Salam Jumaat. Dah nak rayakan? lagi beberapa hari je. fara? memang takda mood raya. Shopping pun ala kadar. Cukuplah apa yang ada. Langsir raya, kuih raya jua takda. Ini kerana masih lagi berada di rumah ibu. Hanya akan pulang ke rumah sendiri akhir bulan Ogos, InsyaAllah.. Baju raya? baju raya fara pun memang dah sedia ada tinggal En Suami je kena beli lain untuk mengikut tema fara. owhhh! memang tak terasa nak beraya.. nak tahu tahun ni tema apa? kena tunggu raya laaa. Baru boleh upload kat facebook & insta.. :))
Ada juga yang bertanya pada fara di insta & facebook nampak fara kurus sekarang ni. Memang fara akui berat fara turun sangat. Lagi ringan dari fara yang sebelum preggy. Fara sendiri pun bila tengok diri kat cermin, Allah nampak macam cengkung.. baju2 lama pun dah longgar benar. Tula, dulu sebelum preggy sibuk sangat nak kurus, memang Allah makbulkan. Kurus dari sebelum ni..
Ada juga yang pm di facebook tips dari fara untuk kurus. Erkk? terus terang disini fara mana ada tips. Pantang macam orang lain juga. owh, yela pantang ikut cara masing-masingkan?
nak tahu cara fara berpantang? hurm, selepas czer, dapat je discharge memang terus berpantang cara kampung. 100% tradisional,okeh! Setiap hari dalam masa seminggu tuu, ibu & En Suami yang uruskan fara. Fara minum pati haruan ( tak banyak pun ), mandi setiap pagi dengan air serai wangi,Habis je serai wangi, mandi pula dengan air mengkudu. Segar sangat rasanya, bertungku menggunakan batu sungai dibalut bersama daun mengkudu, hanya makan bubur sepanjang seminggu, makan ikan haruan fresh, makan sunkist sebanyak yang boleh ( memang feberet sunkist, oleh itu tiada masalah ). Untuk mengecutkan rahim fara guna kapur + perahan air limau. Memang sentiasa letak kat perut. Berhasil!
Tungku dikaki dulu..
Selain tu, selepas mandi fara akan minum air ibu kunyit & air cekur! Air ibu kunyit memang boleh telan tapi cekur tuu, erkkkk.. nak baik cepat harus minum dengan jayanya. Selepas seminggu, fara dah mula minum ginseng yang En Suami belikan. Ginseng tu hanya boleh tahan untuk dua minggu dan En Suami akan belikan lagi untuk hari-hari berikutnya. Harga tak mahal sangat. Harga mampu beli.
Ni Ginsengnyaa..
Seriously, baru minum dua hari fara rasa badan sangat sihat. Hari ke lapan berpantang, fara dah boleh naik tukar tempat tidur keatas. Hari ke sepuluh fara dah boleh menguruskan semuanya sendiri. tak percaya? cubalah ye..:)) En Suami pun macam tak percaya. Tapi itulah kebenarannya. Disamping itu kaki pun memang sentiasa berstokin + memakai kasut pooh yang tebal tuu. Dikaki memang sentiasa letak minyak panas yang ibu buat.
Kasut Pooh yang sentiasa menjadi peneman.
Makan juga memang dipantau oleh ibu & En Suami. Ada yang orang lain tak bole makan, tapi fara bole makan. yela, lain orang lain rasakan? Lain kulitkan? Tapi sampai kini pun dalam masakan pasti ada blackpepper..
Ikan Haruan masak stim yang dimasak oleh En Suami. :))
Ayam KRR Blackpepper! Yummy!!
Makanan yang sejuk memang fara tak makan, memang pantang betul. badan nak guna lamakan? kena la pantang betul-betul.
Ni snap semalam. Sehingga membawa Muhammad Hafeey berat fara 58kg, sekarang tinggal 46kg. Bagi fara terpulang pada seseorang tu nak berpantang cara apapun, ikutla cara masing-masingkan. Mungkin ada yang berkata fara baru anak sorang bolehla cakap, tapi bagi fara tak kisahla anak pertama atau dua atau tiga, berpantang dengan cara kampung memang berhasil. Untung juga masih ada ibu. Dapat juga petua-petua kampung yang bole diturunkan pada fara..:))
Bukan saja-saja nak tulis cara fara berpantang, tapi ramai sangat yang dah pm maka fara hanya sharing disini. Inila cara fara, lain orang lain cara..betul tak?
Gingseng sama ayamnya enak banget kak :-)
ReplyDeletesy pantang cara kmapung gak.ramai tegur dh kurus juga.ye la anak amik semua isi ibu.hehe
ReplyDeleteWuiyo 46 tu kurang 1 kg je berat zaman anak dara den! Huahua... tapi kan kite rase kite tau ape yg menyebabkan turun tu hehe. Sbb dulu jiran penah cakap dia amal minum air ibu kunyit ngan danu inai hari2. Badan slim okeh walhal anak dah 6! BTW, Farah Selamat Hari raya! Jemput Singgah: Salam Aidilfitri 1434
ReplyDeletePantang cara kg memang best....
ReplyDeleteSalam singgah, macam ni pantang rupanya. Semoga menjadi ibu yang solehah. studioous.blogspot.com
ReplyDeletejom visit blog saya
ReplyDeletehttp://roketcokelat.blogspot.com/
tq
ginseng tu brand n nama ape? beli mn ye
ReplyDeleteterima kasih berkongsi kisah berpantang, perkongsian yang sangat membantu. untuk nutrisi lengkap semasa berpantang , boleh juga mengambil supplement..
ReplyDeleteWah.. Perkongsian yang sangat menarik. Tq admin.. Pantang Larang Semasa Berpantang
ReplyDelete
ReplyDeleteشركة كشف تسربات المياه بسيهات
شركة كشف تسربات المياه بصفوى