Pages

Wednesday, 10 August 2011

Kasihan Pada Pakcik..


Semalam semasa saya ingin ke Bazar Ramadhan, di Greenwood ada satu kemalangan kecil antara motor dengan pelintas jalan.. Pelintas jalan itu adalah seorang pakcik. Seperti biasa Jalan di Greenwood tu, bila bulan puasa agak sesak yang luar biasa. Mana dengan mereka yang ingin membeli juadah, balik rumah dan melakukan aktiviti yang lain. Sewaktu lampu isyarat pelintas jalan boleh melintas, ada sebuah motor yang datang dari arah bertentangan lalu.. Agaknya sememangnya sudah tersurat, terlanggar pakcik tu dan si pembawa motor juga pakcik itu jatuh. Saya & En Hubby yang kebetulan berada di situ agak terkejut. Dengan segera saya & En Hubby dan yang lain segera memberi bantuan.. Nasib baik cederanya ringan!!

Pembawa motor itu, adalah sikit luka ditangan. Tapi mungkin tak kisah sangat sebab beliau muda. Paling merisaukan pakcik itu.. Habis makanan yang dibeli jatuh berderai.. Tiada rezeki. Kalau tengok dari segi luaran, pakcik itu hanya mengalami sedikit luka di kaki dan yang ketara benjolan di kepala yang sebesar telur ayam. Tapikan, pakcik tu macam blur sangat.. bertanya seoalan berkali-kali sehinggakan semua yang berada disitu terasa seperti ada sesuatu yang berlaku ada pakcik itu. Mujur ambulans dari Hospital Selayang segera sampai.. Maka mereka yang menguruskan apa yang patut.. Maka saya & En Hubby meniggalkan mereka dan segera ke bazar.. 

p/s* Baguskan rakyat Malaysia, bila berlaku kemalangan seperti itu pasti ramai yang tampil mebantu!

9 comments:

  1. kesian ar..
    akak..adik tahu kot greenwood
    tuu..selalu ktorg lepak area situ..
    pas main futsal..
    hahahahaha =)

    ReplyDelete
  2. moga pakcik tu tak apa-apa kan..

    ReplyDelete
  3. Najihah: itulaa..

    Far8: yer kee? rumah akak dekat area tu jugaa..

    Fatin: itula dear..

    Kak Rina: harapnya begitulah..

    ReplyDelete
  4. la... kesianya.. akak sedih la kalau bab2 org tua ni.. kesian... harap2 pakcik tu ok la..

    ReplyDelete
  5. harap-harap pakcik tu ok, tak ada apa2 yang serius.

    kak aya tak suka lalu jalan tu, memang jarang ke arah sana...jln sempit terutama time bulan puasa.

    ReplyDelete
  6. kesian..agaknya pakcik tu terkejut sgt,tu yg blur..tp alhamdulillah takde pape..

    ReplyDelete