Thursday, 28 June 2012

‎:: TANGISAN RASULULLAH KERANA WANITA ::

Assalamualaikum, Salam Jumaat Yang Penuh Mulia Ini..Perkongsian Untuk Hari Ini,

~ Perempuan yang memakan badannya sendiri ialah perempuan TIDAK MAHU MANDI setelah HAID DAN NIFAS juga kerana ia BERHIAS UNTUK LELAKI BUKAN SUAMINYA dan suka MENGUMPAT ORANG..

~ Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka kerana ia MEMPERKENALKAN DIRINYA kepada orang asing, BERSOLEK dan berhias supaya kecantikannya dilihat lelaki lain..

~ Perempuan kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah AHLI PENGUMPAT DAN PENDUSTA..

~ Perempuan rupanya seperti anjing ialah perempuan yang suka MEMBUAT FITNAH dan MEMBENCI SUAMINYA..

.
~ Perempuan tergantung rambutnya itu adalah perempuan yang TIDAK MENUTUP RAMBUTNYA daripada BUKAN MAHRAMNYA..

~ Perempuan tergantung lidahnya ialah perempuan yang menggunakan lidahnya untuk MEMAKI DAN MENYAKITI HATI SUAMINYA..

~ Perempuan yang digantung susunya adalah perempuan yang MENYUSUKAN ANAK ORANG LAIN TANPA SUAMINYA..

~ Perempuan kedua kakinya tergantung itu ialah perempuan yang KELUAR DARI RUMAH TANPA IZIN SUAMINYA..

p/s : Peringatan Untuk Diri Sendiri dan Untuk Wanita Di Luar Sana..♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca..

Monday, 25 June 2012

MENGAPA WANITA MEMERLUKAN LELAKI?

Assalamualaikum..

LELAKI YANG BAIK itu ada di mana-mana, tidak semestinya datang dengan kepala berketayap, janggut selambak atau harta membuak-buak..tetapi lelaki yang baik, jika Allah mahukan dia MENEMANI kita sepanjang hayat, MEMBIMBING kelakuan kita, menjaga kemurnian kalbu bersama-sama, MENDIDIK, membuka jalan agar kita dapat memperdalamkan SELOK BELOK AGAMA yang barangkali selama ini hanya menjadi pakaian dan lencana, dan memberikan kita ZURIAT YANG HALAL lagi dirahmatiNya..

Dia akan DATANG apabila tiba masanya..LAMBAT ATAU CEPAT, maafkan saya kerana Allah yang LEBIH MENGETAHUI..kedatangan seorang lelaki dalam kehidupan seorang wanita seperti MANUSIA KUDUNG yang diberikan semula sebelah kakinya, dia MENYEMPURNAKAN kita..apabila kita mempersilakan seorang lelaki DUDUK di samping kita untuk sepanjang hayat, bermakna kita secara langsung juga mempersilakan sekian MASALAHNYA berbaring di bahu kita..

Lelaki memang mendatangkan BAHAGIA..tetapi lelaki juga mendatangkan SENGSARA..namun jika kita BIJAK menatangnya, semuanya pasti baik-baik sahaja..itulah adat dalam perhubungan, yang buruk-buruk pasti ada..barangkali daripada si dia, barangkali juga daripada kita, tetapi kita harus cermat mengimbangkannya agar JODOH BERKEKALAN ke hari tua, dan hingga ke akhirat sana..♥♥

p/s * Terima kasih kerana sudi membaca*

Thursday, 21 June 2012

Jom kawan dengan saya..

Assalamualaikum..

Hari ni dah hari Khamis..Yihhaaa! tak sabar nak tunggu weekend.. sebab boleh deting berdua dengan En Kanda. Weekend ni memang betul-betul bercuti. Kalau tak, ada je event yang menanti.. Hari ni sangat bizi.. sehingga tak menyempat nak belek-belek facebook atau mengetuk keybord untuk new entri. Hanya sebelah malam jela yang boleh curi-curi juga masa. 

harus kenal logo ape nikan?

ha! kawan-kawan ada whatsapp tak? kalau ada, jomla kite ber whatsapp..lame juga dah tak berwhatsapp.. ada je dalam hp tapi lately ni langsung tidak gunakan sepenuhnya. Bukan apa, bila weekend cuti-cuti ni, ke malam-malam ada masa kelapangan ke leh la kite ber chit chat.. menambahkan kawan.. saya memang suka berkawan.. Jom jadi kawan saya nak?

p/s* terima kasih ye sudi baca entri ni*

Tuesday, 19 June 2012

Jom Kenny Rogers!

