“Saya sedar saya
tidaklah sehebat Fatimah, sebab itu saya perlukan suami yang soleh seperti Ali
untuk membimbing saya”,
“Saya memang tidak sebagus Ali, sebab itu saya
kena pilih isteri yang sempurna macam Fatimah. Saya
tak mampu nak mem-Fatimahkan seorang yang tidak Fatimah!”,
Semua sibuk mencari. Mudahkah untuk mendapatnya?
Semua sibuk mencari. Jika jumpa, mudahkah untuk
mengekalkannya?
Mampukah kebahagiaan
dan kesempurnaan rumahtangga dipertahankan, jika suami meletakkan kesempurnaan
itu ialah pada apa yang isteri buat dan tidak buat, jadi atau tidak jadi?
Kita mahu mencari pasangan hidup yang
soleh, dan kita menemuinya di dalam suasana semua lelaki nampak sempurna.
Semasa bercinta, dialah Ultraman, dialah Gaban. Tetapi siapa sangka, selepas
berumahtangga, Ultraman berubah menjadi raksasa!
Jika bahagia dan sempurnanya rumahtangga ialah pada
apa yang suami buat atau apa yang isteri buat, kita akan hidup dan mati dalam
pencarian. Pencarian yang tidak berkesudahan.
Maka jika mahu mendapatkan yang soleh, kurangkan
sedikit agenda men-CARI si Soleh, tetapi berusahalah men-JADI yang solehah.
Jika inginkan yang solehah, janganlah cerewet sangat men-CARI yang solehah,
tetapi berusahalah men-JADI yang soleh.
Bertemu yang solehah, solehahnya dia belum tentu
kekal. Bertemu yang soleh, solehnya boleh berubah… kerana si solehah dan si
soleh adalah insan biasa.
Tetapi jika semua orang fokus kepada JADI dan
bukannya CARI, maka ramailah calon, dan mudahlah sedikit kehidupan. Dan kita
sendiri tidak bimbang untuk berumahtangga dengan pasangan itu walaupun mungkin
tidak 100% (30% pun belum tentu) mengenalinya.
Kita berkahwin sebagai sebahagian daripada proses
untuk MENJADI, bukan MENCARI.
menarik entry ni...:)
ReplyDeletealhamdulillah..saya bersyukur dengan apa yg saya ada..
ReplyDeletesaya juga tahu bahawa semua org tidak dilahirkan sempurna :)
berusahalah jadi yg terbaik :)
blogtilldrop: :)
ReplyDeleteShark: betul.. marilah kite berusaha menjadi yang terbaik.
betul jugak tu dear.... kan ?? kite tk mampu nk jd mcm tokoh2 kita yg dulu, tp kita harus cba utk mjadi...
ReplyDelete**waaaa header baru :)
bila setiap orang menjadi dah tentu x perlu mencari lagi kan :)
ReplyDeleteMama Likha: yup.. kite cube menjadi yang terbaik kan.. tapi bukan senang.. yang penting mencuba kan?
ReplyDeletekak Rina:betul tu kak..:)
tahu dan nilai keburukan dan kebaikan seseorang suami.. dan kita pasti boleh mengubahnya
ReplyDeleteberusaha ke arah kebaikan ..betul tu farah...
ReplyDelete