara akan minum air ibu kunyit & air cekur! Air ibu kunyit memang boleh telan tapi cekur tuu, erkkkk.. nak baik cepat harus minum dengan jayanya. Selepas seminggu, fara dah mula minum ginseng yang En Suami belikan. Ginseng tu hanya boleh tahan untuk dua minggu dan En Suami akan belikan lagi untuk hari-hari berikutnya. Harga tak mahal sangat. Harga mampu beli. 

Ni Ginsengnyaa..

Seriously, baru minum dua hari fara rasa badan sangat sihat. Hari ke lapan berpantang, fara dah boleh naik tukar tempat tidur keatas. Hari ke sepuluh fara dah boleh menguruskan semuanya sendiri. tak percaya? cubalah ye..:)) En Suami pun macam tak percaya. Tapi itulah kebenarannya. Disamping itu kaki pun memang sentiasa berstokin + memakai kasut pooh yang tebal tuu. Dikaki memang sentiasa letak minyak panas yang ibu buat.

Kasut Pooh yang sentiasa menjadi peneman.

Makan juga memang dipantau oleh ibu & En Suami. Ada yang orang lain tak bole makan, tapi fara bole makan. yela, lain orang lain rasakan? Lain kulitkan? Tapi sampai kini pun dalam masakan pasti ada blackpepper..

 Ikan Haruan masak stim yang dimasak oleh En Suami. :))

Ayam KRR Blackpepper! Yummy!!

Makanan yang sejuk memang fara tak makan, memang pantang betul. badan nak guna lamakan? kena la pantang betul-betul. 

Ni snap semalam. Sehingga membawa Muhammad Hafeey berat fara 58kg, sekarang tinggal 46kg. Bagi fara terpulang pada seseorang tu nak berpantang cara apapun, ikutla cara masing-masingkan. Mungkin ada yang berkata fara baru anak sorang bolehla cakap, tapi bagi fara tak kisahla anak pertama atau dua atau tiga, berpantang dengan cara kampung memang berhasil. Untung juga masih ada ibu. Dapat juga petua-petua kampung yang bole diturunkan pada fara..:))

Bukan saja-saja nak tulis cara fara berpantang, tapi ramai sangat yang dah pm maka fara hanya sharing disini. Inila cara fara, lain orang lain cara..betul tak?

Thursday, 1 August 2013

Perancangan Allah Adalah Yang Terbaik Untuk Kami Suami Isteri.

Assalamualaikum Semua.

Permulaan dulu bila publish di facebook tentang perginya Muhammad Hafeey buat selamanya, ramailah kawan-kawan yang dikenali atau tidak dikenali ( hanya berkawan di alam maya sahaja ) bertanya mengapa, bagaimana , apa dan pertanyaan sewaktu dengannya apa puncanya berlaku begini.

Memang tak tahu nak jawab, kena pulak emosi ketika itu masih tidak stabil. En suami juga ditimbuni persoalan yang begitu bertubi-tubi di inbox facebook juga di talian telefon.. dah terasa macam artis pulak bila ramai kawan-kawan yang ambil berat. Begitu juga dengan saudara mara yang dah tau tu telefon, tak cukup itu sms pulaa.

Disini dan waktu ini barula fara bole jawab segala pertanyaan korang semua. Sebenarnya memang tiada jawapan apa puncanya jadi begini. Result DR baru ni dah terbukti segalanya. DR berkata, segalanya ok. Waktu itu, selepas tahu result ni, fara pandang En Suami, En Suami pun pandang fara juga. Maka terbuktilah, memang benar Allah boleh ambil HAKnya apabila masanya. Mungkin Muhammad Hafeey sudah berjanji dengan Maha Pencipta. 

Tapi takpe, fara & En Suami memang terima segalanya dengan terbuka. Kami tahu orang lain nampak ini adalah satu Ujian untuk kami TAPI kami pula menggangap ini satu Ganjaran yan besar  untuk kami. Rezeki kami untuk mendapat Anak Syurga. Teringat-ingat ibu selalu berpesan dari mula tahu wujudnya Muhammad Hafeey sehingga cukupnya bulan bahawa didikla Muhammad Hafeey dengan didikan agama sepenuhnya. kalau boleh ke sekolah agama.. Allah, rupanya terbukti Muhammad Hafeey ini menjadi Ahli Syurga!

Sepanjang Muhammad Hafeey dalam perut, bukan sahaja senang membawanya malah dia juga pembawa rezeki.. Alhamdulillah! Sehingga kini pun rezeki anak itu  masih berterusan. Rezeki itu bukan sahaja dari segi wang ringgit sahaja malah rezeki lain juga. Allahuakbar! Terasa seperti nama Muhammad Hafeey ini sangat sesuai untuknya yang bermaksud KemuliaanKu. Rezeki yang kami dapat ini dikongsi bersama mereka yg disekeliling juga. Walaupun tak banyak, tapi bersyukur rezeki ini berterusan dan semoga berterusan selamanya. Amin..

Sememangnya perancangan Allah adalah yang terbaik. 
Hasbunallah wa ni'mal wakiil ( cukuplah Allah menjadi penolong kami & Allah adalah sebaik-baik pelindung )

Tuesday, 30 July 2013

Kenangan Bersamamu wahai anakku Muhammad Haffey.. :)

Assalamualaikum Semua.

Terima kasih pada kawan-kawan blogger, facebook yang mengucapkan takziah pada fara & suami. InsyaAllah kami akan lebih kuat dengan adanya korang semua. Alhamdulillah emosi sudah stabil. Tapi tipu kalau langsung takda rasa sebak kan?

