Wednesday, 27 April 2011

Tiada Salahnya WANITA kahwin LELAKI MUDA!!

Kata orang CINTA itu BUTA. Namun yang pasti CINTA itu adalah ANUGERAH. Lantas kala diri memerlukandan diperlukan,USIA bukan lagi halangan. Mencintai seseorang dalam jarak usia yang berbeza tiada kaitan dengan masalah kejiwaan kerana CINTA itu fitrah manusia dan sifat CINTA ialah bebas TANPA syarat umur atau kelayakan! Yang penting sama-sama memerlukan!! Jika niat bersama ikhlasdisebabkan ingin membahagiakan kerana ALLAH, kebahagiaan itu pasti wujud biar apapun halangannya.

Secara realistik, WANITA BERUSIA tidak lagi menarikjika dibandingkan dengan wanita lebih MUDA. Menarik bukan sahaja pada Rupa Paras dan Bentuk Tubuh. Menarik juga boleh terdapat pada Sifat, Sikap, Cara Berbual malah Layanan seseorang. Wanita Berusia sinonim dengan dengan ilmu hidup yang banyak disebabkan mempunyai pelbagai pengalaman..

Kepada mereka diluar sana yang berkahwin dengan yang lebih muda, saya pasti mengalami sedikit tekanan dari keluarga atau masyarakat sekeliling..Paling penting Buktikanlah Cinta tu IKHLAS..Pada masa yang sama pedulikanlah kata-kata orang lain! Tak mungkin dapat tutup mulut orang tapi mungkin dapat usahakan untuk pekakkan telinga. Utama sekali tunjukkan yang kalian saling memerlukan...Mungkin akan mengambil masa, tetapi satu perkara yang pasti, jangan PUTUS ASA kerana tidak ada usaha yang GAGAL cuma ambil masa untuk BERJAYA..:)

Marilah Kita Renungkan..

"Maka kahwinilah akan kamu dari perempuan itu yang baik bagi kamu" (An-Nisa :3)

"Dunia itu ialah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita yang solehah" (hadis sahih,Riwayat Muslim No.3628)

"Sesungguhnya tidaklah mereka itu buta mata mereka tetapi sebaliknya yang buta itu ialah hati mereka" (Al-Hajj : 46)

Sunday, 24 April 2011

Sedapnya!! Mangga NI!

Mangga Oh Mangga!! Sebenarnya saya takda lah penggemar Mangga Muda sangat. Tapi En Suami sangat suka Mangga Muda ni! Tapi bila saya jarang-jarang dapat makan Mangga ni, rasa sedaplah pulak.. kena pulak dicicah dengan Cili Api Kicap! Buat pedas-pedas lagik..Awwww.. Sedap hingga menjilat jari. Sampai habis saya dengan En Suami kerjakan. Setengah orang berpendapat bahawa sekiranya seseorang itu makan Mangga Muda, maka orang tu mengidam.. eh!! takda lah..saya bukan mengidam,ok. Saya memang dari anak dara makan je Mangga Muda ni. Tak tahulah bagaimana gayanya sekiranya saya mengidam suatu hari nanti kan..
saya sudah buat permintaan untuk membeli lagi Mangga Muda ni.. Nak lagi! Tak puas makan.. heheheeee...

Ha! tengoklah mangga ni..kecur air liur ni..

Skarang ni mood nak makan Mangga je.. :)

♥ Kanak-kanak Yang Sangat Aktif Lagi Cumil.. ♥

Ahad kembali lagi.. entah kenapa bila berada sahaja di rumah, kemalasan untuk mengadap notebook ni kemain menjadi-jadi. Agaknya kerana bila berada di rumah banyak lagi aktiviti yang perlu dibuat. Yelah, waktu minggu begini lah waktu bersantai bersama En Suami tersayang..:) waktu begini lah nak layan segala karenahnya..betul tak?? Tapi sekarang ni En Suami sedang melayan rehatnya, maka sempatlah saya untuk hapdate blog ni..

