Assalamualaikum..
Salam Jumaat untuk semua.. Semoga hari ini membawa seribu
keberkatan untuk kita semua. Sedang saya sibuk mencari info, saya ternampak tajuk Nafkah ni... Saya fikir eloklah juga saya kongsikan juga disini kan?mana yang tak tahu tuu, terus dapat tahu kan?
Nafkah yang menjadi tanggungjawab suami ialah
untuk memberi isteri dan anak-anaknya makan minum, pakaian, tempat tinggal dan
segala keperluan isteri dan anak-anak yang munasabah dan tidak bercanggah
dengan syarak.
Firman Allah SWT yang bermaksud: “Kaum lelaki
itu adalah pemimpin yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan kerana Allah
telah melebihkan orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) berbanding kaum
wanita dan juga kerana orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah)
sebahagian dari
harta mereka.” – surah al-Nisa’ ayat 34.
Melihat kepada definisi sendiri iaitu KEPERLUAN
ISTERI DAN ANAK-ANAK, maka terkeluarlah segala bentuk kemewahan. Sebagai
contoh, seorang suami mampu menyediakan makan minum yang mengenyangkan untuk
isteri dan anak-anak berupa nasi dan lauk yang sesuai, itu dikira telah
menyediakan nafkah yang cukup walaupun hari-hari makan ikan dan sayur dan hanya
sekali dalam sebulan makan daging atau ayam. Apabila suami telah menyediakan
rumah yang sesuai dan munasabah, menyediakan pakaian yang sesuai dan menutup
aurat, memberikan pendidikan kepada anak-anak atau secara mudahnya, segala
keperluan harian telah disediakan dan tidak mengganggu perkembangan hidup
isteri serta pembesaran anak-anak, bererti si suami telah menjalankan kewajipan
nafkah yang patut dan munasabah dari hukum syarak.
Suami tak diwajibkan untuk menyediakan hidangan
ayam goreng setiap hari atau hidangan ayam rending setiap kali waktu makan.
Sama juga jika seorang suami memberikan isterinya telefon bimbit yang boleh
digunakan untuk menelefon atau mengirimkan SMS, maka sekiranya si isteri
berkehendakkan telefon bimbit yang boleh kirimkan MMS atau 3G, ia bukan lagi
tanggungjawab suami dan suami boleh untuk tidak menunaikan kehendak tersebut
walaupun suami berkemampuan. Sama dengan kes yang saya utarakan di awal tadi.
Suami dah sediakan segalanya termasuk berikan duit poket untuk isteri bererti
suami dah pun jalankan tanggungjawab yang patut dan perlu kepada isteri dan
anak-anak.
Wang poket walaupun tidak termasuk di dalam
kewajipan nafkah tetapi tetap perlu diberikan kepada isteri dalam kadar yang
sesuai dan munasabah untuk tabungan dan simpanan bagi menghadapi kes-kes
kecemasan. Seorang suami yang tidak memberikan duit poket yang sesuai dan
munasabah adalah dikira telah melakukan keganasan kewangan kepada si isteri
sekiranya si isteri adalah seorang suri rumah yang tidak mempunyai apa-apa
hasil pendapatan selain daripada wang yang diberikan oleh si suami. Sekiranya
si isteri bekerja atau pun suri rumah yang mempunyai pendapatan dari hasil
kerja sampingan seperti menjahit, menjaga anak orang atau apa sahaja, suami
boleh tidak berikan wang poket kepada isteri dengan syarat segala keperluan
isteri dan anak-anak telah disediakan sepenuhnya oleh si suami.
Hukum juga menetapkan, kadar pemberian nafkah
adalah mengikut kemampuan seorang suami dan suami tidak wajar membebankan
dirinya melebihi dari kemampuannya yang sebenar. Maksud membebankan diri di
sini ialah melakukan sesuatu yang melebihi kemampuan atau di luar upaya suami.
Sebagai contoh berhutang dengan mana-mana pihak bagi merealisasikan kehendak
isteri yang melampau.
Firman Allah SWT yang bermaksud: “Orang yang
mampu memberi nafkah hendaklah menurut kemampuannya; dan sesiapa yang disempitkan
rezekinya, maka dia hendaklah memberi nafkah dari apa yang diberikan Allah
kepadanya (sekadar yang mampu). Allah tidak memberati seseorang melainkan
(sekadar kemampuan) yang diberikan Allah kepadanya. (Orang-orang yang dalam
kesempitan hendaklah ingat bahawa) Allah akan memberikan kesenangan sesudah
berlakunya kesusahan.” – surah al-Talaq ayat 7.
Kemampuan juga bererti atas segala daya dan
usaha suami, bukannya sekadar usaha setapak mengharapkan rezeki sebukit. Paling
penting, tanggungjawab ditunaikan secara sedaya upaya sebab setiap suami akan
disoal di akhirat nanti atas kegagalannya menyediakan segala keperluan
tersebut.
p/s* Copy and Paste...
kita tau kemampuan suami kita camner..janganlah kita dera dia dengan meminta lebih dari kemampuannya..
ReplyDeletedalam perkahwinan ni, tolak ansur tu la yang paling penting ;)
sama sama membantu meringankan lagi indah kan..
perkongsian yg baik..tq
ReplyDeletePinky Momma: Itulah kan..
ReplyDeleteWhitecappuchino: :)
nafkah tu wajib cuma kalau bukan keperluan, setakat kehendak je, agak-agaklah kan
ReplyDeleteowh..nafkah nnti kalau farid dah jadi suami eh kak..
ReplyDeleteni nape x update2 lagi ni..
hihi =) rinduuu
Tina: Itula pasal dearr..kena la sedar kemampuan suami..:)
ReplyDeleteFar8: iye.. elokla tau kan? takde mase sangat dik nak update..
Nice info... Salam kenal
ReplyDeletebgus entry nie.. hrap2 suami2 faham tgjawab mereka
ReplyDeletedwaty: salam kenal.. do keep in touch ekk..
ReplyDeleteMama Aman: harap suami dan isteri fahaminya..:)
wpun sy bekerja sy tak pernah anggap gaji sy pendapatan sy.ini rezeki kami bersama....
ReplyDeletesuami kena tahu tanggungjawab mereka kan?
betul tu farah..info yg bagus tq....
ReplyDeletenice post...
ReplyDelete