Tinggal lagi lapan hari nak abis berpantang, selalu terpikir kalaula ada Muhammad Hafeey mesti dia dah semakin bambam & semakin comeykan. Mesti tak muat dah baju-baju newborn dia. Yelar, keluar dari perut fara pun dah 4.36kg, inikan pula kalau dah sebulan lebihkan? :) Tapi takpa, baju-bajunya sudah ibu simpankan dengan baik untuk adik selepasnya pula. InsyaAllah.. Sepanjang mengandungkan Muhammad Hafeey macam-macam yang kami prepare untuknya. Segala macam. 

Setiap hari, setiap malam berborak dengan En Suami apa yang kami nak buat selepas Muhammad Hafeey lahir. Nak belikan insurance untuk dialar, nak menabung untuk dia, nak bawak dia jalan-jalan..:) En Suami memang tak sabar sangat menunggu kelahirannya. Sememangnya En Suami sangat sayangkan budak-budak, baby.. Rasanya kalau Muhammad Hafeey ada, En Suami yang akan berjaga siang malam untuknya.:)) tak perlu nak sign kontrak bagai, memang dah tahu En Suami akan jaga dia. :) Setiap masa, setiap saat En Suami akan sibuk dengan perut fara. Usap, bercakap dengannya. Setiap kali itula, akan ada respon yang boleh membuatkan fara & suami tersenyum,kadang-kadang boleh ketawa sampai tak boleh berhenti. Inilah penangan Muhammad Hafeey..:)

Sepanjang mengandungkan Muhammad Hafeey, memang  senang sangat nak jaga. Dari awal tau kewujudannya, memang takda rasa morning sickness. terasa serba sihat. Makan pun jarang ada masalah. Boleh makan apa sahaja. susu? Ada setengah orang tak boleh nak minum susu tapi fara memang ok segala macam. Cuma bila dah hampir cukup bulan tu, dulu fara suka makan masak lemak cili api, tapi bila mengandungkannya tak boleh makan. Setiap kali try makan mesti luakk balik. paling suka makan sup, nasi ayam & kek secret recipe..:) 

Sepanjang mengandung juga fara akan sentiasa makan kurma, kismiss, buah delima & juga badam. memang suka sangat. Setiap hari harus makan..Air zam zam bila dah mencecah 7bulan memang setiap hari minum. 

Habis je makanan2 kegemaran ni, mesti akan ke Plaza Idaman untuk repeat lagi beli. Tak puas-puas juga makan.. Setiap pagi sebelum Subuh, Muhammad Hafeey akan kejutkan fara bangun persediaan untuk Subuh. Allahuakbar! anak kecik dalam perut fara betul buatkan fara sentiasa ingatkan dia. Masih boleh berpuasa sunat. Teringat-ingat setiap kali nak sahur, mesti cakap kat dia ' mummy nak puasa ni sayang, tolong mummy ye habiskan dengan jayanya'. Alhamdulillah, dengan makan kurma, minum susu terasa kenyang sehingga tibanya waktu berbuka.

Seperti tidak sangka, permulaan Muhammad Hafeey dalam 7 ke 8 bulan tu, beratnya tak sampai 2kg pun, ada yang tegur masih belum cukup beratnya, paling kurang lahir 3kg.. Muhammad Hafeey naik dengan jayanya. Memang tak sangka sehingga lahir boleh cecah 4.36kg. Allahuakbar! Dengan keadaan fara yang kecik ni, ketinggian tidak mencukupi, berat juga. Allah Maha Berkuasa Muhammad Hafeey boleh naik dengan begitu sekali.

Allah, Allah, Allah, kenangan ini memang tidak dapat dibuang dari ingatan. Sehingga hayat ada akan sentiasa berada dalam ingatan. Betapa senangnya membawa Muhammad Hafeey dari mula sehingga akhir. Dengan adanya tercoret disini, paling kurang fara akan sentiasa ulangi untuk membaca sendiri kenangan ini. :))

Allah tak pernah berlaku kejam pada hambanya, kini fara & suami hanya berusaha, berdoa & tawakal padaNYA. Semoga menyusul adiik-adik kepada Muhammad Hafeey tidak lama lagi..Amin, Amin, Amin..

Sunday, 28 July 2013

Perginya Muhammad Hafeey..

Assalamualaikum Semuaa.

Lamanya tak menjenguk kat sini. Dah lama sangat tak mengetuk keyboard. Nak mengarang pun dah macam takde skills dah.. Takpela, mari mulakan semula. Sudah berbulan-bulan meninggalkan blog ni.. haih, nak mula dari mana pun dah tak tahu.

Pada tahun ni rasanya banyak benda yang berlaku dalam hidup. Dari segi dugaan, rezeki, kegembiraan dan tidak lupa juga kesedihan. Tapi fara dan suami tetap menerima dengan hati yang terbuka. Bermulanya penulisan ini semula bermakna emosi fara dan suami sudah kembali stabil dan kini hanya berfikiran positif sahaja.

Terakhir penulisan disini adalah mengenai anniversary dan banyak juga mengenai perkembangan baby dalam tummy. Sememangnya kehadirannya tanpa disangka. Tapi apakan daya, semua yang ada didunia ini adalah pinjaman. Bebila masa Allah boleh ambil HAKNYA kembali. 

Sehingga membawa baby 39minggu 5hari baby disahkan tiada lagi di dalam tummy. Bermulanya dengan subuh 25/06/2013, terasa seperti tiada pergerakan dan fara juga alami muntah juga pening kepala. Pagi tu juga ke klinik panel untuk buat check up untuk fara. Doktor check dan terus buat report transfer ke emergency Hospital Selayang. Disitulah, doktor pakar jumpa suami sekali dan bagitau bahawa baby sudah tiada. Perasaan? waktu tuu sambil berbaring atas katil tu hanya mampu memandang suami yang hampir jatuh setelah mengetahui berita itu. Rasa kosong sangat fikiran waktu tuu. Tiada setitis pun air mata yang gugur ketika itu. TAPI, apabila keluar je dari bilik check up tu, ternampak saja ibu terus air mata jatuh umpama air sungai yang derass.. Tika itu, luluhnya hati. Hati seorang ibu yang tahu baby dalam tummy kini sudah tiada. Hanya Allah yang tahu perasaan  waktu itu.

