Pages

Wednesday, 24 August 2011

Raya Mana Tahun Nii??


Balik Kampung.. Balik Kampung... Korang balik mana ek raya nii? Saya pula tahun ini adalah tahun sebelah En Hubby.. memang setiap tahun akan mengikut giliran untuk beraya.. Tahun ini akan ke Teluk Intan, Perak..
Nak balik kampung ni adalah kampung nenek.. Kalau ikutkan rumah mertua, memang dekat Gombak juga.. Tapi mungkin kerana nak merasa suasana raya tuu, maka setiap kali raya pun mesti balik Teluk Intan juga..

Semenjak berdua ni kan, raya pertama je mesti demam.. isk! tak tahulah tahun ni pulaa.. Bila dah demam kat kampung tu, mulalah rasa tak selesa kan..Raya sebelum ini pun sama.. Maka, mood nak raya tu terus hilang macam tu sahaja.. Dahla hari pertama raya.. Kesian kat En Hubby. Orang nak beraya sakan, tapi beliau pula nak kena jaga saya yang demam teruk ni.. Harapnya tahun ni, jauhilah saya dari demam nii.. 

Bila beraya kat kampung ni, memang seronok. Tambah lagi siap boleh main mercun pulaa.. Kat kampung pula datang mood nak main mercun tu kan.. cuba kat rumah sendiri, aura tu macam tiada tau.. Agaknya sebab kat kampung ramai sedara mara.. Keseronokkan tu tak dapat nak digambarkan..

p/s* Belum balik kampung dah terasa rindu pada ibu dan abah sendiri..

Monday, 22 August 2011

Kenangan Terindah...

Bismillahirrahmanirrahim..

Sahabat? apa sebenarnya maksud sahabat? Kawan? Dimana-mana pun boleh berkawan.Tapi adakah kawan itu boleh bersama kita bila susah dan senang? Bila senang, memang akan ramai kawan.. Bila susah?? Berlainan dengan sahabat kan? Bagi saya sahabat ini boleh bersama-sama tidak kiralah samaada dalam keadaan susah ataupun senang.. Tapi berapa ramai yang boleh dianggap sahabat pulak kan?

Bila bercakap tentang sahabat ni, saya rasa sayu je.. Baru-baru ni, bulan Julai yang lepas saya kehilangan dua orang sahabat.. bukan hilang terus yee. Yang sorang tu mendapat kenaikan pangkat dan yang sorang lagi telah mendapat pekerjaan yang lebih memuaskan berbanding pekerjaan yang sebelum ini.  Yang sorang tu saya memanggilnya dengan gelaran kakak.. kak Marina. Itulah panggilan untuknyaa! Sorang lagi pula namanya Liyana.. Panggilan untuknya adalah Yana.. Mereka berdua sangat-sangatlah baik! Sekiranya ada yang saya inginkan bantuan, InsyaAllah pasti mereka membantunyaa.. Tapi bila mereka kini sudah tiada lagi, terasa sangat kehilangan!

Untuk Kak Marina, Akak walaupun kita kenal tidaklah lama mana, sepanjang kita kerja bersama kan..hampirlah 5 tahun juga.. banyak sangat kenangan kita.. Akak selalu nasihatkan saya bila saya perlukan nasihat akak.. Saya seronok sangat kenal dengan akak..Saya sentiasa mendoakan akak..Semoga akak sentiasa success disana.. saya sayang akak..

Yana pula, tak tahulah bagaimana kita boleh rapatkan? secara tiba-tiba je.. Tapi kita sekepala.. Saya enjoy sepanjang berkawan dengan awak tau! Awak sentiasa ada untuk saya bila saya perlukan awak sepertimana kak Marina.. Saya rindukan ayat-ayat kelakar awak yang selamba tuu.. Kalau dengan awak, mesti gelak sampai tak ingat dunia.. Saya sentiasa doakan awak berjaya..:)








p/s* lagipun dunia tanpa sempadan kan?? 

Sunday, 21 August 2011

Im Back!


Gambar Ihsan Atok Google..

Assalamualaikum Semuaa...

