Uhhhh! lamenya tak update kat sini. Bukan taknak update tapi macam tak sempat je nak mengarang blog. Mana dengan cuti, adela juga kerja-kerja lain yang perlu dibuat dengan kadar segera.
Awal-awal tahun je dah sibuk, sibuk dengan keluarga, diri sendiri, kerja lagi.. tak terkejar rasenya. Nampaknya niat nak sambung belajar terpaksa ditangguhkan buat seketika waktu. Saya tahuu apa yang Allah rancang untuk saya itu adalah yang terbaik. Tidak mengapa.
Tak dapat sambung belajar ( buat seketika ), En suamiyang masih belum pulih sepenuhnya namun disebalik ujian ini Allah bagi sesuatu yang sangat bernilai untuk saya. Rezeki yang tiada tolok tandingnya dalam dunia ini.
Pada 28/01/2013 yang lepas, saya disahkan preggy. Ahamdulillah! menitis air mata ni, En suami pula sampai tak mampu nak berkata apa2 pun. Macam tak percaya. Is dat true?? Masih lagi ingat maccam mimpi then malam tu terus ke private klinik untuk scanning.. Ya Allah! Sujud Syukur PadaMU.. sememangnya baby sudah wujud dalam tummy saya bermula Oktober tahun lepas lagi. Hasil scanning doctor bagitahu baby sudahpun 4bulan 5hari.
Seperti tidak percaya, tapi itulah rezeki yang Allah nak bagi. Saya sendiri tak sedar yang baby dah ade. NO morningg sickness! Saya siap dah melasak sakan..macam2 saya buat, tapi itula, kalau Allah nak bagi tuu.. tetap ada juga. Maka percayalah pada rezeki yang mungkin tak terjangka ini. Akhirnya penantian selama 4tahun 9 bulan bakal berakhir. Bersyukur sangat..:)) Bukan senang nak lalui waktu itu. Maka saya sangat memahami sekiranya ada sahabat yang masih belum dikurniakan nikmat preggy ni.
Im so excited bila tengok scan ni..
p/s * terima kasih kerana sudi singgah sini ye *. Nampaknye lepas ni lebih entry tentang baby laaahh..