Saturday, 31 August 2013

Anak Itu adalah amanah, anugerah juga ujian dari Allah..

Assalamualaikum Semua.

" Ketahuilah bahawa harta benda kamu & anak-anak kamu itu hanyalah ujian, dan sesungguhnya disisi Allah jualah pahala yang besar " ( Al Anfaal:28 )

Terima kasih buat keluarga & sahabat kerana sehingga kini memberi farah kata-kata semangat. Farah bersyukur dianugerahkan OlehNYA Muhammad Hafeey, zuriat farah & suami. Walaupun kami hanya diberi peluang merasa secebis rasa kasih & sayang padanya tapi kami bersyukur. Dari dalam perut lagi Muhammad Hafeey tidak pernah menyusahkan farah. Dari mula wujudnya dia sehingga perginya Muhammad Hafeey buat selamanya.Tiada langsung menyusahkan farah. Allah, Muhammad Hafeey sememangnya tidak banyak ragam. Malah Muhammad Hafeey banyak mengajar farah erti sabar. Istimewanya Muhammad Hafeey sentiasa akan ingatkan farah tentang solat terutamanya ketika subuh. 

Sehingga kini pantang pun hampir selesai, setiap kali pegang perut terasa-rasa seperti adanya Muhammad Hafeey. Setiap orang ujiannYA berbeza-beza kan. Anak juga adalah ujian dariNYA. Farah pula, Allah menguji dengan "mengambil semula" PinjamanNYA. Farah & suami percaya setiap yang berlaku ada hikmahNya. Sentiasa bersangka baik PadaNYA. Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyanyang. Semoga farah & suami diberi kesabaran & ketabahan untuk menghadapi hari mendatang. 

Harini genap 68 hari Muhammad Hafeey meninggalkan farah & suami. Al Fatihah..

Monday, 5 August 2013

Allah knows..:)) InsyaAllah..

Assalamualaikum Semua.

Wah wah! Jalanraya sekitar KL ni dah sentiasa sesak siang malam. Penuh dengan orang yang shopping last minit. Nak masuk KL pun macam tak lalu. Bersempit sana sini. Bila dah jadi begini, ini bermakna syawal semakin menghampiri. Tinggal lagi dua hari je kan? Ramadhan juga bakal melabuhkan tirainya. Tahun ni fara tak berpuasa selama sebulan. InsyaAllah akan diganti sepenuhnya sebelum memulakan kerja akhir Septemper ini. 

Sekarang ni dengar lagu raya pun takde feeeling. Eh? kenapa jadi gini? ntahlaa.. agaknya sebab tak berpuasa kot.. Bila tengok sana sini shopping baju untuk baby masing-masing, ingatan pada Muhammad Hafeey terus ada. Kawan-kawan selalu berkata " fara, you are strong", kalau jadi pada mereka entah apa la jadi. Ouch! fara tidakla sekuat mana, tidakla juga setabah mana. Mungkin kerana itu fara & en suami adalah orang yang terpilih untuk menerima ini semua. Bukan tiada sebak, bukan tiada ingatan pada  Muhamma Hafeey, tapi mungkin semua under control. Kadang-kadang terbayang juga, kalau Muhammad Hafeey masih ada, mesti fara & en suami orang yang paling sibuk kott.. Yela, tahun ni tahun bertiga..:)

Mula-mula dulu selalu juga menatap gambar Muhammad Hafeey. Tapi kini tidak lagi. Nak tahu kenapa? kerana wajah Muhammad Hafeey sentiasa dihati. Tak perlu untuk menatap selalu. Bila rindu, sentiasa berzikir.. video-video Muhammad  Hafeey di dalam perut pun masih disimpan rapi. Owh, kenangan itu sentiasa terpahat. Rindu nak bagi Muhammad Hafeey adik. Tak sabar nak tunjuk kepada bakal adiknya yang abangnya sangat sempurna. 

