Thursday 31 May 2012

AURAT WANITA YANG PERLU KITA TAHU..

Assalamualaikum…

Perkongsian di hari Jumaat yang barakah ini,

1. Bulu kening - Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening - Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.

2. Kaki (tumit kaki) semacam hantu loceng - Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31. Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng…sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah...

3. Wangian - Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata orang sekarang hidong belang - Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.

4. Dada - Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.

5. Gigi - Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya - Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani, Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

6. Muka dan leher - Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

7. Muka dan Tangan - Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecu ali pergelangan tangan dan wajah saja - Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.

8. Tangan - Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya - Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.

9. Mata - Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya - Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.

Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.

10. Mulut (suara) - Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik - Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.

Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi - Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.

11. Kemaluan - Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka - Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.

Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya - Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.

Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.

12. Pakaian - Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud , An Nasaii dan Ibn Majah.

Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah diken ali . Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.

Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim. Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.

13. Rambut - Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya 

- Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

Wednesday 30 May 2012

Tahniah Untuk Pasangan ini..

Assalamualaikum..

Sebenarnya dah lama nak buat entri ni. Tapi takde kesempatan juga. Sibuk dok update entri sendiri yang bersusun-susun ikut giliran..:) Tapi hari ni kena juga masukkan entri ni.. Disini saya ingin mengucapkan tahniah pada sahabat yang nak kata lama kenal tu, takdela lama.. saya pernah membuat entri tentang beliau.. kalau nak tahu KLIK DISINI...:)

Beliau yang dikenali di laman facebook Mishka Salsabella atau namanye yang selalu saya panggil dengan gelaran Nurul..Beliau selamat melahirkan seorang baby girl pada 18 Mei 2012 @ 8.11pm seberat 3.41 kg..

Permata hati mereka...

Adelia Zaraa Bt Muhamad Anwar.. Dah ready nak balik..:)

Inilah mama dan papa Adelia Zaraa..

Tahniah sekali lagi dear.. semoga Adelia membesar dengan penuh kasih sayang.. membesar menjadi anak yang solehah untuk mama & papa.. Memang tak sempat lagi nak datang tengok Adelia.. InsyaAllah, kalau ada masa kelapangan sampai lah saya kesana.. doakan untuk saya pula ye dear.. :)

Tuesday 29 May 2012

Sangat memenatkan..

Assalamualaikum..

Selamat Hari Selasa to all readers.. dah dua hari tak jengah rumah ni. Sibuk sangat dengan kerja plus aktiviti bersama insan tersayang. Baru je rasanya update tentang berhari minggu.. Hari minggu yang kononnye tiada erti bagi saya. Tapi rupanya masih bererti..Nak tahu kenapa?

Pada Ahad lepas, seperti selalu seawal pagi ada kerja. Oleh kerana En Kanda saya jua bekerja pada hari itu, saya pun deal dengan adik perempuan saya. Oleh kerana program itu hanya separuh hari, dengan hati yang rela, adik saya tu sanggup la menemani kakaknya ini. Macam tak percaya beliau boleh bangun seawal pagi. Macam beliau pula yang bekerja kan.. heehehe.. takpela, bukan selalu pun temani saya kan..

Pada hari tersebut, saya ada program di SMK Jinjang, Kepong.. Baru pertama kali ke sekolah tersebut. Oleh kerana pertama kali, agak jakun juge la nak mencari sekolah ni kan.  Nasib baiklah, ade signboard. ikut jela signboard kan. Tapi memang sekolah ini bagi saya agak hulu. Dah masuk dalam perumahan bagai barula nak jumpa sekolah ni. 

SMK Jinjang....

Besarkan tulisan tuu? rasanya orang Buta pun boleh nampak..:)

Program tu selesai dalam pukul 1ptg. Then saya pun terus decide nak ke Times Square.  Niat dihati nak beli la baju baru untuk hp ni. Tapi punyela penat berjalan, cari kesana kemari.. tak jumpe juge! frust sungguh! itula, len kali pakai la lagi hp yang jarang-jarang orang nak pakai kan.. Dah penat berjalan tu, singgah pulak kedai ni..

Kedai serba pink! penuh dengan Hello Kitty je tau..

Mampu tengok jela kan. takkan la saya yang dah sebesar umat ni nak beli barang Hello Kitty. Kalau baju hp okela juge.. :) Jalan punya jalan, kaki pun dah penat sampai tak mampu nak berjalan lagi, adik pula ajak ke Ikea. Saya pun  ikutkan aje.. Nak kesana, punyela sesak! Sampai sana pula, konon nak repeat meatball sekali lagi, tapi apakan daya.. penuh sangat manusia. Frust la lagi! Dah la penat dengan jalan sesak, bila sampai sesak pula dengan manusia.  Memang wrong time la datang. kena pula hujung minggu. Budak cuti sekolah pula kan??  