Sepanjang nurse bawak ke klinik untuk scan baby, nak tahu kebesaran terkini, air mata tidak henti-henti mengalir. Puas ibu ingatkan zikir dalam hati tapi tetap juga mengalir, mengalir dan mengalir. Allah, ketika itu rasanya besar benar dugaan yang fara alami. Hasil dari doktor pakar scan, baby memang sangat besar. Hampir 10kali scan berat baby semuanya atas 4kg. Dalam hati patutla orang tengok tummy fara macam nak meletup..Akhirnya doktor pakar  decide baby perlu dkeluarkan dengan cara czer. Pada hari itu juga perlu admitted ward. Alhamdulillah dapat bilik untuk seorang sahaja maka ahli keluarga memang boleh berkampung disitu..

Pada malam 25/06/2013, tinggal suami sahaja yang menemani kerana ibu dan ahli keluarga yang lain perlu uruskan apa yang patut dahulu. Malam tersebut doktor pakar bius datang untuk ambil tandatangan dan sebagainya. Katanya keesokkan harinya pada 26/06/2013, 12tengahari turn fara untuk masuk bilik OT.Bila dah tahu nak kena czer tuu, perlulah berpuasa bermula pukul 12tgh mlm.

Pada keesokkannya 26/06/2013 sehingga ke 12tengahari masih jua belum dipanggil.. pukul 3ptg juga masih tidak dipanggil. Terasa seperti mau pitam akibat berpuasa terlalu lama. ( Ada cerita disebaliknya, nanti next entri baru cerita ). Akhirnya pada pukul 440ptg, nurse masuk bilik kelam kabut minta tukar baju dan masukkan tiub kencing pada fara. Allah, sakitnya  masuk tiub kencing tuu tak terkata. Semuanya serba tak kena. selesai je, nurse tolak katil sambil berlari takut terlambat. Macam tak percaya badan nurse tu sangat kecik tapi punyela laju tolak katil. Dari bilik ke bilik OT agak jauh.

Fara adalah kes yang terakhir masuk bilik OT. Dengan rasa tidak bermaya, rasa nak pitam alhamdulillah tekanan darah sangat normal tika itu. Sebelum ditolak ke bilik OT, sempatla tatap wajah ibu dan suami yang tika itu sedang menadah tangan mendoakan agar pembedahan berjalan lancar. Ini kerana doktor pakar berkata, beliau berharap segalanya lancar kerana rahim fara kembang dan risau akan bleeding sepanjang pembedahan. Fara serahkan diri sepenuhnya pada Allah, bibir tak habis-habis membaca doa Nabi Yunus iaitu:

لا Ø¥ِلهَ Ø¥ِلاَّ Ø£َÙ†ْتَ سُبْحانَÙƒَ Ø¥ِÙ†ّÙ‰‏ ÙƒُÙ†ْتُ Ù…ِÙ†َ الظَّالِمينَ
“ La ilaha illa anta subhaanaka inni kuntu minazzholimiin.”
(Tidak ada tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau. Sungguh aku termasuk  orang-orang yang zalim.)

Itulah pertama kali dalam hidup ini, masuk bilik OT. Mata pusing sana, pusing sini. Dalam hati, Oh takdalah gerun sangat. Sebelum ni pikir meesti nampak peralatan untuk pembedahan rupanya biliknya biasa je,agak besar. Terus perasaan takut tuu hilang. Di dalam bilik OT tuu, doktor pakar bius dah terangkan semuanya dan fara ambil bius separuh badan. Sekelip mata je, epidural tuu mengalir dan terus kaki dan separuh anggota badan terasa berat. Bermula la episod tummy ditoreh-toreh. Memang terasa juga pergerakan di tummy tu, terasa seperti ombak, badan ni dikerjakan oleh doktor. Taknak melayan sangat rasa tu, fara pun ajak nurse disitu berborak. nasib mereka melayan. tangan kiri berbotol-botol air masuk,belum lagi dengan antibiotik cecair tu mengalir dalam badan. Sakit betul rasanya, tangan kanan pula dengan pantau tekanan darah pula..Secara tiba-tiba dengar doktor berkata  ' ha , dah nampak baby,perlu guna forcep, forcep please'. dalam beberapa saat, terasa lega bila doktor menarik baby keluar dari tummy. Bibir sempat berkata 'Allah'. Terasa sangat baby ditarik keluar.

Sekejap je selesai pembedahan. Lebih kurang sejam dalam bilik OT. Sebelum nurse menolak fara keluar ke bilik recover, doktor bagi fara tatap baby buat kali terakhir. Memang baby besar. 4.36kg. Tak sangka baby boleh naik seberat itu. fara tatap, fara dakap, fara cium baby. Sayunya hati. Baby sangat sempurna. Fizikalnya memang mix fara dan suami. Fara dan suami menamakannya Muhammad Hafeey b. Muhamad Hafiz. Dari pregnant selepas tahu jantinanya terus bagi nama dan panggilnya dengan nama itu.

Pada malam itu juga Muhammad Hafeey dikebumikan di Tanah Perkuburan Taman Permata,Taman Sri Gombak.

Kini sudah sebulan lebih berlalu, Muhammad Hafeey meninggalkan fara dan suami. kami suami isteri sentiasa merindui Muhammad Hafeey.  Pada mulanya memang terasa berat sungguh dugaan yang Allah bagi pada fara dan suami. Tapi bila difikirkan semula, penantian fara dan suami selama 5tahun untuk menimang cahaya mata ini sangat berbaloi. Ini kerana dugaan demi dugaan Allah bagi, rupanya Allah SWT nak bagi pelangi yang indah. Dengan adanya Muhammad Hafeey menunggu fara dan suami di Pintu Syurga. Ganjaran yang sangat besar Allah bagi. Allahuakbar!

