Tuesday, 27 March 2012

Yummy!! Burger Bakar..

Assalamualaikum...

Sedap wooo! tapi tak sanggup nak que panjang je...

Saturday, 17 March 2012

Wahai Adam Yang Memimpin

Assalamualaikum…

Wahai adam,
Hawa itu tercipta indah dari rusukmu
Terlindung 1001 hikmah disebalik keindahan itu
Janganlah engkau sengaja patah-patahkan ia
Sebaliknya luruskannya dengan penuh hikmah & sayang..

Wanita akal senipis rambutnya
Jangankan lelaki biasa, nabi pun terasa sunyi tanpa wanita
Tanpa mereka, fikiran dan perasaan lelaki akan resah
Masih mencari walau ada segalanya
Apa yang tiada dalam syurga? Namun adam tetap rindukan hawa..

Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok
Untuk diluruskan oleh lelaki. Tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus,
Mana mungkin kayu yang bengkok,
menghasilkan bayang yang lurus ..

Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal
Di situlah punca kekuatan dunia ..
Akal senipis rambutnya, tebalkanlah ia dengan ilmu
Hati serapuh kaca
Kuatkanlah ia dengan iman…
Perasaan selembut sutera, hiasilah ia dengan akhlak
Ingatlah perananmu wahai lelaki bergelar pemimpin..

Suburkanlah dia kerana dari situlah nantinya
Mereka akan lihat nilaian dan keadilan Rabbi
Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan
Ia bukan diskriminasi Allah… sebaliknya di situlah kasih dan sayang Allah
kerana nantinya mereka akan semakin derita

Luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjuk oleh Allah
Kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh Allah
Didiklah mereka dengan panduan darinya
Jangan cuba menjinakkan mereka dengan harta
kerana nantinya mereka semakin liar
Janganlah hiburkan mereka dengan kecantikan

Janganlah mengharapkan isteri semulia Fatimah Az-Zahra’
Seandainya dirimu tidak sehebat Saidina Ali karamallahuwajhah…
Bukankah kamu lelaki punya peranan besar terhadap hawa?

Wahai lelaki…wahai adam,
Lindungilah hawa selagi kamu mampu,bukan menyakitinya
Bimbingilah hawa di jalan NurNya,bukan menyesatkannya
Wangikanlah mulutmu dengan nasihat hikmah,bukan meracuninya
Jadilah pemimpin imam yang terbaik buatnya,saling membantu
Hilangkanlah egomu kerana itu api yang membenamkan nur kebahagiaan
Ingatlah wahai lelaki..

Wahai lelaki yang punya peranan besar..
Jika benar kau mencintainya maka cintailah dia sepenuh hatimu.. jika benar kau kasih dan cintakan wanita itu, jagalah dia dgn baik, kasihanilah dia, lindungilah dia, berilah kasih sayang padanya, nasihatilah dia, bawalah dia ke jalan Allah, perbetulkan kesilapannya, bersabar dengannya, terimalah kekurangannya, jadi imamnya dan redhalah padanya..
Moga dia menunggumu di syurga sebagai bidadarimu….

Friday, 16 March 2012

Lelaki Gentle...

Assalamualaikum..

Lelaki yang bijak sentiasa berusaha menjadi pelindung kepada wanita.

Lelaki yang bijak takkan meminta dan mengharapkan sesuatu yang belum menjadi haknya.

Lelaki yang bijak sentiasa menjaga pandangan mata dan hatinya.

Lelaki yang bijak menyedari bahawa seorang perempuan itu hanya mahu dirinya dihormati.

Lelaki yang bijak hanya mahukan wanita yang terbaik untuk menjadi suri hidupnya.

Jadilah pelindung kepada kaum Hawa dengan tidak memandang kami.

Jadilah pelindung kepada kami dengan menambahkan ilmu dengan amalmu, supaya nanti pabila tiba masanya, dapat kalian menjadi pemimpin keluarga yang dihormati.

Jadilah pelindung kepada kami dengan menjaga sebaik-baiknya akhlakmu.

Jadilah pelindung yang terbaik dengan mencontohi Rasulmu!

Lelaki yang pintar sentiasa risau dirinya akan membawa fitnah kepada wanita

Lelaki yang pintar tidak akan sekali-kali gentar apabila seorang wanita bertindak tegas terhadapnya kerana dia sedar itulah wanita sejati! Yang mempunyai harga diri, yang takut kepada Ilahi.

Lelaki yang pintar takkan risau dan gusar dengan status ‘single’ kerana dia tahu dengan izin-Nya kelak     dia akan berjabat dengan seorang wali yang bakal memberikan titik noktah kepada status tersebut!

Thursday, 15 March 2012

Fakta Tentang Wanita...

Assalamualaikum..