Akibat dah petang sangat, badan pun dah terlalu letih, terus la pulang je.. sebelum pulang tu, singgah la dulu kedai makan di Selayang. Sebelum ni dah selalu sangat datang makan. Sedap sangat makanan kat situ.. Tapi kali ni....

 Nasi Goreng cili api, memang tak sedap langsung!

 Agak-agak ape ni ye? nak tau? Sotong tepung.. ermm..

Memang tak sangka, selama ni, kedai ni kualiti makanannya sangat terjaga. Tapi kini, dah lain sangat. Tukang masaknya pun dah lain. Nampaknya cukupla hanya hari tu je saya kesitu.. tidak menepati citarasa saya kini..
Saya hanya sampai di rumah apabila maghrib menjelang.. Memang letih sangat. Apapun terima kasih untuk adik tersayang kerana sudi menemani saya dari pagi sehingga la nak ke malam tuu.. :)

Saturday 26 May 2012

Thanx En Kanda Kerana Memahami.

Assalamualaikum,

Hari ni kawan-kawan kemana? Cuti hujung minggu kan? saya pula? erm, memang takde harapan nak kemana-mana berdating dengan En Kanda. Nak tahu kenapa? minggu ini adalah minggu yang sangat sibuk dengan kerja. Cuti ni pun kena kerja.. hujung minggu saya dengan kerja. Tak habis-habis dengan kerja luar. 

En Kanda yang sememangnya cuti hari ni, tapi terpaksa layankan diri sorang-sorang di rumah. nak buat cemana.. Wife nya ni memang kerja sepanjang dua hari cuti hujung minggu ni. Sekarang dah le susah nak dapat masa bersama beliau. Beliau juga sangat sibuk. Masa saya dengan beliau sudah semakin singkat. Quality time tu umpama takde.

Ada seorang sahabat bertanya, 'hubby tak kisah ke saya kerja luar ni ?' maklumlah, beliau memang tahu saya selalu kerja bila hujung minggu. Sebenarnya dari berkawan dengan En Kanda dulu pun, memang En Kanda dah tahu memang kerja saya begini.  Alhamdulillah, dari berkahwin sehingga kini, tiada masalah baginya. En Kanda sangat memahami dengan kerja saya. Sememangnya bila kerja luar ni, akan keluar seawal pagi, masak untuk En Kanda pun tak sempat,  memang beliau akan tunggu sehingga saya balik then baru pergi makan sama... Aduhai! kesian pun ada. tapi itulah En Kanda. Taknak makan sehingga saya juga makan bersamanya.

Kini, En Kanda pula yang bertanya pada saya, adakah saya ok dengan kerjanya sekarang? balik lewat malam.. bila saya sampai rumah, saya sorang je.. tiada beliau untuk menemani. Bagi saya, kenapa pula saya tak ok dengan kerjanya? En Kanda boleh memahami dengan kerja saya, oleh itu, saya juga boleh memahami dengan kerjanya.. small matter laa sayang! Saya boleh biasakan diri dengan keadaan baru ini..

Memang kalau bab kerja ni, kena saling memahami, give and take. Kalau tiada ini semua memang boleh jadi gaduh.. boleh buat perang.. paling tak best boleh jadi kes cerai berai..  betul kan? Walaupun, susah untuk mendapat masa bersama, saya dan En Kanda tetap juga berhubung melalui telefon.. sms sepanjang hari.. dah rasa macam PJJ la pulak kan..

Maafla kebelakangan ini memang banyak entri yang melibatkan En Kanda sahaja..Tak kisahla ape orang nak kata. Saya nak cerita juga.. Anyway, Selamat Berhujung minggu..:)

Friday 25 May 2012

Bertuahnya KAMU Jika KAMU Mengerti

Assalamualaikum,

Perkongsian Di Hari Jumaat,

Wanita oh wanita,
Alangkah bertuahnya dikau..
Jalanmu mudah untuk ke syurga..
Taat Allah dan suami
Diberi pilihan pintu syurga mana untuk dilalui…
500 tahun dihias di syurga…
Ketua para bidadari…
10 ribu kali ganda lebih menawan….
Doamu lebih makbul drpd 70 wali…

Wanita oh wanita,
Alangkah bertuahnya dikau…
Kepayahan mengandung 9bulan 10hari
Diberi pahala puasa di siang hari dan solat di malam hari
Solat sunat 2 rakaatmu
Lebih baik drpd 80 rakaat wanita yg tidak hamil…
Keperitan tatkala melahirkan
Diberi pahala 70 tahun ibadat solat dan puasa sunat
Setiap urat yg putus
Diberi ganjaran….
Setiap kesakitan diberi pahala haji..
Nyawa melayang
Dikira syahid!

