Kata orang CINTA itu BUTA. Namun yang pasti CINTA itu adalah ANUGERAH. Lantas kala diri memerlukandan diperlukan,USIA bukan lagi halangan. Mencintai seseorang dalam jarak usia yang berbeza tiada kaitan dengan masalah kejiwaan kerana CINTA itu fitrah manusia dan sifat CINTA ialah bebas TANPA syarat umur atau kelayakan! Yang penting sama-sama memerlukan!! Jika niat bersama ikhlasdisebabkan ingin membahagiakan kerana ALLAH, kebahagiaan itu pasti wujud biar apapun halangannya.
Secara realistik, WANITA BERUSIA tidak lagi menarikjika dibandingkan dengan wanita lebih MUDA. Menarik bukan sahaja pada Rupa Paras dan Bentuk Tubuh. Menarik juga boleh terdapat pada Sifat, Sikap, Cara Berbual malah Layanan seseorang. Wanita Berusia sinonim dengan dengan ilmu hidup yang banyak disebabkan mempunyai pelbagai pengalaman..
Kepada mereka diluar sana yang berkahwin dengan yang lebih muda, saya pasti mengalami sedikit tekanan dari keluarga atau masyarakat sekeliling..Paling penting Buktikanlah Cinta tu IKHLAS..Pada masa yang sama pedulikanlah kata-kata orang lain! Tak mungkin dapat tutup mulut orang tapi mungkin dapat usahakan untuk pekakkan telinga. Utama sekali tunjukkan yang kalian saling memerlukan...Mungkin akan mengambil masa, tetapi satu perkara yang pasti, jangan PUTUS ASA kerana tidak ada usaha yang GAGAL cuma ambil masa untuk BERJAYA..:)
Marilah Kita Renungkan..
"Maka kahwinilah akan kamu dari perempuan itu yang baik bagi kamu" (An-Nisa :3)
"Dunia itu ialah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita yang solehah" (hadis sahih,Riwayat Muslim No.3628)
"Sesungguhnya tidaklah mereka itu buta mata mereka tetapi sebaliknya yang buta itu ialah hati mereka" (Al-Hajj : 46)