* Terima kasih kepada keluarga, kawan-kawan yang sentiasa memberi sokongan moral untuk fara dan suami. InsyaAllah fara dan suami bertambah kuat dengan adanya korang semua. * 

Friday, 26 April 2013

Entry Campur-Campur.. :)) Hepi Anniversary En Suami..

Assalamualaikum uollss!

Lame-lame sangat tak menulis kat sini. Nak mengarang pun takde masa. Bulan April adalah bulan yang sangat bizi bagi mummy preggy ni. scedule yang sangat padat. Mana dengan kerja luar, program sana sini, appoinment En Suami, dengan appoinment cek up si kecik dalam tummy ni.. woohhhh! letih-letih! Kini mengetuk keyboard pun dalam mood kerja.. Semoga si kecik ni nanti pun rajin juga la kan..

Sedar tak sedar, pejam celik pejam celik, Wahhhh! dah genap lima tahun usia perkahwinanku bersama En Suami. Kalau dulu dok counting je every month uollss. Now agaknya sampai tak tercounting, sedar je ehhh? dah lima tahun kaaa? masih baru lagi kan..

Ha.. nampak tak gambar lima tahun yang lepas nii? off course masih simpan kan. kenangan yang tiada galang gantinyaa..Sepanjang lima tahun, macam biasa la, macam orang lain juga mustahil tiada cacat celanya, tiada permasalahan yang timbul, tiada gado-gado.. Haruslah ada cume orang kata tak lame nak gado-gado tuu. Nak gado lame nak buat ape kan. Duk satu bumbung, nak lari mana, kejap jela baikla balik. Dah macam kanak-kanak ribena pun ada. Tapi best ape ada sikit gado-gado tuu, barula ada ummpphh kan?Kalau baik je pelikla pulak, something wrong gituuu..

Apapun, dah macam-macam kami tempuhi sepanjang lima tahun ni. Masam, masin, manis, pahit tetap juga ditempuhi bersama. Setia sehingga ke hujung nyawa ala-ala gituuu.. Terima kasih untuk En Suami alwayz support me.. alwayz give advice.. selalu ikut je kemahuan wifey die ni. kata nak itu cuba jugela buat.. kata nak ini cuba juge buat.. Im hepi with u la En Suami..:)) Love u lot-lot more laaa.. heee..

Selama ni bila anniversary je memang sambut berdua, pasti akan makan malam berdua juga, adegan tengok movie pun sudah menjadi kemestian, tapi for dis year takdela sume tuuu.. Saya masak sendiri untuk makan malam berdua..Itupun yang simple sesimple nyaaa laaah! Gift pun selalunya akan menyusul.. tidak juga untuk tahun ni kerana end of Jun hadiah yang lebih bernilai tiada gantinya akan kami terima.. InsyaAllah..Semoga segalanya dipermudahkan...

Tengok? simple kan menu dinner malam istimewa? hanye la Nasi Putih + Masak Lemak Ikan Tenggiri Cili Api + Sotong Tepung Goreng.. Walaupun simple, En Suami makan bertambah sehingga dua pinggan nasi penuh, okeh! Tak habis-habis cakap " sedap sangat mummy masak ni, tak puas laaa makan " So agak-agak wifey ni jawab apa yee? wifey tak mampu nak jawab pun hanya mampu tersenyum jeee..  Itula yang membuatkan wifey ni makin rajin sangat masak. tak larat pun akan kugagahi juaaa...Demi tekak + perut  En Suami.. heee...

Paling pasti sedar tak sedar kini baby dalam tummy pun dah masuk 31minggu. En Suami memang dok counting sebab makin lame katanya makin geramm dengan baby dalam tummy ni. Baby yang sangat bijak.. Ada je aktiviti dalam tummy ni yang membuatkan En Suami & saya tergelak sendiri.. Makin lame pun makin tak larat berjalan.. hehehe..yelah,  semakin sarat. Tapi kalau kawan-kawan yang kenal saya mesti tau yang saya sangat kuat berjalan.. pantang orang ajak je.. mesti nak ikut sekali berjalan. Kawan pula yang risau tengok saya membawa tummy yang agak sarat nii.. heee. Orang lain pun alwayz pesan jangan angkat barang-barang yang tak patut diangkat. Tapi bukan kerana degil, rasanya kalau masih larat angkat, memang saya buat sendiri. Bukan berat sangat pun kan. Apapun masih menjaga diri sebaik mungkin. Terima kasih sangat pada kawan-kawan yang paling rapat serapat-rapatnyaaa yang selalu ambil berat tentang diri ni especially Kak Mastura, Kak Fazira, Adik Shasya, Lynda, Erny Masdiana, ramai lagilaaa. Tak tersebut pulak dalam ni..Jangan ada yang kecik hati yee..Tak tertulis panjangnyaa..Begitu juga dengan famly sendiri juga famly mertua. Mereka sangat taking care off mee..i love u olllsss lot-lot more laaaaa..!

Okeh, dah terlalu panjang sangat nii.. Inila akibatnya dah lame tak mengetuk keyboard, sekali ketuk..hambik laaa.. Panjang berjela la pulak kan..

p/s* thanx ye kawan-kawan sudi singgah sini, sudi baca entry. *

Sunday, 31 March 2013

Di sebalik kehamilan saya..

Assalamualaikum Uollss!

Harini nak story mori tentang kehamilan saya. Most of my frens memang sudah sedia maklum usia perkahwinan saya hampir mencecah 5 tahun..Rasanya kawan-kawan di alam maya juga tau kot.. keinginan untuk memiliki cahaya mata sendiri tuu, memang sangat menebal plus hampir 5 tahun menunggu..