Wanita oh wanita,
Bertuahnya dikau…
tutup aurat dgn sempurna
Allah sendiri ziarahmu di Syurga…
Engkau menyapu rumah dgn berzikir,
Pahala ibarat menyapu keliling Kaabah..
Suamimu gelisah dikau hiburkan
Mendapat pahala separuh jihad!
Menjaga harta,anak dan maruahmu
kala suami di JALAN ALLAH
Dikau bolot semuanya sekali!

p/s * Peringatan untuk diri sendiri juga *

Thursday 24 May 2012

En Kanda Yang Super Teruja.

Assalamualaikum,

Baru malam ni berkesempatan mengetuk keybord ni. Seharian sibuk dengan kerja. Tak menyempat nak menjengah rumah ni. Ini pun terasa keletihannya. Tapi mengenangkan banyak cerita nak update, saya kuatkan juga la semangat mengetuk keybord ni. Banyak cerita, tapi akan saya update satu persatu. Mana daya nak update kesemua cerita dalam satu masa kan..

Semalam En Kanda cuti. Sekarang ni bukan senang nak bercuti bersama-sama memandangkan masing-masing sibuk dengan kerjaya. Oleh kerana En Kanda cuti, pagi-pagi tu saya terus decide nak ambil off day je. Selama ni kerja hujung minggu, memang banyak lagi off day. Apa salahnya nak ambil off day bila En Kanda juga cuti kan? 

Pagi-pagi memang tiada kemana-mana. En Kanda melayan tidurnya. Mana taknya minggu ni minggu letihnya. Bekerja sampai tengah malam. Bila dapat peluang cuti tu, memang beliau manfaatkan betul. Petang pula, ada kakak di tempat kerja bagitau pos laju ada hantar barang, oh! itu bermakna barang En Kanda sudah sampai. Terus je bagitau beliau. Dengan perasaan yang sangat teruja beliau ajak ke tempat kerja sebab semata-mata nak ambil barangnya itu. Saya ikutkan sahaja kemahuan beliau.. Nak tau jenis barangnya? jeng jeng jeng...

Ini bungkusannya...belum dibuka..

tadaaa! barang ni laa yang membuatkan En Kanda tak keruan..

Punye la excited sampai terus pakai je.. apela En Kanda ni kan..

Memang En Kanda suka sangat guna alamat pejabat saya sekiranya beliau shopping secara online. Katanya senang. Ikutkan ajelaa Kanda.. ku tak kisah! Lepas ni kalau nak shopping online lagi, silakan.. jangan lupa untuk wife sekali ye...:)

Tuesday 22 May 2012

Alahai En Kanda...

Assalamualaikum.. :)

Miss U En Kanda..Pic Ku tanpa sebarang calit-calit di muka..

Nampaknya minggu ini adalah minggu untuk keseorangan di rumah.. Habis je kerja, sampai saje rumah memang tinggal seorang sampai tengah malam. Rasa macam tak best je bila sorang-sorang. Selama ni memang malam En Kanda akan menemani. Lepak sama-sama tengok astro. Walaupun astro entah ke berapa kali dok tayang cerita yang sama..kalau boring layan astro, bukak pulak cerita yang dah direcord.. makan malam bersama.. kadang-kadang gaduh-gaduh manja..sebelum masuk tidur tu, En Kanda akan offer air milo.. waa! seperti merindui saat itu je.

En Kanda kini sangat sibuk dengan kerjayanya. minggu ini adalah minggu tak jumpe seharian. Hanya jumpa pada sebelah pagi dan sebelah malam yang rasenya sebenarnya tengah pagi kot. Walaupun En Kanda pulang lewat, takpe.. saya sudi menunggu sehingga beliau sampai di rumah. Nak makan sama-sama.. nak borak juga sebelum masuk tidur. Tak kisahla walaupun dapat borak sekejap pun.. lima minit pun jadila kan. Asalkan sempat bertanya, keadaannya sepanjang hari.. nak dengar juga cerita yang mungkin beliau tak sempat nak cerita dalam sms sepanjang hari.

Kini walaupun En Kanda sibuk, sebelah pagi masih sempat bersarapan sama. Kalau dulu, memang takkan sempat. Nak kejar masa. Masih sempat bersarapan di tempat kerja saya. Kiranya ganti masa untuk malam yang beliau takdela. Saya tahu En Kanda sangat fokus dengan kerjaya barunya kini, sangat tahu badannya terlalu letih.. tapi semuanya saya tahu beliau lakukan untuk masa depan bersama..Semoga rezeki sentiasa menyebelahi beliau.. :)

Monday 21 May 2012

Memenuhi Tekak Si Adik..

Assalamualaikum..

