Pages

Thursday, 29 December 2011

Wanita Bekerjaya Atau Suri Rumah Yang Menjadi Pilihan Ye?

Assalamualaikum..

Saya perasan dalam hidup ni, ada fenomena di mana suri rumah dan wanita bekerja prejudis antara satu sama lain. Suri rumah memandang wanita bekerja sebagai wanita yang mengabaikan tanggungjawab terhadap keluarga, tak pandai masak dan mungkin pentingkan diri sendiri. Wanita bekerja pula lebih memandang rendah suri rumah tidak punya pendapatan, hanya bergantung pada suami,tidak berdikari, kolot dan tak berpelajaran..

Sebagai contoh ibu saya, bekerja lima hari seminggu.. Ibu selalu cakap ibu tak pandai masak, tapi saya rasa ok je..Ibu buat juga kerja rumah, sediakan segalanya.. Tiada pembantu rumah tapi rumah tetap sentiasa kemas jugaa.. memang saya kagum! superwomen..

Saya rasa kalau wanita bekerja tak sempat nak kemas rumah,rasanya takdelah teruk sangat berbanding dengan suri rumah yang tidak mengemas. Dalam Islam pun suami wajib sediakan pembantu rumah kalau MAMPU. Kalau tidak, suami juga perlulah membantu juga.. ye tak? Islam tidak menindas wanita kan?

Tak salah pun wanita bekerja kerana.... kita memerlukan wanita juga dalam sektor pekerjaan.. seperti arkitek wanita, doktor atau jururawat wanita dan banyak lagi kan? Fardhu kifayah tu kan? Plus kos hidup sekarang yang tinggi yang memerlukan isteri bekerja.. bukan niat isteri pun nak saje nak tinggalkan rumah..

Ramai juga wanita yang berpelajaran tinggi,memilih untuk menjadi homemaker. Belajar untuk mendapat ilmu bukan untuk jawatan yang tinggi. Mereka duduk di rumah, bukannya tak cari duit. Tambah lagi sekarang ni zaman internet. Mereka duduk rumah mnguruskan rumahtangga dapat ganjaran besar di akhirat kelak. 
tidak menjadi sia-sia dari status wanita yang tidak bekerja ni.

Tak bolehla kalau mereka dipandang rendah jika tidak pandai bergaya.. Lagipun mungkin tak biasa tengok asal mereka bergaya suami fikir bukan-bukan.. dah kata duduk rumah jekan.. kenapa nak bergaya sakan..Tapi, ada juga wanita yang akan bergaya sakan apabila tiba suami  balik rumah kan.. Siapa kata suri rumah ni kolot? Tengok tv, membaca, berkawan boleh membuat mereka ini lebih up to date dari mereka yang bekerja tau! Cuma tak tunjuk kat orang kan..

Kenapa prejudis? wanita memang cemburu pada wanita lain. Suri rumah cemburu pada wanita yang bekerja kerana punyai lebih kebebasan, punya ramai kawan, dan punyai pendapatan sendiri.. oleh itu boleh berbelanja  sendiri. Selain itu wanita bekerja punya banyak peluang untuk berhias..Mungkin suri rumah merasakan mereka lebih spend masa untuk keluarga ..Maka tiada masa untuk berhias.

Bagi wanita yang bekerjaya pula cemburu pada suri rumah yang tak perlu pergi ke pejabat, tidak perlu berhadapan dengan deadline, tapi duit dapat juga kan..:) mungkin juga cemburu kerana suri rumah dapat spend masa untuk diri sendiri..

Common la! We are the best in what we do..It's is not for us to judge other women in their lives..

Saya pula ?

Memang saya seorang wanita yang bekerja, dan memang saya suka bekerja. tapi kadang-kadang rasa macam nak menjadi suri rumah pula.. itulah, kita tak pernah nak puas dengan apa yang ada sekarang kan..begitulah saya.. Walau bagaimanapun, wanita yang bekerjaya atau suri rumah, tetap juga melakukan kerja kan.. Yang penting jangan judge antara satu sama lain...Asalkan kita gembira dengan apa yang ada sekarang, itu sudah memadai kan?


Wednesday, 28 December 2011

Hanya Mereka Yang Faham...

Assalamualaikum..



Cumil sangat baby nii.. dengar bahasanyaaa.. hahaha.. 

Cuti Krismass.. Apa Lagi Kita Enjoy!

Assalamualaikum..

Agak terlambat la juga nak update tentang Cuti Krismas ni kan.. Tapi takpe, nak update juga..Memang cuti panjang sempena Krismas kan.. Mula-mula ingat malas nak keluar mana-mana..Itu sahajalah masa berharga untuk berehat di rumah.. Memang benar lah agaknya ada seseorang pernah cakap bahawa beliau sangat tidak percaya kalau saya tidak akan ke mana-mana sekiranya ada kelapangan..Kepada beliau, memang benarlah kata-katamu itu...hehehe..