Wahhh! Lamanya tak menulis disini..Hampir seminggu kot.. Sebelum ni memang tiada mood nak mengetuk keyboard plus blogwalking..Agaknya sebab puasa kot.. Hehehe.. Alasan je tu sebab puasa.. Sedangkan kemalasan yang melanda..Ada tak yang rindu saya ekk? ( perasan je kann )

Erm.. Lagi seminggu je dah nak raya.. Cepat sangat masa berlalu kan? Buat sementara waktu ni, alhamdulillah saya masih berpuasa dengan jayanyaa...harapnya sentiasa berjaya tanpa meninggalkan puasa kan.. Sepanjang berpuasa ni, tak banyak sangat aktiviti.. Cuma sekarang ni aktiviti persiapan nak sambut raya sahaja..
Tapi kan, saya dah selesai semuanya tentang bab raya.. Memang dah tiada apa lagi yang ingin dibeli.. Kalau ikutkan nafsu wanita ni, memang ada sahaja yang nak dibeli tu kan.. Tapi bila fikir semula.. membazir banyak nanti..Nasiblah En Hubby sentiasa mengingatkannn.. Kalau tidakk.. Iskk! melayang sahaja la duit tuu..

p/s* Korang dah selesai ke persiapan nak raya nii?


Sunday, 14 August 2011

Mood Sudah Ke Laut..

Assalamualaikum Semua..

Lamanya tak update blog ni.. Tak tahulah kenapa sejak kebelakangan ni, mood nak update blog ni terasa macam sudah ke laut. memang langsung totally out! Saya ucapkan terima kasih pada yang sudi menjenguk ke teratak saya ni walaupun entri baru masih belum ada.. Saya juga tidak sempat untuk berjalan ke rumah kawan-kawan.. InsyaAllah, selepas semuanya kembali normal, mood pun dah ok saya akan berjalan semula ke rumah kawan-kawan ye. 

Wednesday, 10 August 2011

Kasihan Pada Pakcik..


Semalam semasa saya ingin ke Bazar Ramadhan, di Greenwood ada satu kemalangan kecil antara motor dengan pelintas jalan.. Pelintas jalan itu adalah seorang pakcik. Seperti biasa Jalan di Greenwood tu, bila bulan puasa agak sesak yang luar biasa. Mana dengan mereka yang ingin membeli juadah, balik rumah dan melakukan aktiviti yang lain. Sewaktu lampu isyarat pelintas jalan boleh melintas, ada sebuah motor yang datang dari arah bertentangan lalu.. Agaknya sememangnya sudah tersurat, terlanggar pakcik tu dan si pembawa motor juga pakcik itu jatuh. Saya & En Hubby yang kebetulan berada di situ agak terkejut. Dengan segera saya & En Hubby dan yang lain segera memberi bantuan.. Nasib baik cederanya ringan!!

Pembawa motor itu, adalah sikit luka ditangan. Tapi mungkin tak kisah sangat sebab beliau muda. Paling merisaukan pakcik itu.. Habis makanan yang dibeli jatuh berderai.. Tiada rezeki. Kalau tengok dari segi luaran, pakcik itu hanya mengalami sedikit luka di kaki dan yang ketara benjolan di kepala yang sebesar telur ayam. Tapikan, pakcik tu macam blur sangat.. bertanya seoalan berkali-kali sehinggakan semua yang berada disitu terasa seperti ada sesuatu yang berlaku ada pakcik itu. Mujur ambulans dari Hospital Selayang segera sampai.. Maka mereka yang menguruskan apa yang patut.. Maka saya & En Hubby meniggalkan mereka dan segera ke bazar.. 

p/s* Baguskan rakyat Malaysia, bila berlaku kemalangan seperti itu pasti ramai yang tampil mebantu!

Tuesday, 9 August 2011

Apabila Hujan...


Gambar Ihsan Atok Google..

Sekarang setiap hari saya pergi dan pulang kerja dengan 'merempit'.. Tambah lagi sejak bulan Ramadhan ni, jalan semakin sesak. Bukan setakat sesak yang biasa-biasa, tapi amat luar biasa! Dahlah saya masuk kerja pukul 8pagi dan semestinya pulang pada pukul 5petang.. Begitu juga dengan En Hubby. Bila tengok jam pukul 5petang sahaja, jalan sudah pun sesak.. Dalam hati berkata 'mesti mereka semua ni balik pukul 4.30petang'.. Sebab itu jalan sudah semakin sesak bila jam menunjukkan pukul 5petang kan?