Pada Jumaat yang lepas, saya dan adik perempuan Farsya Shamsudin ke IKEA.. Beliau nak sangat makan meatball lebih tepat lagi bebola daging..:) Dari hari ke sehari, sibuk nak meatball juga. Oleh kerana tidak sampai hati, atau sebenarnya saya pun nak juga makan meatball, saya pun buatlah janji. Hari Jumaat tu, pagi-pagi En Kanda hantar saya ke tempat kerja, saya pun mintakla permission beliau untuk bawa adik yang gedik melampau ni ke IKEA.. Alhamdulillah, En Kanda memberi 'green light'.. Paling best, siap bagi pulus lagi. Untungla si adik yang gedik ini.

Elok je habis masa bekerja, dengan kadar yang segera si adik ni sampai di tempat kerja saya. Maklumlah, tekaknya dah mengada sangat nak melantakkan..tak kisahla jauh nak kesana pun takpe. Maklumlah, bila dari KL, dengan jalan yang boleh kata sesak sepanjang masa. Sanggup si adik ni pun. 

Inilah adik yang gedik tuu..:P

Punyela banyak meatball.. makan jangan tak makan..

Nasib agak baik, bila sampai je kat IKEA, memang keadaan masih selesa. Tak ramai orang macam selalu.. ke memang sebab dah tengah bulan maka tak ramai orang.. tak pastila kalau bab tu kan.. yang penting si adik ni nak makan je.. memang sampai sahaja disana, takde kemana dah. Terus je ke meatball.. mula-mula tu kan, pelikla juga, kenapa ye bila saya & si adik duduk je, orang sebelah menyebelah dok pandang-pandang ni, kini baru saya tau! orang pelik saya & si adik makan sampai 20 biji meatball! makan dua orang la pulak. mana dengan sup cendawan yang sangat kaw! ha.. ambik, makan sampai dah tak muat nak masuk perut dah..

Itula kan, tamak! bila ditanye, si adik ni nak sampai 20 biji.. lastly, katanya kenyang sangat ni.. macam dah tak boleh nak masuk.. boleh tak boleh, kena habiskan juga..:) Memang kenyangnya bawa sampai ke esok pagi.. Si Adik kata, tekaknya dah tak ngidam lagi meatball.. sebab dah tercapai hasrat tekak.. kini, ngidam kek coklat moise pulak dah.. haih la adik! bankrap la kakakmu ini sebab nak penuhi tekak yang mengada lebih tu kan..:P takpe, lepas ni kite belasah kek pulak ye..:)

Sunday 20 May 2012

Akak Kena Kuat Tau!

Assalamualaikum..

Hepi Monday! pagi-pagi sampai sahaja tempat kerja, dengar cerita ade sorang kakak ni, husband die kena masuk ICU akibat 'Heart Attack'..Kini husband beliau di Hospital Assunta, Petaling Jaya.Aduhai, dah dengar cerita yang kurang enak. Patutla saya nampak beliau dalam keadaan sedih sahaja..Selepas tu, terus je turun breakfast dengan En Kanda. Tapi, nak makan pun macam takde selera. Yelar, bila dah dapat berita begitu kan..

Untuk kakak Sapiah binti Ibrahim, semoga beliau tabah. Mana dengan anak yang kecil-kecil lagi. Akak Sapiah kena kuat, tak boleh ngelat makan lagi.. Memang tadi pun beliau langsung tak makan, susah hati dengan keadaan husband beliau.. Semoga husband beliau cepat sembuh seperti sediakala... Amin.. amin.. amin ya rabb..

Hepi Born Day Adikku, Sayang.

Assalamualaikum..

Ini adalah short entry,

Hepi Born Day untuk adikku Sharatul Nadia B Jamal..Tak sangka dah tua kan.. Dah boleh kawin dah ni..:)
Maafla tiada hadiah untuk tahun ini.. Takde hadiah pun umur tetap meningkat kan? Semoga segala yang dihajati, yang diceburi akan sentiasa dirahmati. Jaga diri baik-baik.. kami sentiasa menyayangi muah..muah muah!

Dari,
kakak & abangmu...:)

Thursday 17 May 2012

Sudah Berubah Wajah..Thanx adik :)

Assalamualaikum..

Ada perasan tak sesuatu sudah berlaku di rumah ini? perasan tak? ke tak perasan? kepada yang tak perasan tu... meh nak bagitahu.. rumah ini sudah pun berubah wajah.. selalunya sebelum ini, kalau berubah pun tetap nak fully pink color tau. But now, bertukar ke green color. Baru je minat ni.. rasa cam tenang je.. walaupun hijau, tetap juga ada selit pink kan? memang tak boleh lari juga...:) Kalau dah memang addict dengan pink tu, tetap la ada juga.. Saya suka sangat dengan rumah baru saya ni..

Sebenarnya bab tancap rumah ni, bukanlah kerja saya. Saya memang totally out kalau bab edit guna coding ni. Memang tak boleh masuk ilmu coding ni dalam kepala. Tapikan, saya masih juga bernasib baik. kenapa ya?

