Sepanjang bulan ni, adalah masa sakit untuk En Hubby..Sehingga satu tahap, agaknya dah tak tahan sakit, kena lah juga masuk hospital..Bermulalah episod harian di hospital..Memang tak terkata letihnya apabila perlu berulang alik ke hospital setiap ari.. Pulang sahaja dari kerja, memang akan terus ke hospital melawat En Hubby. Hanya akan pulang ke rumah pada waktu malam sahaja. Untung ada adik yang sangat memahami.. beliau lah setia menemani saya.. Kalau tiada beliau, tak tahulah apa jadi.. Pada mereka yang pernah mengalami keadaan seperti saya, mungkin akan memahami saya kot..
Permulaannya ingatkan sakit En Hubby tu adalah ekoran sakit yang lama.. rupanya tidak!! sakit yang lama sudah elok sepenuhnyaa.. Kini yang timbul adalah sesuatu yang baru..Adalah dekat seminggu En Hubby berada di hospital tuu.. Sepanjang itu jugalah, rumah memang tidak terurus..
Tengoklah.. Sempat posing walaupun dalam keadaan sakit..
Agaknya sebab keboringan duduk sahaja dalam bilik hospital tu, En Hubby sempat juga ajak saya dan adik keluar berjalan.. Nak tahu kemana?? Siap ke Times Square, Bukit Bintang.. Saya perhatikan, En Hubby sangat kuat nafsu makannya sejak berada di hospital.. Sebelum keluar tu dah tentu dah makan, tak sangka pula bila sampai sahaja di Times Square En Hubby nak makan lagi..
En Hubby makan lagi.. Kenny Rogers pulaaaa.. Alahai..
Saya dan Farsha...Adik Kesayangan.. kami pun makan juga..:)
Diharap En Hubby segera sihat seperti sediakala.. Kepada adikku Farsha, terima kasih tau sebab setia menemani sepanjang masa..love u sistaa...
sakit ape?
ReplyDeletesakit ape yunk?!
ReplyDeleteWana & Oshin: Vertebral L5 bercantum dengan secrum kiri.. tulang punggung tu ade lebihan tulang pulakk..
ReplyDeletepastu bt operation ke? skrg mcmne hubby ? msih di hosp?
ReplyDeleteMama Likha: tak buat syg.. skang doc susun scedule untuk fisioterapy dulu.. tgk lps tu macamane..ade kat rumah tu.. masih mc..
ReplyDeletemak i burst L1.aduuh
ReplyDeletesemoga cepat sembuh (:
ReplyDeleteall the best utk en hubby Farah yer..semoga Allah sejahterakan kesihatan beliau..aminn...
ReplyDeletecepat sembuh yahh,,salm kenal
ReplyDeletesemoga segalanya dipermudahkan.semoga suami farah cpt sembuh..bykkan berdoa..:)
ReplyDeletebr nk tny sakit apa..tp dh baca kt komen..
ReplyDeletemoga en hubby sembuh spt sediakala..kuatkan semangat ya farah :)
Cheda: yer ke? aduhaii..
ReplyDeleteShiema: Thanx dear..
Hazli: Thanx sahabat.. amin.. amin..
PMF: Salam kenal dear.. thanx yeah..
Pn Kutu: Thanx kakak..
Cik Betty: Thanx yeah dear..
cepat sembuh ya :)
ReplyDeleteInfo Event For Blogger: Percuma Samsung Galaxy Ace & RM1000, it's very easy to get, let's come and get it --> http://www.streetdirectory.com.my/streetdirectorymalaysia/
semoga cepat sembuh...amin..
ReplyDeleteanitadiana: terima kasih ye..
ReplyDeletesemoga akak tabah mengharungi dugaan Allah S.W.T...semoga En Hubby sembuh serta sihat sepenuhnya...akak banyakkan berdoa...nyna harap akak akan sentiasa menyokong En Hubby...
ReplyDeletesampaikan salam wat En Hubby serta adik kesayangan....
Nyna; Terima kasih yee..
ReplyDeleteSalamm..Mcmana keadaan hsbnd awk? Rasanya sy menghadapi mslh sama tp xtau nk buat mcmana..
ReplyDelete