Ini sepatutnya entri lama. Tapi oleh kerana gambar tak juga dapat-dapat, maka jadi lambatlah nak posting entri ni.. takpelah kan. Kejadian ini pada Hari Wesak.. Mak ada telefon En Hubby ajak saya dan En Hubby pergi berkelah.. tapi bukan dengan keluarga sahaja malah dengan besan mak..:) Saya tak kisahlah.Asalkan dapat mandi.. Kebetulan memang tiada plan nak kemana-mana pun! Seperti yang dijanjikan, Saya dan En Hubby pun berkumpul di rumah mak sementara tunggu kakak datang. Yang best tu pasangan adik pun datang.. So riuhla juga!!Banyak juga juadah yang dibawa oleh mak dan besannya..Abah pula memang tak ikut.. kalau dah dapat memancing tu, memang taknak ikut punya! Nak tahu Saya ke mana?? Saya ke Ulu Yam!! Punyalah lama tak datang situ. Memang teruja lah bila dapat mandi tuu... Berendam sampai tak ingat.. Habis kecut-kecut kulit dibuatnyaaa.
Bayangkan pagi memang lah tak sarapan. Tapi bila dapat berendam ni, terus tak lapar.. makan pun macam nak taknak aja.. hehehee.. Agaknya seronok sangat!! Tapi yang tak best tu, nak masuk situ memang dah kena bayar.. tu tak kisahla kan.. Patutnya sediakan air di bilik air!! masuk-masuk sahaja bilik air, konon-konon nak tukar baju, sekali air tiada la pulakkk!!Terus saya dan En Hubby tak jadi tukar baju..balik dalam keadaan basahhh..Nasib kerusi kereta tu leather.. Saya pulang pun dah petangggg... Memang best!
Tengoklah En Hubby tu! Apalah yang dibuat dengan kayu tuuuu..
Ni kakak & abg ipar.. Pasangan pengantin baru lagi.. Baru sebulan mendirikan rumahtangga..:)
Haaa!! Saya dan En Hubby..
p/s* Saya Enjoy!! Entah bila lagi dapat mandi manda macam ni lagi..