Salam Jumaat.. dah petang pun.. Sejak kebelakangan ni, kesibukkan semakin menjadi-jadi. Nak mengarang entri pun tak sempat.. inikan pula untuk blogwalking. Ditambahkan pula dengan melayan kesihatan yang agak kurang memuaskan tika ini..
Walaupun kesihatan kurang memuaskan buat masa ini, saya tetap bersyukur kerana kini saya sudah mampu ke tempat kerja.. Banyak lagi kerja-kerja yang tertangguh.. tapi takpe, buat setakat yang mampu dulula kan..
Kali ni penyakitnya datang sekaligus. Pakej demam + athma + sakit tekak + sakit kepala = tak boleh bangun seharian..aduhai.. dugaan betul. Demamnya pula sudah sebeban ubat makan, masih lagi tak baik-baik. Tak mampu nak telan lagi sebenarnya. Tapi oleh kerana nak sembuh dengan segera, gagahkan juga telan ubat-ubat tuu.. Bila sakit ni, selera makan pun takde. Agak mendadak juga berat turun.
Tapi harini, sudah nampak perkembangan yang positif.. suara pun dah ada semula.. selera juga sudah semakin baik. sudah boleh makan tapi deria rasa tu masih kurang memuaskan.. Hanya tinggal demam yang sikit-sikit ni + batuk yang mungkin agak lambat baik + pening kepala..Agaknya kerana kesan ubat kot..
Sepanjang sakit, En Kanda yang menjaga sehingga terpaksa ambil Emergency Leave.. bukan sengaja mengada-ngada tak boleh bangun, tapi memang kali ni tragis benar sakitku.. Satu benda pun tak mampu nak buat.. Apapun terima kasih pada En Kanda kerana menjaga saya dengan baik sepanjang dua hari dirumah yee... :)
Sebelum saya mengalami demam yang tragis ni, pada ujung minggu tuu saya ada keluar berjalan sakan ke Bukit Tinggi.. Pada keesokkannya pula ke Pavilion.. layan Battleship! agaknya kerana berjalan sakan tak hengat dunia, demamku yang lama kembali semula...
Kali ni nak review movie Battleship dulu.. next entry baru cerita Bukit Tinggi pula..
Agaknya saya yang ketinggalan..baru je dapat tengok movie ni.. bila tanya sana sini memang mereka kata bes.. bila tengok sendiri, mula-mula tu agak bosan tapi bila dah sampai pertengahan cerita, makin bes.. memang betul movie ni best.. suka jalan ceritanya..kalau boleh nak tengok sekali lagi..Tapi, dari tengok dua tiga kali baik saya tengok movie Avengers pulaa.. Dah keluar panggung pun kan.. kepada yang nak tengok movie Battleship ni, silakan tengok... :)
battleship memang tak menghampakan!
ReplyDeletemakan ubat dan take care...bagus hubby yg caring ne...
ReplyDeletesemuga cepat-cepat sembuh dr penyakit
ReplyDelete