Pages

Tuesday, 28 February 2012

Jangan Jadi Buta

Assalamualaikum..


Jangan kerana cinta,
kau buta.
Buta dosa. Buta pahala.
Buta yang mana benar. Buta yang mana salah.
Sebaliknya,
Biarkan cinta itu membuka matamu.
Bahawa manusia tak sempurna.
Cintailah dia apa adanya.
Bahawa dunia hanya sementara.
Yang dicinta pasti pergi jua.
Bahawa cinta itu hanya akan bersatu bila diizinNYA…
Menyedari dan mengakui bahawa cinta datang dariNYA dan harus mengikut aturan NYA.
Lantas mengapa membiar cinta membutakan mata?
Menutup pintu-pintu Redha, Rahmat, dan Kasih Sayang-NYA?

Monday, 27 February 2012

Hormatilah Wanita..

Assalamualaikum..


Izinkan saya, meraut rasa menjadi kata..

خيركم خيركم لأهله وأنا خيركم لأهلي
“Sebaik-baik kamu adalah yang paling baik terhadap isterinya, dan aku adalah sebaik-baik lelaki kepada isteriku.” (Hadis riwayat Ibnu Majah)
Dia perempuan, dari rusuk lelaki dia diciptakan. Dari tulang yang bengkok. Justeru, kalau mahu meluruskannya, harus berhati-hati dan sabar. Dia manusia seperti engkau. Punya hati, punya rasa. Punya hak sebagai dia; manusia.


Dia isteri, wajib taat pada kamu sang suami. Wajib akur…wajib sedia. Wajib teratur dan mahir mengurus rumahtangga dan anak-anak. Wajib tahu kesukaan suami, wajib menggembirakan kamu, wajib selalu menjaga diri dan maruah kamu. Wajib itu..wajib ini…


Tapi, tetap juga dia manusia biasa, punya rasa, punya hak sebagai manusia. Dia bukan hamba buat disuruh-suruh, dibentak-bentak. Dia bukan haiwan buat disepak terajang dan dilibas dengan segala macam cemeti yang tercapai dengan tangan kamu wahai lelaki. Dia manusia…manusia seperti kamu. Yang tahu rasa sakit, yang kenal warna darah. Yang punya rasa penat, marah, sedih, kecewa, cemburu.


Apa kamu kira hanya kamu makhluk yang dikurnia segala pancaindera. Hanya kamu yang mampu melihat, mendengar dan merasa. Apa dia pekak, bisu, buta atau besi yang hanya tahu sejuk dan panas?


Dia manusia…manusia…manusia…hormatilah dia seperti mana kamu mahu dirimu dihormati, sayangilah dia seperti mana kamu mahu disayangi. Cintai dia seperti mana kamu mahu dicintai. Kasihanilah dia seperti mana kamu mahu dikasihani saat terleka dan terlupa sesaat rutin wajibmu. Kerana dia manusia yang tak lepas dari lupa dan leka.


Dia, yang kamu ambil dengan lafaz yang mulia. Yang kamu bersaksi dengan ikatan yang diangkat tinggi oleh Tuhan adalah teman yang menjadi amanah buat kamu. Kalau kamu merasa besar sebagai ketua rumahtangga, haruslah kamu malu kerana gagal membimbing ‘pekerja’mu menjadi yang terbaik. Kalau kamu merasa besar sebagai penguasa, malulah kerana kamu gagal melaksanakan tugasmu sehingga rakyatmu tempang menunaikan amanahnya. Malulah…malulah pada dirimu yangmerasa kuat tetapi memilih lawan yang lemah. Kemenangan apa yang mahu kamu hebahkan kepada dunia?

Suami adalah kepala, isteri adalah anggota. Bagaimana sesuatu yang saling melengkapi boleh mencemuh dan menyakiti sebahagian yang lain? Dia isteri; dia ibu anak-anakmu...dia amanah dan hadiah berharga dari Tuhan. Jangan terlambat mengenal nilainya sehinggalah dia pergi dari hidupmu.


Mamogram? Untuk kaum Hawa Sahaja..:)

Assalamualaikum...