 Mata yang paling indah tetapi juga harus diwaspadai adalah mata kaum wanita
 Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik, puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah  mereka meluahkan isi hati mereka.  
 Sebuah senyuman memberi seribu arti bagi wanita. Jadi jangan senyum sembarangan kepada wanita.
 Jika kamu menyukai seorang wanita, mulailah dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu  lebih dalam. 
 Bila seorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.
 Cinta bererti kesetiaan, jujur dan kebahagiaan tanpa syarat
 Wanita hidup untuk berbahagia dengan cinta, sementara lelaki mencintai untuk hidup berbahagia.
 Wanita tidak diciptakan untuk dikagumi semua lelaki tetapi sebagai sumber kebahagiaan seorang lelaki.
 Wanita sangat berlebihan dalam mencintai dan membenci, dan tidak mengenal pertengahannya.
 Wanita tertawa bila ia mampu dan menangis apabila ia menginginkan sesuatu.
Wanita lebih cepat daripada lelaki dalam menangis dan dalam mengingatkan peristiwa yang menyebabkan dia menangis
  
Sunday, 11 March 2012

Segala AturaNNYA Adalah Yang Terbaik.

Assalamualaikum..

Kita berkenalan secara tak sengaja
adalah perancangan Allah...
Kita berkawan begitu lama bertahan persahabatan kita pun
Allah yang rancang..
kita dikurniakan rasa suka antara satu sama lain juga...
 Allah yang beri..
kita masih bersama walau banyak dugaan menimpa,
Allah yang aturkan..
kita dikurniakan kesedaran dan keinsafan juga kerana
Allah sayang pada kita..
kita berjauhan untuk mencapai redhaNya juga
Dia yang rancang...
kita berdoa untuk kebahagiaan masing2 juga
Allah yang detikkan dalam hati kita..
dan ketahuilah, sama ada hubungan kita akan berkekalan
sehingga ke syurga atau terputus di tengah jalan juga
ALLAH yang akan tentukan...
jadi, usah risau..
andai kamulah jodoh yang ditetapkan Allah di Luh Mahfuz untuk saya selamanya...
InsyaAllah kita akan bertemu juga walau dipisahkan dengan jarak dan masa...
♥♥♥

p/s * Hanya nukilan rasa..:)

Saturday, 10 March 2012

.:: KETIKA ALLAH MENCIPTAKAN WANITA ::

Assalamualaikum..

Ketika Allah menciptakan wanita,

Malaikat datang dan bertanya, "Mengapa begitu lama, Tuhan?"

Tuhan menjawab, "Sudahkah kamu lihat semua detik yang AKU ciptakan untuknya?"

Dua tangan mesti di bersihkan, setidaknya terdiri dari 200 bahagian yang boleh di gerakan & berfungsi baik agar dapat mengolah berbagai jenis makanan...

Mampu memberikan kenyamanan bagi anak-anaknya...

Mempunyai pelukan yang menyembuhkan rasa sakit hati & kesengsaraan...

Dan semuanya cukup di lakukan dengan kedua tangan ini...

Malaikat menjawab, "Hanya dengan dua tangan ini?"

"Tetapi...,Engkau membuatnya begitu halus & lembut"

"Ya..., AKU membuatnya begitu lembut, tapi kamu belum dapat bayangkan kekuatan yang AKU berikan kepadanya agar ia dapat mengatasi banyak hal luar biasa"

"Apakah dia mampu berfikir?" Tanya Malaikat

Tuhan menjawab, "Tidak hanya berfikir, dia juga mampu berunding dan mengutarakan pendapatnya

Malaikat itu menyentuh dadanya,
"Tuhan, Engkau buat ciptaan ini kelihatan lemah & rapuh, seolah banyak sekali beban untuknya"

"Itu bukan kerapuhan, itu air mata. AKU berikan padanya supaya dia boleh mengekspresikan kegembiraan, kegalauan, cinta, kesepian, penderitaan, dan rasa bangga"

"Engkau memikirkan segala sesuatunya, wanita ciptaan-Mu ini sungguh menakjubkan"

"Ya....., Harus...!!! Wanita ini mempunyai kekuatan untuk mempersona lelaki...

Dia dapat mengatasi beban hidup, mampu menyimpan kebahagiaan dan pendapatnya sendiri...

Mampu tersenyum bahkan ketika hatinya menjerit...

Mampu tertawa saat hatinya menangis...

Dia boleh berkorban demi orang yang di kasihinya...

Dia boleh melawan ketidakadilan...

Dia bersorak disaat melihat temannya bahagia...

Hatinya terluka saat melihat kesedihan...

Dia tahu sebuah ciuman & pelukan dapat menyembuhkan luka...

"CINTANYA TANPA SYARAT"

Malaikat sangat kagum, "Lalu apa kekurangannya?"

