Pages

Saturday, 14 January 2012

Kadang-kadang menyintai seseorang itu tidak seharusnya memiliki..

Assalamualaikum..


Cintailah seseorang kerana kekurangannya, kerana suatu saat nanti kamu akan bahagia dengan kelebihannya.. dan jangan pernah mencintai seseorang dengan kelebihannya, kerana suatu saat nanti kamu pasti kecewa ketika kamu tahu akan kekurangannyaa...

Bagaimana berlalunya hari-hari tanpa cinta? Hidup tidak akan dapat lari dari cinta..indahnya cinta bila melihat orang yang kita sayangi bahagia walaupun bukan dengan kita..kerana cinta itu bukan mempunyai kekuatan untuk melangkah jauh melihat kebahagiaan si diaa..

Namun dimana hendak mencari sesuatu kekuatan untuk membenarkan rasa yang tersimpan menjadi kenyataan..Sejauh mana lagi hendak kamu sembunyikan selaut kasih itu sedangkan hari-harimu meronta sudut dunia yang dirimu amat menyayangi dirinya..

Kamu merasakan seolah kamu bahagia begini, hanya memandang dari jauh..Jika takut berkata cinta, simpan saja hingga hilang dia.. sesalan tidak ada gunanya jika hanya menunggu saat kehadirannya..

jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa..Tetapi bagaimana kita akan tahu dia memang ditakdirkan untuk kita?Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan akal untuk berfikir...Gunakanlah sebaik-baiknyaa..

Kadangkala kita merasakan rindu pada seseorang tapi hati selalu berkata bahawa aku takut untuk meluahkannya..takut akan merubah segalanya yang indah..mungkin nasib diri bertuah selangit yang cerah..mungkin juga diri akan malang sedalam laut hitam..

Tiada manusia yang akan rugi dengan sesuatu yang tidak pasti..dia mungkin bukan jodoh kita, kita bukan matahari buatnya..Kita mungkin pernah hiaskan hatinya kerana dia sunyi dan mahukan teman dikala sendiri..

Kadang orang berkata,adakah kita tiada rasa atau perasaan..dan sebenarnya orang itu tidak tahu.. kita masih ada harga diri yang tinggi..menanti nilai cinta suci dan bukan hanya semudah menerima sesiapa sahaja...

7 comments:

  1. betul, adakala keadaan tidak mengizinkan untuk bersama kan

    ReplyDelete
  2. ur blog memang pasal cinta je ke ape?

    ReplyDelete
  3. aisyscha: takdelaa tentang cinta je dearr.. kalau baca dari mula-mula memang akan tau..:)

    Pn Kutu: betul tu kak..

    ReplyDelete
  4. betul-betul..tu semua ketentuan allah...

    ReplyDelete