Saya mempunyai seorang adik perempuan yang sangat aktif menggunakan coding ni. Minat sejak zaman sekolah menengah.. Kalau bab edit gambar, edit blog, tak kisahla asalkan bab adjust semua tuu.. memang beliau sangat suka. bak kata abah saya, sangat addict dengan minatnya! Seharian mengadap lappy pun tidak mengapa.. Selain itu beliau sangat aktif dengan camera besarnya. Aktif dengan dunia photographer. Ini juga minatnya dari dulu.. Oleh kerana beliau mempunyai kepakaran begini, dan kini sedang ambil mood nak sambung stadi di peringkat yang lebih tinggi,( cuti lama la katakan ) tiada kerja beliau nak buatkan, saya tempah beliau untuk kerja-kerja coding ni.. Hasilnya saya sangat berpuas hati..:)

Beliau juga memang selalu ambil tempahan dari kawan-kawan yang lain.. tak mahal pun. semua orang mampu .. heheheee.. Sebenarnya kata beliau, beliau edit meng'edit' ni hanya memenuhkan masa lapang.. Sementara menunggu untuk sambung stadi lagi. Di samping itu boleh tajamkan lagi skill kan.

Selain itu beliau juga ada ambil shoot untuk pre wedding. Sekarang tengah ada promotion untuk itu. Kalau nak tahu lebih lanjut tentang tempahan, tentang apa sahaja berkaitan ini boleh jenguk beliau di laman blog beliau Farsha Shamsudin atau di laman facebook Farsya Shamsudin ...

Mari tengok hasil kerjanya yang berkaitan tentang blog ni...
Header yang beliau pernah buat yang masih ada dalam simpanan saya,

Yang ini untuk cover photo timeline facebook,

Janganlah pelik ye sekiranya penuh hasil kerjanya hanya ada saya. Memang ini ada dalam simpanan saya kerana beliau buat untuk saya kan.. Untuk orang lain, memang tiadalah dalam simpanan saya..:)
Baru-baru ini saya ada ke Bukit Tinggi untuk shoot.. Ini adalah hasil tangan beliau, Pre Anniversary - Japanese Village ..

Sekian entri untuk kali ini...:)

Wednesday 16 May 2012

Perbezaan dulu & kini..

Assalamualaikum..

Ini zaman mula-mula kahwin.. sangat chubby ok.. berat almost 54 kg.

Ini adalah sekarang.. setelah empat tahun berkahwin.. now 48 kg..:)

p/s * Ada perbezaan kan...

Monday 14 May 2012

Oh Apam Balik!

Assalamualaikum..

Hello Monday! Alhamdulillah harini tiada Monday Blues, walaupun cuti dua hari banyak kerja rumah yang perlu dilakukan..Semangat punch card as a housewife pada Jumaat lepas. Terus-terusan melakukan kerja rumah.. Maklumlah, bila ada kerjaya ni.. rumah umpama terabai sikit.. Balik kerja je, dah penat. Maka urusan kerja rumah selalu jatuh pada Sabtu iaitu waktu cuti..

Tapi tak juga, kadang-kadang ikut pada kerajinan. Bila datang mood rajin yang tersangat tu, balik kerja pun boleh terus lakukan kerja rumah..tapi, lepas tu, bila dah nak masuk tidur barulah rasa letih yang teramat sangat.. Cuti dua hari ni, memang tiada kemana pun.. ambil mood feeling duduk rumah.. Selalunya memang keluar, ada je programnya dengan En Kanda, tapi untuk cuti ni, bermalasan saje di rumah..malas nak bersiap-siap cantik-cantik untuk keluar. Nak keluar pun malas kan? memang kadangkala mood swing sikit..heheheee...

Nak cerita lagi ni.. Minggu lepas, tekak ni asyikla teringatkan apam balik.. oh apam balik! setiap kali nak pergi beli, mesti abg apam balik tu dah tutup gerainya. Yelah, lambat sampai kan.. Selagi tak dapatkan apam balik tu, setiap hari juga bercakap kat En Kanda nak apam balik.. apa la nak jadi kan.. En Kanda pun sudah runsing. Setiap kali sampai ke gerai tu, memang dah tutup..

Tapi agaknya memang dah rezeki saya, pada Jumaat lepas En Kanda pulang agak lewat dari biasa.. saya memang dah sampai rumah dulu.. sambil-sambil masak untuk makan malam, En Kanda pun sampai. Tak sangka pula ada apam baliknyaa.. siap beli banyak pulak tu.. macamlah ramai sangat nak makan kan.. Sedangkan hanya saya & En Kanda sahaja yang makan pun. Betul-betul la hilang kempunan apam balik. Alhamdulillah, tiada lagi tekak ni mengada-ngada nak apam balik.

Apam balik garing.. Sedap betul!