Kali ni saya nak bercerita tentang mamogram.. ramai lagi kaum-kaum ibu di luar sana yang memang tak tahu atau selama ni mendengar cerita dari orang lain tentang mamogram ni..Jom tengok apa itu mamogram sebenarnyaa...

Mamogram ini adalah satu saringan pemeriksaan sinar x yang dilakukan untuk mengesan peringkat awal kanser payudara..Bagi wanita yang berumur 40 tahun sehingga 70 tahun sememangnya layak dan lebih tepat lagi wajib buat pemeriksaan ini. Kenapa perlu lakukan?? ini kerana mamogram dapat mengesan kanser payudara pada peringkat paling awal iaitu sebelum ketumbuhan dapat dirasai oleh payudara.

Pemeriksaan ini dilakukan oleh Juru-Xray wanita. Hanya mengambil masa selama 10 sehingga 30 minit..Pemeriksaan mamogram ini sangat selamat kerana radiasinya adalah ditahap yang sangat rendah!

Persediaan untuk membuat mamogram pula, Elakkan menggunakan minyak wangi, deodorant, bedak atau krim pada bahagian dada dan ketiak pada hari pemeriksaan.. Lakukan pemeriksaan ini selepas haid kerana pada masa itu, kerana payudara kurang sensitif..Elakkan minum minuman yang berkafein seperti kopi, teh, air berkabonat dan coklat selama seminggu atau dua minggu sebelum hari temujanji...

Pemeriksaan ini boleh dilakukan di pusat mamogram swasta yang terpilih.. Untuk mendapatkan voucher subsidi mamogram secara percuma boleh terus datang ke mana-mana cawangan LPPKN berhampiran dengan rumah..

p/s*yuhuu, kini LPPKN bagi voucher percuma sahaja untuk wanita yang layak.. terhad sehingga bulan Jun sahaja.. ibu saya dah dua kali pun membuat pemeriksaan, beliau kata tak sakit pun seperti mana orang lain cerita..Alhamdulillah, keputusan mamogram ibu normal dan tiada apa yang perlu dirisaukan..:) Oleh itu, sila-sila lah beri info ini kepada ibu-ibu yang layak. 

Friday, 24 February 2012

♥... ♥.. ♥

Assalamualaikum..


Cinta adalah kekuatan,
Yang mampu mengubah duri jadi mawar,
Mengubah cuka jadi anggur,

Mengubah sedih jadi riang,
Mengubah amarah jadi ramah,
Mengubah musibah jadi muhibbah,
Itulah cinta..

Namun,
Cinta itu kan jadi kekuatan,
Jika disandarkan pada Allah,
Cinta itu kan jadi muhibbah,

Jika disalurkan pada jalan yang benar,
Cinta itu kan jadi riang,
Jika tak bertentang Buat para muslimah di luar sana,
Usah gusar jika belum berpunya,
Usah risau jika belum dipetik sesiapa,
Usah malu jika tiada lelaki yang bertakhta,

Yakinlah dengan qada’  qadar Allah,
Bila mana keluarnya kita dari rahim sang ibu,
Tercatat sudah di luh mahfuz,
Siapa jodoh kita,
Bila akhir hayat hidup kita,
Di mana nafas terakhir kita.

Tuesday, 21 February 2012

Kasih Sayang ini Buat Aku Bersyukur..

Assalamualaikum...




Ya Allah, Wahai Pemilik Cinta, Sungguh Tidak Ada Cinta Yang Sejati, Kekal Abadi Cinta Yang Sempurna, Kecuali Cinta-Mu, Izinkan Kami Mencintai Dan Di Cintai Kerana Cinta Kami Padamu, Ya Allah.

Bukan Cinta Atas Nafsu dan Ego Belaka, Sehingga Kami Lalaikan Larangan-Mu, Sehingga Kami Harus Terluka Oleh Cinta. Maka izinkan kami mengakhiri cinta ini demi Engkau, Ya Rabb..

Malam itu panjang, janganlah kamu pendekkan dengan banyak tidur, siang itu terang, jangan kamu gelapkan dengan dosa.