Pada hari itu saya keluar bersama adik perempuan ke Bukit Bintang.. Nak tau kemana? memang berjalan sakan.. ke Times Square, Sg Wang dan akhirnya ke Pavilion! Pavilion adalah tempat yang paling best bagi saya. Nak tau sebab apa?? Saya sangat selesa bila berada di sana.. pengunjungnya tidak terlalu padat seperti di tempat lain..Apa aktiviti yang dilakukan?? apa lagikan.. shopping...shopping!!Selain itu sebenarnya memang nak sangat makan JCO.. Saya hanya keluar berdua sahaja bersama adik.. Masa untuk bersama-sama adik.. hehehe..


Just Two Of Us..


Nampak tak? Memang rasa nak lagi jeee tau!!

Untuk Adik tersayang, Seronok bila sesekali dapat keluar berduaa.. have fun! Nanti kita keluar lagi yee..:)

Monday, 26 December 2011

Percaya Padaku..

Assalamualaikum..


 Percaya Padaku..

Terdengar sahaja lagu ini pasti akan mengingatkan saya pada seseorang..

Wednesday, 21 December 2011

Sejuknyaaaa..Burrrr...

Assalamualaikum..

Harini dah hari Khamis kan.. Cepat je masa tu berlalu.. Dah nak bercuti sempena Krismas pula nanti..Bila tiba je bulan December tu, memang saya rasa masa cepat berlalu..Seeloknya sampai ke pejabat tadi, hujan turun dengan agak lebat.. apa lagi kesejukkan laaa.. wahhh! Kalau la sedang berada dirumah, memang la seronok sambung tidur. Apakan daya, kerja kan.. Sampai sekarang pn masih hujan lagi.. Agaknya hari ini cuaca sejuk jee.. Mata pun mulalah.. Dah rasa nak terkatup.. hehehe

Oleh kerana hari ini adalah hari Khamis, seperti biasalah, hari Berbatik.. Nampaknya kalau keluar sahaja nanti, memang orang tau laa.. saya ni Jabatan Kerajaan kan.. dah kata pakai baju batik pulak.. Maka, hari ni, marilah menjadi pekerja yang sangat cemerlang..( cemerlang ke ).. nak keluar waktu rehat pun rasa malas.. bila dah sejuk-sejuk ni kann...


Mood Ceria je hari ni...

Sekian, Laporan untuk Hari Khamiss...:)

Tuesday, 20 December 2011

Cumil Jeee...

Assalamualaikum..


Beli Shokubutsu boleh dapat PERCUMA patung Japan tuu.. Tomey kann..heeee...:)

Monday, 19 December 2011

Kisah Makan Malam...

Assalamualaikum..

Semalam pulang sahaja dari kerja, memang tak terus balik ke rumah.. sempat singgah ke McDonalds area rumah..Memang dah lama sangat rasanya tak makan.. Mula-mula ingatkan nak makan Prosperity Burger.. Tapi bila En Hubby makan katanya tak sesedap dulu, maka saya pun makan Ayam Goreng ni sajee.. Sedap je! Oleh itu makan malam saya adalah ini...:)


Ini Ayam Goreng saya yang akhirnya tidak juga habiss...

Kononnya ingat bertahan lama kenyang sampai ke tengah malam, rupanya tidak sama sekali! Nak tak nak saya hanya makan yang ini pulaaa.. takla berat sangat kan?? heee...


Toblerone... faberet nii...

p/s* Macam nak lagilah toblerone nii.. sedap!

Thursday, 15 December 2011

Musim Agaknya..

Assalamualaikum..


Orang yang tak sihat..

Hari ini sudah hari terakhir bekerja untuk minggu ini. Bila sebut sahaja minggu terakhir, sudah semestinya hari Jumaat. Hari ini saya datang kerja dalam keadaan yang kurang sihat. Semalam hanya sakit-sakit kepala sahaja, tapi semakin kerap selesema. Kini sudah demam pula. ditambah pula pakej sakit tekak sekali. Memang rasa macam tak berdaya sahaja..Agaknya memang musim demam.. Sekarang ini pun cuaca agak tidak menentu.. Di kawasan kerja dan rumah setiap petang mesti hujan..

Erm.. Musim sejuk dah sekarang. Tak perlu ke 'oversea' dah rasa umpama di 'oversea'.. hehehe...Harapnya demam ni sekejap je.. Rasa tak seronok bila kurang sihat. Semua perkara pun tak boleh buat. Mood pun akan menjadi 'suam-suam kuku'.

p/s: * Cepatlah sembuh wahai demam.. taknaklah macam ni..*

Wednesday, 14 December 2011

Isk.. Hrmis Punya Pasal..