Saya memang suka sangat makan apam balik garing. Hanya ada satu tempat yang bagi saya sangat sedap apam baliknya.. nak tau? di Greenwood.. betul-betul di depan 7 Eleven..Memang kalau nak cari apam balik atau tekak datang menggila nak makan apam balik, memang kesini lah mencarinya.

Untuk En Kanda, terima kasih sebab cuba juga gigihkan diri tu setiap hari ke gerai abang ni. Akhirnya memang rezeki saya juga.. :)

Thursday 10 May 2012

Diakui..dia cantik..sungguh cantik!

Assalamualaikum..
Perkongsian di hari Jumaat,Penghulu segala hari..

Diakui..dia cantik..sungguh cantik!
Bila upload saja gambar,
Ramai yang memuji,
Jumlah 'like' apatah lagi,
Istimewanya..majoriti dari kaum Adam!
Ohh..sungguh teruja!

Namun sayang 1000 kali sayang,
Tanpa sedar,
Dia sebenarnya..
Telah me"rela"kan dirinya,
Menjadi santapan rakus pandangan sang lelaki!

Sedang hakikat wanita itu,
Saidatina Aisyah RA pernah mengatakan,
“Sebaik-baik wanita adalah yang tidak memandang dan tidak dipandang.”

Wednesday 9 May 2012

Kasut Lagi..

Assalamualaikum..

Dari sudut tepi..

Dari sudut atas..

Terima kasih pada yang bagi ni...:)

Tuesday 8 May 2012

Celebrate Birthday Notty Boy!

Assalamualaikum..

Setiap kali nak mengarang blog je, mesti dah petang.. Hanya masa begini sahaja yang dapat nak mengarang ni. Kerja pun dah siap.. ehh? yeke dah siap.. Sebenarnya bawa ke esok. tuela kan.. suka sangat buat kerja bertangguh.. Bila dah menimbun mulalah nak merungut.. Itulah saya! Dah banyak kali pesan dalam diri, buat kerja tu biar habis.. so, kerja esok boleh buat.. tapi tuelah.. macam tu jugeee.. bila nak jadi rajin ni? hehehe
Takpelah yang penting semua kerja siap sebelum waktunya.. :)

Malam semalam, MIL ada call katanya nak celebrate birthday cucunya yang sorang nii.. memang sorang je cucu MIL buat sementara waktu ni.. Ada la buat makan-makan sikit.. ala, makan untuk keluarga je.. dalam untuk keluarga je tu, sekali datang, mak aiii! banyak juga MIL ni masak. Mana yang kakak ipar bawak balik sate ayam, perut, daging.. sekali dengan kek Secret Recipe.. sikit punya besar kek nyeee..MIL pula masak mee grg yg penuh satu kuali besar, dengan nasi impit nyeee... waahh! ini bukan untuk keluarga je tau.. boleh lagi dua atau tiga keluarga lagi..Itulah MIL.. memang kalau masak, sekaligus banyak punyee..

Majlis makan-makan tu bermula lebih kurang pukul 9.00malam macam tuu.. si anak buah yang notty tuu, konon malu-malu nak tiup lilin.. tau pula die segan.. Bila masa nak tiup lilin tuu, keluar la muka manja die.. huhu.. agaknye teruja ramai-ramai nyanyi lagu untuk die kan.. so sweet! 

Untuk anak buah, Muhammad Danish Haikal yang berumur baru lima tahun.. Semoga Danish menjadi anak yang soleh, dengar kata ibu dan ayah.. Nanti belajar pandai-pandai.. boleh beli kereta BMelayu..( beliau panggil BMW tu macam tuu )addict betul die dengan BMW nii..Kalau tengokkan die ni, macam tak percaya baru lima tahun.. dah macam orang dewasa pangainyaaa... 

Inilah dia notty boy yang sambut birthday..

Kek yang ditaja oleh makngah & pakngah..

Nasi impit ...

Mee goreng.. nampak je sikit ni.. penuh satu kuali masak.

Sate yang ditaja..

Oppss! ada lagi MIL masak.. Cekodok pisang.. tak sempat nak snap.. hehehe.. banyakkan? memang tak terhabis makanan semua ni.. sampai kena bawa tapau balik.. tapi saya hanya tapau balik cekodok pisang je.. yang lain memang tak mampu nak tapau.. bukan apa, kalau tapau pun, kat rumah takde orang nak makan.. En Kanda juga sudah kekenyangan.. dari pembaziran berlaku, baiklah tak tapau kan..:)

Terima kasih untuk MIL yang buat makan-makan ni.. sangat kenyang.. Sedap pulak tuu! Untuk kakak ipar & abg ipar ( makngah & pakngah ) terima kasih juga taja sate yang sedap ituu.. puas hati dapat makan satee..tak sabar nak tunggu anak buah baru pulaaa.. InsyaAllah.. Semoga segalanya dipermudahkan kakak.. :)

Saturday 5 May 2012

Barbeque sambil layan Arsenal VS Norwich

Assalamualaikum.. :)

Alahai.. Cuti hujung minggu macam tak cuti rasanya. Bila cuti je cepat sahaja masa tu kan.. memang masa mencemburui. Banyak juga selesai kerja-kerja rumah.. Cuma sekarang tinggal lipat kain dan gosok baju kerja untuk seminggu.. Memang suka sangat gosok baju sekaligus. Saya ni bukannya rajin nak gosok hari-hari. Baiklah rajinkan diri untuk menggosok seminggu sekaligus kan..

