Wednesday, 25 April 2012

Athma kembali..

Assalamualaikum...

p/s* athma menyerang kembali.. tak bes betul..:(

Sunday, 15 April 2012

Mencari atau menjadi?

Assalamualaikum..

“Saya sedar saya tidaklah sehebat Fatimah, sebab itu saya perlukan suami yang soleh seperti Ali untuk membimbing saya”, 

“Saya memang tidak sebagus Ali, sebab itu saya kena pilih isteri yang sempurna macam Fatimah. Saya tak mampu nak mem-Fatimahkan seorang yang tidak Fatimah!”, 
Semua sibuk mencari. Mudahkah untuk mendapatnya?

Semua sibuk mencari. Jika jumpa, mudahkah untuk mengekalkannya?

Mampukah kebahagiaan dan kesempurnaan rumahtangga dipertahankan, jika suami meletakkan kesempurnaan itu ialah pada apa yang isteri buat dan tidak buat, jadi atau tidak jadi?

Kita mahu mencari pasangan hidup yang soleh, dan kita menemuinya di dalam suasana semua lelaki nampak sempurna. Semasa bercinta, dialah Ultraman, dialah Gaban. Tetapi siapa sangka, selepas berumahtangga, Ultraman berubah menjadi raksasa!

Jika bahagia dan sempurnanya rumahtangga ialah pada apa yang suami buat atau apa yang isteri buat, kita akan hidup dan mati dalam pencarian. Pencarian yang tidak berkesudahan.

Maka jika mahu mendapatkan yang soleh, kurangkan sedikit agenda men-CARI si Soleh, tetapi berusahalah men-JADI yang solehah. Jika inginkan yang solehah, janganlah cerewet sangat men-CARI yang solehah, tetapi berusahalah men-JADI yang soleh.

Bertemu yang solehah, solehahnya dia belum tentu kekal. Bertemu yang soleh, solehnya boleh berubah… kerana si solehah dan si soleh adalah insan biasa.

Tetapi jika semua orang fokus kepada JADI dan bukannya CARI, maka ramailah calon, dan mudahlah sedikit kehidupan. Dan kita sendiri tidak bimbang untuk berumahtangga dengan pasangan itu walaupun mungkin tidak 100% (30% pun belum tentu) mengenalinya.

Kita berkahwin sebagai sebahagian daripada proses untuk MENJADI, bukan MENCARI.

Thursday, 12 April 2012

Nafkah Bukan Kemewahan

Assalamualaikum..

Salam Jumaat untuk semua.. Semoga hari ini membawa seribu keberkatan untuk kita semua. Sedang saya sibuk mencari info, saya ternampak tajuk Nafkah ni... Saya fikir eloklah juga saya kongsikan juga disini kan?mana yang tak tahu tuu, terus dapat tahu kan?

Nafkah yang menjadi tanggungjawab suami ialah untuk memberi isteri dan anak-anaknya makan minum, pakaian, tempat tinggal dan segala keperluan isteri dan anak-anak yang munasabah dan tidak bercanggah dengan syarak.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Kaum lelaki itu adalah pemimpin yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan kerana Allah telah melebihkan orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) berbanding kaum wanita dan juga kerana orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari 
harta mereka.” – surah al-Nisa’ ayat 34.

Melihat kepada definisi sendiri iaitu KEPERLUAN ISTERI DAN ANAK-ANAK, maka terkeluarlah segala bentuk kemewahan. Sebagai contoh, seorang suami mampu menyediakan makan minum yang mengenyangkan untuk isteri dan anak-anak berupa nasi dan lauk yang sesuai, itu dikira telah menyediakan nafkah yang cukup walaupun hari-hari makan ikan dan sayur dan hanya sekali dalam sebulan makan daging atau ayam. Apabila suami telah menyediakan rumah yang sesuai dan munasabah, menyediakan pakaian yang sesuai dan menutup aurat, memberikan pendidikan kepada anak-anak atau secara mudahnya, segala keperluan harian telah disediakan dan tidak mengganggu perkembangan hidup isteri serta pembesaran anak-anak, bererti si suami telah menjalankan kewajipan nafkah yang patut dan munasabah dari hukum syarak. 

Suami tak diwajibkan untuk menyediakan hidangan ayam goreng setiap hari atau hidangan ayam rending setiap kali waktu makan. Sama juga jika seorang suami memberikan isterinya telefon bimbit yang boleh digunakan untuk menelefon atau mengirimkan SMS, maka sekiranya si isteri berkehendakkan telefon bimbit yang boleh kirimkan MMS atau 3G, ia bukan lagi tanggungjawab suami dan suami boleh untuk tidak menunaikan kehendak tersebut walaupun suami berkemampuan. Sama dengan kes yang saya utarakan di awal tadi. Suami dah sediakan segalanya termasuk berikan duit poket untuk isteri bererti suami dah pun jalankan tanggungjawab yang patut dan perlu kepada isteri dan anak-anak.

Wang poket walaupun tidak termasuk di dalam kewajipan nafkah tetapi tetap perlu diberikan kepada isteri dalam kadar yang sesuai dan munasabah untuk tabungan dan simpanan bagi menghadapi kes-kes kecemasan. Seorang suami yang tidak memberikan duit poket yang sesuai dan munasabah adalah dikira telah melakukan keganasan kewangan kepada si isteri sekiranya si isteri adalah seorang suri rumah yang tidak mempunyai apa-apa hasil pendapatan selain daripada wang yang diberikan oleh si suami. Sekiranya si isteri bekerja atau pun suri rumah yang mempunyai pendapatan dari hasil kerja sampingan seperti menjahit, menjaga anak orang atau apa sahaja, suami boleh tidak berikan wang poket kepada isteri dengan syarat segala keperluan isteri dan anak-anak telah disediakan sepenuhnya oleh si suami.

Hukum juga menetapkan, kadar pemberian nafkah adalah mengikut kemampuan seorang suami dan suami tidak wajar membebankan dirinya melebihi dari kemampuannya yang sebenar. Maksud membebankan diri di sini ialah melakukan sesuatu yang melebihi kemampuan atau di luar upaya suami. Sebagai contoh berhutang dengan mana-mana pihak bagi merealisasikan kehendak isteri yang melampau.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Orang yang mampu memberi nafkah hendaklah menurut kemampuannya; dan sesiapa yang disempitkan rezekinya, maka dia hendaklah memberi nafkah dari apa yang diberikan Allah kepadanya (sekadar yang mampu). Allah tidak memberati seseorang melainkan (sekadar kemampuan) yang diberikan Allah kepadanya. (Orang-orang yang dalam kesempitan hendaklah ingat bahawa) Allah akan memberikan kesenangan sesudah berlakunya kesusahan.” – surah al-Talaq ayat 7.

Kemampuan juga bererti atas segala daya dan usaha suami, bukannya sekadar usaha setapak mengharapkan rezeki sebukit. Paling penting, tanggungjawab ditunaikan secara sedaya upaya sebab setiap suami akan disoal di akhirat nanti atas kegagalannya menyediakan segala keperluan tersebut. 

p/s* Copy and Paste...

Wednesday, 11 April 2012

Kuseru Rindu Itu.

Assalamualaikum..

Jalan ceritanya sangat best.. Touching!