Air mata tu tumpah tak payah cakapla. Agaknya kalau simpan tu dah berbesen-besen jumlahnyaa..Sebab selalu tumpahnya air mata ni kerana faktor sekeliling, faktor sindirin dari mereka yang kurang arif ini. Seolah-olah rezeki anak itu berada di tangan saya. Tapi takpe, saya tak kisah, saya sudah memaafkan juga mereka ituu..

Sepanjang hampir 5 tahun ini, ramai sangat kawan-kawan terdekat, keluarga bagi support.. macam-macam cara tradisonal juga moden telah saya cuba. Tapi itula, Allah lebih tahukan.. Memang tiada perubahan pun. Sampaila tahap saya sendiri malas nak pikir. Tak kisahla apa orang nak kata, tapi dalam hati tak habis-habis berdoa agar suatu hari nanti saya dapat memiliki cahaya mata sendiri. Bila ibu ke Mekkah, ibu ada bawak balik ini:

yang bulat tu dinamakan buah Siti Hawa atau buah zuriat.
yang dalam kotak hijau tuu serbuk kurma ( powder )
yang dalam kotak biru tuu kurma biasa tapi dipacking dalam kotak..

Ibu cakap buah tuu kena rebus & minum air rebusan ..
Yang powder kena campur dengan susu kambing lepas tuu minum..
Kurma pula makan seperti biasa dan selawat serta doa..
Nak dijadikan stori satu apepun saya takde buat lagi. tak sempat nak buat semua tuu. Cuma adala minum air zam-zam yang dibawa balik ibu.. Tapi ini cite lama..:))

Lepas kejadian ini memang saya terus takde buat ape-ape treatment, atau mencuba mana-mana produk di pasaran sekali pun..Tup-tup dengan kuasa Allah Yang Maha Besar, Bulan Oktober saya preggy itupun tak tahu. Hanya tau di bulan Januari 2013.. Maka ramailah kawan-kawan, sanak saudara yang mula bertanya ape yang saya makan atau buat untuk preggy ini. Maklumla dah hampir 5 tahun kan..Tapi ntahla, tidak tahu dari mana datangnya berkat ini, saya tiada jawapan khusus untuk persoalan kawan-kawan & yang lain..
Samada doa seorang ibu di hadapan Kaabah ke..atau doa saya & En Suami yang tidak putus-putus ke..atau berkat mengaji walaupun tidak kerap tapi elokla dari tiada langsung kan..Atau juga saya tetap masih meneruskan makan kurma nabi..Atau juga kebetulan memang Allah sudah tetapkan dari awal bahawasanya rezeki untuk kami pada tahun ini.. Kesemuanya mungkin bersatu dan hasilnya Ku SUJUD SYUKUR PADAMU YA ALLAH..Alhamdulillahhh!

Beginilah ceritanya..Kesimpulannya rezeki itu datang dengan kuasa Allah..
Kita hamba yang lemah ni hanya mampu berusaha, berdoa dan bertawakal..
Jangan kita mudah menuding jari kat orang lain..
Alah die tu takde anak.. sebab gitu-gini die takde anak lagi..
Semuanya kena berbalik kepada Maha Pencipta..

Perjalanan saya juga masih jauh lagi. Masih lagi berbaki 3 bulan lagi untuk bersalin..
Semoga semuanya selamat hingga bayi ini lahir ke dunia dengan sihat dan sempurna..
Amin.. amin.. amin ya rabb..

p/s * terima kasih ye kawan-kawan sudi singgah sini *

Saturday, 23 February 2013

21 minggu..:))

Assalamualaikum Uollss!

Alhamdulillah, dah masuk ke minggu 21 untuk baby kecik dalam tummy ni. Sekejap je masa yu berlalu.. pejam celik pejam celik dah 21 minggu..:)) Sekarang memang dah tak pakai baju kurung lagi, hanya pakai baju yang selesa jee.. kain baju kurung pn macam dah tak muat. Sebelum ni gatal sangat buat baju ngam-ngam body je kan. Memang dah tak muatla segala..:)

Perkembangan fetus 21 minggu..
  • Berat bayi sekitar 360gram dan panjangnya dari mercu  kepala ke tumit lebih kurang 21cm.. ( no wonder tummy dah semakin boolatt.
  • Bulu kening dan kelopak mata sudah tumbuh sepenuhnya dan kuku jari tangan sudah  menutupi jari. ( Agak-agak bulu kening tuu ikut sape ye? mummy ke abi? kalau ikut abi cantikla, sebab abi kening bersambung plus tebal pulakk tuu..)
  • Baby sekarang sudah boleh mendengar perbualan..( Sekarang mummy dan abi memang kena bercakap lebih la bagi baby dengar kan..)

Experience sendiri, kadang-kadang sampai tak tahu bila baby gerak. Terasa macam jarang-jarang baby gerak tapi bila tengah berehat ke, tengah baring-baring ke terasa betul pergerakkan baby. Memula dulu, macam tak tahu kenapa tummy ni umpama ada angin yee.. then makin hari makin terasa gulp-gulp tuu. Rupanya gerakan baby.. dari minggu ke 18 dah terasa tapi tidak sekerap sekarang..