Pada hari ini, seperti yang sudah diwar-warkan saya sibuk dengan aktiviti nak berbbq.. selesai juga berbbq tuu..Tahniah untuk diri sendiri kerana sampai tak tidur sibuk nak perap memerap ayam bersama En Kanda juga dua lagi sahabat iaitu Abg Azli & kak Echa.. Terima kasih buat mereka sebab sudi membantu, juga bagi kami buat seperti rumah sendiri sewaktu aktiviti perap memerap..:) maklumlah aktiviti tersebut dilakukan di rumah mereka..

Penat juga nak mengupas bawang bagai..

Lebih kurang 11kg ayam yang perlu dibersihkan..

Kak Echa & ..... sibuk gaul ayam untuk diperap..

Sesi perap memerap ayam ni hanya selesai pada pukul 5.20pagi.. Boleh la pulak tahan mata..pelik juga kan..
hanya pulang ke rumah pada pukul 7.00pagi.. Sampai sahaja rumah, memang terus pengsan!

Tepat pukul 5.00 petang, adik memang dah sampai rumah.. kena la gerak awal untuk ke Wangsamaju.. Macam-macam nak kena buat bila nak ber bbq ni kan.. Sebelum tengok bola Arsenal VS Norwich, sesi bakar membakar dimulakan..

Ayam yang sudah diperap.. nak dibakar ni..

Sesi bakar membakar..

Sosej pun ada tau!

Selain bakar membakar tuu, ada sambutan hari jadi juga..
Selamat Hari Jadi untuk Salleh ( sanggup datang dari Melaka ), Haniey Piko & adik Sara yang tomey..:)

Birthday girl.. pandai posing kan?

Cik Haniey Piko yang terlambat sampai.. Maka beliau kena tiup lilin sorang2..: )

Abang-abang Gooners yang sibuk panjat memanjat untuk memasang banner..

Seronok sambil bakar membakar, sambil makan sampai tak ingat.. sambil tengok bola.. tak kisah la walaupun Arsenal seri dengan Norwich.. tak kisah juga apa orang nak kata tentang Arsenal.. Arsenal tetap juga dihati.. :)

Apapun barbeque untuk kali ini sangat enjoy! Sekian...:)

Friday 4 May 2012

Happy Weekend!

Assalamualaikum..

Sekarang ni pun dah petang.. ikutkan memang dah time limit.. Kena Punch Card as House Wife pula.. Tapi, saya masih di tempat kerja.. bukanlah nak kata kerja banyak sangat.. Masih menunggu En Kanda Tercinta habis kerja.. Setiap hari pun memang pulang ke rumah berdua. Mungkin ada sehari dua tu pulang bersendirian..

Semenjak En Kanda bertukar environment ni, memang setiap hari pun, balik kerja lambat. Nak buat cemana, memang time masuk kerjanya pun lagi lambat dari saya. So, baliknya pun lambat la jugakan?Tapi takpe, yang penting En Kanda sangat teruja dengan environment yang baru ini..

Yeay! Esok dah hari Sabtu? Nak pergi mana ye? So far masih belum ada perancangan tapi sebelah malamnya nak ber bbq..tak sabarnya.. malam ni perlu beli makanan mentah untuk ber bbq esok. Dah lama betul tak bakar membakar ni..

Bila cakap sahaja cuti di hujung minggu, sebelah malamnya ni.. kenalah buat kerja rumah pula..Itulah kan.. bila hari biasa sibuk sangat dengan kerja tapi bila di hujung minggu pun masih banyak kerja yang perlu dilakukan.. maka tiadalah maknanya dengan istilah bermalas-malasan di rumah.. 

Apapun, Selamat Ber Weekend kawan-kawan.. Enjoy!

Aku Hanya Wanita Biasa

Assalamualaikum..

Aku Yang Kau Kahwini Adalah Wanita Biasa
Kepadamu yang menjadi pendampingku
Terima kasih kerana telah memilihku di antara ribuan bidadari di luar sana yang siap untuk kau pilih.. Sedangkan kau begitu tahu, aku hanya wanita biasa,yang sangat jauh dari sempurna.

Kerananya ku ingin kau tahu,
aku bukan wanita yang sempurna,
aku begitu banyak kekurangan.