Semalam pula, sedang menunggu En Hubby untuk pulang, tiba-tiba hujan turun.. Mula-mula tu ok je.. Lama-kelamaan semakin lebat. Saya sudah mulai risaukan En Hubby.. maklumlah bila menaiki motorsikal dalam keadaan hujan, dengan jalan yang licin buatkan saya takut sekiranya terjadi apa-apa.. Saya ingatkan En Hubby tunggu sehingga hujan reda baru datang ke tempat saya, rupa-rupanya En Hubby redah jugaa! Sampai sahaja memang sudah basah kuyup.. Takkan lah saya nak biarkan sahaja kan? Saya pun dengan rela hati redah hujan jugaa.. Tak kisahlah, nak balik je pun kan?

Sampai rumah sahaja, memang sudah hampir pukul 7malam.. Saya hanya sempat masak satu jenis makanan sahaja, tomyam ayam.. En Hubby gagahkan diri juga pergi ke bazar untuk membeli makanan yang lain.. Takkan nak makan tomyam je kan? Alhamdulillah.. sempat juga berbuka dengan sempurna..

p/s* Sekarang ni memang musim hujan.. Nak tak nak kena redah jugaa..

Sepanjang Ramadhan..

Assalamualaikum semuaa...

Sudah dua hari saya tidak dapat mengupadate blog. Bukan apa, sejak sembuh dari sakit minggu lepas, masuk sahaja kerja, saya perlu menyiapkan tugasan yang tertangguh sepanjang ketiadaan saya. Banyak lagi rupanya kerja yang masih pending! huh..sangat memenatkan.. Bila pulang dari kerja pula, memang sudah sibuk dengan urusan di rumah pula. Maka untuk mengupdate blog dari hari ke sehari tu tidak juga tercapai..Baru hari ini itupun di sebelah petang hanya tunggu masa untuk pulang, barulah saya sempat mengetuk keyboard..:)

Hari ni sudah genap hari yang ke-9 umat Islam berpuasa kan. Alhamdulillah saya masih boleh berpuasa dengan jayanya..Harapnya tiada yang tertinggal untuk tahun ini seperti tahun yang lepas. Sepanjang berpuasa ni, saya seperti tiada nafsu untuk makan..tak tahulahmengapa..Selalunya sayalah yang akan beriya nak makan itu dan ini. Tapi sejak dari hari pertama berpuasa, selera saya seakan putus. Pergi ke bazar pun, saya hanya mahukan Murtabak! tak kisahlah murtabak apapun, asalkan namanya adalah MURTABAK memang saya akan beli. Setiap hari, okeh?? Mungkin ada yang bertanya, tak jemu ke hari-hari pun murtabak? ntah! memang langsung tiada rasa jemu.. Hanya itu yang betul mampu menggugat selera saya! Makanan selainnya, akan En Hubby yang pilih ikut pada seleranya..Saya ok sahaja.. Pelik kan?? Dimanakah selera saya untuk kali ini??

Jika masak pula, saya sendiri sudah kehabisan idea untuk memikirkan apa yang perlu dimasak..Aishh! Tapikan, sepanjang berpuasa ini, boleh dikira berapa kali yang saya masak. Nak tahu kenapa??Bila hari bekerja saya memang tak sempat kerana sampai sahaja di rumah memang sudah lambat..Maka saya hanya singgah di bazar sahaja.. Selain itu, mak mertua dan ibu saya sendiri,kerap memberi makanan untuk berbuka..Oleh kerana hanya saya berdua bersama En Hubby maka peratusan untuk memasak itu adalah sangat sedikit! Takut makanan tak habis.. satu kerugian kan?? 

Saturday, 6 August 2011

Happy Birthday Auliyaa..:)



Genap Ramadhan yang ke-6 jatuh pada hari Ulangtahun Kelahiran si kecil lagi cumil Auliya.. Yuhuu.. Genap sudah dua tahun pada 06 Ogos 2011..Oleh kerana jatuh pada bulan Ramadhan , maka Abah dan Mamanya hanya menyambut dengan cara Berbuka Puasa bersama ahli keluarga yang terdekat sahaja...Saya & En Hubby tidak dapat hadirkan diri kerana kesihatan saya juga masih belum pulih lagi sepenuhnya..


Inilah dia Kanak-kanak riang...

Apapun, saya harap Auliya akan membesar dengan lebih pintar dan menjadi anak yang solehah pada abah dan mamanya..:) Amin...

p/s* Si Kecik ini sangat pintar dan suka sangat tersenyum.. Cumil sangat!!

Untuk Tatapan Si Suami...


Ada aku peduli isteri dan anak2ku sudah makan atau belum...

Ada aku peduli jika isteriku tak sempat makan kerana sibuk melayan anak-anak....