Sekarang ni pun sambil dok keja, mengadap computer ni sometimes terasa baby dalam tummy ni bergerak. Kadang-kadang boleh senyum sendiri bila pikir apela baby ni tengah buat dalam tummy ni kan. Last week ada buat check up di klinik swasta untuk baby dalam tummy ni, bila doctor Joges scan je, kemain die bergerak-gerak.. Allahuakbar, Subhanallah!! Doctor cakap baby sangt aktif! Alhamdulilah.. Time jumpa doctor tuu ibu yang masuk menemani manakala En suami tunggu diluar bersama abah. Bagi chance nanny masuk tengok perkembangan cucunya dalam tummy ni. Punyela excited nanny tengok baby dok gerak-gerak. Macam-macam persoalan yang nanny tanye doctor..:)) Ingatkan that time bole tau jantinanya tapi baby masih belum ready nak tunjukk agaknya.. Tapi takpe bagi masa baby untuk ready yee..tak sabar nak tunggu mengadap baby ni.. 4m to go..!

feeling? ouchh! macamana nak describe ye? Memang tak terucap perasaan ini melainkan Allah je yang tau.. Macam-macam perasaan ada. Sangat teruja bila rasa baby gerak-gerak, tummy semakin memboolat.. Walaupun kini pergerakan agak terbatas kerana kerap sakit bawah ari-ari ni, plus skang cepat letih.. saya tak kisahla.. Yang penting baby sihat & aktif.. Dari bab makan, memang tak tahu nak makan ape, tapi kalau dah ade makanan depan mata memang boleh makan je. Masuk je selagi boleh. Muntah? mustahil la xde langsung alahan itu, tapi tidak la terok.. Masih boleh dikawal..

Kadang-kadang terpikir macamana la saya boleh tak perasan langsung yang saya membawa satu lagi nyawa dalam tummy sendiri time 1st trimester dulu. Saya hanya sedar bila sudah masuk trimester kedua - 16 minggu..Mungkin kerana period pun tak regular plus bila nak dtg bulan sebelum ni pun cepat letih, ngidam makan kek setiap kali bulan pun. Memula preggy dulu pn memang kerap sangat letih, nak makan kek juga cume bulan je yang tak datang lama. tiada langsung morning sickness.. 

Tapi alhamdulillah, bila Allah nak bagi rezeki tu, memang selalu diluar jangkaan kan. Ketika itu memang takde pikir langsung yang sedang preggy. Saya & En Suami sangat bersyukur akhirnya hadir juga satu lagi nyawa dalam tummy ni. Alhamdulillah...

p/s * terima kasih ye kawan-kawan sudi singgah sini *

Wednesday, 6 February 2013

Terima kasih Ibu..

Assalamualaikum Uollss!

Nak mengadap blog ni memangla tersangat malas..Aduhai, kalau la bole jadi rajin seperti dulu, kan bes! Tapi apakan daya memang malas sangat. Tapi masih juga nak kena cerita dalam ni moga dijadikan diari. Bukan senang nak alami apa yag senang dialami sekarang ni..

Semalam petang lepas pulang dari kerja, sempat la singgah ke Jusco Kepong. Berhampiran dengan tempat kerja. Kebetulan memang nak beli kain untuk diri sendiri. Kain yang sedia ada rase macam dah tak muat pulak pakai. Macam sesak je. Cari punya cari tak jumpa juga kain yang diperlukan. Akhirnya di Jusco tu, ibu yang sibuk cari makan untuk cucu tiga ekor kat rumah. si qiqy, kiko dan kitty. Ibu yang xcited dok survey barang apa yang perlu lagi dibeli untuk cucu tiga ekor tuuu..:))

Oleh sebab masih awal, akhirnya ibu ajak ke bahagian barang baby. Dalam hati saya, " EEh?? nak buat ape pulaa?" tapi ikutkan juga. Rupenya dok survey katil baby! wohhhh!! ohh Nany! terasa macam awal lagi nak survey barang baby ni. Tapi itula ibu memang  begitu. Kemain comel lagi katil baby tuu. Sebelum ni ada terpikir taknak la beli katil, baby tak lame duduk dalam tu, tapi adik perempuan dok cakap kena beli. Siap dah survey harga kat butik baby yang lain tentang katil yang sama.. HUhuuuuu!

Oh ibu, Terima kasih sebab sepanjang saya preggy ni ibu memang peka atas ape yang saya nak. nak makan itu, segera dicari. Tapi alhamdulillah, masih nak makan yang senang dicari je. Baju mengandung pun ibu yang sponsor. Nak kata banyak takdela banyak tapi bajunya cukup la untuk seminggu. Alhamdulllah, murah betul rezeki ni. Tak taula lagi ape yang ibu nak sponsor kan..

Nanti entri yang akan datang mesti dah ade juga baran baby yang dah dibeli kan.. Nanti update lagi ye.. 

p/s* terima kasih ye kawan-kawan sudi singgah sini *

Tuesday, 5 February 2013

Susu lain rasa same juge ke?

Assalamualaikum Uolls!

Nampaknya entri buat tahun ini memang more to mummy and baby lar. Tak habis-habis nak cerita kan. Mood keterujaan tu memang ada. Maklumlah hampir 5tahun nak tunggu ada baby ni. Selalu dok baca entri orang lain tentang baby. Excited sangat time tuu walaupun bukan baby sendiri. Tapi bila sekarang dah rasa tu, terlebih exciited la pulakkk..Harapnya takdela yang muntah hijau ke pink ke kan..:))

Semenjak dah tau diri bawak baby ni, selalu sangat la tanya kakak-kakak nurse kat tempat kerja ni tips-tips elok untuk kesihatan baby bagai. Selain tu sangat rajin mengoogle juga. Asal tak tahu je sibuk mengoogle.. 

Oleh kerana selera makan tu agak kurang, saya terpaksa merajinkan diri untuk minum susu setiap ari. Untuk sarapan pagi dan juga malam sebelum tidur. Harapnya dapatla cover apa yang saya tak dapat cover kan. Alhamdulillahh, tekak dengan senang hati menerima susu. Takdela rasa loya ke ape kan. Tapi kalau tummy dah penuh tu memang ada rase loya juga. Seboleh mungkin la bertahan agar jangan klua semula. 

Sedap sangat susu Mamil Mama ni.. rasa macam nestumm!

Memang kosisten sangat minum susu ni. Setiap hari mesti kena minum. Kalau rasa tak rajin pun mesti kena rajin jugaaa. Buat sementara ni memang try yang ni jela dulu. Tak pernah la lagi try susu lain. Takut juga kot tak lepas masuk tekak susu yang lain tuuu. nanti dah habis ingat nak try minum susu low fat puleeee laaa.. :))

p/s * terima kasih ye kawan-kawan sudi singgah sini *

Monday, 4 February 2013

Alhamdulillah, masih ok..:)

Assalamualaikum Uollss!