Semalam iaitu hari Sabtu, rumah saya ni didatangi tetamu kecil yang sangat cumil bersama abahnya.. Mamanya terlibat dengan kerja. Maka rumah saya lah menjadi transit oleh mereka berdua. Seronok sangat bila tetamu kecil itu datang. Breakfast di luar bersama-sama.. Lunch juga diluar tetapi bersama mamanya sekali.. Seronok layan karenah si kecil ini..Secara pemerhatian saya, walaupun sekejap je.. si kecil ini sangat bijak. Bak kata pepatah orang lama... "Apabila Si Kecil Aktif, Maka Akan Cerdiklah Si Kecil Apabila Besar Kelak!InsyaAllah" Memang tidak dapat dinafikan, memang cerdik, aktif, cumil sangat.. Geram tau tengok Si Kecil ni..:)

Pandai Posing Si Kecil ni.. Namanya Auliya..

Tengoklah aksinya..:)

En Suami mintak Si Kecil ni buat muka comel.. dan inilah hasilnya..:)

Cumil kan? Auliya bersama Yuyu kesayangannya..

Finally, kepenatan agaknya.. tidur juga..

P/S *Kepada mama & abah Si Kecil ini, nanti bolehla bawak Auliya datang lagi. seronok layan karenahnya.. Cumil sangat!!

Thursday, 21 April 2011

LELAKI minat BUNGA?? MEMALUKANN??

Bunga dan wanita cukup sinonim TAPI bila ada lelaki yang menyimpan minat pada BUNGA,adakah ia sesuatu yang memalukan?? Mungkin ada yang berpendapat hanya golongan LELAKI lembut yang obses dengan bunga.. tak kiralah menggubah, menyimpan atau menjadikan ia sebagai hiasan..Bagaimana pula dengan golongan yang menanamnya, atau menjadikan bunga sebagai sumber PENDAPATAN?Adakah ianya bercanggah dari naluri seorang Lelaki??

Bagi saya lah, tidak semestinya hanya lelaki LEMBUT sahaja yang meminati bunga malah kebanyakan lelaki yang bertubuh SASA juga minat pada bunga. Ada juga yang menjadikan bunga sebagai sumber inspirasi sekaligus mengaitkannya dengan perasaan, keindahan & kekuatan..Contohnya seperti bunga Kebangsaan iaitu Bunga Raya.. Tengok saja pada warnanya yang kemerahan dan secara tidak langsung menggambarkan kegagahan! Betul tak?

Maka, sekiranya ada LELAKI yang bertubuh SASA mengaku bahawa mereka menyukai pada bunga, janganlah pula nanti korang pandang serong pula kan?? tiada salahnya mereka suka pada bunga.. Mesti ada sebabkan mengapa mereka ini sangat sukakan bunga..Eloklah kita menghormati setiap "Privacy" orang.. tak perlulah nak mengata-ngata belakang tentang mereka & bunga itu.. Tak gituu?

Wednesday, 20 April 2011

Tekanan Apabila Menjadi Suri Rumah..Tertekan ke??

Saya bukanlah seorang suri rumah. Saya adalah wanita yang bekerja TETAPI saya sangat faham keadaan wanita yang menjadi suri rumah sepenuh masa. Satu-satunya pekerjaan yang tidak pernah ada noktahnya ialah menjadi suri rumah! Kerana itu tidak dinafikanlah seorang wanita atau lebih tepat isteri itu menghadapi tekanan yang cukup tinggi.Mana ketidaknya, seawal pagi kena bangun untuk menyediakan sarapan dan melakukan apa yang patut dan tugas ini akan sentiasa berlarutan sehingga ke lewat malam atau sehingga awal pagi.. Begitulah rutin seorang suri rumah. Nampak memang senangkan? macam rilex je.. Tapi sebenarnya kerja suri rumahlah yang paling susah dan perlukan kesabaran yang tinggi.. Dengan melayan karenah anak lagi.. mana nak mengemas rumah lagi.. Kalau nak dikaitkan suri rumah sudah tentulah wanita kan..Maka, bolehlah saya mengatakan disini wanita adalah SuperWomen