Ada aku peduli jika isteriku masih di dapur menyediakan keperluan pagi esok ketika aku sedang berdengkur...

Ada aku peduli siapa yang membelikan sabun mandi, ubat gigi dan meletakkannya di dalam bilik aku bersiram....

Ada aku peduli dah berapa lama isteri aku begitu setia menggosok kain bajuku...

Ada aku peduli bagaimana layanan yg isteriku dambakan dari aku seorang suami...

Ada aku peduli apa perasaan isteriku bila aku pulang kerumah dengan wajah kusam dan masam....

Ada aku peduli adakah wang yang masih bersisa utk isteri dan anakku ketika aku hendak kepergian....

Ada aku peduli apa perasaan isteriku bila aku tidak pernah menelefonnya ketika aku bertugas di luar.....

Ada aku peduli berapa harga gincu jika isteriku ingin memerahkan bibir yang pudar ditelan masa....

Ada aku peduli bilakah kali terakhir aku menghadiahkan minyak wangi kepada isteriku...

Ada aku peduli bila kali terakhir aku membelikan pakaian utk wanita yg rela menjadi isteriku..menjadi ibu anak-anakku

Ada aku peduli kenapa isteriku terlelap bersama linangan airmata....

Ada aku peduli jika isteriku terjaga di tengah malam kerana dengkurku......dan aku terus nyenyak tidur dibuai mimpi indah seorang lelaki....


Tiba-tiba aku MENJADI PEDULI dan MENGAMBIL PEDULI


Ketika telefon isteriku berdering di malam hari...

Ketika isteriku mula belajar ber sms..dan berchatting...

Ketika isteriku kembali berhias seperti ketika aku mula jatuh hati padanya...

Ketika isteriku sanggup tidak makan malam kerana mahu menjaga badan

Ketika isteriku tidak meminta lagi aku menjadi imamnya....

Ketika isteriku memilih tidur bersama anak-anakku.....

Ketika dia tidak lagi mencium tanganku ketika aku hendak pergi ...

Kini,aku baru ingin bertanya kenapa isteri aku dah tak peduli kat aku?


p/s* Tidak ada manusia yang sempurna baik suami ataupun isteri.Jangan mengharap dilayan seperti raja jika kita tidak pernah anggap isteri itu permaisuri hati kita. Jangan diharap bunga yang indah jika kita tidak pernah membajanya. Dan selalulah ingat,bila hati seorang wanita telah retak, dia boleh menjadi lebih keras daripada seorang lelaki.... 

Friday, 5 August 2011

Aktiviti Bersama En Lalinkk..

Yuhuu.. Bukan senang tau saya nak ada masa terluang dengan En Hubby. Kebelakangan ni En Hubby sangat super duper busy! Bila dah dapat bersama tu, apa lagi.. saya pun ajaklah En Hubby keluar jalan-jalan.. Ingatkan hanya nak 'jalan-jalan' sahaja..Konon nak ke Titiwangsa.. Macam dah lama je tak kesana.. Dulu waktu 'couple' selalu juga kesana, kena pula ada Kopi Satu.. Ice Blanded sangat sedap,okeh! Tapi sekarang dah takda kat Titiwangsa.. Jadi, hanya jalan-jalan dengan motor jelaa.. pusing-pusing.. tiada yang menarik kat situ lagi..

Lepas tu kan, terfikir nak ke Jalan Tar.. Nasiblah naik motor tau! Punyalah sesak jalan!! Macamlah esok nak raya dah kan.. Kesitu  ingat nak shopping shawl sikit, tapi bila tengok keadaan agak sesak, terus terhapus niat suci ni.. Hanya singgah untuk beli Ice Blended Kopi Satu sahaja.. Memang terlepas la kempunan nak Ice Blended tu.. Secara tiba-tiba pula, ( banyak betul idea nak berjalan tu kan ) ajak En Hubby tengok wayang.. Ouch! Lama dah tak pergi menonton ni.. Ke Mid Valley tapi, movie yang nak tengok tu lambat pula tayangannya.. Terus lari ke Pavilion pulaaa.. Ramai la juga manusiaa kan.. Ha! Nasib tayangannya ada.. Nak tau saya tengok movie apa?? Captain Americaaaa!! Layan habislaa movie nii.. Bagi saya takda lah boring.. Rasanya memang akan ada part 2 nanti... Memang jalan-jalan lah sangat saya kan?? Jauh perjalanan.. Tapikan, saya gembiraa dapat habiskan masa dengan En Hubby..:)




Nak tayang juga Ice Blended..