Pandangan mata selalu menipu, pandangan akal selalu salah, pandangan nafsu selalu melulu, pandangan hatilah yang hakiki kalau hati itu bersih.

Memberikan kasih sayang dan berkorban apa sahaja demi kepentingan dan kebahagian bersama. Jati diri yang terbina di atas landasan keikhlasan hati, kekhusuyukkan minda, dan zikrullah, mampu menjadikan seseorang hebat dan dipandang mulia...

Monday, 20 February 2012

Kerinduan Yang Terpendam..

Assalamualaikum..


“Dalam malam yang dingin..

Ku tatap dinding nan sepi..

Pilu menggema dalam hati..

Terjerumus dalam belaian mati

yang mulai mengajakku pergi..

.

Badan terasa kaku kerana memikirkanmu..

Mulut tak dapat bicara jiwa-jiwa bersama dengan doa ku..

Agar kembali semula hati dan fikiran bersatu..

Untuk selalu ingat dirinya dalam fikiranku..

.

Ku jalani walau terasa sakit..

Walau dada ini terasa menghimpit..

Tak dapat memeluk tuk hilangkan rasa rindu..

Tak dapat mencium kerana bukan milikku..

.

Kerinduan dan cinta ku pendam..

Perlahan mulai kelam..

Kepedihan slalu membara dihati..

Sampai bila ku tahan rasa ini..


.
Sukar sekali rasanya terucap…

Hanya sehelai kertas segalanya ku curahkan..

Untuk sebuah ungkapan yang tak tersampaikan..

Senang sedih dan luka dihati..



Kerana cintamu, aku sangat bererti..”

Tuesday, 14 February 2012

Wanita & Air Mata

Assalamualaikum..


Air mata yang bersumber dari mata air kehalusan perasaan ketika bersentuhan dengan hal-hal yang mengusik hati nurani. Tangisannya bukan kerana kelemahan tapi menunjukkan betapa halus dan lembutnya perasaan yang ia miliki. Wanita berfikir dengan hati dan merasa dengan fikirannya..

Sesungguhnya wanita dan air mata sememangnya tidak dapat dipisahkan. Kadangkala wanita akan menangis sepanjang malam disebabkan oleh perkara-perkara lama yang sudah berlalu.. mengenangkan cinta pertama yang kecundang..mengenangkan cinta yang tidak pernah kesampaian..mengenangkan dosa yang dilakukan..kadangkala pula bila hal sedih yang berlaku wanita langsung tidak menangis!

Mengapa wanita suka menangis?? Jawapan yang boleh saya berikan lelaki tidak akan pernah memahami perkara ini kerana wanita itu sendiri tidak dapat memahami mengapa perlu menangis..

Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk tubuh yang ditampilkan, atau bagaimana dia menyisir rambutnya " kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat dimana cinta itu ada"

Air mata wanita melambangkan perasaannya. Apabila wanita menangis itulah perasaannya yang ikhlas tatkala itu..Air mata tidak berbohong wahai kaum Adam..Seorang wanita itu tidak akan menangis jika hatinya tidak terluka atau tersentuh akan sesuatu hal..Air mata akan berguguran seiring dengan perasaannya..


Wedding.. wedding..

Assalamualaikum..

Selamat hari Selasa kawan-kawan.. Sekarang ni memang tak dapat nak update blog setiap hari.. dah tak daya dah! Kebelakangan ni agak sibuk sedikit ditambah dengan saya yang selalu kepenatan je..Oleh itu, bila rasa nak menulis barulah saya akan update.. 

Sebenarnya pada dua minggu yang lepas saya ada ke majlis perkahwinan sahabat.. tapi majlis kakaknya lah.. Majlis itu diadakan di Dewan berdekatan dengan LRT Melati..( tak ingat pulak nama dewan )..waktu sampai tu memang dah ramai tetamu.. Nasib ada tempat duduk.. 

Pada saya pengantin sangat cantik dengan tema pakaian yang berwarna ungu.. ( mana ada pengantin yang tak cantik kan ) Apapun selamat pengantin baru buat pasangan secocok Nur Nadia dan Saifulhizan..Semoga hubungan yang terbina lagi indah ini akan berkekalan sehingga ke syurga.. Amin..