Oleh kerana mana-mana wanita pun yang menjadi suri rumah bila ditanya mereka sememangnya mengaku mereka mengalami tekanan.. tidak kisahlah tekanan tu tinggi atau rendah.. Yang penting mesti ada juga tekanan. Wanita yang mengalami tekanan ini perlulah diatasi dengan kadar segera sebelum ianya menjadi lebih buruk... Salah satunya, carilah teman untuk berkongsi masalah, selain itu berehat, cuba pikir positif, sabar juga penting... Bersenam?? penting juga untuk menjana pemikiran yang positif.. mencergaskan badan.. barulah boleh berbaik sangka dengan orang sekeliling..

Maka, janganlah sesiapa diluar sana memandang ringan tugas dan peranan seorang suri rumah..berat tugas mereka sebenarnya.. Untuk kaum suami atau bapa, ringan-ringankanlah tangan untuk membantu isteri melakukan kerja rumah.. Bila sudah ada sepakat, tolong-menolong barulah aman dan harmoni rumahtangga kan?? bahagia je rasa.. tak gituu? 

Tuesday, 19 April 2011

Happy Birthday To My Lovely Hubby..:)

Happy Birthday To U.. Happy Birthday To U.. Happy Birthday To Sayang.. Happy Birthday To U..:)
Semoga apa sahaja yang sayang ceburi akan berjaya dan diberkati oleh Allah s.w.t..

Hari ini adalah hari yang sangat bermakna buat En Suami yang tercinta.. Hari Ulangtahun Kelahiran En Suami yang ke....hehehe.. biarlah rahsia.. En Suami masih muda tau! Sebenarnya memang tiada plan nak kemana-mana.. semuanya last minute preparation. Hadiah pun saya beli bila hari yang dinantikan ini sudah hampir.. Penat pikir nak bagi apa..Al maklumlah, tarikh kelahiran En Suami jatuh tengah bulan.. menggagau la nak cari bajet kan.. hahaha.. tapi takpa, demi orang yang tersayang semua dibolehkan juga..:)

Sambutan kali ini dalam keadaan serba sederhana.. Saya bawa En Suami dinner di Kenny Rogers Jaya Jusco AU2..Hadiahnya pula telah diberi elok sahaja pulang dari kerja.. Alhamdulillah, En Suami suka sangat.. Terima kasih buat sahabat Erny Masdiana kerana sudi teman saya berjalan sampai ke Sogo semata-mata untuk mencari hadiah ni..:)  Kali ini Birthday Boy takda dalam snap.. Hanya saya je.. Macamlah saya punya birthday kan.. heheheee...

Editing By HTC Sense..:) 

Kad Untuk En Suami.. Isi Dalam Dirahsiakan..

Cantikkan Kotak Ni? Saya Suka Merahhh...

Tali Pinggang & Dompet Pierre Cardin..

Sempat Juga Posing Sebelum Makan..

Sedapnya!!

p/s* Sebelum bayar packing kereta, terjumpa sekali Amiza Adnan..:) Cantik sangat dia.. tapi agak pucatlah.. Al Maklumlah tak ber make up..Segan nak snap dengan dia..hehehe..

Monday, 18 April 2011

Usah Sombong la!!

Perlu ke bersikap SOMBONG?? Tak perlulah kot.. Tak kisahlah kalau popular pun.. Rasanya sebelum  popular pun korang bermula dari bawah kan? kannn.. Tahu tak sikap sombong tu hanya akan memusnahkan diri sendiri contohnya dari segi perhubungan sesama kawan.. Orang sombong sukar melemparkan senyuman  dan suka pandang rendah pada orang lain. Mereka ingin sangat dihormati tetapi pada masa yang sama kurang menghormati orang lain...

Terlalu banyak keburukan bila bersikap sombong ni..Antaranya, kurang disenangi orang lain..Jangan ingat bila kamu bersikap sombong tu.. orang lain suka.. mungkin mereka tunjuk macam suka tapi sebenarnya.. mereka juga tidak menyenangi sikap kamu tu!!! Selain tu kan,  korang perasan tak, bila bersikap sombong ni.. memang tiada kawan rapat. tiada orang nak dekat.. Nak tahu sebab apa?? sebab orang disekeliling korang tuu dah muak dengan sikap sombong korang tu..