Skang ni nak update blog pun macam malas, nak kata tak cukup masa tu sebenarnya bole je curi masa kan.. tapi ntahla apa yang disibukkan pun tak pasti. 

Sepanjang preggy ni, alhamdulillah tiade alahan. Memula dulu ada juga demam on off, tapi masih ok. Takdela terok mana. Agaknya baby ni tau mummy die bizi sangat menguruskan daddynye yang masih belum sihat sepenuhnya.  Dah masuk 2nd trimester masih ok. Cume sometimes bila berjalan banyak tu mula la nak sakit kat ari-ari ni. Badan pun mudah letih, nafas pun macam dah tak cukup..:) Tapi takpe, sebab dah tahu ada baby dalam tummy kan.. Bab selera makan pula, memang agak kurang. Tak tahu nak makan apa. Selera memang tiada. Tapi memang kena makan juga. Kesian kat baby tak cukup zat kan. Tapi tula, mummy nye macam tak lalu. Yang peliknya, En hubby yang kuat makan skang ni, die juga yang kena selesema terok.. hihi.. agaknye terkena tempias kot..

Kini suka tengok gambar-gambar baby comel. Geram je tengok! rasa macam nak kunyah-kunyah pipi gebu tuu. Agaknya kalau anak sendiri mana mau nak kunyah gitu kan.. hihi..!  Terasa cepat je masa berlalu. Lebih kurang 5 bulan lagi nak jumpa baby yang dikandung ni.. Macam-macam perasaan ada. Semoga semuanya berjalan dengan lancar dan dipermudahkan..Aminn..

p/s * terima kasih ye sudi singgah sini *

Wednesday, 30 January 2013

Rezeki Yang Tiada Nilainya Untuk KAMI

Assalamualaikum Uollss!

Uhhhh! lamenya tak update kat sini. Bukan taknak update tapi macam tak sempat je nak mengarang blog. Mana dengan cuti, adela juga kerja-kerja lain yang perlu dibuat dengan kadar segera.

Awal-awal tahun je dah sibuk, sibuk dengan keluarga, diri sendiri, kerja lagi.. tak terkejar rasenya. Nampaknya niat nak sambung belajar terpaksa ditangguhkan buat seketika waktu. Saya tahuu apa yang Allah rancang untuk saya itu adalah yang terbaik. Tidak mengapa. 
Tak dapat sambung belajar ( buat seketika ), En suamiyang masih belum pulih sepenuhnya namun disebalik ujian ini Allah bagi sesuatu yang sangat bernilai untuk saya. Rezeki yang tiada tolok tandingnya dalam dunia ini.

Pada 28/01/2013 yang lepas, saya disahkan preggy. Ahamdulillah! menitis air mata ni, En suami pula sampai tak mampu nak berkata apa2 pun. Macam tak percaya. Is dat true?? Masih lagi ingat maccam mimpi then malam tu terus ke private klinik untuk scanning.. Ya Allah! Sujud Syukur PadaMU.. sememangnya baby sudah wujud dalam tummy saya bermula Oktober tahun lepas lagi. Hasil scanning doctor bagitahu baby sudahpun 4bulan 5hari. 

Seperti tidak percaya, tapi itulah rezeki yang Allah nak bagi. Saya sendiri tak sedar yang baby dah ade. NO morningg sickness! Saya siap dah melasak sakan..macam2 saya buat, tapi itula, kalau Allah nak bagi tuu.. tetap ada juga. Maka percayalah pada rezeki yang mungkin tak terjangka ini. Akhirnya penantian selama 4tahun 9 bulan bakal berakhir. Bersyukur sangat..:)) Bukan senang nak lalui waktu itu. Maka saya sangat memahami sekiranya ada sahabat yang masih belum dikurniakan nikmat preggy ni. 

Im so excited bila tengok scan ni..

p/s * terima kasih kerana sudi singgah sini ye *. Nampaknye lepas ni lebih entry tentang baby laaahh..

Sunday, 20 January 2013

Selera makan hilang buat sementara..:(

Assalamualaikum Uollss!

Hepi working! Hari Isnin ni hari yang boleh menjana kepada kemalasan, tapi saya bukan kerana kemalasan, hanya kerana sisa-sisa demam yan lepas masih belum baik sepenuhnya. Badan sakit-sakit, alhamdulillah flue dah oke. Moodd makan pun masih terkurang dari biasa.
Semua benda pun tak lalu tapi tummy dah buat tarian zapin.. pfftt! 

Ramai yang berkata maybe saya terlalu penat, hurmm, maybe la kot.. semua kena lakukan sendiri. Tapi takpe, kalau tak belajar, sampai bila pun tak tahukan. Diharap En Suami takdela berjangkit viruss demam ni. Kalau terkena juga, kesian kat beliauu. Mana dengan kaki yang sakit tak pulih lagi..

Baru ni oleh kerana tiada selera makan, saya hanya buat untuk makan malam ikan bakar lele + air asam.. hanya ituu sahaja. Itupun masih kurang juga selera. En Suami yang makan beriyaa. agaknya teringatkan air asam buatan ibunya.. :)) Saya ni tidakla pandai masak, tapi oleh kerana tau saya memang kurang dari segi tu, saya suka sangat bertanya atau nak lebih pantas surfing internet je. Maklumla dihujung jari je sekarang ni kan.. Ada kawan yang bertanya cara saya buat air asam ni, tapi jawapan saya macam orang lain buat jugaaa..

Ikan lele dibakar dalam microwave oven jee..