Fara & en suami mohon pada ahli keluarga, kawan-kawan yang sempat menatap wajah Muhammad Hafeey tu, bila teringatkan Muhammad Hafeey, sedekahkan Al Fatihah padanya. Tak perlu bersedih, meratap pemergiannya kerana fara & en suami sentiasa dalam keadaan tenang. Malahan kini kami sangat bersyukur kami diberi ganjaran ini. Alhamdulillah.:))

My life may not be going the way I Planned It, but it is going Exactly the way Allah planned it.

Friday, 2 August 2013

Berpantang Cara Kampung.. :) Terima kasih ibu..

Assalamualaikum Semua.

Salam Jumaat. Dah nak rayakan? lagi beberapa hari je. fara? memang takda mood raya. Shopping pun ala kadar. Cukuplah apa yang ada. Langsir raya, kuih raya jua takda. Ini kerana masih lagi berada di rumah ibu. Hanya akan pulang ke rumah sendiri akhir bulan Ogos, InsyaAllah.. Baju raya? baju raya fara pun memang dah sedia ada tinggal En Suami je kena beli lain untuk mengikut tema fara. owhhh! memang tak terasa nak beraya.. nak tahu tahun ni tema apa? kena tunggu raya laaa. Baru boleh upload kat facebook & insta.. :))

Ada juga yang bertanya pada fara di insta & facebook nampak fara kurus sekarang ni. Memang fara akui berat fara turun sangat. Lagi ringan dari fara yang sebelum preggy. Fara sendiri pun bila tengok diri kat cermin, Allah nampak macam cengkung.. baju2 lama pun dah longgar benar. Tula, dulu sebelum preggy sibuk sangat nak kurus, memang Allah makbulkan. Kurus dari sebelum ni..

Ada juga yang pm di facebook tips dari fara untuk kurus. Erkk? terus terang disini fara mana ada tips. Pantang macam orang lain juga. owh, yela pantang ikut cara masing-masingkan?
nak tahu cara fara berpantang? hurm, selepas czer, dapat je discharge memang terus berpantang cara kampung. 100% tradisional,okeh! Setiap hari dalam masa  seminggu tuu, ibu & En Suami yang uruskan fara. Fara minum pati haruan ( tak banyak pun ), mandi setiap pagi dengan air serai wangi,Habis je serai wangi, mandi pula dengan air mengkudu. Segar sangat rasanya, bertungku menggunakan batu sungai dibalut bersama daun mengkudu, hanya makan bubur sepanjang seminggu, makan ikan haruan fresh, makan sunkist sebanyak yang boleh ( memang feberet sunkist, oleh itu tiada masalah ). Untuk mengecutkan rahim fara guna kapur + perahan air limau. Memang sentiasa letak kat perut. Berhasil! 

Tungku dikaki dulu..

Selain tu, selepas mandi fara akan minum air ibu kunyit & air cekur! Air ibu kunyit memang boleh telan tapi cekur tuu, erkkkk.. nak baik cepat harus minum dengan jayanya. Selepas seminggu, fara dah mula minum ginseng yang En Suami belikan. Ginseng tu hanya boleh tahan untuk dua minggu dan En Suami akan belikan lagi untuk hari-hari berikutnya. Harga tak mahal sangat. Harga mampu beli. 

Ni Ginsengnyaa..

Seriously, baru minum dua hari fara rasa badan sangat sihat. Hari ke lapan berpantang, fara dah boleh naik tukar tempat tidur keatas. Hari ke sepuluh fara dah boleh menguruskan semuanya sendiri. tak percaya? cubalah ye..:)) En Suami pun macam tak percaya. Tapi itulah kebenarannya. Disamping itu kaki pun memang sentiasa berstokin + memakai kasut pooh yang tebal tuu. Dikaki memang sentiasa letak minyak panas yang ibu buat.

Kasut Pooh yang sentiasa menjadi peneman.

Makan juga memang dipantau oleh ibu & En Suami. Ada yang orang lain tak bole makan, tapi fara bole makan. yela, lain orang lain rasakan? Lain kulitkan? Tapi sampai kini pun dalam masakan pasti ada blackpepper..