Oleh itu, Janganlah bersikap sombong dengan orang lain.. kalau nak orang dekat dengan kita.. kita mestilah selalu bersikap terbuka dan boleh menerima orang lain..:) betul takkk??

Makan dan Makan lagi..:)

yuhuu.. memang hari ni dah pasang niat taknak masak. Jadinya saya pun mula merengek-rengek pada En Suami nak makan luar.. Nasib baiklah En Suami layankan aja.. Elok sahaja pulang dari kerja, terus singgah ke rumah ibu. Selepas itu En Suami nak potong rambutlah pula.. Yelah kan, rambutnya memang dah panjang sangat. Saya sangat suka sekiranya rambutnya pendek ala-ala stylo tu kan.. Punya lah lama tunggu.. barulah siap.. Saya suka sangat dengan potongan rambut yang baru ni!
Kemudian tibalah masa untuk makan malam.. Saya sendiri pun memang tak tahu nak makan apa.. Tapi bila lalu sahaja dekat area sebuah kedai ni.. terus saya nak makan dekat situ.. Memang sedap tau! Kalau setiap hari makan dekat situ pun tidak mengapa tau!! Nak tahu saya makan dimana? Jeng jeng jeng...

JM Beriani di Sri Gombak Prima ..:) Cawangan baru ni..

Memang saya makan sampai licin tau.. memang sedap sangat!! Marvelous.. Kalau korang ada nampak JM Beriani ni dimana-mana, silalah singgah menjamu selera.. Berbaloi-baloi..:) tak percaya?? cubalah ye..

Sunday, 17 April 2011

♡ True Beauty.. ♡

Baru-baru ini saya ada menonton satu rancangan televisyen berbahasa Inggeris yang bertajuk "true beauty". Saya  terpanggil untuk menulis tentang ini kerana saya rasa Kecantikan Sebenar itu bukan hanya semata-mata luaran sahaja bahkan termasuk dalaman.. Sekalipun apa yang saya kongsikan disini dituju khas untuk kaum wanita, TETAPI..InsyaAllah ada sesuatu juga untuk pembaca kaum Adam..:)

Kecantikan itu adalah satu anugerah..Setiap orang mempunyai kecantikan yang tersendiri. Namun kecantikan yang sebenar, hanya boleh dinilai dari sekeping hati yang suci...

Kecantikan wanita terdapat pada mata, caranya memandang dunia..kerana di matanya terletak gerbang menuju ke setiap hati manusia, dimana cinta itu dapat berkembang..

Kecantikan wanita juga bukan hanya pada kehalusan wajah..Tetapi pada kecantikan yang murni, terpancar pada jiwanya, dengan penuh kasih memberikan perhatian dan cinta yang diberikan..

Kecantikan wanita ada pada sikap lembutnya, yang terpancar dari keikhlasan hati dalam merawat dan menjaga keluarga.. " Wanita yang cantik adalah wanita yang bisa menjaga harga dirinya"...

Disini ada beberapa hadis untuk renungan..

Riwayat Al-Tabrani.
"Perempuan yang paling baik ialah isteri yang menyenangkan hatimu apabila engkau melihatnya, yang taat kepadamu apabila engkau menyuruhnya dan yang menjaga kehormatan dirinya dan hartamu apabila engkau tiada di rumah"

Riwayat An-Nasaie dan Muslim.
"Dunia adalah harta yang menyenangkan dan harta yang paling baik ialah perempuan yang solehah"

Friday, 15 April 2011

Penatnya Harini.. PC Fair Punya Pasal..

Sudah dua hari saya tak hapdate blog ni.. dah berhabuk pun. Bukannya taknak hapdate cuma masa tidak mengizinkan.. tanggungjawab lain yang perlu diuruskan dahulu..Berkhidmat untuk Negara! rindu sangat nak blogwalking dan hapdate blog.. Baru sekarang berkesempatan nak hapdate..

