Ada segelintir kaum suami mudah mencari perempuan lain kerana menganggap isteri mereka sudah tidak cantik, nampak tua,gemuk.. Tapi tahukan anda semua wahai kaum suami sebab-sebab yang menjadikan para wanita khususnya isteri & ibu cepat nampak tidak menarik di mata anda?
1. Tahukah anda, jika kita makan dengan perlahan dan mengunyah makanan sehingga benar-benar hancur, itu akan membantu proses penghadaman kita, sekaligus mengelakkan kita gemuk.. tetapi kasihan kaum ibu ni,terpaksa makan laju-laju, telan terus tanpa sempat dikunyah kerana nak memujuk anaknya yang menangis. Tapi si suami..layan jer sambung makan, buat-buat tak dengar anaknya menangis. So, wanita pun mudah jadi gemuk sebab makanan tak sempat nak hadam betul-betul.
2. Wanita juga mudah gemuk kerana sifat mereka yang tidak suka membazir. Makanan yang tidak habis dimakan oleh anaknya,maka dialah yg akan menghabiskannya pulak. Sayang katanya... takut membazir.Membazir tukan amalan syaitan. Si suami pulak dengan riaknya mengatakan "kau ni kuat betul makan!"
3. Bila anak menangis tengah malam nak minum susu, bapaknya akan tido mati terus.kalau yang dengar pun buat-buat tido lena sbb malas nak bangun, malas nak ganggu tidonya.wanita lah yang dalam semalam, berapa puluh kali terpaksa bangun membuat susu utk anak.. Bila x cukup tido, mulalah muka nampak letih dan cepat nampak tua. Kedut-kedut pun mula wujud. Masa tu guna Total Effect ker,aper ker... takkan nak hilangnya. Petua utk cantik kan ada dua yang penting,minum air banyak & TIDUR SECUKUPNYA.
4. Dan bagi wanita yang berkerjaya,sudahlah penat bekerja untuk membantu menambah pendapatan keluarga, bila balik rumah, semuanya dialah yang kena uruskan. Dengan perangai anak-anak, perangai bapaknya... nak itu, nak ini.. So,wanita pun membebel, marah-marah... dan bila marah, banyak leter, so cepatlah jadi tua..
Kesimpulannya. ..wanita cepat tua & cepat gemuk adalah disebabkan LELAKI atau lebih tepat lagi SUAMI juga.. Oleh itu,hargailah segala pengorbanan isteri anda. Mungkin sekiranya sehari sahaja isteri anda tiada, dan anda perlu memikul tanggungjawab dia sementara,anda mungkin tidak mampu melakukan seperti dia..
p/s* Terima Kasih kerana sudi membaca ye..*
HA HA PATUT LER..
ReplyDeletebetoi2.. hihii stuju :-)
ReplyDeletekak D: heee..
ReplyDeleteIntan: setuju kan?
suka entry ni =)
ReplyDeletehihi
hihi betul tu farah, dah jadi mak ni mmg takde lah nak makan ala2 model ke apa, segalanya harus cepat & pantas
ReplyDeletekak ita rasa tak betul tu....hubby kak ita tak lah macam tu...alhamddulilah setakat ne..gemuk tu belum kawin dah gemuk..he..he
ReplyDeletea'aj baru perasan ada betulnya..hehehe...dah skrang kita juga kena jaga badan kan..
ReplyDeletekak ita bertuah..kena bersyukur banyak-banyak dpt suami baik..
ReplyDeletettg apa yg farah tulis ni hihi akak rasa ada betulnya juga kot secara x langsung..
Encik somi, sile baca entry ini ahaks! :P
ReplyDeleteMy latest Entry :)
JJCM: Le Chateau De Puah