Kat Pavilion.. Depan Red Box..


3D Version...



Hubby & Wifey.. :)

p/s* Gembira sangat dapat habiskan masa bersama.. 

Wednesday, 3 August 2011

Terima Kasih Kawan..


Sejak entri saya yang mengatakan saya kurang sihat, ada juga kawan yang bertanya khabar. Alhamdulillah.. Itulah orang tua-tua selalu kata 'Berkawan Biar Seribu'.. Terima kasih ya pada kawan-kawan yang bertanya khabar saya..Terutamanya  Tak sangka pula ada yang sudi bertanya.. Walaupun, kebanyakannya saya belum pernah berjumpa, tapi ukhuwah antara kita tetap terjalin dengan erat..Harapnya Persahabatan kita ini akan terus berkekalan sehingga akhir hayat.. InsyaAllah..

Tuesday, 2 August 2011

Terpaksa Beristirehat Di Rumah..



Gambar Ihsan Atok Google..

Baru sahaja berpuasa masuk hari yang ketiga, saya pula tak sihat..Gigih juga mengetuk keybord walaupun rasa macam dah nak rebah. Sejak semalam pulang dari kerja, kepala ni sakit sangat.. Mula-mula ok lagi.. Lepas tu siap berangin satu badan pulaa.. Paling kemuncak bila terjadi muntah-muntah pulaa.. Ya Allah! Kasihan pada En Hubby ku.. Beliau la yang menjaga.. Tak cukup tidur malam dibuatnyaa.. Ingatkan dah telan ubat, keadaan akan bertambah normal, TAPI bangun sahaja sahur tadi kepala masih lagi sakit.. Rasanya bertambah teruk!Masih lagi dengan adegan muntah, kini perut pula memulas-mulass.. Apa sudah terjadi ni??
Saya gagahkan diri juga untuk berpuasa.. Manalah tau kan.. Kalau boleh saya tidak mahu meninggalkan puasa. Nasib baik adegan muntah kini tiada lagi tapi badan saya semakin panas. Terkena cerry berry pulaaa.. Ingatkan sudah normal, rupanya tiada muntah tapi yang lain pula datang..

Memang tak larat sangat. Nak bangun untuk ke klinik juga tidak mampu pagi tadi.. Tapi sekarang rasanya perlu juga ke klinik. Walaupun kepala sakit sangat, saya perlu juga! Kasihan En Hubby. Terpaksa ambil 'Emergency Leave' kerana saya. Agaknya kalau ditinggalkan saya seorang diri di rumah, entah apa yang jadi.

p/s* Terima Kasih En Hubby.. Menjaga saya! 

Monday, 1 August 2011

Mengapa Perlu Jadi Begini?


Mesra gituu kan?

Sekarang ni kecoh tentang kes mereka nii.. Gambar diatas sangat mesra kan? nampak bahagia je.. kan seronok kalau berterusan begituu.. Tapi secara tiba-tiba keluar berita mengatakan mereka sudah pun putus kasihh.. aduyaii.. Mengapa begini??Saya rasa ramai yang suka dengan kisah merekaa.. suka baca kisah bahagia merekaa..

Saya bukan mahu mengulas, tapi bagi pendapat peribadi saya.. saya tidak gembira apa yang telah terjadi ini.. Kedua-duanya pun ada melakukan kesilapan.. Elia juga tersilap langkah kerana telah mewar-warkan kemarahannya di wall Facebook.. Memang silap besar sebenarnyaa..Kerana tersilap langkah ini, habis satu dunia tahu tentang kemarahannya.. Fahmi juga mungkin ada melakukan salah jugaa.. Sekiranya benar tiada pihak ketiga, mengapakah perlu untuk memutuskan tali pertunangan itu? Tiada langsung perasaan sayang kah?  Dua tahun perkenalan, bukanlah masa yang singkat..Banyak pahit manis bersama.. 

Kenyataan mereka berdua di akhbar saling bercanggahan.. Mengapa jadi begini? Seeloknya bawalah berbincang.. Itu adalah jalan penyelesaian yang terbaik..Apapun,saya harap yang baik-baik sahaja untuk mereka berduaa.. Sekiranya ada jodoh, datanglah ribut sekalipun, pasti akan bersatu juaa..

p/s* Saya sangat faham perasaan kecewa ini.. Saya juga pernah alaminyaa...Betapa sakitnyaa tiada siapa yang tahu..