Petang tadi, elok sahaja habis waktu kerja, saya dan En Suami bergegas ke KLCC PC Fair. Ya Rabbi! penat betul berjalan.. Al maklumlah kan, kemain besar lagi showroom nya..sampai kan jalan atas karpet tu kaki ayam aja.. memang tak larat nak berjalan lagi dengan kasut yang sememangnya tinggi itu! Sememangnya saya kesana ada sesuatu yang ingin saya beli.. Maka, tercapailah hasrat saya untuk memilikinya...:) Walaupun kepenatan, tapi saya tetap puas hati.. Sekali lagi ucapan terima kasih pada En Suami yang sudi menghulurkan apa yang patut..
( faham-faham sendirilah ye.)

Erm.. Sekarang ni pun mata sudah tidak boleh buka lagi.. tapi semangat nak hapdate tu ada.. Sekian untuk kali ini..waaaa.. Letih sangat ni..

Tuesday, 12 April 2011

Arsenal? Sejak bila ni..

Hari Rabu tiba lagi.. cepatnya masa berlalu kan? hari ni nak cerita tentang bola.. walaupun saya ni bukanlah minat  bola. Walaupun abah saya seorang jurulatih bola, tapi saya tetap juga tak MINAT bola. Kini saya pula mempunyai suami yang sangat "addicted" dengan bola! nak tahu team apa yang En Suami addicted sangat tu?? Team Arsenal! sanggup tak tidur malam semata-mata Arsenal. Kira fan tegar la ni. Oleh kerana En Suami memang gila sangat dengan Arsenal ni, lama -kelamaan saya pun jatuh minat juga dengan Arsenal ni. Tapi saya tidakla segila En Suami.. hahaha.. (Jangan marah ye sayang.:P) Semenjak saya jatuh cinta dengan Arsenal ni, En Suami selalu belikan baju Arsenal.. rasanya setiap season ada.. Bukan saja bajulah, apa-apa yang berkenan di mata yang berkaitan Arsenal mesti belilah.. duit tu banyak habis kesitu..

kalau ada yang memang kat sini fan tegar Arsenal boleh la ke SINI melawat En suami.. selalunya bila dah minat sama ni, akan terus jadi kawan kan.. yang bukan fan boleh melawat..:) Sila-silalah membuat lawatan rasmi ke blog beliau.. En Suami masih baru lagi dalam dunia belog ini..Mood rajin nak buat belog baru ada kot..

Saya paling suka sweater ni! nampak tak, saya pun da terikut En Suami dah..hehehe..

p/s*, En suami bolehlah belikan saya lagikan..Saya suka bila barang free ni..:P

Monday, 11 April 2011

Bila La Dapat Ke Sini.. Cantik Sangat !

SO BEAUTIFUL PLACE!!

Ouchhh!! Saya sangat mengidam nak ke tempat-tempat ini..
Sekiranya saya & suami ada rezeki lebih, memang inilah tempat yang saya nak pergi..
Selalu sangat "search" tempat-tempat ni.. 
Tempat Pertama yang saya nak sangat pergi ialah Pulau Maldives! Sangatlah cantik tempat ni..

Pulau Maldives!! MasyaAllah.. Sangat Cantik!

Masih lagi Pulau Maldives..Cantik kan??

Tempat yang kedua pula New Zealand..Cantikkan??

Cantik!

Ini pemandangan penuh dengan snow.. aww!!

Tempat yang terakhir dalam senarai saya ialah... PARIS!! Paris kan memang terkenal dengan tempat yang ala-ala romantik gitu! jadi, memang tidak hairanlah saya pun termasuk dalam mereka yang "obses" nak ke sini..

Ini pemandangan di waktu malam..Sangat cantik.