Tuhan menjawab, "Hanya satu hal..... Dia terkadang lupa betapa berharganya dia"

Friday, 9 March 2012

~Aku belajar~

Assalamualaikum..

Aku belajar,
Bahawa aku tidak dapat memaksa orang lain mencintai aku,
Aku hanya dapat melakukan sesuatu untuk orang yang aku cintai..

Aku belajar,
Bahawa memerlukan waktu bertahun-tahun untuk membangun kepercayaan 
dan hanya beberapa detik saja untuk menghancurkannya…

Aku belajar,
Bahawa sahabat terbaik bersama aku dapat melakukan banyak hal dan
kami selalu memiliki waktu terbaik.

Aku belajar,
Bahawa orang yang aku kira adalah orang yang jahat,
Adalah orang yang membangkitkan semangat hidup aku kembali
Serta orang yang begitu perihatin pada aku.

Aku belajar,
Bahawa persahabatan sejati sentiasa tumbuh walau dipisahkan oleh jarak yang jauh.
Beberapa diantaranya melahirkan cinta sejati.

Aku belajar,
Bahawa jika seseorang tidak menunjukkan perhatian seperti yang aku inginkan,
Bukan bererti bahawa dia tidak mencintai aku

Aku belajar,
Bahawa sebaik-baiknya pasangan itu,
Mereka pasti pernah melukai perasaan aku….
Dan untuk itu aku harus memaafkannya….

Aku belajar,
Bahawa aku harus belajar mengampuni diri sendiri dan orang lain…
Kalau tidak mahu dikuasai perasaan bersalah terus menerus…

Aku belajar,
Bahawa kawan-kawan dapat mempengaruhi peribadi aku,
Tapi aku harus bertanggungjawab untuk apa yang aku telah lakukan…

Aku belajar,
Bahawa dua manusia dapat melihat sebuah benda,
Tapi kekadang dari sudut pandang yang berbeza…

Aku belajar,
Bahawa tidaklah penting apa yang aku miliki,
Tapi yang penting adalah siapa aku ini sebenarnya..

Aku belajar,
Bahawa aku harus memilih apakah menguasai sikap dan emosi
Atau sikap dan emosi itu yang menguasai diri aku..

Aku belajar,
Bahawa aku punya hak untuk marah,
Tetapi itu bukan bererti aku harus benci dan berlaku bengis…

Aku belajar,
Bahawa kata-kata manis tanpa tindakan adalah saat perpisahan
dengan orang yang aku cintai..

Aku belajar,
bahawa orang – orang yang yang aku kasihi,
Sering diambil segera dari kehidupan aku…

Love does’nt make the world go round.
Love is what makes the ride worth while.

Buat diriku yang masih perlu belajar,
Semoga kita lebih mempelajari dan memahami hidup ini..

Wednesday, 7 March 2012

:: JODOH ♥♥ USAH MENCARI YANG "TERLALU SEMPURNA" ::

Assalamualaikum..

Jika kamu memancing ikan... Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu... Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja.. Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu & mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup. 

Begitulah juga...setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang... Setelah ia mulai MENYAYANGIMU, hendaklah kamu MENJAGA hatinya... Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja... Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu, & mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu... 

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya & janganlah menganggap ia begitu teguh...cukuplah sekadar keperluanmu... Apabila sekali ia retak...tentu sukar untuk kamu menampalnya semula... Akhirnya ia dibuang... Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya, mungkin ia masih dapat digunakan lagi... 

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya... Janganlah kamu terlalu mengaguminya & janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa... Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN, bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya... Akhirnya kamu KECEWA & meninggalkannya. Sedangkan, jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya.... 

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi, yang kamu pasti baik untuk dirimu... Mengenyangkan - Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..?? Terlalu ingin mengejar kelazatan... KELAK.. Nasi itu akan basi & kamu tidak boleh memakannya... Lalu kamu akan menyesal. 

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan, yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU.. MENGASIHIMU... Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain..? Terlalu mengejar kesempurnaan... KELAK.. Kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain... Lalu kamu juga yang akan MENYESAL...!

Friday, 2 March 2012

Kisah Cinta

Assalamualaikum..

dulu kau berdiri bersamaku..
dan saling mengukir janji
bahawa kau kan selalu ada disini
susah senangku bersama kau tempuhi
ku hargai

kini kau dimana?
meninggalkan ku sendiri tak berdaya
pesanmu padaku janganlah berduka
jangan menangisimu bila kau tiada
ku mencuba..

air mata pun jatuh ke pipi
mengingkari janji yang ku beri
kisah cinta sahabat sejati
tak berakhir bila engkau pergi
sahabatku
kau kan kurindui
kerna kau takkan kembali

walau kau disana
namun doaku kan selalu bersama
maaf kernaku tak pernah untuk berkata
bahawa kaulah TEMAN yang paling sempurna
yang ku ada..