Assalamualaikum Readers!

Baru-baru ni ada terfikir nak makan Kenny Rogers. Baru je terpikir tau. Belum lagi menyuarakan pada En Kanda. Memang selalu tiap bulan sekali ke mesti nak mengadap juga Kenny Rogers ni. Pastu mesti ke tempat yang sama. Agaknya staff kat sana pn dah tau, dah biasa nampak. Suka mengadap dorang tengah bulan.. bukan ape, selalu ujung bulan je mesti tempat tu agak fully la.. nak pilih tempat yang bes pn.. pasti tak dapat kalau tak kena masa. So, im prefer tengah bulan. Tak ramai orang, order pun cepat je sampai.

Bukan tak suka ke tempat lain, tapi entah kenapa rasa staff tempat lain macam kurang friendly, pastu rasa meal tu macam kurang rasa je.. entah! ke memang sebab dah biasa dengan tempat yang sama maka wajib ke tempat itu juga.. Tempat yang selalu saya & En Kanda mengadap adalah di Kenny Rogers Jalan Genting Klang, Setapak. Staff sana memang semua friendly la.. tak kisahla pada yang baru atau lama..

memang feberet nih! macaroni & cheese tu mmg wajib dishes yg dipilih.

Memang teringin sangat nak makan cake.. lastly, inilah pilihannya..

Tak menyempat nak snap ice blended chocolate.. dah dapat makan, terus lupa semua.. memang kaki makan kan?? En kanda selalu cakap dalam empat tahun hidup bersama nih, boleh kira je saya cakap yang saya betul-betul kenyang.. hahaha.. betul la agaknya kan.. :) Eh! Pelikkan.. tak suarakan hasrat nak makan sini pun tetiba En Kanda pelawa pulak.. apa lagi, senyum sampai ke telinga laaa...:)

p/s *terima kasih sudi singgah sini ye, nanti free akan ke rumah korang pulak*

Hello Kitty Airlines?

Assalamualaikum Readers!

Hello Kitty lagi? tinggi benar permintaan untuk branded Hello Kitty ni kan.. Eva Air sebuah syarikat penerbangan di Taiwan kini mengubah tiga pesawat bertemakan Hello Kitty! Masih tiada di Malaysia lagi ye. Hanya di Taiwan. Kalau la ada di Malaysia, harusla wajib saya yang sanggup perabis duit untuk terbang bersama pesawat Hello Kitty ni! Really love it, okeh!

See? luaran pun tema Hello Kitty!

Dalam pulak...

Staff pun pakai apron pink gituu. Hello Kitty! 

Meal Hello Kitty..

cup pun tetap maintain Hello Kitty..

Sangat awesome!

p/s * terima kasih sudi singgah sini ye* sayang korang ketat-ketat!

Monday, 18 June 2012

Google punya google laa..

Assalamualaikum All!

Jumaat lepas, En Kanda ada terima satu panggilan temuduga di salah sebuah syarikat pemaju.  Betul-betul area TTDI tuu.. Oleh kerana beliau ni nak kena temuduga kan, maka, beliau pun google laa info tentang syarikat pemaju tersebut.. google punya google, rupanya syarikat pemaju ni agak terkenal la juga. KEN Holdings.Bhd.. dah google baru tau kan.. Rupa-rupanya KEN Bangsar ini dibina khas dengan environment sensitive features.Terbukti dengan mendapat anugerah ini... 

Ini Anugerahnya..

Cantikkan Kondo nih?

Main living room penthouse..

Swimming pool..awesome!

Bertempat di Shah Alam, Ken Rimba.

Salah satu rumah di Ken Rimba yang berkonsepkan kehijauan.

.
Cantikkan kabinet nii? 

KEN Holdings memang sebuah syarikat pemaju yang sememangnya sudah maju. Semoga En Kanda ada rezeki disini.. InsyaAllah..kalau dah nama rezeki tu, tak kemana kan? bukan kata kerjaya sekarang tidak menjamin, tapi apa salahnya mencari peluang yang lebih lebih lebih untuk masa hadapan kan..

p/s * terima kasih sudi baca *

Sunday, 17 June 2012

Hello Kitty!