Comel kan banner ni?


wuhuuu.. bersama adik tersayang..


Saling memandang.. aww!

p/s* Entri lambat.. tapi nak juga posting..

Wednesday, 8 February 2012

Jomlah Cuci Mata!

Assalamualaikum..

Fuh.. fuh! dah agak bersawang juga blog ni.. tengoklah, untuk bulan ini hanya baru dua entri je yang saya posting.. entah mana hilangnya mood nak menulis kan..nak menulis juga perlukan mood kan.. kalau tak semua pun tak jadi..

Entri kali ni nak mintak kawan-kawan jalan cuci mata kat blog ni..memang best cuci mata ni kan.. kot ada yang berminat.. sebenarnya tuan punya blog ni ada kena mengena dengan saya.. oleh itu saya pun membantu mana yang patut sahaja kan.. tak salah bantu membantu kan..kat blog ni macam-macam ada. Harga pun rasanya jauh lebih murah dari yang lain. Jom tengok... 

Laman blog        : http://a-agcservices.blogspot.com/ 
Untuk facebook : http://www.facebook.com/AAGCS
                           (Jom like page ni ramai-ramai)

Lastly, terima kasih di atas sokongan kawan-kawan..:)

Wednesday, 1 February 2012

Tiada Penyesalan Dalam Perkahwinan..

Assalamualaikum..


PERNIKAHAN ATAU PERKAHWINAN

Buat Calon Suami..

Menyingkap tabir rahsia isteri yang kamu nikahi
Tidaklah semulia Khadijah
Tidaklah setaqwa Aisyah, juga tidak setabah Fatimah
Justeru wanita adalah akhir zaman 
Yang punya cita-cita menjadi solehah..

Mengajar kita kewajipan bersama
Isteri menjadi tanah, kamu langit penaungnya
Isteri ladang tanaman, kamu pemagarnya
Isteri kiasan ternakan, kamu gembalanya
Isteri adalah murid, kamu pembimbingnya
Isteri bagaikan anak kecil, kamu tempat bermanjanya..

Saat isteri menjadi madu, kamu teguklah sepuasnya
Seketika isteri menjadi racun, kamulah penawar bisanya
Seandainya isteri tulang yang bengkok, berhati-hatilah luruskannya..

Menginsafkan kita perlunya iman dan taqwa
Untuk belajar meniti sabar dan redha
Kerana memiliki isteri yang tidak sehebat mana
Justeru kamu akan tersentak dari alpa
Kamu bukanlah Muhammad Rasulullah atau Isa a.s
Pun bukanlah Sayyidina Ali Karamaullahhuwajhah
Cuma suami akhir zaman yang berusaha menjadi soleh...


Buat Calon Isteri..

Membuka tabir rahsia suami yang menikahi kamu
Tidaklah semulia Muhammad, tidaklah setaqwa Ibrahim
Juga tidak setabah Isa atau Ayub atau segagah Musa
Apalagi setampan Yusuf
Justeru suamimu hanyalah pria akhir zaman
Yang punya cita-cita membangun keturunan yang soleh solehah..

Mengajar kita kewajipan bersama
Suami penjadi pelindung, kamu penghuninya
Suami adalah nakhoda kapal, kamu navigatornya
Suami bagaikan anak yang kecil, kamulah penonton kenakalannya..


Saat suami menjadi Raja, kamu nikmati anggur singgahsananya
Seketika suami menjadi bisa, kamulah ubat penawarnya
Seandainya suami berkata yang lancang, sabarlah memperingatkannya...

Mengajarkan kita perlunya iman dan taqwa
Untuk belajar meniti sabar dan redha
Kerana memiliki suami yang tidak segagah mana
Justeru kamu akan tersentak dari alpa
Kamu bukanlah Khadijah yang begitu sempurna di dalam menjaga
Pun bukanlah Hajar ataupun Mariam yang begitu setia dalam sengsara
Cuma wanita akhir zaman yang berusaha menjadi solehah...