Monday 5 August 2013

Allah knows..:)) InsyaAllah..

Assalamualaikum Semua.

Wah wah! Jalanraya sekitar KL ni dah sentiasa sesak siang malam. Penuh dengan orang yang shopping last minit. Nak masuk KL pun macam tak lalu. Bersempit sana sini. Bila dah jadi begini, ini bermakna syawal semakin menghampiri. Tinggal lagi dua hari je kan? Ramadhan juga bakal melabuhkan tirainya. Tahun ni fara tak berpuasa selama sebulan. InsyaAllah akan diganti sepenuhnya sebelum memulakan kerja akhir Septemper ini. 

Sekarang ni dengar lagu raya pun takde feeeling. Eh? kenapa jadi gini? ntahlaa.. agaknya sebab tak berpuasa kot.. Bila tengok sana sini shopping baju untuk baby masing-masing, ingatan pada Muhammad Hafeey terus ada. Kawan-kawan selalu berkata " fara, you are strong", kalau jadi pada mereka entah apa la jadi. Ouch! fara tidakla sekuat mana, tidakla juga setabah mana. Mungkin kerana itu fara & en suami adalah orang yang terpilih untuk menerima ini semua. Bukan tiada sebak, bukan tiada ingatan pada  Muhamma Hafeey, tapi mungkin semua under control. Kadang-kadang terbayang juga, kalau Muhammad Hafeey masih ada, mesti fara & en suami orang yang paling sibuk kott.. Yela, tahun ni tahun bertiga..:)

Mula-mula dulu selalu juga menatap gambar Muhammad Hafeey. Tapi kini tidak lagi. Nak tahu kenapa? kerana wajah Muhammad Hafeey sentiasa dihati. Tak perlu untuk menatap selalu. Bila rindu, sentiasa berzikir.. video-video Muhammad  Hafeey di dalam perut pun masih disimpan rapi. Owh, kenangan itu sentiasa terpahat. Rindu nak bagi Muhammad Hafeey adik. Tak sabar nak tunjuk kepada bakal adiknya yang abangnya sangat sempurna. 

Fara & en suami mohon pada ahli keluarga, kawan-kawan yang sempat menatap wajah Muhammad Hafeey tu, bila teringatkan Muhammad Hafeey, sedekahkan Al Fatihah padanya. Tak perlu bersedih, meratap pemergiannya kerana fara & en suami sentiasa dalam keadaan tenang. Malahan kini kami sangat bersyukur kami diberi ganjaran ini. Alhamdulillah.:))

My life may not be going the way I Planned It, but it is going Exactly the way Allah planned it.

4 comments:

JunAina said...

Allah menguji bersesuaian dengan ketahanan hambanya, di pengakhiran sebuah ujian pasti ada kemanisan. Insyaallah.

didielife said...

Alhamdulillah dik.. itu yang terbaik buat kalian berdua, akak pun pernah rasa ilang semua keseronokkan itu.. ALLAH pilih kita sebab bukan senang nak dapat ganjaran anak lelaki syurga kan.. ins shaa allah pas ni adik-adik Muhammad Hafeey akan menyusul.. tapi kena take time biar kesan cezer semboh didalam dulu yer.. kalau itu rezeki kita..tetap jadi rezeki.. kalau bukan rezeki kita 9 bulan dah tetap pergi kerana itu perjanjian mereka dengan penciptan Nya..

aizamia3 said...

Moga kuat dan tabah dalam mengharungi kehidupan seharian..

Selamat Hari Raya Aidilfitri buat Farah dan keluarga. ;)

psstt: lama akak tak singgah kat sini.

Nanung Nur Zula said...

Selamat Hari Raya Aidilfitri buat Farah dan keluarga (Y)