Assalamualaikum..



Hari ini sudah harii Khamis.. Hari berbaju batik sedunia bagi kakitangan kerajaan. Bukan nak cerita tentang baju batik TAPI nak cerita tentang HRMIS.. Aduhai, mengapalah sekarang ni semua pun nak online... Bukan apa, rasanya semua jabatan kerajaan mengunakan sistem ini. Tapi yang paling tak best, sangat perlahan bila nak buka web ni.

Sekarang pula ramai yang sibuk nak mengisi SKT ( Sasaran Kerja Tahunan ). Seperti biasa, sistem ini akan menjadi sangat perlahan dan yang paling rasa sakit jiwa bila ianya "hang" terus!Bila dah jadi macamtu, mood pun terus "hang" kejap lah..Nak menunggu sekian lama.. Aduhaiii..

Diharap sistem HRMIS ni diperbaiki lagilah mutu kelajuannya.. Memang senang kalau semua pun pakai online, tapi yang sakit jiwa tu bila kelajuannya umpama mengalahkan Si Kura-kura..

Sekian, Laporan Untuk Hari Ini..:)

Tuesday, 13 December 2011

Cantik tak?


Terima Kasih Pada Yang Memberi.. I Like..

Monday, 12 December 2011

Sibuk Di Hospital..

Assalamualaikum...

Sepanjang bulan ni, adalah masa sakit untuk En Hubby..Sehingga satu tahap, agaknya dah tak tahan sakit, kena lah juga masuk hospital..Bermulalah episod harian di hospital..Memang tak terkata letihnya apabila perlu berulang alik ke hospital setiap ari.. Pulang sahaja dari kerja, memang akan terus ke hospital melawat En Hubby. Hanya akan pulang ke rumah pada waktu malam sahaja. Untung ada adik yang sangat memahami.. beliau lah setia menemani saya.. Kalau tiada beliau, tak tahulah apa jadi.. Pada mereka yang pernah mengalami keadaan seperti saya, mungkin akan memahami saya kot..

Permulaannya ingatkan sakit En Hubby tu adalah ekoran sakit yang lama.. rupanya tidak!! sakit yang lama sudah elok sepenuhnyaa.. Kini yang timbul adalah sesuatu yang baru..Adalah dekat seminggu En Hubby berada di hospital tuu.. Sepanjang itu jugalah, rumah memang tidak terurus..



Tengoklah.. Sempat posing walaupun dalam keadaan sakit..

Agaknya sebab keboringan duduk sahaja dalam bilik hospital tu, En Hubby sempat juga ajak saya dan adik keluar berjalan.. Nak tahu kemana?? Siap ke Times Square, Bukit Bintang.. Saya perhatikan, En Hubby sangat kuat nafsu makannya sejak berada di hospital.. Sebelum keluar tu dah tentu dah makan, tak sangka pula bila sampai sahaja di Times Square En Hubby nak makan lagi.. 



En Hubby makan lagi.. Kenny Rogers pulaaaa.. Alahai..


Saya dan Farsha...Adik Kesayangan.. kami pun makan juga..:)

Diharap En Hubby segera sihat seperti sediakala.. Kepada adikku Farsha, terima kasih tau sebab setia menemani sepanjang masa..love u sistaa...

Sunday, 11 December 2011

Yihaaaaa!Baru Harini Mood Kembali...

Assalamualaikum....





Ya Allah! Lamenya tak menulis kat sini..Tak tahula kenapa mood tu lain macam bila nak menulis sebelum ni.. Alhamdulillah.. Dah dapat seru kot untuk menulis kembali. Waahhh.. mood pun macam dah bersemangat je untuk mengetuk keybord lagi.. heeee..

Apa ye nak cerita.. maklumlah dah lame sangat tak mengarang ni.. sampai dah tak tahu nak tulis apa..
Erm.. Sebenarnya, dalam bulan December ni, banyak sangat perkara yang berlaku.. Macam-macam yang terjadi.. Yerlah kan.. manusia.. mana ada manusia yang hidup dalam dunia ni tanpa masalah kan.. Cuma bagaimana cara kita menanganinya itu yang sangat penting.. Begitu juga dengan saya. Tak lepas dari masalah yang rasanya boleh membuatkan saya terfikir untuk lari dari masalah.. TAPI sampai bilakan??

Cuma saya rasa diam itu lebih baik dari berkata apa-apa..Bukan taknak cuba untuk menyelesaikannya, Tapi itulah..kalau ianya akan mengeruhkan lagi keadaan, baik diam kan aja..

p/s, Diharap tahun depan menjadi tahun yang serba memberi sinar kegembiraan..:)