Buat sementara waktu ni, saya hanyalah boleh senaraikan tempat yang saya nak sangat pergi.. Kalau dapat pergi, sudah menjadi satu bonus untuk saya.. : ) Sebenarnya saya suka sangat ke pantai.. Pantai oh Pantai! tak kisahlah sekiranya saya tak dapat mandi pun, yang penting bila berada di pantai saya akan merasa sangat TENANG, DAMAI.. tak tahulah saya nak gambarkan bagaimana perasaan saya apabila saya berada di pantai ni.. Saya harap satu hari nanti dapatlah saya ke tempat-tempat ini.. 

Susah-susah aja Mak ni..

Perasan tak sekarang ni saya banyak ceritakan tentang makan kan?? Memang saya kuat makan! Oleh kerana itu saya beritahu En Suami yang saya sudah mulakan sesi diet. Diet la konon kan.. taknak makan malam.. Maka, tiadalah makan malam untuk saya & En Suami untuk malam ini.. Tiba-tiba sedang saya masak di dapur untuk bekalan esok, bunyi ketukan di pintu. Rupanya MAK datang. Ingatkan saja-sajalah datang..Tapi, sekali dengan buah tangan! Mak belikan makanan untuk saya & En Suami.. Hilanglah sudah diet saya untuk malam ni. Mak siap belikan Kebab, Murtabak & ayam mentah.. Ya Allah! susah-susah aja mak ni kan.. Banyak pula tu makanannya. 

inilah murtabak yang Mak belikan..:)

kebab tak sempat nak SNAP sebab sudah ditelan oleh En Suami. Untuk Mak, terima kasih banyak-banyak ye sebab datang rumah siap bawa makanan lagi.Alhamdulillah! Kenyang.. Nampaknya, sesi diet ditangguhkan untuk keesokkan harinya..Harapnya saya dapatlah teruskan misi saya untuk menjadi kurus seperti sebelum ini.
Caiyok!! 

Sunday, 10 April 2011

Selamat Pengantin Baru Buat My Cousie..:)

Pada tanggal 10 April 2011 bersamaan hari Ahad, saya telah menghadiri satu majlis perkahwinan sepupu saya. Majlis yang sangat gilang gemilang dibuat di Dewan Perdana Felda..:) Setibanya saya disana, memang saya teruja & kagum dengan keindahan hiasan dalamannya..Kenduri yang bertemakan ala-ala Arabian.. kena pula dengan warna merah jambu.. Aww!! I LIKE PINK!! Apapun, Selamat Pengantin  Baru buat pasangan Dr Adli & Dr Jannah..Semoga hubungan yang indah ini berkekalan sehingga ke syurga.. InsyaAllah..

Sungguh indah hiasannya.. ini bukan pelamin ye. ini adalah tempat Al Hafiz mengaji..

Inilah dia pengantin.. Dr Adli & Dr Jannah..

So gojes dearr cousie..

Pengantin baru selesai memberi ucapan..

Hubby & Wifey

Sempat lagi posing..

Adik perempuan Saya..

kami lagi! memang suka SNAP la..

Saturday, 9 April 2011

Cerita Seawal Pagi..

Seawal pagi lagi En suami sudah mengejutkan saya bagun semata-mata nak ajak keluar sarapan bersama-sama di luar.. Kalau diikutkan mata yang tidak boleh buka ni, memang malas nak bersiap. Tapi bila difikirkan lokasi yang ingin dituju adalah lokasi yang memang saya tunggu-tunggu selama berbulan lamanya tapi tertangguh akibat kemalasan diri sendiri, dengan segera saya bersiap.. Seperti biasa bila sampai je lokasi tersebut, orang dah ramai pun beratur nak beli makanan tidak kira samada yang bungkus atau makan disitu.. Nasib baiklah masih ada tempat duduk yang kosong.. Maka, saya & En Suami dapatlah sarapan disitu.. Nak tau lokasinya?? Lokasinya adalah di Nasi Lemak 36, Selayang.. : )

Saya makan Nasi Lemak bersama Ayam ala-ala KFC gitu.Sedap!

Selepas saya & En Suami bersarapan.. terniat pula dihati nak mandikan Baby Myvi yang sekian lama tak mandi tu.. Da bersawang Baby Myvi.. Punyalah lama tak mandi..