Resepi Air Asam buatan saya;

1 biji bawang besar - belah & dimayang halus
1 biji tomato segar - dipotong kiub
Cili Api - dihiris halus
2 tangkai cili merah - ditumbuk dengan sedikit belacan & garam
Bancuhan air asam jawa
Jus limau
Sedikit gula

Gaulkan kesemua bahan sehingga sebati, rasa masam masinnya.. haa! dah siap. Makan lee...:))

* tadaaa! kan  cakap saya tak pandai masak, setakat gini boleelaa.. :)) anyway, terima kasih ye kawan-kawan yang sudi singgah sini..

Wednesday, 16 January 2013

Kenapa ekk suami jarang sembang dengan isteri macamana die sembang dengan kawan..?

Assalamualaikum Uollss!

fuhh..fuhh! lame sangat dah tak update blog ni. bersawang siap ade labah-labah gituuu. Sori sangat lately ni kebizian yang sangat melampau. Masa untuk diri sendiri pun takde ni haaa..Banyak perkara nak sharing tapi takpe.. slowlyla kan..banyak masa..Hari ni tergerak hati nak mencoret sesuatu tentang hubby & wifey. Bukan tentang diri sendiri tapi ianya secara umum..:))

Mengapa suami tidak berbual-bual dengan isteri sebagaimana mereka boleh berbual dengan orang lain?

Suami Itu Lelaki

Nilaian lelaki lebih kepada kuasa, kepakaran, kebekesanan dan pencapaian..Mereka memberi tumpuan kepada benda, objek & barang demi mencapai kejayaan & matlamat yang ingin dicapaii. Mereka membaca suratkhabar & jurnal. Mereka juga mendengar berita, sukan & pasaran saham. Mereka bercakap tentang kereta, komputer, teknologi, perniagaan, pemimpin, perang, politik serta perkembangan duniaaa..

Isteri Itu Perempuan

Tumpuan perempuan pula berkisar tentang manusia & perasaan. Mereka menghargai cinta, Pertalian, perhubungan & keindahan. Mereka membaca novel & buku-buku psikologi. Suka menonton filem romantik & menatap majalah hiburan.  Paling best mereka bercakap tentang diri, keluarga, perasaan, perhiasan, fesyen & kecantikan.. :))

Kenapa Penting Suami Berbual Dengannya?

Kerana isteri itu seoarang perempuan. Orang perempuan ni memang suka bercakap-cakap. Seronok bila ada yang sudi melayan. Bila tertekan, bercakap-cakap tu boleh melegakan. Maka tidak hairanlaa kaum Hawa ni boleh bersembang ataupun 'bergayut' pada telefon berjam-jam lamanya..

Orang perempuan ni mahukan 'good listener' bukan 'problem solver'. Mereka mahu bersama seseorang, yang pada pendapatnya mereka sangat mengambil berat 'tentang' & 'untuk' diri mereka.

Mereka inginkan 'verbal attention' yang boleh membuatkan mereka rasa dikasihi. Bagi mereka selagi 'penumpuan & 'perhubungan' ini dijalin, selagi itulah ikatan kasih sayang dapat dijamin. Perkahwinan ni sebenarnya menyatu-temukan hakikat seorang lelaki dengan hakikat seorang perempuan. Perbezaan sikap, minat & kecenderungan tidak boleh menjadi alasan untuk tidak berkomunikasi dengan baik antara suami isteri. Perhubungan yang baik menjamin kebahagiaan & tercapainya matlamat perkahwinan.

Secara kesimpulannya, perbualan suami isteri itu dapat mengekalkan ikatan perkahwinan...:)) so layan-layankanlahh bila isteri nak bersembang tuu yee.. tak komen tu dengar pun jadilaaa..

p/s* terima kasih ye kawan-kawan sudi singgah berehat disini*

I

Thursday, 3 January 2013

Bergaya sambil Menjana Pendapatan. Jom!

Assalamualaikum Uollss!

Nampaknya blog saya yang dulu hanya menceritakan tentang diri sendiri, vacation dah seangkatan dengannya akan menambahkan lagi cerita lain. Kini akan bizi pula menceritakan tentang bisness onlin pulaa.. harapnya korang takdela muntah pink kan bila baca tuu..:))

Mungkin ramai yang tak tahu produk Sophie Paris ni. Maklumlah baru dilancarkan awal tahun  Januari 2012. Ianya barangan dari France tapi dikilangkan di Jakarta, Indonesia. Tengok kat katalog memang cantik-cantik, tengok secara depan mata pula.. wowww! bertambah cantik! Saya seorang yang boleh dikategorikan shopaholic memang pantang nampak barangan yang ada kualiti tapi harganya sangat berpatutan..

Boleh dikatakan hampir setiap hari saya akan membelek-belek katalog Sophie Paris ni..Ada je aim nak beli apa. Memang sekarang disitu sahaja la tempat saya menabung! Oleh kerana saya ni memang tak boleh menahan diri, maka saya pun ambil peluang jadi ahli Sophie Paris dan kini saya boleh menikmati 20% setiap barangan yang ada disituu.. Lagi ligat laaa saya shopping. 

Selain shopping untuk diri sendiri ni, boleh juga buat income. Sambil bergaya, income pun masuk. Senang sangat nak buat income, mana ada wanita di luar sana yang boleh tengok barangan berkualiti dengan harga yang sangat berpatutan tanpa untuk membelinya? Pasti ingin dimiliki jugaaa.. memang sangat senang..

Oleh itu jika ada yang berminat untuk menjana income lain atau memang minat bisness ni bolehla tego-tego saya di talian 019-3948309,boleh whatsapp/line chat.. Boleh menjadi sebahagian bizpartner saya. Di samping shopping barang sendiri kan.. Jom kita menjana pendapatan lebih sikit dari sebelum ini. Ini kerana Sophie Paris ini masih baru di pasaran Malaysia. Peluang memang sangat cerahh..

p/s * Terima kasih kawan-kawan sudi singgah sini ye *