 Ikan Haruan masak stim yang dimasak oleh En Suami. :))

Ayam KRR Blackpepper! Yummy!!

Makanan yang sejuk memang fara tak makan, memang pantang betul. badan nak guna lamakan? kena la pantang betul-betul. 

Ni snap semalam. Sehingga membawa Muhammad Hafeey berat fara 58kg, sekarang tinggal 46kg. Bagi fara terpulang pada seseorang tu nak berpantang cara apapun, ikutla cara masing-masingkan. Mungkin ada yang berkata fara baru anak sorang bolehla cakap, tapi bagi fara tak kisahla anak pertama atau dua atau tiga, berpantang dengan cara kampung memang berhasil. Untung juga masih ada ibu. Dapat juga petua-petua kampung yang bole diturunkan pada fara..:))

Bukan saja-saja nak tulis cara fara berpantang, tapi ramai sangat yang dah pm maka fara hanya sharing disini. Inila cara fara, lain orang lain cara..betul tak?

Thursday, 1 August 2013

Perancangan Allah Adalah Yang Terbaik Untuk Kami Suami Isteri.

Assalamualaikum Semua.

Permulaan dulu bila publish di facebook tentang perginya Muhammad Hafeey buat selamanya, ramailah kawan-kawan yang dikenali atau tidak dikenali ( hanya berkawan di alam maya sahaja ) bertanya mengapa, bagaimana , apa dan pertanyaan sewaktu dengannya apa puncanya berlaku begini.

Memang tak tahu nak jawab, kena pulak emosi ketika itu masih tidak stabil. En suami juga ditimbuni persoalan yang begitu bertubi-tubi di inbox facebook juga di talian telefon.. dah terasa macam artis pulak bila ramai kawan-kawan yang ambil berat. Begitu juga dengan saudara mara yang dah tau tu telefon, tak cukup itu sms pulaa.

Disini dan waktu ini barula fara bole jawab segala pertanyaan korang semua. Sebenarnya memang tiada jawapan apa puncanya jadi begini. Result DR baru ni dah terbukti segalanya. DR berkata, segalanya ok. Waktu itu, selepas tahu result ni, fara pandang En Suami, En Suami pun pandang fara juga. Maka terbuktilah, memang benar Allah boleh ambil HAKnya apabila masanya. Mungkin Muhammad Hafeey sudah berjanji dengan Maha Pencipta. 

Tapi takpe, fara & En Suami memang terima segalanya dengan terbuka. Kami tahu orang lain nampak ini adalah satu Ujian untuk kami TAPI kami pula menggangap ini satu Ganjaran yan besar  untuk kami. Rezeki kami untuk mendapat Anak Syurga. Teringat-ingat ibu selalu berpesan dari mula tahu wujudnya Muhammad Hafeey sehingga cukupnya bulan bahawa didikla Muhammad Hafeey dengan didikan agama sepenuhnya. kalau boleh ke sekolah agama.. Allah, rupanya terbukti Muhammad Hafeey ini menjadi Ahli Syurga!

Sepanjang Muhammad Hafeey dalam perut, bukan sahaja senang membawanya malah dia juga pembawa rezeki.. Alhamdulillah! Sehingga kini pun rezeki anak itu  masih berterusan. Rezeki itu bukan sahaja dari segi wang ringgit sahaja malah rezeki lain juga. Allahuakbar! Terasa seperti nama Muhammad Hafeey ini sangat sesuai untuknya yang bermaksud KemuliaanKu. Rezeki yang kami dapat ini dikongsi bersama mereka yg disekeliling juga. Walaupun tak banyak, tapi bersyukur rezeki ini berterusan dan semoga berterusan selamanya. Amin..

Sememangnya perancangan Allah adalah yang terbaik. 
Hasbunallah wa ni'mal wakiil ( cukuplah Allah menjadi penolong kami & Allah adalah sebaik-baik pelindung )