Ouchh! Hari ni tak sempat nak update entri baru pada siang hari. Maka bila sebelah malamnya seumpama ada masa terluang sikit, bolehlah saya update kan..Semalam pada 28 Julai 2011, saya ke Stadium Nasional Bukit Jalil.. Seronok sangat nak tengok Malaysia VS Singapura! Sebenarnya niat untuk temani En Hubby. Kalau bab bola ni, memang serah kepada En Hubby. Memang fanatik sangat kot!
Kononnya nak bawa baju ke tempat kerja sebab nak terus sahaja ke Stadium, tapi setelah difikir semula, banyak barang yang nak kena bawa,maka saya & En Hubby ambil keputusan pulang dulu ke rumah untuk bersiap-siap.. Bila sampai sahaja di rumah.. apa lagi, macam lipas kudung nak bersiap. Yerlah kan, memang sudah sedia maklum kalau lambat sampai ke sana, memang takkan dapat tempat nak duduk lah.. Nasib saya & En hubby kesana dengan menaiki motor. Seperti yang dijangka jalan sangat sesakk ditambah lagi dengan jalan tutup pulakkk! fuhh! lega bila naik motor tu kan..
Sampai sahaja di sana, memang dah ramai sangat manusiaa...Saya dah jadi macam orang 'jakun'!perasaan takut pun ada sebab tengok ramai sangat manusia kann.. Alhamdulillah, memang saya & En Hubby dapat tempat, itu pun sebab ada kawan En Hubby yang sudah sampai terlebih dahulu.. Maka beliau sempat booking tempat duduk saya & En Hubby!saya & En Hubby di kawasan Green Gate! Memang sangat seronok tambah teruja bila dapat tenok 'live' kat Stadium..Ditambah lagi bila nyanyi lagu Negaraku secara ramai-ramai! memang meremang bulu roma nii!!
Tiket yang sudah dibeli oleh En Hubby..
Semangat tuu!
Sempat lagi posing..
ha!! tengok la mereka.. Tentera nii..
Penuh Stadiumm.
Tengok tuu!! Dia menari lagi atas pagar tuu..
haaaa... Nampak takkk??
Tu diaaa! Pemain Malaysia sudah keluarrr..
Ishhh! Singapura suka buat spoil! permainan jadi sangat slow!
Saya & En Hubby yang serba kuning..:)
Betapa lebarnyaa sayaaa... :(
p/s* Walaupun Malaysia tewas, tapi syabas kerana bermain dengan penuh semangat! Sudah sehabis baik dahh! Semua gambar ini dicapture dengan Nikon D90..