Pages

Monday, 21 March 2011

Suami, Isteri Saling MEMERLUKAN...



Pasangan adalah kawan "sahabat"yang paling rapat dan setia. Tidak kira sewaktu suka ataupun duka, pasti sentiasa di sisi. Begitulah di ibaratkan pasangan suami isteri.. Bagi seorang suami, ia memerlukan isteri di sisi bukan sahaja untuk menyokongnya, malah sebagai kawan dan juga penasihat kepada suami. Isteri yang solehah akan bertindak sebagai kawan rapat kepada suami tidak kira dalam apa jua keadaan..

Isteri juga sebenarnya mempunyai perspektif terhadap kehidupan suaminya yang tidak dimiliki oleh orang lain. Sebagai isteri yang prihatin, jangan tambah permasalahan dengan rungutan dan sindiran kepada suami SEBALIKNYA jadilah kawan dan pendengar yang terbaik. Hanya sesekali berilah pendapat supaya komunikasi yang berlaku menjadi dua hala. Berilah kebebasan padanya unytuk menyelesaikan masalah  dengan cara tersendiri. Isteri sebenarnya mempunyai tanggungjawab yang lebih besar terhadap kelakuan suami, sebab itu sebagai isteri jangan sesekali melukakan egonya, sebaliknya jadilah penyelamat kepada suami pada saat dia menghadapi masalah. 

Sesungguhnya isteri itu sangat penting dalam hidup seorang suami. Bagi seorang lelaki pula,apabila harga dirinya telah dilukai berulang kali dia akan membina tembok pemisah di sekelilingnya yang menjadi masalah besar dalam perkahwinannya..

Bagi saya, dalam sesuatu perkahwinan yang bahagia, tidak sepatutnya ada tembok antara suami dan isteri. Seharusnya suami dapat meluahkan perasaannya dengan bebas tanpa risau disakiti hatinya...:)

5 comments:

  1. kan..suami isteri saling memerlukan..tkde salah sorang rs tk lengkap umatangga kita

    ReplyDelete
  2. farah, beso kan lah sikit tulisan tu..kecik sgt jenuh nak baca hehehe

    ReplyDelete
  3. mama kyra: itula.. fara g outstation pn mmg rase sgt bila die tak ikut ..:(

    Tina: la.. tak nampak ke? bia betol ni..

    ReplyDelete
  4. teringin nak berbulan madu kali ke-2..hihi

    ReplyDelete
  5. yaya: boleeehh je kan.. cuba bg cadangan kat asben.. must ok punye..

    ReplyDelete