Maka ketahuilah..

Aku tak sebijak bunda khadijah,
kerananya ku ingin kau tahu,
aku boleh saja berbuat salah dan begitu menyebalkan.

Maka ku mohon padamu, bijaklah dalam menghadapiku,
jangan marah padaku,
nasihati aku dengan hikmah,
kerana bagiku kaulah pemimpinku,
tak akan berani ku membangkang padamu..

Ingatlah, tak selamanya aku dapat nampak cantik di matamu,
ada kalanya aku akan begitu kusam dan jelek.
Mungkin kerana aku begitu sibuk di dapur,
menyiapkan makan untuk kau dan malaikat-malaikat kita nanti
–insya’Allah-.

Maka aku akan tampak kotor dan berbau asap.
Atau kerana seharian ku harus membenahi istana kecil kita,
agar kau dan malaikat kita dapat tinggal dengan nyaman dan sihat.

Maka mungkin aku tak sempat berdandan untuk menyambutmu sepulang bekerja..
maka tegurlah aku, dan khabarkan padaku dengan lemah lembut dan bijaksana…

Ketahuilah, mungkin ada saatnya, aku tak sesabar Fatimah,
ada kalanya kau akan menemukanku begitu marah,
menangis dan tak terkawal,
bukan kerana ku membangkang padamu,
tapi aku hanya wanita biasa,
aku juga memerlukan tempat untuk menumpahkan beban di hatiku,
tempat untuk melepaskan penatku,
dan mungkin saat itu aku tak menemukanmu,
atau kau begitu sibuk dengan pekerjaanmu,

maka bersabarlah,
yang aku perlukan hanya pelukan dan belaianmu..
Kerana bagiku kau adalah titisan embun yang mampu memadamkan segala resahku...

Padamu yang menjadi kekasih hati dan teman dalam hidupku..

Seiring berjalannya waktu,
kau akan menemukan rambutku yang dulu hitam legam dan indah,
akan menipis dan memutih.
Kulitku yang bersih akan mulai keriput.
Tanganku yang halus akan menjadi kasar..
Dan kau tak akan menemukanku sebagai wanita cantik,
yang kau khitbah puluhan tahun yang lalu..

Bukan wanita muda yang selalu menyenangkan matamu..
Maka jangan pernah berpaling dariku..
Kerana satu yang tak pernah berubah,
bahkan sejak dulu akan terus bertambah,
iaitu rasa cintaku padamu..

Ketahuilah..
Tiap harinya, tiap jam, minit dan detiknya,
telah aku lewati dengan selalu jatuh cinta padamu..

Maka, cintailah aku,
dengan apa adanya aku..
Jangan berharap aku menjadi wanita sempurna..

Maafkan aku kerana aku bukan puteri..
Aku hanya wanita biasa….
terimalah aku apa adanya
semoga kita sama-sama bahagia…

Wednesday 2 May 2012

4 Years Already..Alhamdulillah..

Assalamualaikum..

Aww! mood gedik menjadi.jadi..

Salam hari Rabu untuk semua.. sekejap je dah hari Rabu.. Pejam celik pejam celik dah setengah tahun dah.. Pejam celik juga rupanya dah genap Empat Tahun Perkahwinan saya dan En Kanda.. Alhamdulillah. Syukur kepadaNYA.. Sepanjang empat tahun ni, banyak cerita.. banyak kisah di dalamnya.. Ada suka Ada duka.. 

Setiap tahun berbagai- bagai bentuk dan cara nak sambut sempena hari ulangtahun.. ibu selalu cakap' kalau tak sambut pun tetap juga naik angkanya' memang benar la ibu.. tapi sometimes nak juga sambutkan.. Untuk tahun ni, tiada yang spesel sangat laa.. tidak seperti tahun lepas dan lepas2nya.. tahun yang sangat simple. Cuma tarikhnya saja yang tidak dilupakan..:)

Pada 1st May tu, hanya keluar dating dengan En Kanda..keluar pergi menonton.. hanya balik sebelum subuh.. selepas itu, keluar makan2.. only two of us.. bak kata orang, lebih menghargai masa bersama la tika itu..Kalau tahun yang lepas2, mungkin dah ke sesuatu tempat untuk meraikan.. tapi, untuk tahun ini, mungkin akhir tahun kot baru boleh bercuti sakan. Sekarang ni sejak dari awal tahun sehingga kini, tak habis2 lagi sibuknya. Entah bila nak habis sibuk pun tak tahu.. Oleh kerana itu, terpaksa ditangguhkan dulu kalau bab2 cuti ni..

Untuk En Kanda, terima kasih kerana telah memberi yang terbaik sepanjang perkahwinan kita nii.. Semoga En Kanda akan sentiasa dimurahkan rezeki yang melimpah ruah.. bolehla kite sharing kan..:)

Khas Untuk En Kanda..