Assalamualaikum & Selamat Hari Isnin..

Siapa kat sini minat Hello Kitty? Saya adalah termasuk dalam golongan fans Hello Kitty ni. Tak kisahla apa orang nak kata.. dah tua macam ni pun minat sangat dengan Hello Kitty kan.. Dah kata gegirl kan.. Kena pula Hello Kitty ni kaler pink! lagi la minat!! memang kena sangat dengan jiwa saya ni..Jom kita tengok Spa Kecantikan yang bertemakan Hello Kitty. Spa ni tiada lagi di Malaysia tau.. Hanya ada di Dubai! Spa ini menawarkan khidmat pedicure dan kecantikan serta cafe makanan organik. Sesiapa yang travel ke Dubai, sila-sila singgah.. Kalau lah ada di Malaysia ni, agaknya saya orang pertama yang datang.. :)

Menarik kan?

p/s * Terima kasih sudi singgah sini *

Dinner yang simple lagi mengenyangkan!

Assalamualaikum..

Hari ni dinner sorang-sorang. Perut pun dah bunyi macam-macam lagu. Nak tunggu En Kanda pulang, lambat lagi.. Mana boleh tahan.. Oleh itu, hanya kerana perutku saja yang perlu diisi dahulu, maka malas nak pikir punya pikir.. terus ke peti ais, godek punya godek... terus rasa nak masak benda yang simple lagi menyenangkan.. Maka terjadilah menu telur ikan bilis..

Sangat simple kan menu orang malas nih? bukan ape, malas nak masak benda yang berat-berat. Perut dah tak tahan dengan macam-macam bunyi kan. Sekejap sangat masaknya. tak sampai pun 15 minit. Dah terus boleh ngap!!

Ni hasil menu orang malas macam saya...

p/s * Terima Kasih Sudi Jejak Kesini Ye..*

Saturday, 16 June 2012

PERISTIWA ISRAK DAN MIKRAJ

Assalamualaikum dan Selamat Berhujung Minggu..

Sempena bulan Rejab yang banyak keberkatannya ini, mari kitamenyorot peristiwa Israk dan Mikraj yang berlaku pada 27 Rejab, setahun sebelum Hijrah. Penerangan yang diberikan adalah bersifat sepintas lalu, dan dicadangkan agar anda merujuk kepada ahli agama yang benar dan bertauliah seperti ustaz atau guru yang berkenaan bagi mendapatkan fakta dan huraian selanjutnya.

Ringkasan peristiwa Israk dan Mikraj

1. Sebelum Israk dan Mikraj
Rasulullah S.A.W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika'il. Hati Baginda S.A.W.. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman.ke dalam dada Rasulullah S.A.W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan "khatimin nubuwwah". Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan "Israk" itu.

2. Semasa Israk (Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa):
Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S.A.W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:

1. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah.

2. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A.S. menerima wahyu daripada Allah;

3. Baitul-Laham (tempat Nabi 'Isa A.S. dilahirkan);

Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S.A.W. menghadapi gangguan jin 'Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya :

* Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S.A.W. dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.

* Tempat yang berbau harum. Rasulullah S.A.W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Mayitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anak-nya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).
* Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).

* Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebeis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.

* Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.

* Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.

* Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.

* Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.

* Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.

* Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.

* Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.

* Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S.A.W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.

* Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.
Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.

Rasulullah S.A.W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.

3. Semasa Mikraj (Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah):

Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S.A.W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).

1. Langit Pertama: Rasulullah S.A.W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A.S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.

2. Langit Kedua: Nabi S.A.W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi 'Isa A.S. dan Nabi Yahya A.S.

3. Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A.S.

4. Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A.S.

5. Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A.S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.

6. Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A.S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.

7. Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma'mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S.A.W., Nabi Ibrahim A.S. bersabda, "Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha'if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH". Mengikut riwayat lain, Nabi Irahim A.S. bersabda, "Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA LA ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA LA HAULA WA LA QUWWATA ILLA BILLAHIL- 'ALIYYIL-'AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga". Setelah melihat beberpa peristiwa lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).

8. Tangga Kelapan: Di sinilah disebut "al-Kursi" yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S.A.W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.

9. Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.

10. Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S.W.T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:

Allah S.W.T : Ya Muhammad.
Rasulullah : Labbaika.
Allah S.W.T : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan.

Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan 'Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan.

Allah S.W.T : Aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah 'Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan Aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.

Selesai munajat, Rasulullah S.A.W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A.S. kemudian Nabi Musa A.S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S.A.W. merayu kepada Allah S.W.T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.

4. Selepas Mikraj

Rasulullah S.A.W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu'alam.

(Sumber : Kitab Jam'ul-Fawaa`id)

p/s* Terima Kasih Kerana Sudi  Baca *

To be a Successful Wife!

Assalamualaikum To All Readers!

Make Du’a to Allah to make your marriage and relationship successful

All good things are from Allah. Never forget to ask Allah for the blessing of having a successful marriage that begins in this world... and continues on – by the Mercy of Allah – into Paradise.

 Listen and obey! :)

Obeying your husband is obligatory! Your husband is the Ameer (head) of the household. Give him that right and respect.

 Always seek to please your husband, for he is your key to Jannah

Prophet Muhammad (peace be upon him) taught us that any woman who dies in a state that her husband is pleased with her, shall enter Paradise. So, please him.

 An argument is a fire in the house

Extinguish it with a simple ‘I’m sorry’ even if it is not your fault. When you fight back, you are only adding wood to the fire. Watch how sweetly an argument will end when you just say sincerely, “Look, I’m sorry. Let’s be friends.”

 Thank your husband constantly for the nice things he does

Then thank him again. This is one of the most important techniques, as the opposite (ungratefulness) is a characteristic of the women of hellfire.

Joke and play games with your husband

A man’s secret: they seek women who are light-hearted and have a sense of humor. As the Prophet (peace be upon him) told Jabir to marry someone who would make him laugh and he would make her laugh.

 Always wear jewelry and dress up in the house

From the early years, little girls have adorned themselves with earrings and bracelets and worn pretty dresses – as described in the Qur’an. As a wife, continue to use the jewelry that you have and the pretty dresses for your husband.

 Review the characteristics of the Hoor Al-Ayn and try to imitate them

The Qur’an and Sunnah describe the women in Jannah with certain characteristics. Such as the silk they wear, their large dark eyes, etc. Try it, wear silk for your husband, put Kohl in your eyes to ‘enlarge’ them, and be good to your husband.

When your husband comes home, greet him with a wonderful greeting

Imagine your husband coming home to a clean house, an exquisitely dressed wife, a dinner prepared with care, children clean and sweet smelling, a clean bedroom – what would this do to his love for you? Now imagine what the opposite does to him.

Use your ‘Fitnah’ to win the heart of your husband

All women have the ornaments that Allah blessed them with. Use the beauty Allah has
bestowed on you to win the heart of your husband.

p/s * Thank you for reading*

Friday, 15 June 2012

Larangan Wanita Besanggul Tinggi dan Berbaju Jarang

Assalamualaikum,

Perkongsian Di Hari Jumaat Yang Barakah Ini,

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud :

"Dua golongan di kalangan ahli neraka yang tidakkan aku pandang iaitu kaum yang bersama mereka cemeti seperti ekor lembu yang dengannya digunakan memukul orang lain dan wanita-wanita yang berpakaian bagaikan bertelanjang yang condong kepada maksiat dan menarik orang lain untuk membuat maksiat. Sanggul dikepala mereka ditusuk tinggi-tinggi seperti bonggol unta yang sangat lemah. Mereka ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya sedangkan sesungguhnya bau syurga itu sudah boleh dicium dari jarak demikian dan demikian."   (Riwayat Muslim)

Hadis yang menyatakan seperti bonggol unta itu ditujukan kepada semua wanita yang tidak menutup aurat dengan sempurna. Mereka memakai pakaian yang jarang, nipis mahupun ketat sehingga boleh menampakkan warna kulit dan susuk tubuh. Pemakaian seperti ini adalah dilarang sama sekali oleh Islam terhadap para wanita kerana mereka seolah-olah bertelanjang juga.

Sanggul rambut di kepala yang selalu para wanita memakainya bukanlah membawa maksud seperti hadis di atas secara mutlaknya. Boleh sahaja untuk memakai sanggul asalkan tidak mendedahkan aurat di hadapan lelaki bukan mahramnya.

p/s * Terima Kasih Kerana Sudi Membaca *