Dekat sinilah Baby Myvi di mandikan.. puas hati tau! 

 Babyku di vakum..bersih woo..

Seronok baby dapat mandi.. 

Berseri-seri Baby Myvi ni.. Dah bersih pun.. 

Saya sangat puas hati dengan "service" mereka..: )

J CO Oh J CO.... Apa La Nak Jadi..

Baru-baru ni saya teringin sangat nak makan J CO.. Apa lagi, saya pun terus message En Suami cakap nak makan J CO.. Nasib la En Suami tunaikan.. Walaupun En Suami sangat penat dengan kerja dekat pejabat yang berlambak  banyak.. tapi sanggup juga tunaikan hajat saya untuk MELAHAP J CO tu.. Elok sahaja pulang dari kerja, dengan kepenatan.. malam tu bawa juga saya ke Kota Damansara untuk makan dekat situ.. Apapun, saya memang seronok sangat dapat makan.. : ) terima kasih yang tidak terhingga pada En Suami kerana sudi tunaikan hajat saya itu...

Punyalah suka dapat MELAHAP!

Inilah dia kegemaran saya! Disertakan dengan air coklat.. Sangat kenyang..Alhamdulillah.. :)

p/s* Sayang, lain kali tunaikanlah lagi permintaan saya ini ye.. :) Saya tau sayang memang SUKA SANGAT tunaikan permintaan saya kan.. kan..heheheee...

Friday, 8 April 2011

Pencarian Blogger Lama Dan Baru

Assalamualaikum.. Malam2 ni tetiba baru terperasan yang Cik Yang Comey ini tag saya untuk segmennya..
Maka saya pun berminat nak join..

Sesiapa yang nak join bolehlah klik header nie..
Syarat-syaratnya juga boleh TENGOK kat sini..
Saya masih blogger baru.. baru je 2 bulan..:)
Kini follower saya buat setakat ini adalah seramai 190 orang..

Saya akan tag..

Sekian..

Apa La Nak Bagi Ekk??

Adess!! Sebenarnya bulan April ini penuh dengan hari yang BERSEJARAH! dengan birthday En Suami.. Hari Ulang Tahun Perkahwinan lagi.. Penat la nak pikir nak bagi apa ye pada En Suami ni ??Birthday En Suami jatuh pada 19 April ini.. Kononnya macam nak buat SURPRISE.. tapi, masih memikirkan apa la yang nak dibuat ni.. masih tak dapat idea lagi ni..:(   Harinya sudah semakin hampir......

Thursday, 7 April 2011

Selamat Pengantin Baru!

Sudah hampir seminggu saya tak update blog.. bukan apa, sibuk + kepenatan kenduri kawin kakak ipar tak habis lagi.. Al maklumlah bila kenduri besar ni, memang letih.. Alhamdulillah, segalanya sudah selesai. Kenduri pihak perempuan pada 2 April 2011 di Dewan Seroja, Kg Bendahara, Selayang dan pihak lelaki pula pada 3April 2011 di Finas, Ampang... kiranya penat sekaligus lah ni..Apapun saya nak ucapkan Selamat Pengantin Baru buat kakak ( Nieza ) & pasangannya ( Naim ) semoga berkekalan sehingga akhir hayat. Selamat menjalani rutin baru sebagai seorang isteri.. Amin..:)

Sangat comel.. Balqis & Danish..

Selesai Di ijab kabul di Masjid Al Khairiyah,Taman Sri Gombak pada 1 April 2011

Mak & Abah bersama pengantin..( kenduri pihak perempuan )

Makan Beradab.. 

Baru je sampai Finas ni.. cantik sangat warna ni.. 

Sekali lagi Mak & Abah..

Senyum lebar kakakku ni.. Tan Sri Datok Jins Shamsudin bersalam dengan pengantin..

Upacara memotong kek..

Yuhuu.. Sempat juga saya posing dengan pengantin..:)

* Cukuplah setakat ini.. Sekali lagi Selamat Pengantin Baru buat Kakakku & Abg Naim..